Monday, November 15, 2010

mahal

menemui Perempuan,
dengan selamatnya.

assalamualaikum dan salam penuh cinta dari kakak. apa khabar? semoga sihat dan aman, semoga sejahtera dan sentosa. untuk kakak di negeri jauh ini, alhamdulillah --berbiasa2 dan bertenang2 sahaja.

adikku Perempuan,

bagaimana hidupmu lewat kebelakangan ini? apakah elok? apakah molek? maafkan kakak kerana sudah terlalu lama tidak berutus surat, bertukar hikayat melalu warkah. arakian hari2 kakak semenjak dua ini terlalunya sibuk dengan pelbagai. harap dimaafkan. harap diampunkan.

adikku Perempuan,

mengenai soalan kamu tentang kekasihmu si Lelaki itu, sukar hendak kakak jawabkan. kakak sendiri masih mencari makna hidup sambil memperinci iman; gerun untuk kakak berikan kata2 hikmah untukmu. tapi kakak cuba juga.

adikku Perempuan,

mahalkan diri kamu itu, dik. jangan dilelong2 pada sesiapa sesuka rasa. sabarkan diri kamu dan yakinkan pada diri yang kamu ada harga. biar ditempik seribu orang, tuhan itu maha kaya, dan dia akan bagikan kamu seseorang yang selayaknya.

kuncinya hanya tunggu.

lebih cantik seorang kamu itu kalau bijaksana dan hebat sifat diri. seperti pusaka lama yang dimahukan dan diidam2, tapi terkhusus untuk dibeli juragan dan bukan orang kebanyakan. rasakan manis cinta pertama bersama tuan yang memilikmu sehingga habis usia dunia. atau kelak kamu akan merasa ralat kerana pemilik abadi cuma mendapatmu yang sudah sisa.

adikku Perempuan,

apalah digentarkan mati seorang, tak dikasih tak disayang tak dipandang. kalau sungguh imanmu pada tuhan, pasti kamu sedar yang tidak pernah walau sekali kita ditinggal belakang. setiap masa, tuhan itu penuh kasih, melimpah sayang, selalu memandang. kita selalu ada tuhan, dik. sentiasa. setiap masa.

dan sudah dijanji pada kita yang setiap kita tercipta sama pasangannya. maka percaya. dan tunggu datangnya dia. satu2nya dia. berhati2, wahai adikku Perempuan, bila datangnya jutaan Lelaki merempuh pandang, jangan terus2 rangkul kamu itu kamu depang. ingat, dan ingat selalu; semua itu tentera2 iblis yang mahu menggoyah iman kamu.

namun ah kalau pula ditunggu satu2nya dia yang tak kunjung tiba, berimanlah pada janji2nya yang kita semua sudah ditakdir berdua2. kalau tidak dijumpakan kita di dunia, apa dimarah; bukankah lebih manis bersua di syurga? kalau di setiap puisi dan lagu kamu nazamkan penantianmu ke pintu syurga, nah~ ini masanya, bukan?

adikku Perempuan,

kalau sungguh sudah terlepas rasa mengharap cinta pada Lelaki, kuncikan maruahmu dalam peti besi yang paling waja. ambilkan kuncinya dan buangkan ke laut, atau mintakan ayahbonda pegangkan sehingga tiba masanya. ingatlah, adikku Perempuan, tak ada parang yang mahu bersarung buruk; segaknya kan hilang, garangnya kan terbuang. dan kalau pun ada, kakak begitu pasti yang merananya kamu. kerana untuk parang secantik itu, semahunya kamu hendak menjadi sarung bertatah permata hanya untuk dia.

adikku Perempuan,

masa adalah sesuatu yang jahat untuk kaum kita. jasad kita adalah makanan utama usia. maka segalanya perlu teratur molek dan cantik. mungkin, adikku, kerana itu kita begitu terdesak untuk setiap apa yang kita susun dari seawal remaja. nasihat kakak, wahai sayangku, berhentilah kau kejarkan sesuatu yang tak terpegang itu. berhenti dan terima dengan tangan terbuka yang setiap apa yang terjadi adalah tulisan dari cerita tuhan. lebih keras kau genggam takdirmu, lebih teruk nanti akan jatuhmu.

