Tuesday, June 9, 2009

rindu blog, bentan, dan mati atas pentas.

orang kampung panggil:
bentan.
orang hospital kata:
padan.

lama hilang.
sepatutnya lebih awal sudah boleh bangkit.

tapi itulah.
pusat badan memang di bahagian perut.
ibu penyakit aku pula main sembunyi2 di celah2nya.

siapa orang pentas, baik orang lakon atau orang nyanyi, juga orang puisi, orang-yang-guna-anak-tekak punya seniman/wati akan tahu dan maklum:
suara yang ada jiwa perlu datang dari angin dalam perut.
bukan anak tekak.
apa lagi rongga hidung.

bahana bentan (atau pembengkakkan post-surgeri) ada banyak.
untuk aku:
pendarahan bawah kulit.

oo...

*buat muka okay-apa-kena-mengena-dengan-aku: sebab bagi aku, dari dulu aku memang agak superhero dan gagah*

tapi aku baru tahu.
aku BARU tahu apa maknanya arahan "jangan renyah2 selepas pembedahan, nanti bentan" KETIKA di dalam bilik pakar itu.
di beberapa hari selepas 3 venus itu.

selama yang aku tahu, aku fikir bentan itu untuk menakut2kan adik2 darjah enam yang baru selesai dicantas punainya dari bergasak dan berteromba.

tak takott. tak takott.
ne ne ne ne neeeeeyh.
dude, aku mana ada punai untuk bentan.

ambik sepam.

maka aku baru tahu ketika itu.
malangnya, bukan di ketika yang doktor itu kata "okay baring kejap, kita tengok".
tapi ketika dia berkata separa menjerit, "pegang, nurse! pegang!", serentak dengan jururawat terus memaku aku terbaring tak mambu bangkit.

dan jahitan ditebuk balik.
sakit ya amat.
makin aku jerit, makin cik kak berseragam putih itu tekan darah hitam yang terkumpul itu supaya lekas keluar.
aku faham perasaannya. aku pun suka picit jerawat. aku reti rasa uja itu.

tapi ini bukan jerawat, dol.

aku hilang idea.
aku cengkam lengan dia yang telanjang.
bukan genggam secelet.
kalau tulang dia kertas, sudah keronyok seribu.

aku longgarkan apabila dia berlembut hati dan berkata:
"ok dik. kita buat sikit2"

aku bersyukur aku tidak potong kuku minggu itu.
lalalalalala.
*muka toya*

namun aku rasa aku patut gunakan kuku aku 10 minit selepas dialog itu, untuk aku cakar muka dia; spesifiknya ketika dia jawab: "oh lupa" pada soalan sang doktor yang mengajukan soalan berikut: "tadi ada bagi dia painkiller tak?"

rupanya2 dia main tebuk.

*ketap gigi dan sepet sedikit mata, sambil berkata: "kelakarnya..."*

---

esoknya, aku hendak cerita pada wani, tapi dia hendak jalan jauh minggu lepas. malas hendak kacau moodnya. jadi aku kisahkan pada syafiq, kerana dia berada dalam carta di bawah nama wani dalam kategori "paling rapat dalam dunia aku" buat masa ini.

aku:
aku bentan. kena tebuk balik. sakit macam babi.

syafiq:
aku dah cakap. kau lasak sgt masa 3venus. ko degil.

aku:
bukan aa. dah nak jadi.

tapi,
kalau betul la aku mati masa berpuisi, pergh.
agung.

syafiq:
bodoh.
tapi betul.

---

hahaha.
kalau aku buat lawak tu kat wani, komfem kena ketuk.
kikikiki.
aku suka dikeliling orang yang faham maksud aku.
:)


ps:
sebelum dikritik, baik aku cakap ni--
ye. aku lagi suka mati atas sejadah. ok.
move on.

chill la.

ps (lagi):
siapa rindu saya, senyum sorang2 sekarang.
ngee.
ecececece.

minggu depan jumpa lagi.
hari ni nasib je dapat internet.

89 comments:

aNa said...

miss u :)

btw , 3 venus tu ana x dpt pegi sbb ade kat klntn ;(

Unknown said...

kak fynnn!
i do miss u!
get well soon.
:)

joegrimjow said...

rindu kamooo
hehe

yg bedah tu kisah apa?
sakit pe?

