Tuesday, June 7, 2011

lari

kita adalah generasi yang diajar untuk lari.
kita adalah bangsa yang dididik dengan memuji mereka2 yang lari itu --hebat;
demi mengelak konfrontasi.
supaya kurang kontroversi.
kena buang provokasi.

bagus.
memang bagus.
sifat tidak menerima pergaduhan itu begitu patut disorakkan.
kerana konfrontasi, kontroversi dan provokasi adalah bersamaan dengan pertelingkahan, pergaduhan dan perdebatan.

itu bagi ramai orang.
betul.

betul,kan?


*pause*


entah.
bagi aku --salah.

masyarakat kita telah seperti diajar konotasi tiga perkataan tadi --konfrontasi, kontroversi dan provokasi-- itu sebagai negatif semata2. maka, perbuatan membiarkan diri terjerumus di dalam tiga situasi tersebut adalah tidak sahaja bangang, malahan gila. berselari dengan itu, kita lari dari tiga kemungkinan tadi demi menjaga kesucian moraliti kita sebagai manusia yang sejajar dengan definasi manusia beretika.

manusia beretika takkan bergaduh.
ye. tang itu aku setuju.

namun,
persoalan aku:
bagaimana perihalnya kalau tiga perkataan tadi;
pertelingkahan, pergaduhan dan perdebatan itu tadi,
kita amalkan secara betul dan bersivik?

bertelingkah dengan sopan.
bukan:
"mak bapak kau memang anjing sebab ada anak perangai macam anjing"

bergaduh dengan tersesun.
bukan:
"sabar la mangkok, bagi aku habis cakap dulu. bangsat barua balachi kau sialan"

berdebat dengan bahasa.
bukan:
"betapa la kau ni bodoh ek, apa je kau cakap semua bodoh. babi merah pun lagi cerdik"


*renung muka kalian sambil angkat kening, memberi simbolisme bertanya*
biasa, kan?

terlalu biasa kalau kita dengar tingkah tengking sebegini.
seperti sudah tidak ada apa.
asal bertengkar, lebih kurang begitulah bunyinya.

mesti ada unsur degrading atau penghinaan perkara yang tak termampukan untuk dibetah. seperti wajah buruk. agak2lah. kalau memang dia lahir dengan hidung kemek, kulit hitam berjerawat; dia hendak buat macammana? takkan itu alasan kau untuk mengatakan KERANA dia hidung kemek, kulit hitam berjerawat itulah mulutnya macam longkang di loji kumbahan?

mesti ada elemen siapa-lebih-betul. tak kiralah kalau dua2 ada betulnya, atau dua memang ada salahnya. persoalan yang lebih penting adalah siapa yang ada lebih. semua hendak menang. mahu nombor satu. dapat nombor dua tidak cukup.

mesti ada sifat territorial. besarkan empayar. siapa sokong aku. siapa mahu hidup bawah sayap aku. dulu aku selalu fikir sifat ini persis ulat2 MLM yang mencari pecahan2 baru di bawah cabangnya. baru2 ini, selepas aku tonton national geographic tentang dubuk dan singa, aku ubah. sifat menjaga territori ini menjadikan kita tak ubah macam binatang.

haih.
berikut adalah teori bodoh aku di tengah2 malam pejus yang tidak berbintang ini. beberapa jenis manusia bila datang situasi pergaduhan.

satu)
superhero.
memang ketagih sama adrenalin pergaduhan.

penerangan:
jenis yang merasa didih sehingga terketar geraham dan berdentum2 jantung di dalam, yang memang mengharap terperciknya api kegamatan. entah. mungkin ada sesuatu yang dimenangkan kalau sungguh dia menang pergaduhan itu --mungkin trofi, mungkin sekadar penghargaan diri.

simptom:
i. menggemari frasa "kamon bitch mek mai dei" walau pun sekadar di dalam hati.
ii. terlalu suka menjadi penyelamat pada humaniti. "ija kaco kau, kau lak leh lek je? biar aku woning dier, bhai"
iii. mencari salah pada SEMUA benda. waima akak ambik order makan. "saya tanak udang!! apasal letak petis dalam laksa saya!! petis kan ada udang!!?!" *tumbuk meja*


dua)
sidekick.
kalau boleh tidak mahu melibatkan diri --tapi hendak buat macammana.

penerangan:
jenis yang tersangkut di masa yang salah, di tempat yang salah, dengan orang2 yang salah; yang masih cuba mencari jalan tengah tanpa memenangkan siapa2, yang merasakan situasi tegang itu sesungguhnya begitu juvenile dan tidak ada perlunya.

simptom:
i. menggemari frasa "sudahlah! sudahlah!!".
ii. biasanya diam dan menggeleng2 kepala sedikit bila datang konfrontasi sambil mengeluh "haduhh..."
iii. namun perlu berhati2 kerana kalau tiba2 dia buka mulutnya, pasti berdarah telinga --atau mungkin pecah muka juga.


tiga)
pelakon tambahan.

