Tuesday, April 28, 2009

cebis2 yang aku tak mau lupa.

situasi 1)
soundcheck.

penganjur: fynn siapa?
fynn: saya.

penganjur: ok. mic tak mahu stand ye?
fynn: tak.

penganjur: ok. jamal nak mic? (menoleh pada tri).
fynn: jamal bapak saya. dia bukan.

penganjur: ok.
fynn: ok.



situasi 2)
panggilan naik pentas.

emcee: kita jemput band pertama yang bernama "fynn jamal"!!
fynn: bukan. bukan band.

emcee: oh. sori. sebuah persembahan yang bertajuk "fynn jamal"!!
fynn: erkk...



situasi 3)
pengenalan pentas ketika kami setting instrumen.

emcee: band fynn jamal terdiri daripada empat orang, dua lelaki dan dua perempuan. mereka baru sahaja berkecimpung dalam scene indie, maka marilah kita sama2 menyokong mereka. ok! tepuk tangan!!

fynn: bukan band...
wani: haaaa?
syafiq: main hentam je budak2 ni.
tri: hahahaha. persembahan bertajuk fynn jamal. hahaha.



situasi 4)
ketika baru duduk

fynn: salam alai kum.
budak2: yuna!!!! yuna!!!

fynn: bukan yuna. dia kurus. saya gemuk.



situasi 5)
ketika sedang membetulkan informasi emcee

fynn:
kami sebenarnya bukan band. kami adalah empat entiti yang berbeza. wani sebenarnya adalah orang besar di KL, bikin event segala. syafiq main cello untuk performasi dia. tri, suami saya juga ada band sendiri. fynn jamal itu nama saya. kami --

budak yang kelihatan baru tingkatan 3 atau empat berpakaian begitu indie tapi tidak berapa menjadi:
banyak cakap la!!

syafiq:
oi. rilek la kau.

wani, terus ke microphone, gaya ala2 cikgu garang, memandang tepat pada anak itu:
budi bahasa sikit eh.

budak yang kelihatan baru tingkatan 3 atau empat berpakaian begitu indie tapi tidak berapa menjadi itu akhirnya kena tepuk di kepala oleh beberapa budak lain, tidak ketinggalan disuruh diam oleh manusia lain.

kan dah kena.



situasi 6)
selesai persembahan.

semua: *terdiam*
fynn: dah habis. bye.

semua: one more. one more. lagi la.
fynn: mintak yuna. hehe.



kesimpulan:

1) walaupun tidak ramai mana, kami berempat tak peduli sikit pun. tapi kami puas. sebab beberapa yang ada, beri telinga, mata dan hati untuk kami.

2) aku kena beli tudung lain la. kesian yuna disalahpandang gemok nanti.
hahahahahaha.

PS: tolong jgn marah penganjur. tidak semua patut kenal saya. biasalah. saya bukan siti nurhaliza. emcee yang tidak buat homework pun, tidak boleh dimarah. dia bukan penganjurnya. kami berempat dapat merasa kimia kami, itu sudah melampu cukup. :)

tapi kelakar, kan?
hihihi

54 comments:

joegrimjow said...

ingt name tri 2 pon jamal
baru tau

jgn lupe nak dengar lagu 2
post la
myspace da lame xon

y u z said...

"jamal nak mic?
- jamal bapak saya.dia bukan."

adeh sakit pipi gue. =D

izt said...

pakai tudung indon la kak fynn.

:D

nuridrin said...

kak fynn.
satu hari nanti kot.
persembahan dengan tajuk "fynn jamal".
;)

.ieLah. said...

jangan lupa kak.=P

nisa' said...

hahaha.lawak itu budak indie.

FATENEDAN said...

ahahahahahahahhahahhahahahhahahahhahahahahahahhaha


tajuk persembahan fynn jamal?
tri=jamal?
band fynn jamal?

klako2..buduh gile organizer..meh nk tepuk dagu dia smpai kejang..ahahha..