. said...

kakak. rindu.
ngeri nya cerita kakak nie. aish.sy ngiluu.

jaga kesihatannnnn
iloveyu so much kakk :)

sapphire said...

cepat2 sembuh k.fynn..
kesian gak tgk masa 3venus hr tu..lepas ckp sikit pegang perut..haisshhh...nmpk sgt tgh tahan sakit..
tp pape pun.harap2 sakit x lama..take care :)~~

hzrh said...

kakak nakal!
jaga diri baik-baik ya!
C:

along nordin said...

semoga cpt sembuh ye fynn.

amad_kay said...

oo..
that's why la lama x update..

hope u ok now..

hikari said...

mati masa berpuisi?
huhhu..memang agak agung..
^_^

zaidharis said...

haha,
bentan ye?
kesian..

hurm,
aku rindu kot,
SENYUM BANYAK,
BLEY?
=)

izzati said...

kak fynn,
semoga cepat sembuh..=)

Ayyman Rahim said...

Haha sentiasa senyum baca blog kak Fynn. Btw, jaga diri tuu!

xuen adyla said...

wah kak fynn i miss ya

semoga cepat sembuh ya kak fynn

[siti] said...

hey hey
rindu kamu, miss u at akar
tak dpt kejar kamu di 3v kerna semput tak dpt kejar tiket.

anyway, harap2 kamu cepat sembuh. jaga kesihatan dan kewarasan. hehe.

Bukan siapa-siapa said...

rinduuuuuuuuuuuuuuuu....
get well soon :)

cikthin said...
This comment has been removed by the author.
MiaSaidin said...

moga cepat sembuh kak fynn.

phyzee said...

semoga cepat sembuh...

Akupuntatau said...

salam. akak.... sgt rindu na bce posting baru akak.... finally. ader citer. hopefully cepat sembuh =)

hanisahmckenn said...

salam kak fynn.rindu laa nak bce
c0retan di sini.ternanti2 p0st baru.phew.seb baek ade this p0st taw.heee.sukasuki sje lupe bg painkiller =p

stardust said...

rindu..terubat sikit heee

ML; Mohd Loqman said...

Cite ni sama mcm cite my lecturer, Sir Farid Nazman waktu dia wat operation kat tangan dia.
Doktor tu bleh wat gempak plak kat situ sebab nak t'bedah tangan yg lain. Nasib baik, Sir saya tu tak disuntik ubat pengsan lagi. Kalau tak, confirm....
Ingat lagi siapa Farid Nazman yg akak kenal tu.?
Hehehe!

nani said...

ngee.sy senyum dan sy rindu.
alhamdulilah akak dh sehat sket :)

tazizzle said...

yeay kak fynn dah balik.
lama xdgr kak fynn cter kak fynn.
2minggu ohw. lama 2h.
bosan jap dunia.

welcome kak fynn =)

I.n.t.a.n said...

tibe2 ngeri..ngilu lak bace..
btw kenapa kamu kak fyn?

Anonymous said...

patut la lama ilang.
langgar pantang rupanye.
alhamdulillah sume nye baik2 saje. take a gud care of urs ok!

miss yu sista.

p/s : adam western food tutup siang hari ke? 2 kali pegi tutup :-(

haja said...

ye..saya dah senyum kak fynn..
ngeee.. :D

Anonymous said...

sy rndu kmu
dn snyum sorg2.
tp, adk sy ckp pulk, "gle, snyum sorg2"
nsib baik dye adik.

kN said...

hahaha....

lupe kasi pain killer!!! malang sungguh!!!
hahaha....

btw, miss u soo much!!!

Anonymous said...

semoga cepatlah sembuh nya.

aminn..

azhari azmi said...

kembali!

mrberett said...

patut la tunggu kak fynn lame tak update blog...
sebab tak dapat pegi 3venus ni la tak taw cite..
takpe2..sabar ye..
sakit tu semua dugaan je..
kak fynn kan kuat..
semoga cepat sembuh.

Amoi said...

semoga cepat sembuh...!!

Anonymous said...

ouch....dapat bayangkan rasa sakit tu macam mana.

sengal nurse tu!

get well soon sis =)

.syaya kira said...

kak

get well soon


ops. bukan kenal pun.
but,make friends kan?

Azzam?? said...

hahahaha.. baru laaa dengaq bunyi...

T.E.M.B.U.N said...

:)
rindu dengan fyn
cukup.

menH said...

hati2 lain kali. dengar kata doc.

