Friday, April 17, 2009

jiwa ada di sini. (sila acu mana2 berkenaan)

entri yang lepas terlalu abstrak dan subjektif, begitu terbuka untuk bahasan dan debat verbal lasak meligan. benar, kita sudah moden dan melancang ke depan, tapi perlu kita percaya, di setengah2 masa, fikiran kita patut diizinkan menjadi sedikit pessimistik; bukan untuk apa2, tapi demi membongkar seni sudut2 perspektif pelbagai.

oh maaf. perenggan pertama agak melisar dengan selirat bahasa.
aku persenang sedikit.

entri yang lepas terlalu terbuka dan longgar. terlalu ramai memberi pucuk fikirnya, terlalu ingin menjawab kelainan, sampai terlalu ke dasar teleng kepala mencari sudut ceritanya.

ada yang agak ekstrim, mengambil definasi literal setiap bintil. ada yang terangkat ke langit membicara tentang atom angkasa.

*senyum*
aku rasa sangat suka.

sejujurnya, tidak ada jawapan -di mana jiwa itu; kerana sesungguhnya perkataan 'jiwa' itu sendiri adalah setranslusi konsep ruh yang samar2.

selari dengan itu, sesuatu yang tidak berapa tinggi kontras illustrasinya pasti akan mengganggu keupayaan untuk merasa yakin.
sebagai contoh; mana ada siapa2 yang boleh tunjuk pada aku di mana rumah angin, benar tidak?

dan aku tambah sekali di sini, soalan tersebut itu tidak ada tujuan. tidak aku acukan soalan itu pada golongan mana2, bertudung berketayap. tidak juga aku ajukan pada teman handai sini sana, berterbangan bermerayap.

entri yang lepas aku coret dalam kurang dari 2 minit, ketika berada di rumah azim di wangsa melawati. secara tepatnya, jam 3 pagi itu, tri, azim dan bak tiba2 merasa hendak mengalun bunyi. dan seperti biasa, inspirasi datang tanpa semena2, dari nilai, di waktu itu juga, aku dan tri meluncur ke sana.

sejujurnya, aku tanyakan soalan itu pada aku.
ya.
aku.

yang dari dahulu menulis tentang jiwa dan rasa, jiwa dan cinta, jiwa dan nafas di dada. tulisan aku itu adalah imageri aku tentang perbuatan melanjangkan setiap apa yang ada ke lubuk paling dasar dalam anggota, demi mencari suatu yang sebenarnya ada sekadar pada nama.

tapi memperlekeh jiwa semata kerana dia tidak berjasad; tidak adil.

kita bukan hidup semata pada visual. darjah kesakitan berbeza2 antara kita. kasta ketakutan tidak sama antara kau dan dia. carta keberahian lain2 antara semua. taraf kemarahan mempelbagai antara manusia.

ada sesiapa di sini yang boleh menunjukkan apa itu sakit, takut, berahi dan marah? yang kita bisa adalah menerangkan situasi untuk menzahirkan keberadaan rangsangan2 seperti itu.

kan?

ada org kita panggil cengeng kerana suka menangis.
ada yang kita gelar hati kering kerana tidak.
padahal siapa yang betul2 tahu yang mana benar2 rasa hancur?

semua itu subjektif.

banyak jawapan yang diberi mencuit hati aku. ada yang membuat aku terpaku di belakang stereng ketika memandu, ada yang aku bangkitkan untuk dibualkan sama suami aku.

tapi aku paling suka sama jawapan joegrimjow:

pandang cermin
atau
bukak webcam

acu jari
tunjuk kat diri,

itulah jiwa

aku tidak kisah kalau kalian tidak setuju sama dia, tapi aku benar2 terkesima. aku nampakkan tiga perkara:

1) cermin / kamera:
dari bucu2 pandangan atau perspektif.

2) jari:
yang aku guna adalah telunjuk. dan kita gunakan jari ini bila kita rasa benar2 dominan dan serba tahu.

3) refleksi yang terbias dari cermin / kamera:
apa yang terserlah di mata orang akan kita. siapa kita di mata mereka.

memberi satu konklusi:
kita bisa belah koyak tubuh kita untuk menemukan apa yang kita labelkan sebagai jiwa. tapi alangkah bodohnya, kerana sudah berapa lama ia memang sudah ada di depan mata.

bagaimana jiwa kita, begitulah yang terpandangkan.
bagaimana aku nampakkan seorang Daud tidak mungkin setiapnya sama dengan apa yang kau perhatikan.

tidak percaya? minta ibu, bapa, abang, adik, kakak, kawan, rakan kerja terangkan tentang kamu. kau akan dapatkan yang ini cuma lihat nakal kamu, yang itu cuma lihat wang kamu, yang anu cuma perasan wajah kamu, yang sinun cuma perasan bijaksana kamu.

tapi jangan dipandang enteng kemampuan sesetengah manusia yang mampu hidup dengan menyelubung jiwanya dengan bohong2 dan pura2.

ah. apa pun. aku sangat puas hati dengan apa yang kalian kongsikan. tidak ada jawapan salah atau betul. kalau ada yang rasa jiwanya pada tuhan, atau masih di rumah kekasih dipagar embun, atau seilusi bayu, atau apa saja pun, aku tetap akan tepuk tangan dan senyum. aku hendak ucap tahniah, kerana sekurang2nya kamu2 tahu kamu punya jiwa.

dan pada sesiapa yang masih mencari di mana jiwa kamu, baca semula entri itu.
jangan penat untuk cari.

dan kalau tidak jumpa pun, tak perlu rasa bolong.
mungkin kau orang teknikal.
itu saja.

