Thursday, April 30, 2009

hilang bernama itu apa.

"sempatkah aku ke sana
ku takut semua
hilang bernama"

apa itu hilang bernama?, aku tanya tri.
dia mengerut kening, satu kebiasaan yang dilakukan bila dia terlalu fokus tentang sesuatu, membuatkan automatis aku menambah volum telinga.

tri jawab perlahan2.

hilang, ada banyak. ada orang hilang kerana mati. ada org hilang kerana tidak muncul lagi, kerana menemukan cinta baru, kerana rasa hendak berlalu. ada yang hilang kerana disembunyi orang, dihalang bertemu, dipangkah dipalang. ada juga hilang kerana dibohong temberang. ada yang hilang kerana sayang.

maka saya tulis bahagian itu sebab saya takut sebelum saya sempat dapat awak, awak hilang; atas nama hilang yang mana2: mati, pergi, lari, sembunyi.

*apa respon aku selepas itu, tidak perlu divisualkan. faham2 sajalah*
*senyum nakal*

pentas 152 tempoh hari, yang aku pergi sama wani dan syafiq itu dianjurkan oleh AIC. aku berani potong jari aku ini sebegitu sekali ignorannya, yang aku tidak ketahui langsung majlis tersebut diaturcara siapa. kecuali beberapa jam sebelum majlis, ketika aku googlekan alamatnya.

aku cakap: "mampos".

bahasa aku rojak. nenas aku bahasa inggeris. timun aku bahasa jawa. sengkuang aku bahasa tamil. jambu aku bahasa cina. ada masa, kacang tumbuk aku bahasa hindi. pernah, taugeh aku bahasa latin.

salahkan astro dan dvd pirasi yang aku sokong 200%. bahasa adalah sesuatu yang aku cedokcuri tanpa malu.

tapi apa pun kordial rojak aku, kuahnya tetap sama. cecair likat pedas manis masam yang menjadikan pelbagai rasa dari ekstrim berbeza2 itu seimbang --tetap sama.
dari dulu, petis aku bahasa melayu.

aku tidak pernah segigil itu untuk naik pentas.
bagaimana nanti kalau aku tersalah sebut jargon?
apa perkataan melayu untuk okay? atau cool?
apa perkataan melayu untuk microphone??!

tapi tri suruh aku buat sempoi. aku tanya dia balik (walaupun dalam hati), apakah sempoi itu perkataan melayu? aku paling benci bahasa melayu maispes "aok bwatpew tew", aku paling bengkak baca artikel dalam zine konon kool "gwar nak interbiu band lu; ape pendapat lu tentang hal budak2 indie?".

aku rasa macam hendak maki.

mungkin sebab itu malam itu di atas pentas, di hadapan mata pak samad, aku tidak mampu hendak bercakap sangat. menggagap dan menyiput; sekejap tunjuk muka, sekejap tengok lantai. terkemut2.

aku:
saya nak minta izin untuk tidak menggunakan mic --EH MIC PULAK. eh, mic apa aa dalam bahasa melayu?

syafiq:
pembesar suara...?

aku:
palaotak weh.

wani:
pembesar suara tu speaker...

ternyata perbuatan aku membadutkan diri atas platform menggeletek ramai orang. ah. lantaklah. dan selepas berkali2 tersasulsumbing, aku bikin pengunguman:

aku:
saya minta maaf sebab asyik tersalah sebut. saya dan wani, cikgu bahasa inggeris. hari2, bahasa kami memang bahasa inggeris. tolong jangan baling kasut kat kami.

