Wednesday, June 15, 2011

projek konserto

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

alhamdulillah.
selesai projek kesian, sekarang ada projek konserto.
aku dalam proses mencari siapa2 yang berminat untuk menjadi jentera tepijalan untuk mimpi ini.

nah.


source:


--------------------------------------------------------------------------------


baiklah.
cut to the chase.
straight to the point.

apa KEBENDE nye jentera tepijalan ini?



1) JENTERA TEPIJALAN
--------------------------------------------------

jentera = pekerja
tepijalan = keluarga effjay (khakhakha)

kesimpulan = korang adalah orang suruhanku. BWAHAHAHA. ok tak. ini adalah group KHAS utk saya dan awak2 bincang2 tentang projek baru kita: PROJEK KONSERTO.

awak dibenarkan untuk menjemput sesiapa sahaja ke dalam group list ini DENGAN SYARAT mereka menepati kriteria di bawah; TOLONG fahamkan yang INI BUKAN grup yang dicipta untuk berkawan saja2 demi bertanya "hari ini makan lauk apa" atau "eh, ai tak suka la ada budak poyo kat wall yu". ini adalah grup KAWAN2 saya yang ikhlas mau JADI jentera tepijalan.

andai ada di kalangan awak yang nampak tidak jujur dalam sini, maaf, saya akan jerit "geddauttt". dan lagi satu: sini TAK MAU ada puak2 ke, nak gaduh2 ke. okay? borrrrrringgg~~

kriteria utk terus ada di sini:
a) benar2 mahu terlibat dalam projek konserto
b) jujur dan sungguh2 mahu jadi team tepijalan; atau bahasa mudahnya, tidak main2 mahu jadi famili kecil kami

itu sahaja. senang, bukan?

oh ya. sebelum terlupa. semua post di wall yang awak mulakan akan saya delete dan jadikan topik baru DARI SAYA. sbb saya tak mau ada kekeliruan. lebih senang merujuk kalau cuma satu suara sahaja. saya bukan veto dan padam buta2. saya suka sistem. itu je.

*pause*

ok. saya nerd.
(-_____-)"



2) PROJEK KONSERTO
--------------------------------------------------

ini adalah projek yang agak besar. insyallah, kalau lancar perjalanan semuanya, kita akan ada tour seluruh malaysia, dgn target audience --universiti dan kolej. kalau tempat lain awak nak cadang, cuba je la. saya tanya sama inche producer.

projek konserto bukan tipikal indie gigs. kita akan bawa sound team khas yang membawa kualiti PA system berharga rm10k. yep. you read that right. 10 ribu ringgit. yep. tak percaya, kan?

tak apa. masa semua orang kata tak mungkin akan ada 350 orang untuk projek kesian, we proved them all wrong. kan?

saya serabut juga masa inche producer bentangkan benda ni. tapi setelah 2 jam lebih, saya mula nampak jalannya. dan saya harap awak juga sebaik sahaja selesai membaca ini.

projek konserto akan menjadi tour pertama yang direalisasikan dengan semata2 konsep perasan. HAHAHA. *pause* serius. projek kesian pun kan projek perasan? kikiki.

showcase ini akan menampilkan performasi saya, tri dan performer jemputan (mengikut lokasi). bermakna, di setiap lokasi, kita akan pastikan opening act dan intervention act adalah performer2 PILIHAN JENTERA TEPIJALAN. saya dahulu bermula dari bawah. TERLALU ramai manusia yang tolong saya dari dulu. INI adalah masa untuk saya tolong orang lain pula. kan seronok, begitu?

jadi usah risau. kalau pun performer itu TIDAK PERNAH menjejak kaki ke atas pentas, peduli hape. setakat ini, SEMUA team tepijalan yang mengikut saya memanjat pentas BUKAN orang jahat yang prejudis. kita suka SEMUA art, kan?

kecuali art yang dibuat DEMI nak fame bodoh atau art yang tidak jujur (contohnya sebab art tgh kool).

oh ya. sebelum terlupa, SEMUA 350 pemegang cd projek kesian adalah VIP. mereka masuk free. dan duduk depan sekali. tak kisahlah kalau mereka pergi ke semua venue, MEREKA TETAP FREE.

selain itu, di setiap lokasi juga kita akan ada penjualan merchandise seperti t shirt, cd dan ranap. kalau ada siapa2 yang hendak buka booth di lokasi awak (jual cup cake ke, jual bundle ke, jual zine ke, apa2 sahajalah) terpulanglah pada awak untuk ambil caj meja. itu awak anggap side income la. jgn caj mahal2, dosa. ingat, kita kena SELALU niat nak tolong orang. bila org seronok, kita akan seronok.



