Monday, April 20, 2009

cinta dan sampah

sudah hujung april 2009.
aku toleh sedikit ke belakang. teleng dan beberapa darjah senget ke tahun lalu,
menggenapkan setahun.

hinanya aku.

ciptaan yang asalnya dimuliakan tuhan, hatta melebihi kasta malaikat; namun aku jijikkan dengan keduniaan yang terlalu sekelimpas untuk dipedulikan.

hinanya aku kerana menghina diri sendiri.

aku tak mungkin mampu untuk lupa siapa aku tahun lalu. keding, rokok, gembeng, rajuk, ronyok, longlai, peruk, cibai. dan yang tololnya, aku pangkahkah orang ini itu begini yang perlu pegang tanggungjawab menjadikan aku hancur bagai.

melankoli tanpa henti sebenarnya aku cari. perkara yang boleh tamat dalam seminit, aku lanjutkan demi membiarkan hati aku laparkan sesuatu. satu fakta: masterpieces come from agony.

hanya keranapan mampu melahirkan keajaiban.
hanya kesengsaraan bisa mengeluarkan keindahan.

tidak ada orang peduli kalau dr. fazley yang kaya raya itu boleh sambung phd nya di german. dia anak dato'. sowat. ai don giverdem. ramai gila orang yang terpaksa cari kerja bodoh2 untuk tampung masters. dengan hendak tanggung anak baru lahir lagi. sewa rumah pula.

lain cerita kalau dia anak nelayan.

ranap boleh jual.
sengsara harganya mahal.

sebab itu bila datang academy awards, filem2 hebat tidak ada makna. bikinlah dengan efek paling canggih, siap terkeluar dari skrin dan melebihi intellektual hidupan angkasaraya, tidak akan mampu menandingi kisah2 autobiografi manusia2 biasa yang berakhir dengan kemenangan yang pun biasa2, sebenarnya.

orang miskin dapat kerja.
orang merempat dapat rumah.
orang tidak mahu hidup dapat makna bernafas.
orang dihina2 dapat bangkit megah.

kita, kalau difilemkan, aku rasa ada moral yang menggetar manusia juga. semua orang pernah merasa jatuh dan bangun kembali. bezanya, kita semua bukan filem 2 jam setengah. selepas bangkit, kita ada lagi sejelapang luas untuk diteruskan.

lalu kita ada lagi tempoh untuk jatuh semula, untuk diusahakan untuk bangun sekali.
proses berulang berkali2.

sebagai contoh, perkahwinan aku dan tri sepatutnya sudah jadi penutup filem yang sempurna, berlatarbelakangkan nuzilen sebagai rumah baru kami. tapi tidak. untuk satu filem baru, tuhan lukiskan plot baru.

macam spaQ.
dramatik.

tapi apa yang aku toleh itu masih bikin aku senyum.
aku yang dulu itu,
cuma satu fasa yang aku pernah lalu.

aku malas hendak berpanjang mencerita sesuatu yang akan seelastik itu.
terlalu panjang.
terlalu terlalu panjang.

aku hanya mahu mengingat kembali puisi "cinta disampahkan", kerana pada 3 venus nanti, aku minta rakan tongkat untuk memain semula denting itu untuk aku.

untuk pertama kali, aku akan ulang performasi.
kerana secara jujur, aku rasa itu masterpiece aku.

aku yang rasa.
kalau orang lain tidak, aku hendak buat macammana.
haha.

35 comments:

bulanbintang said...

fynn.. aku nk kau tabah.. aku rasa aku faham apa yang ingin kau sampaikan memlalui tulisan kau yang ini.. dan aku rasa aku cukup faham isinya.. tapi yang fikir sangat masalah itu.. jika kau fikir dalam2 ia hanya bt kau lebih serabut.. serabut sorang2 mmg menyiksakan.. fynn aku tahu kau boleh.. cuba bawa berbincang dan cakap dari hati ke hati.. aku berharap sgt masalah kau selesai..

smoga fynn akan kembali dgn entri yg mengembirakan

joegrimjow said...

ingt sempena ape..

Amin Ahmad said...

oh, di Jepun ia dipanggil jibunshi (mungkin ejaan aku salah).

ia genre kisah rakyat biasa yang diangkat dalam bentuk novel dan ada yg difilemkan.

contohnya: oshin

syarikat PTS banyak keluarkan buku jenis ini sekarang. cetak 2000 secara percuma untuk penulis yang mahu mengangkat kisah hidupnya (mungkin dengan sedikit olahan). lain2 itu teknikal bersabit bayaran boleh ditanya pada mereka.

aku fikir kau ada bakat dan cerita untuk itu. aku pun belum mula meski aku fikir satu hari nanti akan.

aku suka kisah2 benar, meski ia kisah orang biasa.

kata orang "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". aku percaya ini.

kebenaran yang rusuh bukan untuk dibanggakan. sekadar ingatan yang sering bertamu bila kita beranjak dari satu titik ke titik yang lain.

Nurul Binti Ibunya said...

"hinanya aku kerana menghina diri sendiri"-
tapi lebih hina orang yang hanya tahu menunding jari
"eh,budak hina!"
tak sedar diri sendiri lebih hina..

alahai,tingat cite xena the warrior princess la plak.

hanya keranapan mampu melahirkan keajaiban.
hanya kesengsaraan bisa mengeluarkan keindahan.

very the realiablity

aina hazuani said...

puisi itu beri kesan pada saya
:(

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Spa Q itu sudah tahap terlalu melodrama...

