Tuesday, March 30, 2010

tentang terima kasih dan aplikasi relevannya

datang dari keluarga yang hidup pun cuma di bandar yang tidak ubah seperti pekan, aku diajar banyak perkara yang (untuk ramai orang zaman sekarang) tak berapa perlu.

aku tekankan;
bukan tak penting, cuma dirasakan tidak berapa perlu.

membesar di bawah didikan abah, aku dibiasakan dengan ucapan 'terima kasih'.

kami bukan orang senang ketika aku dan adik-beradik masih di usia anak2 kecil. abah masih cuma makan gaji askar, arwah mak cuma jururawat. jadi bila sekali sekala dihabuankan sesuatu, ada tiga masa yang wajib kami lafazkan terima kasih.

1) ketika janji mendapatkan habuan itu dilafazkan.
2) ketika tangan sudah memegang habuan yang dijanjikan.
3) selepas janji habuan itu sudah dilunaskan, walau pun itu sudah beberapa minggu lalu.

itu paling kurang.

kalau terlupa dek keterlaluan girang, pasangan si pemberi habuan akan mencegil dan bertanya dengan serius.
"cakap apa? dah lupa?"

kalau habuan abah yang beri, mak akan tanya.
kalau habuan mak yang kasi, abah akan pasang mata.

sebab nak memberi sesuatu bukan murah. 5o sen kita tak sama nilai dengan 50 sen dia. keluarga aku dulu, kalau dapat kotak pensel baru pun boleh tahap menitis airmata sebab terlalu berterima kasih. dan untuk adik-beradik aku yang macam syaitan dulu, kalau dihadiahkan seorang, yang lain kena dapat juga. baru adil.

jadi, habuan yang paling mudah adalah makan luar. wah. itu sudah rasa kaya-raya. dapat main di jonkang-jongket dalam restoran sambil makan dan lari2, itu sudah terlalu bongkak, aku rasa. haha.

*kesat airmata*

tapi aku tak pernah nampak abah dan mak sedih pasal duit. atau mungkin aku terlalu kecil untuk faham. padahal, mak anak orang kaya. kahwin dengan anak yatim macam abah, orang miskin; mak sentiasa senyum.

sampai mati dia asyik bergurau.

*diam*

abah dan mak marah kalau aku tak berterima kasih. rotan bukan sikit2. sampai bengkok. mencuri maksudnya tak berterima kasih. bawa balik hak orang, walau pun dia kasi, tak berterima kasih.

kita kena aman dengan apa ada.

tapi aku budak2. bukan aku tak berterima kasih, cuma kadang2 aku teringin nak rasa ada pensel tekan2 yang ada dinosaur terjongket ekor bila kita picit kepala dia.

haha.

setiap jumaat malam, abah dah bersila di ruang tamu dengan rotan; atau apa sahaja kalau rotan telah aku sembunyikan awal2nya; dan dia akan beri satu arahan pendek. "buka beg". tergigil2 kalau lupa pulangkan hak orang. terkencing2 kalau tak ingat kasi semula milik orang.

mampos.

aku ingat lagi sekali itu, di usia aku di sekolah menengah. mak dah lama tak ada masa itu, tapi didikan 'terima kasih' itu tak pernah berhenti, malah makin diamalkan selalu. aku pulang dari asrama, dan tiba2 abah panggil adik perempuan yang setahun lebih muda dari aku itu. mungkin ketika dia tingkatan 2 atau 3.

aku di meja komputer. aku tak berani hendak tinggalkan lokasi kejadian, silap2 aku sekali disesahnya. standard la. abah aku adil. haha. dari lantang suara abah dan bisik halus achik, dia hendak beli kasut.

"memang bongok aa kau mintak abah, chik", aku cakap dalam hati sambil melakonkan wajah tenang. aku cuba suruh dia padam niatnya lewat mata kami yang tertembung sekali dua. tak berjaya.

aku dengar achik kata dekat seratus harganya. nekad.