Anonymous said...

merendah diri.
bagus itu.

teringin nak tgk kamu perform.sungguh.

ayunimadarina said...

hahaha.

funny!.

Ahmad Popeye said...

sori la kak.
organizer yang bercakap tu,smue shuffler.
ekekekek.

ochs widdle said...

lucu dehh.lol

Akupuntatau said...

hahaha~
indie band,p'sembahan yg dinama fynn jamal, tri dipanggil jamal...
diorg bikin lawak antarabangsa...
---> terus berkarya kak fynn...
---> biar trus gempar Malaya yerrr =)
*biar yg lain buka mata, buka telinga

lis said...

oh kamon!
enchek organizer..
sile buat homework lah..
malu jeh weh..
hahahaha..

emcee dah xsure tuh..
g lah tanye performer tuh sendiri..
nih men taram jeh..
banyak kali plak tuh..

hadoiyai!

scha said...

jamal nak mic? (menoleh pada tri)
--haha..lawak la..kesian betul tri--

kak fynn, sape la yang tak kenal akak tu? bg saya brainwash dia..
hampeh..ade ke band fynn jamal..jom la kak, kite buat band.. ;p

tri: hahahaha. persembahan bertajuk fynn jamal. hahaha.
(tri gelak kan akak? errr~)

Hazrin said...

Kalo lah sy berada di situ, akan sy tepuk budak indie tak jadi tuh 2, 3, 8 das. Budak-budak sekolah sekarang ramai tak "sedar". Sungguh sedih. Hm...

Owh n semua situasi tuh lawakk. Maaf sebab sy gelak kuat2.
Hee

Azzam?? said...

hahahhahahaha... babe.. apsal bleh jadi yuna plak ni??

syafiqah said...

is it the event from wu-huu?
if yes, memang banyak budak kecik pun dekat sana. memang kelakar tengok. and oh oh, i miss your performance. sebenarnya datang sebab nak tengok miss fynn je. :(

afy sufy. said...

hahhaha
lawak laa
huhuhuu
rasanya kakak xperlu beli tudung baru
biar mereka belajar
hhaha
siapa yuna siapa fynn jamal
bezaa laa

KhairulAqmal said...

hahaha

sangat bagus emcee malam itu ya

ain said...

hahaha.
ignorant sungguh mereka :p

sgt mau tgk kak fynn perform...

emma songall said...

sis fynn.be strong.
kita tak perlu ubah personaliti kita jika kita yakin siapa diri kita sebenar.
persetan sahaja orang yang kata mereka yang kononnya mengenali diri kita tapi sebenarnya tidak.

semua orang nak mengaku indie sekarang.
tapi yang sebenarnya diri sendiri pun tak kenal mana.

Ili Khalil said...

ape daa organizer.

Lucid Ikemal said...

ouh? haha. budak tuh tak kenal sapa fynn jamal? not weird. kalau saya tak kenal weird lah.

Nurul Binti Ibunya said...

haih..
frust tak habis lagi neh..
aiseh..
dah la dekat ipoh jerk..
haih..
alahai..
haih..

aina hazuani said...

"persembahan bertajuk fynn jamal"
hahaha

memang lawak

Moja [Bulan] said...

haha..sungguh sengal diorang2 semua..hehe..xkenal ngn idola kami..hehe..=p

Sofia Nin said...

hahaha
lucu bgd nih
if only
aku juga di sana

mau ikut mau ikut!

hzrh said...

ni nk merusuh ni..
kakFynn tk gemuk..comel la!!

C:

hilman.fikry said...

budak indie?buta.yuna pun xkenal.
sbb korg men bluetooth je lagu yg sedap2.pastu korg ckp SAYA SUPPORT INDIE.rabak.

Anonymous said...

adoi.
mcm2.
hahahahahaah.

