Tuesday, April 28, 2009

pak samad.

secara pendeknya,
ketika pak samad memberi amanat pada pejuang muda dalam konteks memperjagat bahasa melayu, di tengah2 ucap bahasanya yang terlalu lazat dari kosmik itu, dia sebut:

"seperti yang dilafazkan anak perempuan itu:
jangan gentar halilintar."

aku toleh wani.
wani toleh aku.
aku bilang sama syafiq.
syafiq terus meremang bulu.

puisi aku yang tadinya, yang aku nyanyikan atas pentas bersama wani yang bersayup suara dan memetik gitar, sekali sama syafiq yang menghayun bulu ikan paus untuk membunyikan cello.

buka langkah, jalan megah,
jangan gentar halilintar.
buka langkah, jalan megah,
jangan takut awan ribut.

bila seseorang yang terlalu kau pandang tinggi menyedari wujudnya engkau; apa yang boleh kau buat, selain seperti aku, terus hilang imbang dari cangkungan dan terjatuh ke bawah tanpa rasa malu.

tongong, kan?

tapi tak setongong aku dan wani ketika di hujung majlis di depan pak samad; yang hanya mampu untuk cuma senyum. dan menyengih tanpa langsung memberi inisiatif apa2 untuk berbual. terkial2 dan tergaru2. ambil gambar, senyum tampal dan berlalu.

itu pun NASIB BAIK tini bawa kamera. aku dan wani asalnya hendak jumpa dan ucap apa2. ternyata, yang kami mampu, hanya tunjuk susunan gigi. sakai, agaknya kami berdua.

pak samad pun, cakap la apa2.
kami malu, pak.

apa da.

inilah detik ketongongan kami.
adui...

21 comments:

Farah Rosni said...

saya yg membaca pun meremang bulu roma.

y u z said...

aduhaduhaduh...

dari zaman anak sekolah yg sedang tunggu bas untuk pulang sudah biasa terlihat kelibat pak samad terkejar-kejar menahan bas mini warna sirap bandung itu.

sebagai anak jati kota ini, pak samad wajah yang senang ditemui di celah sibuk marhain sehari-hari.

tapi, tak sekalipun sanggup mengkhabar salam. gugupnya tak terlafaz!

fynn, saya senang melihat kamu gembira. setidaknya itu yang terzahir.

kerana gembira dan kekuatan kamu itu teladan untuk saya -- cuma masanya belum tiba.

saya akan terus mencuba. InsyaALLAH.

.ieLah. said...

anda bertiga sangat manis

Para Jamaludin said...

comel sungguh situasi dan potret kenangan itu.

paling hot pak samad lah, k.fynn dan smuanya..hehe

*pernah jumpa pak samad jln2 di klcc.

rahmat haron said...

persembahan Fynn n The Band malam itu cukup mantap dan hebat, seperti dalam trance

ana said...

hye kak fyn ,pak samad suka tgk wayang kat mid valley...

Anonymous said...

pak samad pn malu agaknya.

DonCorleone said...

Aku sampai KL 1 Julai 1991 dari Kampar, Perak. Bodoh sekali rasanya di KL sebab tak tahu satu haram pun tentang KL. Aku budak kampung yang terlalu kampung. Impian aku bila sampai KL ialah nak berjumpa dengan Pak Samad, A Ghaffar Ibrahim (Pak Agi), Tongkat Warant (Usman Awang) dan pelbagai lagi. So, dalam September 1991, aku sempat ke Matic sebab ada sayembara puisi KL. So, aku nampak Pak Samad. Aku nak tegur segan. So aku tak tegur tapi aku ikut dia dari belakang sampailah ke The Mall. Sampai aje di The Mall, aku rasa masanya telah tiba. Lalu menghampiri Pak Samad and kasi salam.

Aku kata: Pak Samad tak kenal saya. Tapi saya baru start kerja sebagai Wartawan BH.

Pak Samad kata: BH? Baguslah tu.

Aku kata: (dengan ketar sikit) Saya hanya nak salam Pak Samad (sambil aku hulur tangan)

Pak Samad kata: (Dia senyum aje sebenarnya sambil hulurkan tangan)

Aku kata: Fakaruddin tu sampai bila-bila pun akan ada dalam kepala saya.

Pak Samad kata: Ada novelnya?

Aku kata: Saya ada yang asal...yang bahasanya masih Bahasa Melayu lama.

Pak Samad kata: (dia senyum aje lagi dna buat aku lebih resah)

Aku kata: Terima kasih Pak. Harap2 banyak dapat ilmu sebab dapat salam.

Pak Samad kata: (sambil tersenyum lagi) Insya-Allah.

Aku kata: Insya-Allah. Assalamualaikum Pak.

Pak Samad kata: Walaikumsalam.

Dan aku pun blah, seperti baru peroleh kejayaan.

Fynn, sekadar share aje ni.

Keep it cool.

NULEYA said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aku cinta pak a samad said!!!!!!!!!!

Nurul Binti Ibunya said...

indah!
aura indah..
kamu tengah senyum kan akak?

Sofia Nin said...

wah
apabila orang hebat bertemu orang hebat.

:)

the loco's said...

terbaik..

vidadarisakura said...

haha!
aku pun ikut eksaited sama lepas pak samad sebut semula "jangan gentar halilintar."
n pusing belakang tengok kak fynn yg kelihatan sangat hepi dan tekejut..hee

susudalambotol said...

idola nih.
bila la boleh jumpa pak samad.

Eerie Liuvyx said...

biasa la manusia,
kalu dah jmpe org yg kita agung,
mesti jadi kaku,
terlalu taksub mungkin?
haha

WNRD said...

senyum seluar basah.

hilman.fikry said...

indah.apa2 pun.kak fyn tetap ka fyn bukan.

tak perlu sgt mengagungkan sesiapa.

faham dari sudut diri sendiri. =D

Farah W. said...

kakak tak tongong lagi ni.saya lagi tongong.dulu pernah ketemu pak samad lagi jalan-jalan di klcc.waktu itu saya dengan parents.abah saya dengan terujanya suruh saya ambil gambar dia dan pak samad.dia kemudian bersembang-sembang pula dengan pak samad.sementara saya pula cuma melihat dengan perasaan kosong dan blur.

sampai sekarang kenapa saya boleh tongong mcm itu.

Farah W. said...

oops.maksud saya,sampai sekarang saya tak faham kenapa saya boleh jadi tongong sebegitu ketika itu.

hehe.

scenenseen said...

a. samad said is the man, fynn!
for him to quote you is like beyond amazing!

Anonymous said...

pak samad memang cool~
saya pun takut nk tegur beliau,fynn..tak tau apesal.
hanya tengok dari jauh (meja sebelah saja) selama 20 min ketika beliau minum kopi.
detik tongong saya juga.
mungkin pak samad mempunyai aura untuk buat saya begitu? :D
apa pun,kagum sama beliau...dan kamu!

~Leez