Anonymous said...

kak fyyn.
rindu kamu sgt!!
:)
welcome back.
cpt sihat k.

Ayyman Rahim said...

Mati berpuisi? Agak ah, sampai bila-bila orang zaman puisi ni akan ingat dekat kak Fynn. Fu yoh! Tapi jangan la mati duluuuuu!

.ieLah. said...

dah senyum sorang2 dah.
(hee.rindu k fynn loh)


get well soon

Huda Ramlee said...

kak fynn,
smoga segera sembuh..
rindu mahu baca tulisan kamu...

p/s: mahu link kamu, boleh?

fatinot said...

terima kasih kakak
bg saye senyuman hari ni

Anonymous said...

entry ini - a mixture of menakutkan, lucu dan comel..huhu..

kak fynn...take good care of urself!

-nora-

nuridrin said...

sumpah rindu.
siap mimpikan lagi semalam.
orang dekat pantai.
ngaaaa, jgn jeles nooo!

alang said...

(^^)

ilya&fahmy said...

fynn..1st time comment..im ur silent reader..im so in luv wif ur writings..get well soon! aa..1 more thing..need ur permission 2 link ur blog =)

along nordin said...

salam...fynn,semoga kamu cepat sembuh ya dan sentiasa beroleh kesejahteraan.

Anonymous said...

senyum sorang2!
kak fynn..kak fynn.. (geleng)
saya agak terkejut kak fynn ikut 3 venus tu.
i was thinking,"bukan dia baru lepas surgery ke? kak fynn..kuat semangat betul!"
hari-hari saya tunggu akak bagi berita. rindu, takut, semua ada.
tapi alhamdulillah. nampak gambar akak kat 3 venus. i know you are okay. buutttt... kan dah tak okay sekarang? huhu..berhati-hati. jangan main-main lagi.

ohvee said...

sis :)
sy rindu kamu.
itu lah, org tua2 ckp bentan tu mmg kena jaga elok2. :)
take care ok.

Anonymous said...

kak fynn dah kembali...

jajakaren said...

gile ahhh.
"lupa kasi painkiller".

watapak.

.L A L A. said...

kakakk! seriusly mcm saket gilaaaa. sorry to hear that tho.
kakak sabar okea ?

*pegi cakar muka nurse bengap tu*


hehe,tau2 je tengah senyum sorang2. ngee~ rindu kakak! :)

dumdum said...

uhh akhirnyaa.. =)
mish you like crazy sampai antar mesej kat kak fynn walaupun saya tahu kak fynn xkenal pun saya huahuahuahua.. :D

anyway, saya faham perasaan n ayat akak yang anggap mati atas pentas tu agung. hee..kalau saya, masa agung untuk mati mungkin lepas buku tulisan saya diterbitkan hahaha wallaweii berangaannn..:D

sarahmeay.snm said...

kak, cinta disampahkan itu terlalu dekat dengan sarah. sarah sedang merasa perasaan itu. :(. rindukan akak. cepat2 sembuh ya. :)

Sabrina said...

kelakarlah kak fynn ni. =D

semoga cepat sembuh betul betul sembuh. =)

C a R t i N i said...

nanti, pantang bersalin... jgn renyah² juga ye fynn..

nanti bawah tu, dijahit semula hidup hidup.. amacam?.. ada berani?

ahaha...

AinNur Haris said...

owhh.. salam kenal..
semoga cepat sembuh yer..

(-.-)

p/s : dalam sakit-sakit pun masih "sangat" fynn jamal ye kamu nih.. hehehe..

madumerahjambu said...

kak fynn.........!!!!!!!!!
rinduuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!
(^_^)

aniz said...

rindu gila!hari-hari meninjau kalau-kalau sudah kembali.Hampir menelefon namun bimbang mengganggu rehat kamu..doa semuga sempat sembuh ya!

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

kak fynn...
semoga lekas sembuh

obor obor said...

saya sedang senyum, kak fynn.
*rindu*

...... said...

at last
u r here
take a good care of urself sis
:)

Farah Rosni said...

mmg rindu kak fynn. kalu ada dpn mata ni, dah peluk.

farah yg bac ni pun rasa nk kek je nurse tu. ada ke lupa.
masa farah buat endoskop dua bln lps dia boleh salah bius.

WNRD said...

*KUTUK*

Scarred Soul said...

Maaf kerana hanya tiba-tiba comment tanpa pengenalan.

Jumpa blog ini semasa blog-hopping.

