Thursday, March 11, 2010

warkah untuk suami saya

inilah dia secara tepatnya aplikasi lagu no more yang aku bikin dulu.
yang ini.
yang aku sedang rasakan ini.

untuk siapa yang tidak pernah mendengarnya,
ia tentang dua anak kecil yang hidup seperti kayu hanyut di permukaan air kali.
satu perempuan.
satu lelaki.

baju bercarik.
miskin tak berduit.
tapi rasa aman.

dan tertemu di tengah2 di antara mana2.
dan mula kenal apa itu rasa.
apa itu cinta.

yang mana dek kerna dengki angin busuk hati, kerna ribut yang membenci,
terpisah mereka dua tanpa peduli.
tanpa diperasankan.

terjauhkan;
barulah mereka dua itu mengetahui,
menyedari betapa miskinnya mereka.
hinaya mereka.
kosongnya mereka.
tanpa berdua.

ah.
inilah sialnya sesuatu perkara yang bernama cinta itu.
gergasi mana pun,
segagah petir pun,

kalau sudah cinta...

seperti satu kisah cinta dalam fiksyen theologi purbakala;
tentang samson dan delilah.
samson, antara dewa yang kebal tak mampu dibunuh dengan apa senjata pun, mati di tangan satu2nya perempuan yang dicintai, sedang delilah itu jelas perempuan yang bukan suci. dan tetap, matinya dalam senyuman untuk cinta yang dirasakan jua-juli.

dan sehingga kini, masih didebatkan dalam sastera:
"samson cintakan delilah: kenapa".

cinta.
begitu mudah.
begitu susah.

*diam*

hari pertama aku bertentang mata sama tri, dia minta aku untuk dijadikan isteri. aku cuma ada beberapa masa untuk memikirnya pinangan tak rasmi dia.

aku kata dia tak kenal aku.
dia kata dia sudah tahu.
setahun dia tunggu aku.
lama dia cari sabar untuk aku.
aku membatu.

"siapa kita di masa dulu, tak ada siapa yang mampu ganti2.
aku mahu kau yang hari ini, dan aku mahu masa depan kau.
aku cuma nak isteri yang sudi cintakan aku"

jumpa pertama, terus terima.
dan kurang dari tiga purnama, aku dimiliki dia.

sejujurnya, perasaan yang aku ada pada dia ketika awal2 itu bukanlah cinta. cuma hormat dan sayang berserta yakin sama pesan bunda: "pilih lelaki yang cintakan kita, sebab lelaki yang sanggup cinta kita sudah susah mahu jumpa".

tapi ah.
dia kelihatan terlalu indah.
mencintainya terlalu mudah.

cinta aku pada suami mekar sejujurnya pada saat dia tahan airmatanya ketika dia kucup dahi aku pada hari kami dinikahkan. aku belum pernah jumpa manusia yang sudi mencintai aku sebegini banyaknya. aku tak peduli airmata yang menjahanamkan solekan pengantin aku yang tidaklah tebal mana.

aku bersumpah untuk terus menanam cinta pada dia.

*diam*

aku baru tersedar. dari dahulu, bilamana aku solat, doa aku pada tuhan adalah "tuhan, kuatkan jiwa aku untuk lelaki yang akan menjadi suami aku".
aku baru terperasan. aku tidak pernah sebutkan nama siapa2, tidak aku sebutkan nama2 kekasih2 ketika itu semua.

betapa besar kuasa tuhan.

dan benar.
selama mana pernah aku dendangkan tentang cinta dulu2,
langsung tak terbanding dengan apa yang aku ada untuk suami aku hari ini.

demi tuhan yang maha kuasa,
bermula aku menghambakan jiwa aku padanya,
tidak pernah aku pandang mana2 lelaki dengan perasaan yang aku ada pada dia.

betapa tuhan menunaikan doa2 aku yang itu.
cinta yang aku ada pada suami aku hari ini,
adalah seperti mana aku mintakan pada yang esa dulu.

