Thursday, June 23, 2011

bagi

abah paling tak suka perangai aku yang satu ini:
kuat menjawab.
abah selalu kata:
"satu kita cakap, sepuluh dia balas"

benar. aku suka mencantas.

tapi aku beruntung, sebab dalam keluarga aku, semua ada hak untuk menjawab.
ada peluang mempertahan fakta.
kenapa angah buat macam tu.
kenapa along balas macam tu.

semua diajar jadi peguambela.
memberitahu sebab musabab di hadapan hakim yang bijaksana.
hakim itu --biasanya dia.

standard-lah.
haha.

jadiklah. kena sebat pun, sekurang2nya aku dapat cakap apa aku rasa. walau mungkin rebuttal point aku tidak relevan mana, kepuasan untuk didengari pendapatnya ada. untung2, nanti2 akan difikir semula sahih tidak fakta yang dibagi tadi2nya. kalau selepas ditimbang-tara ada masuk-akal-nya, menang kes. kalau tiada -memang bernanahlah telinga dipulang-paku-buah-keras-nya.

*gelak kecil*
so make sure you KNOW your shit before you bullshit.

sebab bak kata kekasih aku --dan berpuluh2 kali juga aku kongsi sini:
semua orang rasa dia betul.

jadi hak untuk menjawab itu tidak mungkin tidak --mesti ada dalam kita.
hendak menjawab kuat2 atau cuma dilegar2kan dalam raga;
itu saja bezanya.

:)

maka 'ya' (secara hurufbesarnya),
aku jatuh di bawah kategori pertama:
golongan yang kuat menjawab kuat2.

pernah di suatu usia dahulu, ketika yang aku fahami di sekolah adalah "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima". abah pangkahkan dengan "jangan diajar membagi pada kawan2nya".

aku marah.
sefaham aku, tangan yang di atas itu selalu dimuliakan, lebih dipujikan, lebih dihormatkan.
kenapa tidak boleh aku tegap berdiri hidup memberi?
bukankan memberi bahagia itu mendatangkan bahagia kembali?

abah selalu bising dengan memberi alasan2 yang aku tak mahu peduli.
sering; perbahasan dan perdebatan bertangguh2 dan tak terhabiskan.

abah bawa bas sekolah. dalam basnya ada banyak jajan. setiap pagi aku ambil segenggam untuk di sekolah aku kasi2kan. sebab aku tak ada kawan. jajan adalah jawapan aku untuk dikerumunkan. untuk merasa diperlukan. waima di sekejap itu, aku tahu aku dicarikan.

abah bukan marah pasal jajan yang aku ambil itu, rasanya. sebab abah selalu kata: "kalau fasal makan jangan lokek, jangan berkira". maka kenapa abah marah aku ambil jajannya semata2 untuk dibagi2 pada semua?

abah pun bukan mendidih pasal aku kasi2 percuma. sebab abah selalu belanja anak2 dalam basnya sambil menjerit: "nah nah. siapa mau lebih gula2?". maka kenapa abah mendidih bila tahu aku pun sama?

serabut, kan?
maka aku pilih jalan paling mudah:
buat apa aku rasa.
bagi dan bagi dan bagi.
bagi semata2.

aku bangga kerana aku berjaya membukti fakta yang aku jawab2kan pada abah itu betul dan menjadi. perasaan membagi itu terpaling memuaskan hati. selama begitu lama, perasaan membagi itu mendatangkan sentosa dalam diri. selama begitu lama --yang mana tidaklah lama mana.

kerana aku menyedari dengan membiarkan diri direputasikan sebagai pembagi, aku sudah tidak boleh lari. aku perlu terus bagi dan bagi. dan bagi dan bagi. kalau terlupa jajan dalam sehari, takkan terlarat wajah aku diangkat kembali. tetap diminta lewat matanya atau pada yang kasar, diminta terus dengan bertanya.

ina tanya: "mana jajan hari ini?"
ila beri hati: "tak ada jajan ya... tak apalah... lain kali..."
ida pelik: "kenapa tak dibawa jajan lagi?"
ita kecil hati: "nak buat macammana... orang tanak bagi.."

kelakar bagaimana HANYA selepas tersedar, kita takkan mampu mengembalikan impresi pertama. sebagai contoh, hanya selepas kita terperasan ali makan gelojoh --baru kita sedar buruknya mimik dia ketika mengunyah, bisingnya mulutnya berdecap, kecohnya dia mengecah. tidak sebelum itu.

aku kira, begitulah rasanya para pembagi selepas disedari wujudnya dia hanya untuk memberi. seperti bahagia membagi itu sudah tiada, yang ada cuma perasaan berjauh hati. nak diberhenti tak ada daya. nak diteruskan, dah hilang jiwa.

maka aku terpaksa akukan.
debat aku dengan abah yang ini memang aku yang kalah.

boleh untuk membagi.
tapi jangan diajar orang keliling menjadi penerimanya.
sebab itu dalam agama sebaik2 hadiah adalah yang tidak diketahui.

sebab manusia itu serigala,
sekali kau bagi jiwamu sebagai makannya,
sampai bila2 dinanti2 di depan pintu dengan mulut ternganga.