Cinta dan sampah...

kadang kala kita jumpa yg terbaik..di celah2 nya~

fynn jamal said...

korang ni tak tidur ke ha.
:)

Railey said...

Miss Fynn... Sesungguhnya Setap Baris Kata Beliau merupakan Satu bahasa yang abstract dan seni yang penuh hiperbola.... Love It....

aNa said...

and ana tak sabar nak dengar
:)

nazreena nadia said...

kakfynn. tabah selalu. hidup xselalunya indah. panas boleh smpai ke petang. tapi hujan boleh mencelah. kuatkan diri. dgn yakin itu. =')

Alyea said...

kak fynn, aku paling suka puisi yang itu. aku ada beritahu kamu dulu.

selamat berpuisi. doa lancar.
amin.

Sara Musfira said...

Smpi bila pun kitaorg takkan tidur kakFynn. Haha.heeee. Tak sabar mau ke 3 venus nnt.

Jgn ditoleh2 lagi yg belakang2 tu kakak.

:)

azhari azmi said...

mcm mane la ek nnti ko perform. sure best. aku penah nmpk ko perform sekali je mse layar tanchap kt shah alam yg ko pkai bju kurung n ade ana raffali skali time tu..start dr hari tu bru la aku knl ko..nice2!

LaDy_ZeRa said...

hidup mmg penuh jln cerita n episod, kita juga la pengarah n pelakon dlm setiap episod tu..

"best nye 3 venus"

;)

nuridrin said...

semoga dipermudahkan untuk menghadiri majlis 3 venus itu.
:)
cinta disampahkan,
nak ikut merasakan.
wuwuwuwu~

NanaNeriza said...

kakak..
hidup ini indah sebenarnya bukan..??
tapi hidup yg terlalu indah bukan hidup yang sempurna..
terus kan berusaha mengecap bahagia yang sepatutnya menjadi milik kamu..
(=

-icha03- said...

tak sabar menanti may
arap kamu suda terima kiriman saye
arap juge kamu ade
kot2 leh bace puisi utk saye
heh.

Lily Cartina said...

jumpa kak fynn di 3 venus.
insyaallah.
*hugs*

Gangster Sastera said...

Hey shorty...!
Teruskan puisi-puisi jalang

For more similar type, candu bahasa & puisi-puisi 'separa sedar', Check us ouTT!!
*click

Kita kongsi kejalangan berkarya, okiee!

Para Jamaludin said...

terus terang dikatakan, first time melihat cinta disampahkan, sangat menusuk jiwa, sangat menangkap sanubari hati. saya suka originalnya cinta disampahkan itu.

kagum sekali.

toleh belakang sesekali perlu, tapi berundur melangkah ke tempat yang ditoleh itu jangan sekali jika ianya mimpi hitam yang cuma datang dan meninggalkan kesan mendalam dalam hidup.

semoga berjaya dlm apa jua.

n said...

fynn
lurus hidup itu TIPU semata
biar berGELORA, baru kita nikmati hakikat kehidupan

Nurul Binti Ibunya said...

burung hantu mana tido=)

KeY_riN said...

kak fynn... kenapa dari kesengsaraan dan penderitaan baru dtg nya kenikmatan kebaikan dari itu...
kenapa tidak dari awal??

dust said...

fynn,
adalah lebih baik kita reti memandang diri kita yang bawah, supaya kita pandai bersyukur bila di atas..dan ingatkan supaya tak terus jatuh lagi tergolek ke bawah...drp org yang rasa diri hebat dan bangga..kerana mereka itu tak pernah kecapi nikmat hidup ini sebenarnya.

iYda Juhar said...

yup. itulah yang ditunggu.
jiwa ko kan kat situ.

Malisa Sabil said...

mintak permission link ke blog ini ye..

N.I said...

ada makna mendalam dlm bait kata.

cumanya kita manusia, kadangkala nya igau igauan dibelakang bukan nya selalu boleh dibanggakan..

satu yang mungkin pastinya, tiada yang belakang itu bagaimana bisa ada yang di depan kan?

teruskan jalan. terus saja. ya, ada sedikit belok belokkannya..

=)

Farah Rosni said...

selalunya, perkara sebegitu lah mendewasakan kita. kan?

gdsjht said...

alahaiiii aminlah balik 'lihatlah aku'. pleasee. dia macam catchy jahat jahat sikit en.

awak. jumaat birthday kita. belanja satu tiket 3 venus. :B

Anonymous said...

kakfynn ok x? agak lama x update blog. harap kak fynn sehat2 aja. be strong yah.

Sunshine in the morning said...

if doesn't kill u it will make u strong

Ayyman Rahim said...

Kak Fynn, rasanya yang paling hebat sekali puisi buat ayahanda, seriously lah. Be strong kak, i knw tht it is so cliche, tapi tu je yang boleh ckp kan?

ciK LyndaWawa said...

ai..
sy selamaat sampai ke blog anda.:)

Anonymous said...

Kita ada novel OK. Jangan marah, yu.
http://waniardy.com/blog/?p=1730

hatifragile said...

cinta disampahkan.
sumpah hebat!
paling minat.
paling hafal.haha