adikku Perempuan,

akan datang bila setelah semuanya kamu kerjakan, takkan tercukup pada mata Lelaki. usah kau deraikan airmata kamu itu, dik. bila tiba hari itu yang setiap usaha keras kamu dibalas tuba dan celaka, amankan hati kamu dan senyumkan sahaja. bisikkan pada jiwa kamu yang sungguh sesuatu itu bukan rezekimu. khabarkan pada hati kamu yang kamu sudah cuba setiap termampu untuk Lelaki kamu. ujarkan terima kasih pada diri kamu yang sudah menghempas-pulas setiap darah yang memeluh tubuh itu.

lurutkan dada kamu dan kata:
aku sudah cuba.

adikku Perempuan,

ada masa, tuhan mahu menduga iman yang terselit dalam dada. apakah kita lebih mengasihi Lelaki; atau Dia --yang mencipta Lelaki untuk kamu dapatkan. apakah kita lebih mencari Lelaki; atau Dia sendiri --yang mencipta Lelaki untuk kamu kejarkan.

adikku Perempuan,

kamu lebih tahu bagaimana untuk menghidupi hidupmu. kakak juga antara bidadari yang tersungkur, maka di manalah layaknya untuk kakak menjawab persoalan kamu itu. kalaulah ada apa2 yang mampu kakak paksakan untuk kamu telan intinya adalah ini: mahalkan diri kamu. jangan pun dijual pada orang sebarang2. kamu lebih tinggi dari apa kamu rasakan. pekakkan telinga pada lidah2 iblis yang mengajak kamu meniaga maruahmu secepatnya dek takut luput tarikh molekmu --kerana cantik kita tak berpenghujung bila mana dipelihara cantiknya kita itu.

adikku Perempuan,

semoga bertemu dalam lain2 warkah. sambutlah salam kasih dan cinta dari kakak ini, semoga terlerai setiap gusar risau hidup dunia yang tidak ke mana ini. semoga ayah dan bonda tidak pernah lari dari ingatan kamu.

sampai jumpa,
kekandamu;

fynn jamal,
bidadari rosak sayap,
di negeri jauh.




--------------------------------------------------------------------------------------

edit:
asalnya aku ada bubuh video anak remaja yang gah melelong maruah di sini.
tapi selepas difikir panjang, aku buangkan.
betul kata seorang kawan, buat apa buka aib orang.

--------------------------------------------------------------------------------------

tapi bagus juga. sebab pagi2 isnin aku dapat bicara pagi yang merengsa akal.
sebab aku dah puas marah sampai keluar airmata pasal video di atas ini,
aku bubuh bincang2 kecil aku sama kawan2 di facebook --sebab aku malas nak tulis semula di sini. aku risau aku jadi emosi semula.

maafkan aku atas marah2 dan tulisan aku hari ini. sesungguhnya, aku takut hendak kata banyak2 tentang orang2 secara spesifik.
aku sungguh takut.

rasulullah saw bersabda: "sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (h.r. tirmizi)

peganglah kata2 ini. insyaAllah, terpegang kita pada tiang risau.



67 comments:

Saidatul Madiha Abd Rahim said...
This comment has been removed by the author.
Saidatul Madiha Abd Rahim said...
This comment has been removed by the author.
Nourelalmaas said...

salam, thanks k.fynn tuk nice entri ... saya msih remaja, terus terang memang kdg2 perasaan nak berpsgan tu ade.klu xde, xnormal la plak... hehe ..sedih tengok remaja sekarang.. sesetgh remaja bercouple sbb tngok org len bercouple, then xdpt control diri.. btul kate k.fynn, orgnya pasti akan dtg sbb memg Tuhan sudah ciptakan manusia berpasangan... hnya perlu cari dgn cara yang halal... =)

hnmysr said...

bodohnyer..sumpah bapak bodoh.

