Friday, March 26, 2010

jahat

ada dua jenis orang jahat.

orang jahat yang memang tahu dia jahat.
orang jahat yang tak sedar dia sebenarnya jahat.

risaulah.
takutlah.
mereka ada bersepahan.
selagi namanya manusia, mereka ada.

soalannya,
hendak risau pada yang mana?
hendak takut pada siapa?

siapa orang jahat?

*senyum*
siapa.

carilah sampai bengkok tulang rusuk, kau akan cuma jumpa kategori pertama.
yang kedua, selagi dia sembunyi2 depan mata telanjang, takkan kau tahu dia yang mana.

mungkin teman kau yang paling rapat.
mungkin mereka yang kau gelar adik angkat.
mungkin saudara sedarah sedaging.
mungkin kawan sepejabat geng menganjing.

susah, beb.
susah nak kenal orang zaman sekarang ni.

sebab ramai penipu.

kerana itu aku lebih selesa sama orang jahat yang berterangan dia jahat. setiap apa yang terledak dari mereka adalah suatu-kemungkinan-yang-selalu-kita-tahu-mungkinnya-untuk-ada;
ada.

kau takkan pelik kalau teman sekuliah yang sering beringan2 sama mamat2 yang baru dikenal dalam kereta itu tiba2 diberhentikan kerana bunting tak bersuami.

kan?
you somehow see that coming.
eventually it WILL happen.

dan tidak.
bukan kerana kau punya gerak hati yang gempak dan termasyhur,
tapi kerana prejudis yang didasarkan dari penaakulan mantik berikut:

penyataan 1: lela suka ringan2.
penyataan 2: ringan2 berlanjutan ke seks bebas.
penyataan 3: orang melayu takut beli kondom.

hypothesis: lela akan satu hari sangkut.

sekali lagi:
bila kita kata "aku ada instinct kuat", beringatlah, itu semua mainan psikologi yang kau pupuk demi meyakinkan diri sendiri.

*diam*

risau aku.
takut.
cuak.

sebab untuk orang seperti aku, aku lebih rela bertempur depan muka dari diserang hendap ketika tidur, diracun tuba sampai melecur.

tapi itu aku.
tak semua sanggup hadap pisau dan berdepan mati.
atau mungkin benar kata sesetengah manusia yang benci aku;

"dia boleh la. dia ada kuasa besar. boleh pengaruh orang melutut pada dia"

*gelak besar*
kalau betul aku ada kuasa besar, baik aku usahakan untuk penuhkan kocek aku.
apa barang berkuasa semata2 pada pengaruh.
jadi kayalah. baru puas hidup, browww!!

(aku tak tahu kenapa dewasa ini semua suka guna perkataan bro. mungkin ia sehebat perkataan 'beb' satu masa dulu. aku tak ada masalah. tapi kalau 'bro' itu satu2nya perkataan bahasa inggeris yang kau tahu, belajarlah lebih sikit, browww!!)

*kekeh kecil*

pengecut.

kelakarlah semua tahi tentang pengaruh ni. kelakar.
sebab akulah orang yang paling tak ada mampu untuk pengaruh orang.

aku ingat lagi masa sekolah, aku dinasihatkan seorang kawan yang memujuk aku terngongoi dek sayu hati dipulau rakan setingkatan:
"kau nak buat apa nangis2? kau biar je la. kau nak pergi pada siapa? kau bukan ada pengaruh kat sekolah ni"

haha.
itu adalah latar belakang cerita bagaimana aku faham konsep pengaruh.

semua itu bullshit.

siapa ada pengaruh dalam dunia ini?
hari ini, mamat.
esok raju.
lusa albert.

kalau betullah memang wujud sesuatu yang kau namakan pengaruh ini, seharusnya ia tak terhapuskan sampai bila2.
kerana apa yang aku rasa, semua ini; pengaruh, kuasa, segala apa yang terlihatkan dan terpegangkan; semua materi celaka ini,
tak pernahnya kekal lama.

pengaruh apa kalau berganti2?
tak ubah seperti baton di balapan lari.
apa untungnya?
tak ada.

pelangi yang kita kejar itu sebenarnya tidak lebih dari biasan spektrum cahaya dan ilusi mata.

haih..
sudah2lah.