*diam*

maka ampunkan aku wahai sahabat, andai aku terlalu mati jiwanya untuk menjadi manis.
aku tahu aku terlalu memuja suami aku hingga ke tahap yang menakutkan.
aku terlampau mengagungkan dia sehingga tak ada apa yang mampu menghentikan aku untuk berdiam tentang dia.

tapi ah.
gimana kau menunaikan suatu yang kau namakan cinta itu berbeza dengan cara aku.
aku tidak minta kau peduli.
aku tidak minta kau mengerti.

tulisan2 aku adalah untuk suami aku, kekasih aku, arjuna raga aku.
untuk dia tahu betapa aku terlalu memuja dia.
terlampau mengagungkan dia.
begitu mencintai dia.

*tahan airmata*

ke hadapan suami saya yang segalanya,

ampunkan saya yang masih lagi di sini.
setiap airmata kamu yang tertumpah kerana rindukan saya,
saya minta dimaafkan.
saya minta disabarkan.

saya juga, seperti kamu, wahai kekasih, sedang mati.

ampunkan saya kerana saya tidak ada untuk menarik jemala kamu dan membobok sayu kamu.
ampunkan saya kerana saya tidak mampu untuk pulang dan menengking bangsat2 jahat yang mengganggu jiwa kamu.

semoga alam semesta melayan kamu sebaik2nya.
semoga sahabat kita yang tidak ramai itu masih menemanjaga.

dan jangan sekali2 peduli dengan orang kata.
ini cinta kita.
biar kita yang rasa.

*seka airmata yang masih menderu*

sayang,
saya nak sembunyi di celah sayang.
saya takut hidup sendiri...
saya takut bangun takde sayang.
saya takut saya mati tanpa sayang kat sini...

sayang...
saya nak balik...

...

tak ada orang yang kenal saya macam awak kenal saya...
saya sunyi tanpa awak...
awak satu2nya kawan baik saya...

...

saya tak mampu sambung lagi.
saya tulis nanti2 ya...

isterimu yang setiap hari membilang saat untuk pulang ke rusukmu, wahai kekasih,
si anak kecil yang sudah mengetahui betapa miskinnya dia tanpa kamu meneman sedih;

saya.

17 comments:

Alynn Notnot said...

sweet :')

lisz. said...

ai am so speechless..

may Allah bless you both kak fynn and abang tri..
=)

ainee cumi2 said...

so sweet kak fynn

Anonymous said...

i like ur post,,sobb sobb sobb,,sedih~

Yeast said...

kak fynn, saya baca warkah ni pun saya rasa nak menangis. Terima kasih sebab sudi kongsi cerita ni

Sangat terharu. Macam cerita novel, tapi realiti. Semoga jodoh akak dgn suami berkekalan. Saya ikhlas

Anonymous said...

bertahan kak..

setiap langkah yg mendapat redha sang suami itu pahala...

maka, bertahan berjuang..

noli said...

fynn...
aku menangis baca tulisan kamu..
segalanya menyentuh jiwaku..
semoga kmu bahagia fynn...

cokelatcelup said...

siapa kata tiada kisah seindah dalam novel..:')

ini satu contohnya.

Wolverina said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

terlalu melebih2.meluat.muntah

fynn jamal said...

anon:

hahaha. sampai muntah.

Banana said...

sayang kamu pada dia
saya tumpang rasa

Shepha said...

terasa tempiasnya kasih itu. :)

kasapianSea said...

aku slalu ikut blog kamu
dan skrg aku di perantauan
negara sedara mara kazakstan
honestly entry ni sgt mnyentuh hati
remind me a alot of my wife :)
harap moga kami tabah insyallah
well done!!!

JeyJA said...

so sweet !!

sarah honey said...

hebat sis!
harap nanti saya pown ada rasa cinta yang macam sis ada..

pari-pari senyuman said...

aman dunia xde cerita isteri/suami curang