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

hehehe..kak fynn..yang ini sungguh klakar okay.. :D

vidadarisakura said...

haha!
aku dapat bajet budak2 indie tidak menjadi tu melopong lepas dengar n tengok ko berAKSI kak fynn.
hee

azzahari said...

`puisi ini hanya mempunyai 4 baris kata..dicipta lewat malam tadi..
boleh tak saya nak bangun`..
(lebih kurang bunyi intro dia)


buka langkah,jalan megah
jangan gentar halilintar
buka langkah,jalan megah
jangan takut awan ribut..



amaran:
puisi ini tidak sesuai kpd yg mempunyai bulu roma yg lebat..nnt meremang2 jadinya!!! hik..hik..

artakus said...

errr.....tak de rakaman ke persembahan ni? kalau ada...cuba² la 'lampirkan'. hehehehe

chik star said...

rasa pelik kn.
cmne emcee xkenal fynn jamal.

budak tuh mmg sengal.
biase la kak fynn, budak bru nk belajar berindie.
hihi.

saya taw k.fynn tetap c0ol mase tuh kn.

hihi.

bile nk dtg ipoh lg ?

azuriaf said...

entry yg sgt lawak smpi gelak besar dlm ofis..ekeke..thank u ms.fynn..cheers!!

madumerahjambu said...

kelakar entri ini..
hehe..
(^_^)
ingin sekali tgk kak fynn perfom..

bobo said...

serius taik bulu roma naik tgk korg..
persetan ngn emcee sama organizer

Unknown said...

saya juga dulu x knal siapa fynn jamal... maafkanlah kanak2 hingusan itu... tp kekurang hasaman nye patut ditampar...

Farah Rosni said...

hahaha. kelakar juga la.

WNRD said...

KIKIKI.

Voice said...

Salam,

tegelak sorang-sorang depan pc petang2 yang sejuk lepas hujan ni.

Pada pandangan mata kecik saya, paling kelakar ialah situasi terakhir. Hehehe.

alanamir said...

hahaha!tak kenal maka tak cinta.sekarang hanya segelintir saja yamg mengenal kamu dan teman2 kamu tetapi aku percaya 1 hari nanti kamu pasti akan terkenal.insyaALLAH.

Ayyman Rahim said...

Budak kunun indie tu mesti yang jenis busuk busuk yang trying too hard nak jadi indie kan?

C.E.@ said...

seronoknya..tentu kakak buai semua kan?

hatrikirana said...

aku seperti kakak aku...

bila baca - "jamal nak mic? - jamal bapak saya. dia bukan."

memang buat aku pon sakit pipi tp ada plus...

sakit=pipi+gigi... - harharhar...

yan said...

haha. sy pg jgk event kat ipoh hr 2, tp sy dtg mlm, terlepas nk tgk kak fynn. budak2 kat situ mmg 'kureng' sikit. ada sorang budak ni tanya sy "akak dtg dr mana?". sy ckp dr bulan. 2 pun dia percaya. kelakar.

wawabescoot said...

hahah'
lawak je , i thought Yuna jua tadi??

mc tu cam blur je??
huhuhu.

tak preapare la tu'

Anonymous said...

situasi lima!
yeahhh.

biELa said...

budak indie malukan diri sendiri

Alif Iskandar Tareh said...

yuna yuna yuna yuna yuna yuna! hahhahaha

ignorance is bliss

Anonymous said...

yuna,yuna,
hahahahah
lawak jer...
mmg sekilas nmpk mcm yuna...
duh bukan yuna la kak fynn la..
mula2 mcm x caya kak fynn nie kecik jer orgnya.
kami bukan budak indie..
apa2 pun kasut kak fynn sgt indie.

Sara Musfira said...

Hmm, klakar juga kak.

:)

Sang Perwira said...

haha, bkn smua org akan tahu siapa diri kita.

tp kelakar lah.
budak yang kelihatan baru tingkatan 3 atau empat berpakaian begitu indie tapi tidak berapa menjadi

sedap nama dia :D