Anonymous said...

akak, mohon share ye. :)

Drunbella Khoo said...

depa neh buat tak pikiaq.
pikiaq syok.
lepas tu dok bangga siap record segala.
kesian kat parent depa.
kesian kat mak depa yang bertarung nyawa sebab nak lahirkan depa.
tapi bila dah besaq, dimalukan macam neh pulak.

ada komen yang menyalahkan mak bapak.
tapi pada saya, mak bapak tu dah bagi ilmu, tapi depa neh ketegaq tak nak dengar.
even kat skola pun ada pelajaran ilmu agama.
bukannya depa tataw hukum hakam agama.
bila syaitan menguasai segalanya, macam neh laa jadinya.
T___T

A wisher said...

kak fynn!saya nak bgtau kat blog kak fynn ada berita best untuk kaum perempuan :) BEST ENTRY OKAY!ALHAMDULILAH.SAYA PON TERKESAN!

kaseh said...

akak...sye mntk share ye kak..

kd saiful said...

saya malu.
bukan dengan budak perempuan tuh tapi dengan diri sendiri. terbayang2 kalau itu adalah saya.

terasa takut kalau dicintai suatu hari nanti jadi lemah sedemikian rupa. paling teruk dijaja video ke sana sini.

biarlah saya simpan maruah dalam besi paling waja dan andai tuhan katakan saya hanya jumpe jodoh dekat sana, maka ianya lebih abadi.

apesal saya yang menangis tengok video nie? dush-dush-tumbuk-meja

Anonymous said...

yg orang keliling pon satu hal.bukan nak pergi tegur ke..ramai2 heret pegi jab. agama ke..orang buat hal kat tempat2 tersorok tepi2 pantai gelap hotel2 boleh pulak buat serbu. ini terang2 tengah2 jalan takde pulak yg nak datang heret bawak pej. agama ke apa. huh.

wanita mutalib said...

saya sangat malu.
gila!

m a r i s s a said...

nak share ape yg awak tulis ni dgn adik kandung saye blh x?

dayahyusoff said...

Ya Allah...

*diam*

terkejut. malu yg amat sangat rasanya, melihat MANUSIA berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM berperangai tak senonoh dan menjadi tontonan umum. saya yg melihat pun rs malu. tidakkah mereka?

;(

fynn jamal said...

untuk semua:

gunalah kalau mahu. ambillah kalau hendak. cuma jangan dibuang kredit, cukuplah.

sayu hati, kan, tgk semua ini..?

Nurul Syuhadah said...

salam...kak fynn mintak share ye...
sayu hati bile tengok anak remaje melayu kite jadi macam ini..saye pun remaje juga dan saye pun ade pasangan juga tapi masih boleh lagi kenal baik buruk, halal haram dan masih lagi cube berpegang teguh dengan amanat keluarga...subhanallah..mintak dijauhkan perkare sebegini..

daya ali said...

thnks sbb mengingati.... im sharing this~ thnks a lot!!!

Nurul said...

mampu tengok separuh saja. kemudian hanya skrol di bahagian komen. hati rasa disiat-siat. rasa macam tengok anak sendiri jadi pelakon dalam video. dengan berkat hari wukuf, lebih baik kita sama-sama berdoa yang mereka akan insaf dan minta kita, keluarga kita dan anak-anak kita nanti tak berada dalam situasi yang sama. insya Allah.amin.

Unknown said...

aku jua berduka

cik ziela said...

lelaki itu amat bangga tengok perempuan itu murah memberi ciuman di khayalak mata .

huarrghhh

terdebik dalam hati supaya tak nak jadi macam ni

Anonymous said...

kak. terima kasih untuk warkah itu. terubat rindu sama kamu. kamu cantik. dalam dan luar. see..kan ada hikmah kenapa Allah tak kurnia anak sama kamu. sebenarnya saya sendiri takut untuk punya zuriat. takut begitu jadinya. dunia sekarang lain dari dunia kita berpondok2 dahulu kala.

Fatin Taha said...

Kak Fyn Jamal. nice entry. thums up!
Nauzubillah tengok manusia macam dalam vid ni. meleleh air mata tengok.huu
Mohon share ye entry ni.

Anonymous said...

ini mmg murah..aurat terabai pn murah juga..celik luar, sdiri buta..
marah mereka, sdri bkn pepejal...

Anonymous said...