*aku merujuk pada puisi sebelum2nya yang menggertak pemuja bahasa inggeris dibaling kasut*

aku:
tapi walaupun kami sudah terlalu selesa berbahasa inggeris, lebih 70% karya kami adalah dalam bahasa melayu. bahasa sosial kami bukan manifestasi jiwa kami, sebab hati kami melayu, bukan bahasa inggeris, yang cuma bahasa karier dan bahasa hari2 kami. itu yang penting.

tuhan saja yang tahu takutnya aku detik itu. kau bayangkan masuk ke bilik guru dan ejek guru besar yang sedang beri taklimat: cikgu-razip-bo--tak. cikgu-razip-bo--tak.

tapi mereka semua okay. deklarasi sedemikian tidak mengundang apa2 kontroversi. semua kool, dan tidak ada masalah. aku rasa sudah jelas, aku tidak sokong kau, aku tidak bantah kau. aku rasa aku perlu jelaskan, atas potensi aku diselar hipokrit kerana sanggup membuat performasi di landasan yang aku tidak setuju.

jadi, kita sekarang faham perkara sama.
yang penting di sini, hormat.
kau ada fahaman kau.
aku ada fahaman aku.

dan apa yang aku perasankan tempoh hari adalah, kita selalu berdebik kerana perkara yang tidak kita fahamkan. kita tidak faham konsep hantu tak pernah bunuh orang dalam realiti, jadi kita takut hantu akan cekik kita di satu malam sunyi. kita tidak faham manusia mmg dilahirkan berpuak2, jadi kita henyak orang2 yang bukan kita berambus, kerana risau orang selain bangsa kita itu akan tiba2 ambil tanah kita dan halau kita keluar negeri.

we fear things we dont understand.

semua orang ada niat sendiri. kau ada objektif kau. aku ada objektif aku. selagi aku ini bernama cikgu, itulah kerja aku. mendidik, menceceh, membebel, meleweh. ah, tidakkah kalian rasakan di sini, kalian lebih banyak menahan telinga untuk syarahan2 aku?

hahaha.

aku jujur sayangkan bahasa ini. wani, aku, tri dan syafiq tempoh hari berbualkan tentang indahnya bahasa melayu. rhetoriknya yang penuh dengan kiasan dan alas, dek kerana budaya kita yang pada asalnya sangat menjaga budi dan pekerti sesama kita. betapa cantiknya melayu ini, sebenarnya kalau diikutkan, banyak yang menepati adab agama.

tapi bahasa kita hari ini sudah rabak dirogolperkosa. ejaan yang menyakitkan hati dan sebutan yang menghiris telinga.

kalau kerana bahasa inggeris, sedap juga. ini tidak. bahasa negeri jamlus mana entah. macam melayu, tapi bunyi telegu, ada iras hokkien singapura, tapi tidak ada dalam diksinya pula.

isu ini klise. sudah basi. tapi basi yang belum boleh dibuang. basi yang masih boleh dihangatkan, mana tau boleh diselamatkan.
ini semua politik, kau tak perlu diamarankan.

entah.
ku takut semua hilang bernama.

satu hari nanti, bahasa melayu akan jadi macam bahasa sanskrit. historik, tapi tergadai.
kalau hendak, kena belajar khusus.
kalau pun rindu, tak boleh pakai.

kesian.

di bawah ini ada empat manusia (selain aku dan tri) yang aku amat doakan agar terus hidup beratus tahun.
kalau pun mati, biar semata di jasad.
biar hanya di badan.



syafiq

kawan baik suami aku dari sekolah. pertama kali aku jumpa dia adalah di taman tasik perdana. tri menjemput syafiq untuk bermain cello untuk aku. kali pertama aku muncul sama tri adalah kali pertama aku muncul sama syafiq juga.

kimia kami, tahap naga.

syafiq banyak ajar aku tentang muzik. dia pengimbang aku dan tri yang datang dari fahaman bunyi yang berbeza. aku dan tri, tanpa syafiq adalah kutub utara dan selatan. syafiq adalah besi di antara kami.

dengan muzik dari syafiq, tidak kiralah cello, tabla atau apa2 alat perkusi lain, puisi aku jadi jauh lebih tegap.

dan ya. aku tamakkan dia.