Huhu... kadang-kadang memang badan sendiri konon rasa kuat selepas pembedahan, tetapi kesan selepasnya tak dapat dilihat.

Kerana saya sendiri sudah 2 kali dibedah dalam sebulan.

Namun Alhamdulillah, tidak bentan setakat ini kerana makanan & pergerakan agak dipantau oleh ibu.

Harap cepat sembuh! :)

emma songall said...

harap sengih ini
merubat bentan sys fynn.

ain said...

pergh.. ngeri ok.
rase mcm kena kat perut sendiri
-__-"

jgn lasak2 la kak fynn
:)

vlinders said...

apa yang sebenarnya?

hatrikirana said...

aduh sakitnya...!
ngilu kejap. tp syukur alhamdulillah kerana Tuhan masih beri kamu waktu untuk merasa degup nyawa kami2 yg terlalu rindukan kamu di sini...
jgn nakal2 ok...
org2 tua berpesan, kalau mahu cepat pulih luka makan sup belut atau apa2 yang berkaitan ng belut... tak pun cari gamat sapu kt situ. kalau boleh yang masih hidup... tu kena gi langkawi lah agaknya... jaga diri ok...

p/s: mcm mana aku nnt bila naufal akan bersunat...
haish! kanak2 ribena...

- aku dan che'gu fairuz amat merindui kamu, hari tu pulang dr kenduri di melaka ingat mahu dipujuk abah untuk singgah di nilai. berdoa dapat ketemu kamu, namun melihat masing2 terdampar letih selepas kenduri, terpaksa batalkan niat untuk menghala ke sana. lg satu, jalan terlalu sesak hr tu. sehingga kami marahkan mereka yang menggunakan laluan kecemasan hanya untuk melepaskan diri sendiri... mujur tidak berlaku kemalangan berat...

fynn, doakan kita agar bersua kelak ok?

biELa said...

yup..saya rindu
lama tunggu kak fynn update blog ni

hmm get well soon
jangan lasak2 tau

aina syaqilah said...

rindu sangat dengan kakak
moga cepat sembuh :)

Suri said...

mmg pn Fynn, org len sume risau tgk awak jerit2 masa 3 Venus aritu (sbb awak tgh feel abes ;p )

nway.. do take care of urself well k? ;*

Anonymous said...

heiii anak pak din ni.. DEGIL!
dari dulu sampai sekarang tak ubah2 KEDEGILANNYA tu..
tengok sape yg sakit sekarang? haa tu lah tak nak dengar cakap lagi..

**nggggeeeeeeee hhhhhheeeeeeee**

saje je nak berleter kat awak..

hahahahahhahahahahahahahahahhaha!!!

FareeZan said...

semoga cpt sembuh.:)

Sha said...

ye sy rindu kak fynn!!
semoga cepat sembuh!!
jangan lasak2 lg ye..

quya anuar said...

of course RINDU!
rindu yang teramat lah kak
:D

dr blog kak wani,kak fynn dah bisa berjalan.glad that you're okay.
:D

jaga diri kak.quya sayang kamu. :)

Sara Musfira said...

get well soon, kakak. smpi hari ni, 3 venus tak lupa kat urat akal ni.

vinyalhaw said...

kak fynn.. miss u 2 3 4!

gdsjht said...

semoga cepat sembuh. i miss you.

gdazainal said...

i miss u!!
welcome back

WNA said...

kak fynn,

get well soon :D

cik puan daun said...

fynn.. jaga diri bebaik.. harap cepat sembuh..

irr3placeable_eyan said...

m0ge cpt smbuh..miss ur cte kt bl0g ni..seni yg b'beza..

Anonymous said...

kq fynn. ape jadi?
dah lame takk dgr ctee.
;(

Marina Ina said...

kak fynn!! orang senyum sorang2 skrg!

ezham said...

kasi sihat cepat okay

pari2jiwa said...

fynn..mia sini..i added u in ms ari tu..lalala..
sungguh kasihan..sabar darl..
hey..c'mon..on the bright side,
at least u get to squeeze tgn nurse lampi tu,haruslaa comel muke toya kamu kan? hahaha!! if ade bekas kuku,even better. [muke evil]

get well soon,toksah nak ikea sgt!

[p/s:tak perlu mati dulu utk jadi agung,kamu kan contohnya. :) ]

Anak Lipas said...

cepat-cepat sembuh ya.