*diam*
*termenung*

yang lebih sakit, bila orang jahat yang tak sedar dia jahat itu;
teman kau yang paling rapat
atau
mereka yang kau gelar adik angkat
atau
saudara sedarah sedaging
atau
kawan sepejabat geng menganjing.

haih.
bilalah mampu aku jadi macam yasmin ahmad.
(betul atau tidak diamalkannya itu, pergi mampuslah)
yang penting, banyak juga mesejnya yang bagus.

"you ready?"
"yes"
"do you forgive those who have mistreated you"
"yes"

pergh.

dan kalau kau perasan, ditanya dulu kesediaannya. sebab itu memang kita. kita cakap kita maafkan. tapi dalam hati, kita belum sedia. kita bilang kita redhakan. tapi secara sunyi, kita belum sedia.

*diam*

apa yang terbaik?
mara pada dia dan terus2 membuka perasaan yang membuku dalam dada?
tampil ke mukanya dan tampar sampai bersepai tulang rahang dan pekak telinga?

apa akan kita dapat?
apa akan aku dapat?
kosong.

"are you happy making her sad?"
"no"
"is she happy; you making her sad?"
"no"
"so who's winning?"

*senyum*
gempak gila.

terima kasih, yasmin ahmad.
apa jua hinamu, kita semua sama; kita manusia biasa.
tapi ilmu2 yang kau celah2kan pada orang2 seperti aku,
selagi dipakaiguna, selagi itu tersedekah untukmu pahala.

haih.
rasa lega.
kalau 30 minit tadi seorang manusia itu lalu di depan muka aku dan berbuat seperti lakonan hari2nya, aku rasa pasti berderai airmatanya malu ditampar aku di depan orang.

tapi itu tadi.
sekarang;
semanisnya aku biarkan.
dan senyumkan.

kerana mungkin.
selain dari kategori orang jahat yang memang tahu dia jahat,
aku juga tergolong dalam orang jahat yang tak sedar sebenarnya dirinya jahat.

dem.
haha.

jadi biarlah.

hiduplah seperti hari2, budak. semoga kau berhenti sendiri.
kasihan kau. jaja sana-sini, tetap tak ada yang sudi.
lain kali, hendak bikin story, biar konsisten dan selari.

okay?

dan lagi satu,
sejujurnya,
kau mengerikan aku.

11 comments:

Lucy S. said...

kita tak tau kan apa yg ada dlm hati manusia ni.

Clarky Afif said...

...

hm

...

SNA said...

kak fynn~

even saya tahu akak dah tahu perkara ni,
tetap saya nak cakap

selamat datang ke dunia sebenar, di mana kepercayaan boleh musnah sekelip mata, dan manusia yang disangka baik hakikatnya tidak lagi wujud...

betul kan? :)

Bie Cimbelang :) said...

kak fynn,..just want to tell u,.
(er bdway, I'm a silent reader T.T)
2 hari lepas sy perform poem akak
kat INTEC, Shah Alam
malam persembahan
And it turns great :)
ada dlm my blog.
lagu2 kak fynn mmg sedap
malam tu, sy nyanyi
"kisah cinta di tempat itu"

:)
nice song :)

thnx :-D

sns said...

muallaf! sumpah penuh mesej.

Ayyman Rahim said...

Ada juga dengar di akhir zaman yang bakal turun si D**** (dengar kata tak boleh sebut, annti macam dia makin dekat) yg sebenarnya bukan seperti yg dikatakan satu mata semua itu tetapi adalah di antara manusia-manusia yang kuat menipu ini. Ye ke eh?

gdsjht said...

so gadisjahat kategori mana?

ddy the writer! said...

biasa lh tue. kita kan x sempurna. baik2 mana pn kita, ada jgak kita jadi jahat kadang2. yang bab teman yang paling rapat tue paling jahat mmg sye setuju

misszara said...

sy setuju bila kata teman rapt pun x boleh percaya,,huhu~

sy fhm perasaanya kalau teman yang kita rapat sgt,bertopengkan baik,ztp dlm hati jht!! *sedih sgt3x*

Zoro said...

ending tu yg paling menang.

seriously you scare me. *tiun ashley tisdale

haha.

Jef Hadi said...

salam.

akhirnya!!

dapat jumpa blog fynn jamal.

baru kenal semalam.hari ni dah bertaut salam.sedikit ucapan.assalamualaikum dan salam perkenalan.

akak(sebab saya lagi muda),boleh tak komen karya saya?kalau sudilah.