wani ardy

aku tidak bohong kalau aku kata aku tidak mahu perasan sama kewujudan gadis ini. terlalu ramai si comel yang mencipta muzik, terlalu ramai yang bisa menyanyikan muzik ciptaan dengan indah, aku jadi sedikit rendah diri. maka aku memilih untuk tidak ambil tahu.

sehinggalah dipanggil dia untuk hari bintang jatuh. pertama kali bersua muka pun adalah di lepaq cafe, ketika dia panggil nama aku sambil mempromosi platform performasi nanti2. impresi pertama aku "kenapa budak ini nampak macam mati?" --aku merujuk pada senyumnya yang menyembunyikan penat dan sakit dalam jiwa. aku tidak pasti, tapi aura wani pada aku sangat pucat.

tapi entah bagaimana, sedar2, aku sudah rapat sama wani. dia bukan tipikal singer-songwriter. dia punya muzik dan bahasa jiwa yang dalam. cuma belum jumpa lagi turning pointnya. aku paling sedar ini dua tiga hari lalu, ketika kami sama2 mencipta bunyi: dia punya soul tahap maut.

syafiq, aku dan wani
tri bengang, sebab dia perlu jaga kedai malam itu.
kesian dia.

rahmat haron.

lelaki serupa sampah ini aku kenal lebih lama dari syafiq dan wani. dengan rambut dibiarkan masai, dengan badan berconteng keding dan langsung tidak layak untuk pertandingan cleo eligible bachelor. tapi rahmat dah curi hati aku beberapa tahun dahulu.

pertama kali aku tonton dia menjerit puisi, yang mampu aku luahkan dalam hati cuma perkataan2 dua silibel: babi / cibai / kimak / sial dan yang sewaktu dengannya.

untuk yang mengenali aku, bilamana bahasa carutan mula keluar dari bibir aku, bermakna aku berada dalam kekaguman maha tinggi. kebiasaan memuja lewat bahasa carut ini memang tidak molek, tapi sebagai budaya orang melaka, aku rasa ia cantik. aku yakin tidak semua mengerti, tapi it's a melaka thing.

setiap kali rahmat senyum pada aku, di terserempaknya kami di platform2 seni tepi jalan, aku doa dia cam muka aku. jadilah. tapi aku fikir, semua orang gempak akan senyum pada semua orang, macam siti nurhaliza, ziana zain dan mungkin yahya sulong.

apa pun. aku tidak mungkin akan lupa di suatu hari itu yang rahmat ikat setiap hujung rambut dreadnya (atas bantuan pengunjung event yang lalu lalang) pada pokok, atap rumah dan apa saja. aku tidak pernah rasa setabik itu sama eksperimen orang lain.

sial la.
gila simbolik.

pak samad

kalau ada sesiapa yang hendak aku beri deskripsi tentang beliau, memang tidak dapat la. perkataan 'pak samad' sudah cerita semua.

*haih*

aku mulakan performasi aku dengan menunjukkan sebahagian diri aku yang goofy, satu karektor yang tidak ramai tahu aku ada:

*sambil terkial2 sana sini*

"saya rasa teruja dapat berada di sini, dijemput untuk performasi. dan saya kira, begini semata2 sudah cukup; membayangkan yang sebentar lagi pak samad akan memegang microphone --eh pembesar suara --eh ye ke -- ah mic ajelah --mic ini nanti2, sudah membikin saya orgasmik"

dan aku tamatkan dengan penyataan tidak malu:

"saya anggapkan satu hari nanti termakbullah impian saya. pak samad, sasterawan negara. satu hari nanti, saya pulak, sasterawati --ada ke perkataan tu --ah, sasterawan ajelah --saya nak jadi orang yang dipandang seninya juga"

:)

aku harap kalau pun mati,
tetap sampai bila2 dikenang juga.

itu adalah hari yang paling gelabah dalam dunia.
cilake.