"komfem mati kau kena balun, chik", aku geleng kepala. aku patut mula cari yaasin untuk majlis pengkebumian adik aku masa itu.

dan tak perlu diceritakan, achik lembik dimasak abah dengan pelbagai resepi. rebus, goreng, tumis, semua settle. abah makan sorang je. ibu kat tepi cuma pujuk dari jauh; sambil standby jadi paramedik dan kaunselor.

*sengih*

aku curi2 dengar marah abah yang sengaja dikuatkan agar dapat didengar aku sekali. "awak ingat awak siapa? anak raja? awak anak driver bas tau tak? bapak awak bukan orang kaya!" achik cuma terbaring di lantai. 20 minit disesah, layaklah kau hendak rasa lemah. kalau dia bijak, dia pegun di lantai. kalau tidak, nescaya sesi muhasabah akan berterusan.

nasib baik dia bijak.

satu dua kali, abah tanya aku, "awak ada nak apa2, ngah?"
dan aku pun bijak.
aku jawab tak.

kalau aku nak, itu sesungguhnya masa yang bodoh untuk cuba nasib, betul tak?
haha.

aku tahu ini cerita sedih. tapi sebenarnya ini cerita kelakar.
sampai sekarang achik memang tak berhenti kena menganjing dengan aku. bulan empat ini, achik dan suami akan dapat anak lelaki; selamat berjaya, chik. hahaha.

*tahan gelak*

lepas dia dah lembik tak terbangkit itu, abah tanya dengan perlahan sedikit suaranya;
"lepas ni nak lagi tak benda bukan2 macam ni?"

dan dengan kebalnya,
achik jawab;
"nak...."

bodohhhhhhhhhh!!!
ahahahaha.

serius.
achik memang gempak.
aku berderau takut achik mati dikerjakan abah.
nasib baik,
cuma sekali nasib ini nasib achik baik.

sebab abah ketawa.

-----

*senyum*

tadi kawan sekerja aku bising pada perangai aku yang suka ucap 'terima kasih' ini. dia kata kawan2 tak perlu terima kasih. kita hidup tolong-menolong. kalau ikhlas, tak perlu diungkit2.

aku gelak sambil geleng2 kepala. dia hindu. dia menari untuk sebahyang hindu beramai2 di kuil. dalam agamanya, dia dikatakan kelahiran penari suci dari syurga mereka. tapi dia faham maksud ikhlas.

orang kita?
haih...

satu beras dia bagi, satu beras mintak pulang. walau pun bukan beras yang dia minta, tapi tetap mahu dibalas. kalau pun telah kita bagi emas, yang diungkit tetap beras sebutir itu. "ambillah, saya ikhlas". itu zikir orang islam. tapi hujung hari, "dia lupa aku pernah tolong dia. dulu, aku bagi dia beras sebutir, tapi takpelah... aku ikhlas"

ikhlas apa kalau disebut?
orang tak tahu agaknya, perkara ikhlas kalau disebut, sudah jadi kurang ikhlasnya.

macam ayat2 yang boleh kita dengar hari2, "saya doakan awak tenang dan bahagia". berapa orang betul2 mendoakan orang lain sebenarnya? doa kalau sekadar dilafaz begitu2 sahaja, tak ke mana. lagi mulia doa yang didiamkan. lebih makbul. aku ada bukti. tengok, aku sudah bukan di kazakhstan.

*senyum*

aku tahu ramai yang doakan aku sembunyi2. terima kasih. terima kasih. terima kasih.
hanya tuhan yang tahu siapa kamu2.
dan dengan malaikat2 di sisi kalian, mereka akan bersaksi untuk setiap kebaikan itu.

*diam*

susah hidup zaman ini. kita tak tahu siapa manusia sebenar2nya. seperti mana kalian tidak secara sungguh2 mengenal aku siapa, aku juga. ada masa aku sendiri tidak pasti siapa fynn jamal ini, jadi aku harapkan usahlah kalau2 ada siapa2 di sini yang mendabik dada depan semua mengatakan mereka lebih tahu aku.

usah percaya.