*diam*

shit.
i hate to say,
abah, you are right.

kalah lagi.

28 comments:

faujan fauji said...

sedap untuk di baca.terima kasih.

sarah meay. snm said...

betul. saya bagi pada kekasih lama macam2 minta jangan ditinggalkan. tapi last2, HAREEMMM. LARI KAT PUMPUAN LAIN GOK. WAKAKAKAKAAKAKAKAKAK

shahirahkhairudin said...

betul kakak
sebab tu orang tua-tua sering bilang, buat apa pun biar berpada..

benda yang kita memang tahu
tapi mahu dipertahankan juga apa yang kita percaya..

La dOLcE mEa_nAtt said...

sis mak saya suh kim slam lepas tgk sis perform kat MHI pagi aritu...hihihi

kiki said...

sangat sangat benar. *pandang diri sendiri* *sigh*

nurniyusoff said...

betul cakap abah -sighs-

sbb itu kite panggil die abah kan (huruf besar).

fYZa said...

owhh i do love this fynn!

mubarridul'ain said...

very true kakak :) :)

♦♦orked♦♦ said...

jngan 'beli' kawan, jangan 'beli' dunia..
smpai satu tahap kita dah tak mampu 'beli' mereka, mereka akan tinggal kan kita.. weee~~~ =)

dya muchuk said...

klu saya sebagai penerima: terima kasih klu disua, klu tiada usah ditanya..

klu saya pemberi: apa yg telah kita beri ikhlaskan saja, klu ditya lagi ada? maaf itu saja terdaya.. :)

baik biar berpada, jgn kita dipijak kepala..

Anem arnamee said...

Beri jangan beri sangat sama kesan macam sayang jangan sayang sangat <3

Anem arnamee said...

Beri jangan beri sangat sama kesan macam sayang jangan sayang sangat <3

Anem arnamee said...

Lupa nak cakap : maaf sebab 'sangat terlalu dalam entri 143 itu * :(

Fynn Jamal : 143

Tc sis.

-icha03- said...

sarah,
*hi-5*
sama ahh ... :)

tp klu kite ikhlas beri,
insyallah dapat balasan yg ikhlas juge
kan ??

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

menjawab itu biasa untuk tegakkn apa yang rasa betul walhal kadangkala hal itu tidaklah sepenting manapun.

yang penting, memori bersama abah itu meninggalkan sejuta rasa. kadangkala geram, tapi kebanyakannya bahagia kerana bisa berbagi rasa dan gaya sama abah!:)

Myeza Mazlan said...

setuju dengan kata-kata abah kakak. :)

Hizwan Nizam said...

tak nak mintak, jual.
tak nak bagi, beli.

macam kita dan orang buta.

EZAN IDMA said...

kalah lagi. tp tidak apa, kerana sudah bersuara :)

Farah Rosni said...

perenggan yang pertama:
hehehe sama. abah kita sama.

ps: ummi pun.

Dewa Utama. said...

Sebab itu semua jangan disuapkan.

Anonymous said...

terima kasih =) interesting point of view kak fyn;p

shamil_jejakahatikaca said...

susah carik kawan yg bersama di kala duka.

senang cari kawan yang bersama di kala suka.

FUHH!
*hembus nafas sugul*

kawan dengan diri sendiri je la!

kueh bakar said...

fynn salam..

aku jemput kau sertai kontest aku.tulisan kau aku perlu.

aku pernah 'menerima jemputan' dengan projek kau dulu.16.itu aku.

namun
jika tak mahu join pun takpe.tak paksa.

Fara Anuar said...

celoteh kamu benar lagi mengasyikkan...

zaft said...

you are right..so sweet...

Miscellaneous Smiles said...

sy penyokong abah kak fynn

Anonymous said...

sgt medalam kata-kata..membuat kan aku terpilih akan kesilapan2 yg dah aku lakukan dlm perhubungan

biLa aKu muLa mEmbEbeL.. said...

duh.. i love this one.
orang kata,
jujurnya nasi pada kanjinya,

sekarang aku tahu,
jujurnya penulis pada karyanya.
sungguh.