halimunan.

penerangan:
jenis yang SEBOLEH2nya jadi lutsinar bila bau2 perselisihan mula menerawang, yang kalau termula sahaja pertelingkahan akan cepat2 meminta diri seperti ada komitmen di tempat lain, yang lekas2 berjalan pergi sambil mata tertumpu pada objek yang berkilometer jauhnya --cuba untuk tidak ada kena-mengena.

simptom:
i. menggemari frasa "aku tak mau masuk campur" atau "aku tak join, okkay~" sambil mengangkat dua telapak tangan selaras bahu sambil mata dipandang ke bawah.
ii. seringnya mereka ini wallpaper; ada --pun tak apa, tak ada --pun tak perasan.


haih~
*geleng kepala*

tapi ah. setuju tidak kalau aku kata, kita semua adalah ketiga2 itu.
ada masa, kita superhero.
ada masa, sidekick.
BANYAK masa, kita mahu jadi pelakon tambahan.

kita lebih suka lari.
kerana konflik tidak semudah 1, 2, 3.
kerana lebih banyak buruk dari baiknya.

kita adalah bangsa yang lebih selesa memandang dan menerima--
berbanding melakukan sesuatu dan mendapatkan pulangannya.

situasi ini biasa:
1) 3 pagi. mamak. 2 lelaki bertumbuk sesama sendiri. berlukadarah.
2) kemalangan. kereta terbakar. mangsa tersepit. meriuhrendah.
3) jalan depan sogo. lelaki memecut. perempuan diragut. melolongtolong.

setuju tidak kalau aku kata ramai antara kita yang lebih biasa menjadi kaku dan melopong? tergamam dan sekadar memberi reaksi mata sesama sendiri dan menggetus perlahan "kesian..."? alasan yang paling sering adalah "aku tak mahu menyibuk" atau "hish. jangan masuk campur".

iaitu "bukan tak mahu, tapi biar orang yang layak pergi bantu".

kita lebih selesa menjadi pelakon tambahan dalam hidup--
berbanding menjadi superhero yang jisimnya penuh adrenalin meletup.
sebab kalau silap langkah, jadi superhero akan backfire; silap strategi --memang plan makan tuan.

ini adalah perkara subjektif --mahu jadi superhero ini.
betul.
kerana cuma kita saja yang tahu apa kita layak atau tidak untuk menghulur diri.
betul.

kerana kita memang sehebat2nya cuba untuk tidak melibat diri dalam konfrontasi, kontroversi dan provokasi. kerana tiga perkara itu sesungguhnya viral dan contageous-- payah untuk diberhenti. maka yang sebaik2nya-- elak dan lari.

mungkin kerana kita diajar siapa-yang-mengalah-dia-yang-terpuji.
mungkin.

*hela nafas berat*

aku pun tak tahu apakah cakap2 aku hari ini masuk akal atau tidak.
aku sendiri tidak fasih dengan apa yang berselirat di kepala dan benak.
cuma aku terperasan dan aku rasa sedikit penat dalam hati.
kenapa kita suka lari.

aku takkan mampu untuk seru kita semua untuk jadi lebih berani.
aku takkan mahu untuk panggil kita semua belajar untuk melawan demi akal sendiri.
selagi konfrontasi, kontroversi dan provokasi masih belum dipraktikkan secara bersih;
aku takkan mampu,
maka aku takkan mahu.

semua orang ada keinginan untuk menyuarakan pendapat mereka.
semua orang ada kemahuan untuk diperdengar buah fikirannya.
namun semua orang yang ada akal lebih tahu--
semua itu seperti sia2 dan hampir tidak logik untuk diterima setiap orang kelilingnya itu.

maka kita tekun jadi bangsa yang kuat lari.
atas alasan berdiam diri itu bukan mengalah dan dikalahi.
kerana kita ada sivik dan etika dalam hidup.
kita biarkan sifat patriotik alam kebenaran itu mati dan merecup.

haih...

kerana sifat pengecut-dan-lari dalam diri inilah, baitulmaqdis rebah dalam tangan yahudi.
kerana sifat inilah kita masih jilat bontot boss dan terima siksaan mental dari hari ke hari.
kerana sifat inilah bayaran ansuran kereta kita sangkut demi memberi pinjam pada kawan yang tidak ada hati perut.
kerana sifat inilah terlalu lama kita dipanggil berulang2 sebagai bangsa pengsa pengecut.

sampai bila mahu lari?
qul al haq walau kaana murra.
katakan yang hak, walau sesungguhnya pahit.

konfrontasi, kontroversi dan provokasi.
siapa kata perlu berkonfrontasi, kontroversi dan provokasi dengan cara binatang?
berhemahlah.

hish~
aku selalu saja berlawan2 dengan kawan2 reliti atau kawan maya.
bertingkah tentang ideologi dan berpanas untuk satu2 fahaman.
aku kata satu. dia kata dua.
sehingga kalau orang yang tidak tahu, pasti difikir kami akan berputus kepala.
tapi setelah selesai pergeselan pendapat itu,
kami tetap boleh saja bergurau sama2, siap bergurau2 tinju.

boleh, saja?