*diam lagi*

sebab itu kalau orang sibuk hendak membantu aku, aku akan secepatnya balas apa juga budi yang ada. kau belanja aku makan hari ini, aku tolong kau nanti2nya. kau tumpangkan aku hari ini, aku kasi kau makan percuma. kau jawabkan soalan aku hari ini, aku carikan penyelesaian untuk kau punya cerita.

quid pro quo.
something for something.

aku bukan parasit. itu memang aku pastikan. aku percaya pada simbiosis;
aku lebih, kau kurang.
aku kurang, kau lebih.
kau tolong aku. aku tolong kau.
kita sama2.

itu juga antara sebabnya aku tak suka berhenti dengan ucapan terima kasih. sebab nak cari manusia ikhlas zaman sekarang ini, memang hampir mustahil. sementara tengah baik, memang bersih dari apa2 niat cela. datang hari benci, semua benda diungkit segala.

dan pergh.
pedihnya tuhan sahaja yang tahu.
dan sebab cuma tuhan sahaja yang tahu, dan bukan orang2 kiri kanan itu,
bertambah lagi pedih.

tapi ini dunia material. budi bukan lagi didasarkan dengan keikhlasan. budi ditimbang dari siapa mula dulu. siapa berbudi dulu. dan siapa memberi lebih.

ikhlas sudah lama mati dalam dunia, cuma kita pejam mata.
kalau ilmu agama pun ada harga, apa lagi yang boleh kita minta percuma?

mana ada percuma zaman ini, dik.
sedang suami isteri pun aku lihat ada yang berkira.
"ini duit ai. yu pakai duit yu la"

(ini bukan jenis yang suami isteri berkongsi, ini kategori suami isteri ada bahagian2 tak boleh usik; lakibini berkira, jenis "bulan2 ai nak hak ai, 4 ribew dalam akaun okay mr hasben?")

entah apa nak jadi.

*diam*

beringatlah wahai sekalian,
usah berhenti terima kasih.
dan ikhlaskan.
kalau orang tidak percaya ikhlasnya kita, biarkan.
bukankah itu asalnya ikhlas?
pada hati.

kan?

sebab lagi pun, kalau kau jenis muka pecah rumah, samseng kotaraya, takdenya orang hendak percaya. lainlah kalau kepala kau bertanda tikar solat di dahi, bila kau kata "takpelah.. saya ikhlas", mesti orang terima.

dapat pulak kau jenis pakai tudung sekejap, pastu tak jadi,
pastu mulut kau kuat mencarut, perkataan kegemaran adalah babi,
dan kau jenis sengih dan buat bodoh pada apa2 cerita yang dibagi.
dapat pulak yang mengungkit itu pernah umrah atau pergi haji.

sampai mati orang takkan percaya kau.

bak kata orang2 veteran:
terima kasih ajelah.
memang tak dapek den nak nolong aa.

hahahaha.

20 comments:

Nia_dEeyA said...

lama x baca entri mcmni dr awk fynn...windu...

betul..thanks n sorry...adab yg mungkin da kurang relevan pd sesetgh org..tp untuk sy, itulah yg ditekan2 masa kecik2 dulu..dan masih diamalkn smp skarang...

tahniah juga utk adik yg bakal jadi ibu..insya Allah selamat semuanya ^_^

diri aku said...

salam,
terima kasih. pendek jek, tapi bukan semua org suka ucapkan. Tapi apa yang abah kak fynn ajar, itu juga diterap pada jun dan adik2. sampai sekarang walau dgn siapa itulah ucapan yang akan keluar setelah menerima apa saja dari siapa saja.

Dulu ada teman pnh tanya apa perlu ucap terima kasih kitakan kawan sama kawan, tapi bg jun terima kasih itu tanda penghargaan yg kadang2 kita tak mampu nak byr dgn wang berjuta.

Terima kasih juga pada kamu. :)

RosmanPositivo said...

terima kasih kerana post entry ini ;)

Anonymous said...

serious kalau ak da x kata nak lagi lepas kena pukul dgn ayah aku,,lawak r achik,,ahahaha

susudalambotol said...

achik awak memang kebal dan funny.
hahahahaha!

tergelak sorang-sorang dalam bilik kat pejabat ni. terima kasih buat hilang stressed keje kejap fynn.