Perempuan ini mesti sedang lemah hatinya. Takutkan ditinggal pergi si Lelaki. Terbuta dalam kekalutan perasaan lalu akal mati.
Aku mohon jika aku ditempat Perempuan itu. Tolong tampari aku dengan kuat dan bawa aku pergi. Mungkin pada tika itu aku sudah hilang rasa malu diri demi mengikut kata hati.

- Mia Shakira-

Miss Nurul said...

someone please sepak budak 2org ni dgn kwn2 dia skalik boleh x??!

youngters nowadays really need to tone things down. they have to understand that love is one thing and lust is another.

and mintak nk share yea. thanks.

anyway, nice entry kak fynn :)

Anonymous said...

Sebab masih terkejut tengok dan takut terjadi pada diri sendiri. Tolong tampar aku kuat kuat kat situ juga kalau aku jadi sampai hilang malu begitu. Ya Allah, mohon aku dijauhkan dari hati aku jadi selemah itu untuk seorang lelaki. Mohon diperdindingkan aku dengan rasa malu yang tinggi dari aib aku dipertonton ramai.
-Mia Shakira-

HAHIJAN said...

*ternganga

HfztnBasri said...

erggghhh !
rase jntong kene trik kuat
hati kene robek jd pecisan kecik
sioot sgt T___T

share ye =.='

CekLa said...

aduhai..

anon said...

"lelaki elok akan risau kekasihnya dipandang orang" <-- sgt terharu-nya dgr.

notakaki : dgn melihat video yg xbpe nk best drama-nya tu dan m'baca setiap luahan hati org2..sy belajar tuk lebih m'hargai diri sendiri.

Anonymous said...

mia shakira..pinjamkan aku doa yang sama..amiinn

-bim-

Anonymous said...

lagi sedih dgn entry kak fyn.
klu sy skuat yg kak fyn ckp.
air mta ni xprnh hlg utk seorg kkasih yg sudh brgelar suami sseorang.
wlu jauh lbh baik yg blh sy dptkn, sy plih utk seksa.wlu sy tau jln sksa,doa utk klua dr smua ini tk pernh ptus. mgkn tuhn xperkenan doa dr mnsia spti sy. sy trtipu dgn istilah arranged marriage yg dia tntg margemburkn.mnjelang hr pkkahwinn bru sy tahu sgalnya.kmi sudh bsama hmpir 2 thun. sy bkn jht wlu sy tau sy mlukakn ht istrinya.sgguh sy xmmpu utk prgi jauh. brbcira tntg maruah,dia penghncur sglanya.dn sy xlg mrasakn ad llaki yg btl ikhlas dlm hdp.tp sy msih mnjadi yg stia krna sy mahukn yg tbaik andai sy mlangkh prgi.

@Fr!^n@ said...

suke baca part "mahal" tu..
really suits me.. :)

Thanks fin for sharing :)

fynn jamal said...

anon:

kita semua ada cerita kita.
kamu gagah, dik.
yang penting kamu gagah.

fee said...

sedih.
tk mahu ckp lbh.

fee said...

sedih.
tk mahu ckp lbh.

Syidah said...

nice entry :)

suka sangat baca.Mohon share entry ni ye

belajar dari dahulu said...

keadaan terdesak buat dia tak fikir 2 kali. dia hanya mencuba dan berjaya. malu dah ditolak ketepi. janji lelaki itu balik padanya.

macamlah tak pernah yang lain. dan yang tak pernah tahu, tak pernah rasa, doakan dia biar dia belajar dari silap dia.

dia akan membesar satu hari nanti. dan dia juga akan cuba menasihati. jangan jadi macam dia. macam fynn. kan?

fynn jamal said...

belajar dari dahulu:

setuju. sebab nak marah pun tak guna. benda dah jadi. dan takut jadi kat keluarga sendiri.

MiszNoRuL said...

salam,

sy tengok pic pn dh tk sanggup..
aper lagi nk klik play pd video tu..

mmg bukan HAL kita nk jaga HAL dia..
tp tk perlu la nk show off..tunjuk pd semua org...

sedih betul..