23 comments:

honey said...

msti seronok dan bangga kan kakak berada dlm satu suasana yg amat best mcm tu..wlupun waktu tu gelabah habis..hehhee..
gud luck for everything kak fynn!

honey said...

dan..hilang bernama itu sgt simbolik..dalam..

hzrh said...

saya rasa entri ini comel..boleh?

C:

Nurul Binti Ibunya said...

sasterawati..
owh wati..
*tingat bedahwati
srikandi..
suka!
saya tetap akan ingat kamu sampai bila-bila..
*layar tancap berbaju kurung berkasut tutup penuh..
comel!

nani said...

kamu antik global
kamu artistik anjal
kamu arca tunggal

pasti saya kenang kakak tak menyesal
walau ditarik ajal

lis said...

heheeeh..
kelakar lah kak fynn ni..

i wish to see pak samad in his everyday life..
naik bas,naik komuter, naik lrt,
duduk-duduk di tempat awam..
i've heard and read a lot about this..
but never a chance..
one day maybe..
=)

well you are one hell of a performer kak..
terus maju!
yah!yah!

.L A L A. said...

secara jujur, kak fynn mmg layak dipandang sebagai orang seni.

itu yg buat dila tetap sokong kak fynn eventho kita pernah salah faham suatu masa dulu.

*wink*

Anonymous said...

microphone tu dlm bm mikrofon.
sebutan tak leh mike gitu.
sangat baku.mikrofon.

pasti comel bunyinya kalau kamu yg sebutkan

joegrimjow said...

ade satu kisah dengan mic
lucu pon ada ingat balik

Rubina Yunal said...

:)

En. Rahmat dari Pelita Hati Gallery kalau tak silap. Kan? Tanchap Pisang April 2005 (pun kalau tak silap juga..) dia sampaikan sebuah sajak sejurus selepas performasi saya. Dan bait yang paling saya ingat hingga hari ni ialah..

"McD bangkai.."

Setiap kali sebelum perang di Gaza dulu, kalau makan di McD, tentu ingat dia juga.

Gila.

p/s: you really don't know how huge and magnificent you are to the most of us :) you really don't.

emma songall said...

Insya-Allah kak fynn.
teruskan berkarya mengangkat martabat bahasa.

ochs widdle said...
This comment has been removed by the author.
Amin si Becok said...

ketika kau naif ttg AIC, mereka juga naif ttg dunia kau. dan ada benda lain selain apa yg masing2 sangka segalanya telah menyatukan :)

Rahmat, dah lama aku tak nampak dia. Dulu kami sama kenal. Aku rasa dia tak suka aku. Mungkin kerana aku tidak mahu berfaham sosialis, atau dia jelik dengan khutbah agama lewat diskusi panjang di UBU dulu2 dan mungkin sebab lain. Tapi aku tak ambil pusing sangat.

Sofia Nin said...

tak mustahil oh kak fynn
sasterawati negara

bakat sangat ada :)

the artist and i said...

aku rasa hitam kau adalah hitam yang 'smart'

marlina said...

Bahasa Melayu memang indah, diterjemah oleh Fynn Jamal, lagi indah..

looking forward for your nice piece!

ayunimadarina said...

wut wut.

taniah.

view said...

analogi hilang yang menarik!

Anonymous said...

hilang? tiada yang hilang selain mati menemui Allah yang esa. Hilang didunia adalah tidak benar cume bagaimana kebijaksanaan kita dalam mencari yang hilang.

Sara Musfira said...

Doakan kakak akan jadi sasterawan negara satu hari nnt. Tp pada saya, itu sudah.heeee.

:)

Railey said...

Bila Mana Melayu Semakin Di Layukan... Kamu Muncul Dengan Nada Yang Mengagumkan... Syabas...

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

first time dengar wani ardy perform masa kat ou aritu..interesting..she should keep up her good job. :)

Anonymous said...

fynn,

suka baca ur blog.membuka mata dan minda~cliche.
anyway,proud to have u.secara khusus,dalam bangsa melayu.
semoga akan tercapai sasterawati.
God bless.

Leez.