Nini teDDylicious said...

kak fynn..

doa senyap tu mujarab kan..??

dah penah rasa keajaibannya.

terima kasih kak fynn, sbb kembalikan 1 memori dalam minda neh.

hehe..

joegrimjow said...

"ambillah, saya ikhlas". itu zikir orang islam.

nak pinjam ayat ni

ShiE J. said...

tak tau knapa. tapi setiap penulisan kak fynn mesti tinggalkan 'sesuatu' dalam hati saya.

terima kasih, kak. :)

nuridrin said...

terima kasih.
untuk setiap satu.
terutamanya, tulisan2 di puisitepijalan ni.
:)

zaradgreat said...

phewwwwwww
nasib baik achik tak kena sambung sesah sebab nak lagi beli kasut cenggitu

hahhahhahaa

terima kasih=magic words

Sarah H said...

Hak isteri juga untuk punya nafkah bulanan dari suami kan?
Tapi harus bersyukur seberapa yang suami beri.


Terima kasih ni mcm Sorry juga. The hardest words to say haiih.

:)
*Thumbs up

sHEmA_sHImoT:D said...

dan iklas itu ibarat

semut hitam berjalan atas batu hitam
:)

terima kasih

dua cara
ucapan dan perbuatan
itu bagi saya:)

azma612 said...

TERINGIN SGT NK JUMPA KAK FYNN...
DA LAMA.. CMA BRU ADA KEKUATAN NK MENYATAKAN..
SY BLAJA LG KT GOMBAK.

idysur tagem said...

kadang-kadang rasa terima kasih itu bukan setakat di atas perkataan.

contoh 1:
ada orang bagi cokelat kat kita.tapi kita tak makan pon.simpan dalam peti ais.bila teringat balik,cokelat dah tak sedap.adakah itu rasa terima kasih?

contoh 2:
kita tolong kawan kita atas dasar kemanusiaan.tapi kawan kita herdik kita macam-macam,cakap kita malas buat kerja,kerja tak ikut arahan.perlu ke dia berterima kasih selepas selesai semua kerja?

perasaan menghargai itu perlu wujud bersama dengan rasa terima kasih.kalau kita ucapkan terima kasih lepas dapat sesuatu benda,lepas tu kita selamber letak benda tu merata-rata,tak guna.kalau kita dapat sesuatu pertolongan dari manusia lain,tetapi lepas tu kita kondem dia macam-macam,tak guna.

perkataan 'terima kasih' itu juga ada signifikannya.memberi kasih dari hati.

kalau betul kak fynn tak pernah lekang dengan 'terima kasih',saya tak tau berapa ramai yang telah menerima 'kasih' kak fynn.:)

aziezainal said...

suka entry nie kak fynn,

setuju sangat..kalo kita nie bukan yg pakai tudung labuh, kopiah putih ada tanda kat dahi, bila kita ckp pasal ikhlas dan bersyukr...org buat dek je...pastu pandang slack kat kita...

yelah kita nie bukan siapa-siapa....

Ikhlas tak perlu lafaz dengan perkataan sbb ikhlas itu antara kita dengan tuhan....

Terima kasih kak fynn..entry ini indah sungguh....

*selama nie baca je..baru hari ni nak tinggal komen ^__^*

ahmad fauzi said...

mcm sedey
pastu senyum
pastu sengih
pastu termenung sekejap

aennykaio said...

saya suka coretan kak fynn.
ada isi dan tidak pernah kosong. banyak manfaat dan jarang menghadirkan rasa tak puas hati dalam diri.
saya juga suka ayat 'terima kasih' kerana ayat itu secara tidak langsung telah dapat menyedapkan hati banyak pihak.
teruskan menuliskerana saya akan terus membaca.

Anonymous said...

post2 akak memang menarik..terima kasih... :)

pari-pari senyuman said...

bukan nk comment bnyk,tp kisah yg satu nie bnyk persamaan dlm life kita..cuma care kite handle kan je lg untuk dptkan yg terbaik..

Anonymous said...

entry yang bagus. sangat dramatik
part ikhlas tu paling berkesan :)
bagus. terima kasih lagi.

*ikhlas tu bukan di mulut tapi dihati.