3) JOBSCOPE JENTERA TEPIJALAN
--------------------------------------------------

a) buat satu kumpulan kecil di lokasi awak.

tidak kisahlah berapa orang. tapi biarlah jujur adanya mereka itu untuk bekerja dan bukan untuk tiket free.

yang penting, ada yang berikut:

i) kepala lokasi
= menjaga sayap kanan & kiri
= mengetahui semua angle di lokasi pilihan mereka
= mendapatkan 3 performer jemputan
= mencadangkan hotel berdekatan
= memecahkan rahsia tempat makan wajib

ii) sayap kanan
= mereka akan fokus pada pencarian venue

iii) sayap kiri
= mereka akan pantau setiap penjualan / pembahagian tiket

saya tidak ada masalah kalau awak memilih untuk buat kerja seorang diri. tapi takut pulak orang panggil awak gila kuasa. tapi saya takdehal. yang penting, awak larat.

sebaiknya cari kawan2. tak perlu satu tempat belajar / kerja. nak ajak sepupu pun tak apa. tak ada boundaries.

oh ya. kalau ada yang mahu saya lepak makan nasik rumah mak awak ke, tumpang sembahyang rumah abah awak ke, saya tak ada masalah. saya suka je. dan jangan risau, kru pentas takkan join. HAHAHA. nak mampuih? dah macam iklan raya kfc yg dtg sekampung pulak.


b) cadangkan venue awak pada saya.

boleh jadi kampus awak. kolej awak. universiti awak. padang sekolah awak. tapi rumah jiran awak yang ada halaman sebesar padang tak boleh la ye. nanti kena ada surat polis. leceh.

yang terbaiknya adalah dewan tertutup. sebab PA system kita GILA. serius, ni. projek ini grand. jadi bayangkan perasaan performer pilihan awak dapat merasa showcase dgn kawalan pentas oleh orang professional. dgn sound system nya, dgn lighting nya, dgn smoke machine nya. banyak juga barang di sponsor ni weh~

*pause*
ok. tiba2 aku pulak yang cuak.
*unpause*

lokasi yang awak cadangkan akan menjadi ID team awak. contohnya, "team UIA" atau "team UTM" atau "team ulu kinta". bersekali dengan itu, perkenalkanlah jentera tepijalan yang berada dalam team awak.


c) deal dengan venue owner.

kalau awak tak pernah --inilah masanya. awak cuma perlu ambil tahu apa prosedur untuk book venue; tarikhnya, kapasitinya, bla3. note: siapa2 yg pernah ada pengalaman, boleh bagitahu. kita share sini.

yang paling mudah, kalau awak ada kelab / persatuan, awak mohon sebagai program. contohnya malam apresiasi seni ke, malam prom ke, malam bersama fynn jamal ke. tapi JANGAN SEKALI2 bohong dalam kertas kerja --cakap ini kursus mandi jenazah pulak. tak baik bohong. dosa.


d) book tarikh di sini.

bilamana saya sudah boleh release anggaran tarikh, saya akan buka di grup ini. kita akan sama2 cari jalan tengah supaya cantik sahaja susunan projek konserto kita.



4) TIKET
--------------------------------------------------

ok. this is the hard part. memandangkan kita perlu cari rm 10k (in which sebenarnya untuk apa yang dibagi --kategori ihsan la harganya itu), saya mensasarkan rm 20 - rm 30 per tiket.

op op op. jgn melatah dulu.
harga tiket masih dalam perbincangan.

sponsor akan masuk, cuma inche producer sdg berkira2 dgn sini sana. kita kena faham yang ini adalah projek besar. saya sengaja anggap sponsor tidak ada sebab saya suka plan for the worst.

ok. kalau rm 10k dibahagi rm 20 = kita perlu cari 500 orang.
kalau rm 30 = 350 orang.

kalau dapat lebih dari jangkaan, KITA ENJOY DI HUJUNG HARI. hahaha. tak. kita akan masuk petty cash dan bila selesai SEMUA tour, kita akan kekah duit itu beramai2. makan2 bersama ke, gi pulau ke, sponsor semua team semenanjung pergi sabah serawak ke.

PERGH.

rasa macam mustahil untuk dapatkan jumlah itu dalam setempat, bukan? tak apa. boleh! kita boleh!

sebab itulah kita adakan grup ini. to work together. contohnya, di johor ada 3 team; bermakna 3 lokasi. kalau tidak cukup, gabungkan ketiga2 itu. insyaAllah dapat jumlah yang kita mahu.

sebab itu jugalah kita mahu awak cadangkan performer pilihan. semestinya performer pilihan awak akan membawa crowd mereka juga. kan? :)

dan KALAU masih tidak cukup, tak apa. kita teruskan juga. sebab pandailah saya cari balance yang tidak cukup itu dari mana2. jangan risau, saya takkan merompak bank. cuma orang tidak dikenali sahaja saya ragut. hahaha.