*diam sekejap*

ok. aku sudah mahu berhenti.
biar aku rangkumkan.

tak salah bergaduh demi kebenaran;
DENGAN syarat memang sungguh2 kau itu dalam kebenaran.
tak salah berselisih dan mencari penyelesaian;
bukan bertikam macam anjing tak bertuan.

*pause*

eh. macam2 aku tulis ni.
nanti orang baca, terus spekulasi dalam forum.
baik aku padam semua.
aku kan kena kurangkan kontroversi.

peduli apa betul salah?
orang paling diam dan paling mengangguk yang paling berjaya dalam dunia.

kan...?

14 comments:

cek pengu katek ni said...

sampai bila nak angguk2 geleng2 je.

nemesis3891 said...

kahkahkah.
saya gelak baca ni walaupun baru bangun tidor.


kita semacam lebih merelakan kesalahan2 dilakukan di depan mata, tanpa berbuat apa2. andai ada yang bersuara, maka dikhabarkan
"sabar.. kau mahu bangsa kita berpecah?"

bangsa kita bukan merdeka kerana berjuang. bangsa kita merdeka kerana 'bertolak arus' dengan british.
dan sejak itu, kita masih 'british'.
kita 'takut' berjuang.
kononnya akan memecahbelahkan bangsa dan rakyat.

dan kerana itu, kita lebih rela menegakkan benang yang basah.

@Fr!^n@ said...

tak ramai yang suka menegakkan kebenaran.. satu je sebab nya..
MALAS.. huhuhu sebab bila kita da jebakkan diri kita akan terjerumus dalamnya sampai settle.. huhuhu

aku suke entri ko yang ini sis.. mahu linkkan pada blog aku satu hari nanti.. :)

biarkan kau dengan cara kau Fynn.. aku yakin ramai yang boleh terima cara kau... huuuu

sinchiro said...

anguk..
indahnya dunia kan akak?

Anonymous said...

klu kita asyik angguk dgn redha mmg tenang dunie. klu angguk tp simpan dalam, bila dah meletup haru plak jadinya. kta nie ade mase kene lari sbb tkt membesarkan masalah. akhirnya " klu aku diam mst x jadi macam nie.." bertindaklah mengikut situasi.. ukur baju di bdn sendiri. klu kita kuat untuk jadi superhero jadilah.. jgn menang sorak lain tergadai sudehh...
-dya muchuk-

nurfakhriah basar said...

assalamualaikum,
Tak ramai orang macam kak fynn. Saya sgt setuju dgn pendpt kak fynn.kita lebih suka lari daripada hadapi sesuatu cbran. Teruskan bersuara untuk kebenaran ya kak. :)

Anonymous said...

angguk dgn redha mmg tenang dunie. klu angguk tp simpan dalam, bila dah meletup haru plak jadinya. kta nie ade mase kene lari sbb tkt membesarkan masalah. akhirnya " klu aku diam td mst x jadi macam nie.." bertindaklah mengikut situasi.. ukur baju di bdn sendiri. klu kita kuat untuk jadi superhero jadilah.. jgn menang sorak kmpg tergadai sudeh..
-dya muchuk-

tanpanama said...

dari zaman orang2 sekeliling hentam akak sampai zaman orang2 sekeliling lambung2 akak saya tetap disini mendoakan kejayaan akak.

maaf dari hati kerna cuma hari ini saya punya kekuatan mahu nyatakan ini pada akak.

saya harap akak masih akak yang dulu.jangan berubah ya kak.hidup ini roda kak.sekali pusing kita diatas.sekali pusing lagi kita di bawah.

tapi jangan risau ya kak.bila nanti satu hari dunia persiakan akak,saya tetap peminat akak yang satu.yang dulu.

saya sayang kak fynn:)

EZAN IDMA said...

hmm., dunia

Ayyman Rahim said...

Hi Kak Fynn. Saya si sidekick itu dan saya si pelakon tambahan itu. Tak cool. Seriously, tak suka la orang yang kuat mendidih ni. Dia fikir dia sorang je boleh marah? Kan?

ENCIK TIKUS said...

semuanya di kembangkan dengan baik.. mungkin ada beberapa part yang tak berapa setuju.. tapi biarlah aku jadi pelakon tambahan je.. boleh ?

the girl said...

brilliantly said

chegu abbas said...

kami akan cuba buat yang terbaik...
http://cheguabbas.blogspot.com/2011/06/jom-join-jentera-tepi-jalan-anjur.html

Miss Marliana said...

salam kak fynn~ =)

suka part territory tu. dan saya selalunya sebagai pelakon tambahan, sebab saya selalunya dijadikan bahan untuk mereka menang dan saya malas nak layan. melainkan kalau saya betul2 dah jadi hangat hati...

nana-juniorbenlmuyangkurangcerdik