Perempuan said...

hum..speehless..bila maruah dan harga diri tak lagi beerti..

kakak, ain mohon share ye..

mimimo said...

salam..
masyaallah . tak senonoh betol la org2 sekarang . baik pompan laki sume same je ..
ble tgk ni terase tkot ble nk berpsngn..sntiase ode org ketige.
laki suke amik ksmpatn ! pmpn pulah sng2 murahkn diri !
erghhh ! naissss

Anonymous said...

Kak fynn, akak wira saya. Sebab entry2 macam ni laa. Saya masih macam ni. Masih kuat dan gagah nak hidup untuk masa depan. Terima kasih untuk nasihat, kak fynn :)

Sedih tgok video ni. Hancur hati mak dgn ayah dia, kalau dapat tau betapa murahnya perempuan ni, just sbb nak dapatkan balik lelaki tu yang saya kira, celah gigi je. Kadang2, manusia yang sekarang, remaja yang sekarang, belajar tingi2, bodoh bertingkat2.

semoga apa yang jadi ni, mintak dijauhkan :')

Pedy Shah said...

sememangnye manusia ni sentiasa dlm tergopoh-gopoh...xbnyk, sikit mesti ade part yg kurang kesabarannye...

Saidatul Madiha Abd Rahim said...

http://maqasid.wordpress.com/2010/02/04/our-sense-of-morality-bankers-nude-photo-viewing-issue/

i hope you will take some time reading the article.

Salah satu dasar penting dalam usul fiqh Islam ialah sekiranya dalam menghalang sesuatu dosa berlaku ia akan menyebabkan lebih banyak dosa atau keburukan berlaku berbanding kebaikan, adalah lebih baik untuk berdiam diri mengenai dosa itu.

Masyarakat kita kurang kematangan beragama, termasuk saya. Bila video seperti ini semakin tersebar, ramai yang akan memaki, mendoakan perkara buruk pada pesalah, maka berlakulah maksiat mata,hati,mulut dan lain-lain.

"[A note of caution: I would request those who do not already know about the incident to not to search about the incident. That is not required. The lesson we take is important, not the incident itself. It would be better for us not to delve and haunt on other people's privacy and make fun out of it]"

HembusanNafas said...

salam kepada kakak yang prihatin. sungguh tak terkata perbuatan mereka, menempah tiket ke neraka. subhanallah, minta kita dijauhkan.. perempuan itu belum halal untuknya, tapi mengapa sungguh berani menghalalkan perbuatan yang jelas haramnya ? merintih dunia melihat angkara manusia seperti ini.. harap2 mereka diberi petunjuk dan hidayah-Nya. insya-Allah..

Db Cooper said...

nie hanya 1 dalam sejuta yang dirakam, padahal banyak lagi benda macam nie kat malaysia nie

Qira Kara said...

Apakah gadis gadis sekrang tak memikirkan hati dan perasaan org tua sendiri?haih

colela said...

kak fynn. mohon share ye. :')

Weieyka Eyka said...

salam,akak..mohon share utk tatapan kwn2 di fb k..

fyka said...

kasihan.Bijak dlm bodohnya.tk berani nk komena apa la selain ketawa dan mintak perkara bodoh ni tk tercalit kt muka sendiri balik.nauzubillh.apapun k.fynn suka sgt MAHAL tu.sgt bermakna untuk fyka =)

Anonymous said...

:')

MsErma said...

siyes menitis airmata..

aibaks said...

adik sendiri ke?

nota kaki: salam kenal n folo fynn jamal

tulisan buruk said...

kak fynn..minta izin share..untuk saya dan adik2 saya..thax =)

Anonymous said...

saya sempat melihat video itu...hmmmm...

HaziratulQuds said...

mohon share ea.

Fira said...

terbaek la akak .

Anonymous said...

kak fynn thx sbb ingatkan adikmu ini
hope allah memberimu kebaikan
amin....

Unknown said...

Fyn Jamal:
Tahniah, cantik bahasa yang disusun. Mahal ayat-ayat yang diturun, semahal idea yang dihimpun. Sekadar mencoret rasa, ingin mengunjung bicara. Pada usia senja perempuan ini, banyak pengalaman yang dikutip di sepanjang perjalanan. Lelaki tetap lelaki. Kesuciaannya walau tercalar atau tercemar, dia tetap begitu dengan ego dan lagaknya. Yang selalu lemah dan kalah, yang selalu goyah dan mengalah ialah perempuan. Kadang keranan kecantikan, kekayaan dan kepopularan, mereka sanggup mengorbankan sebuah harga diri yang sangat mahal. Kembalilah kepada-NYA dan pasti di situ ada nur yang sentiasa menerangi jiwa dan nurani.