5) "APA AKU DAPAT?"
--------------------------------------------------

honestly; nothing. just friendship. itu sahaja. dan kesudahan yang sesungguhnya hanya tuhan tahu apa habuan yang saya fikirkan untuk awak2 --cuma tak mau saya cakap --sebab takut suwey.

saya bukan orang yang paling banyak duit. saya paling selalu broke. tapi saya rasa, ramai awak2 tau siapa saya yg sebenar2nya. saya tak cari materi. saya cari famili. saya selalu ada mimpi yang bila saya ke mana2, kita akan bergerombolan sama2.

us whole bunch of losers.
with me; yours truly, as the mayor.
hanya itu yang mampu saya offer.

and of course, you're forever my VIP --bersekali dgn all those three-hundred-fifty.
:)







ok. rasanya, so far, itulah dia. secara kasar, apa yang saya dan inche producer fikirkan, telah saya tulis satu-persatunya.

apa2 soalan, tanya sahaja.

selamat pagi gelap jam 3.33am, jentera tepijalan.
with love;

fynn jamal.




--------------------------------------------------------------------------------

untuk jemputan ke fb group Jentera TepiJalan, sila email aku di fynnjamal82@gmail.com dengan subjek PROJEK KONSERTO. kasikan id fb kalian, dan akan aku invite secara personal.

hanya mereka yang sungguh2 akan dijemput ke situ nanti.
:)

ps:
aku kuat berangan, kan?

HAHAHAHAHAHAH.

15 comments:

yuyu said...

sengih je ni..harap dpt hadir ke semua venue

Aniey Ghanie said...

Kak,maaf tak dapat join jentera ni.. Tp saya ada selalu.. Benar tak kagum dgn semangat ini.. muga jaya.. :)

Nina said...

tapi kuat2 berangan pun, k. fynn tetap usahakan smpai jadi kenyataan kan.hebat! dan kami akan sentiasa sokong k.fynn tahu :)

Yaya said...

Awal2 saya sudah fikirkan lepas baca ini berkali2.

Kalau bukan dari 350 pemegang cd projek kesian mesti kena beli tiket jugak kan?

T_T

*tak dapat duduk depan2*

cik fazilah said...

mungkin saya tak layak join. bawah umur. tak boleh bikin apa.

ekin kacak is not punk rockers said...

SEMUA 350 pemegang cd projek kesian adalah VIP.
BHAHAHA ini paling suka
berdoa semoga projek ini berhasil.
nanti akan tolong mana yang patut.

chegu abbas said...

kami akan coba tolong k...semana yang boleh,,
http://cheguabbas.blogspot.com/2011/06/jom-join-jentera-tepi-jalan-anjur.html

penganjuramatur said...

Hmmm... pengembaraan seni yang ori. Seni utk masyarakat.

Boleh saya suggest Fynn senaraikan performance yang akan di persembahkan?

Atau Fynn boleh bagi package shows yang penganjur bole pilih.

Semesti nya ini Fynn punya show. You got to sell your show first. The rest sebagai filler je.

contoh..

1. Tema show yg berat puisi.
Kalau deklamasi Ranap, apa tajuk2nya?

Dapat membantu masuk dalam program puisi di IPTS/IPTA

2. Tema show lagu ringan

Apa nama2 lagu?
Indie night program.

3. Pilihan penganjur.

Mereka boleh pilih mix and match.

Apa lagu mereka boleh pilih?
Berapa lama show?


Anda menjual sesuatu, tapi produknya kurang jelas.

Jangan lupa..produk come first! Penat lelah menganjur mesti ada objektifnya.

Which is your songs and puisi..

Xochalatte said...

kak fynn boleh buat konsert dekat kota kinabalu x?

nurfakhriah basar said...

aduh, kalau saya ini boleh bebas berada di luar, saya mahu tawaran ini.tapi spm pun tak lepas.semoga maju jaya k.fyn. saya ini sentiasa mendoakan kakak :)

gunki said...

saya baru, ada geng tapi mentah lagi. first time! tapi nak join.

teach teach teach!!

Look said...

nk trut serta n cdangkan tempat sbb tmpt stdy d perak xde ape2 mcm ni ..

biaselah .. tempat membina guru :/

Look said...

menarik , nk trut serta n cdangkan kt uni d perak .. sbb uni kt perak ni xde event mcm ni ..

biaselah , tempat membina guru :/

Anonymous said...

jentera seluruh malaysia sdg bergerak....=)

☻UsaGi NaNa☻ said...

nk join.xkesah la bpe2.harap tiada aral angin melintang.fuhH!!fuh!