hari ibu dulu,
ramai yang kirimkan aku nota2 kecil dan besar, pendek dan panjang,
meluahlafaz menyembah kasih pada aku.
dikata aku persis ibu2 hati mereka itu.
hari guru ini,
ramai yang kirimkan aku nota2 kecil dan besar, pendek dan panjang,
meluahlafaz menyembah kasih pada aku.
dikata aku persis guru2 jiwa mereka itu.
*ketap bibir*
aku tidak sangka yang aku mungkin akan meluahkan ini secara terbuka.
tapi tuhan,
terima kasih kerana menjadikan aku seorang aku.
fynn jamal ini.
baiknya.
buruknya.
terima kasih untuk setiap jatuh dan bangunnya.
terima kasih untuk setiap indah dan bangsatnya.
kerana itu semua, setiap itu,
menjadikan aku;
fynn jamal ini.
baiknya.
buruknya.
*diam*
terima kasih, anak2, adik2, kakak2 dan abang2.
kau terima aku seadanya.
menerima calit cela palit hina aku setiapnya.
aku bukan ibu. aku juga bukan guru.
aku kawan kamu.
assalamualaikum.
21 comments:
kerana kak fynn berkongsi
setiap kata2 di sini
itulah inspirasi
peluk!
love every single line that you write sis :')
mendalam maknanya.
kakak
tak perlu belajar tinggi mana pun kan untuk dapat tittle guru itu
sebab
kalau kiata ada sedikit ilmu
waima sekecil zarah pun
tapi kita berikan ilmu itu pada orang lain
kita jua
tetap akan di gelar guru
kerana
guru itu ialah orang yang memberi ilmu/mengajar sesuatu benda yang baru kepada orang lain.
begitu jua dengan kakak
kakak lah guru terbaik bagi ramai di luar sana. kakak lah guru kehidupan buat sebilangan anak-anak seperti kami di dunia ini.
melalui pengalaman kakak lah,kami belajar untuk berdiri teguh dalam kehidupan kami
dan
fara sangat menghargai semua itu.
Selamat Hari Guru buat kakak
:)
lurf being a teacher aite?
kak, tak perlu bergelar secara rasmi seorang ibu atau guru kerana kak fynn sudah sedia ada terbaik seperti selalu.
=)
moga2 banyak lagi yang dapat dikongsi bersama. nah, ibu atau guru, masih boleh menjadi teman kan kak?
Salam.
Zara.
ko mak ayam aku dowhh.. kalo aku takde duit.. blwh laaa pow ko ngan B.. hahahaha
terima kaseh..yg ta terhingga ;-)
setip bait
setiap maksud
.indah.
oh sahabat, kamu terbaik dalam kelasmu yg tersendiri.
tidak,kami tidak gila kerana mengasihimu. barangkali gilalah kami jika tidak mengasihi apa adanya kamu, fynn jamal.
rindu!
semua kat sini lebih senang membahasakan Fynn Jamal dengan kakak.
hm.ok lah.saya tiru ok.
entah bila saya 'jatuh cinta' dengan kakak.
mungkin lepas baca pasal kakak di SindiketSoljah.
lepas proses 'jatuh cinta' tu.saya jadi sedikit gila bila bercakap pasal kakak.
dan artikel yang ada kakak di dalamnya."ruangan SASTERA berita harian".saya simpan sampai sekarang.
ouh.akak cantik lah.
selamat hari guru kak fynn jamal.
slmat hari guru!
selamat hari guru, untuk ibu!
:D
waalaikumslm :D
selamat hari guru!
tak semesti nya di sekolah sahaja guru..
nice2.thumbs up.
kak fynn mmg rujukan sy. (:
fynn
apa pun kamu jadi. siapa pun kamu.
kamu jadilah kamu.
:)
kagum. :)
i love u kak fynn...
kak fynn membuka hati saya utk menulis lagi.
tulisan yang sebenar.
:)
sy suke k.fynn!!
kamu inspirasi.
sumber rujukan ramai orang.termasuk saya.
yg kagum pada indahnya penggunaan bahasa.kerap juga saya quote bait2 kak fynn kerana tak ada kata-kata lain yg boleh saya guna utk menggambarkan apa yg saya mahu smpaikan.
tq kak fynn.selamat hari guru utk akak dan saya.
i love u k.fynn
seorang yang menjadi sumber rujukan.
peluk*
Post a Comment