Anonymous said...

terkesan dihati.
kak fynn, mintak share ye kak. :)

sabrina ij said...

salam
jatuh cinta dgn post yg ini.
Mata yg selalunya tak berapa nak tegar untuk baca post post yg panjang,berjaya mencerna apa yg cuba disampaikan penulis.

Lebih terkesan lagi apabila membaca komentar pembaca2x yg lain.
Masih ramai rupanya yg masih sensitif bila bicara agama.

Sedarlah saudara seakidahku,
bukalah mata.
tanya imanmu.
jangan dicampur adukkan yg halal dan haram.
agama itu bukan boleh di amal separuh separuh.
bukan untuk kita pilih hukum apa yg kita suka.

sudah terang terang.
ikhtilat yg tak ikut syara' itu haram sama sekali.

bangunlah dari tidur duhai saudara seakidahku.

fitnahdosa said...

"Salah satu dasar penting dalam usul fiqh Islam ialah sekiranya dalam menghalang sesuatu dosa berlaku ia akan menyebabkan lebih banyak dosa atau keburukan berlaku berbanding kebaikan, adalah lebih baik untuk berdiam diri mengenai dosa itu."


nasihat Dish di atas itu patut Fynn dengar dan bertaubat. Dosa orang lain adalah antara dia dengan Tuhannya.

Dosa yang Fynn buat mengutuk mencaci dan menyebarkan aib orang adalah antara Fynn dengan orang itu yang tidak akan dihapuskan selagi orang itu tidak memaafkan.Sedangkan Fynn tak kenal dia. Macm mana nak minta ampun?

Jadi di sini Fynn menanggung lebih banyak dosa dari remaja itu kerana menfitnah, mengaibkan dia. hahaha..

Itulah kalau tak tahu ugama jangan cuba cari dosa orang lain.


Jangan cakap lepas saja pasal soal lelaki ini. Sesiapa yang tak kahwin lagi meraung takde bf. Menyesal seumur hidup tak rasa parang masuk ke sarungnya..hehehe.

Malu, segan ya.. bagus. Tapi yang melepas adalah anda juga kalau dengar cakap Fynn. Sedangkan Fynn ramai kenalan lelaki korang tak de muahaha..

fitnahdosa said...

"Salah satu dasar penting dalam usul fiqh Islam ialah sekiranya dalam menghalang sesuatu dosa berlaku ia akan menyebabkan lebih banyak dosa atau keburukan berlaku berbanding kebaikan, adalah lebih baik untuk berdiam diri mengenai dosa itu."


nasihat Dish di atas itu patut Fynn dengar dan bertaubat. Dosa orang lain adalah antara dia dengan Tuhannya.

Dosa yang Fynn buat mengutuk mencaci dan menyebarkan aib orang adalah antara Fynn dengan orang itu yang tidak akan dihapuskan selagi orang itu tidak memaafkan.Sedangkan Fynn tak kenal dia. Macm mana nak minta ampun?

Jadi di sini Fynn menanggung lebih banyak dosa dari remaja itu kerana menfitnah, mengaibkan dia. hahaha..

Itulah kalau tak tahu ugama jangan cuba cari dosa orang lain.


Jangan cakap lepas saja pasal soal lelaki ini. Sesiapa yang tak kahwin lagi meraung takde bf. Menyesal seumur hidup tak rasa parang masuk ke sarungnya..hehehe.

Malu, segan ya.. bagus. Tapi yang melepas adalah anda juga kalau dengar cakap Fynn. Sedangkan Fynn ramai kenalan lelaki korang tak de muahaha..

fynn jamal said...

fitnah dosa:

okay. terima kasih. :)

Nadhiera Akmal said...

akak fynn, sy nk share yer.. :)

Anonymous said...

akak fynn..sy mohon share :)

Anonymous said...

nak share jugak :)
boleh tak ?