:)

17 comments:

mama wanie said...

salam ziarah

nice blog

http://dalia2cute.blogspot.com/

arfasyrf said...

terlalu abstrak~
memahaminya satu kepayahan~
ha9~

^^

MamaIcha said...

jiwa itu ada di sana...pejamkan mata dan tanya la hati...ya, ia tetap di sana...

Anonymous said...

seorang jiwa itu ada di dalam seorang aku

tak perlu dari luaran

kerna kita sendiri perlu masa untuk kenal jiwa seorang aku

joegrimjow said...

wahh
di puji
bangga2
-senyum sampai ke telinga-

zzzzz said...

teknikal. hmmm

paan said...

sungguh tinggi bahasa nie..tak mampu aku fahami dengan fikiran teknikal aku.

terlalu sibuk belajar c++,java,javascript,html,xhtml,css dan macam2 lagi.Sehinggakan bahasa ibunda diabaikan...hmmm.renungan untuk diri sendiri.insafi kelalaian aku sebagai bangsa melayu.tanggungjawab aku terhadap bangsa ini
(macam xda kene mengena jer)

Sufy said...

bagus sekali entri ini..sy baca pon buat sy terfikir banyak perkara tentang siapa kita sebenarnya...sy suka, so sy follow blog ni..mmuuahh...teruskan berkarya...

zzzzz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
DonCorleone said...

Saje-saje nak singgah dan tinggalkan sepatah dua kata yang tak ada makna sangat. Letih baca komen anjing di blog aku, so aku membaca komen kau di blog kau. Tak apa ye. :)

ming said...

ya saya orang teknikal..

tapi ia merupakan suatu seni yang menjurus kepada bagaimana menyediakan bekalan elektrik kepada rakyat malaysia, tanpa gagal..

huhu

xuen adyla said...

jiwa saya sedang menderita..
meronta-ronta sakit..
ubatnya masih tidak ditemui..
tapi tidak mengapa saya percaya masa masih ada..

dan saya sanggup berjuang mencari penawar kerana hidup ini walaupon sementara tapi indahnya rasa bagaikan madu..

tambahan pula orang tersayang macam dad n mummy menaruh harapan ke atas saya

cita-cita harus dikejar
walau jiwa meronta sakit

najuwaju said...

heh. setuju dengan joegrimjow tu.

ala2 windows and mirrors jugak kan kak?

Ahmad Naeem said...

jiwa,

ingin dinilai tidak terdaya,
ingin disingkap terlalu curiga.

susah nak robek tubuh badan nak cari mana rebahnya jiwa,
terlampau simple tetapi kadang2 kompleks...
kompleks hanyasanya dianjur oleh sikap bobrok manusia sendir atau simple bila mengambil kira sikap manusia yg tidak peduli..

-peace,AhmadN-

Sara Musfira said...

Pelbagai tentang jiwa ini ya.

:)

the unknown said...

jiwa terpamer dari perbuatan manusia, apa yang dikatanya, yang difikirkannya, yang dilakukannya dalam satu2 situasi.

jiwa tak wajar dibandingkan dgn ruh. ruh ciptaan yang Maha Esa. jiwa itu cetusan fikir dan perbuatan manusia.

"ada sesiapa di sini yang boleh menunjukkan apa itu sakit, takut, berahi dan marah?"

perasaan boleh ditunjukkan menerusi 'manifestasi'.

contohnya, menerusi gelombang minda, dari reaksi muka dan pelbagai cara lagi.

jika anda minta suatu manifestasi fizikal yang bisa disentuh seperti..

memegang air yang panas menggelegak (sakit)

mendengar bank memberi amaran untuk membekukan pinjaman anda tika perlukan sangat akan wang (takut)

mengucup kelembutan bibir wanita
yang dicintai (berahi)

membaca surat yang mencaci usaha anda yang suci (marah)

apa yang sukar bukanlah menunjukkan makna setiap perasaan, tetapi mengetahui sejauh mana ia.
sesakit manakah?
setakut manakah?

persoalannya kini.. adakah kamu benar2 ingin tahu tentang jiwa..

atau sengaja suka memperkatakan sesuatu yg abstrak dengan harapan ia boleh membangkitkan ungkapan.

bak kata omputeh..

"do u really wanna know the truth, or r u juz playing with me?"

fynn jamal said...

the unknown.

no no no.
bukan hendak membandingkan dengan jiwa. salah baca itu.

saya katakan perkara jiwa ini tidak mudah untuk dibincangkan. sama dengan kepayahan kita hendak membualkan ttg konsep ruh.

benar, konsep ruh sudah ada dalil dari tuhan dan rasul. saya tidak abaikan fakta itu.

dan saya tahu anda sangat suka intellectual debate *winks*, tapi perkara sesubjektif ruh sangat saya tidak mahu sentuh.

dan ya. banyak masa sy hendak tahu ttg jiwa. bukan sekadar mengusik2.

:)