Saturday, November 16, 2013

tentang kantoi pedajai orang

"saya tidak berniat untuk menghina. namun ada pihak tidak bertanggungjawab yang printscreen status saya"

like...
seriously...?

kau cakap kedai orang serve taik, kot.
ORANG jugak yang tak bertanggungjawab?

kau fitnah orang--
kantoi--
KAU jugak mangsa?

dunia apa aku duduk ni?
haih!!
besar geleng kepala aku tadi.

tapi yelah. dia dengan orang yang difitnah dah settle. kita jangan menambah pulak. nak tak nak-- kena ajar diri husnuzzon jugak. kut tak-- sama je kita.

kita pun bukan mulia mana.

sama2lah kita beringat.
fitnah zaman ni semudah gerakan jari je.

aku tak perlu pesan:
fikir dulu sebelum butang enter tu kau tekan.

kita semua ada akal.
kalau aku taip "semalam siti nurhaliza lepak rumah aku main xbox sambil minum vodka"-- takkan senang2 sahaja orang share tulisan aku?

banyak kali aku cakap pasal benda ni. jangan main share. nak2 benda yang melibatkan orang. xbaik aniaya orang. minyak yuyi cap limau ada minyak babi la. tepung cap sauh haram la. makan ayam penyet mak jah buat mandul la. heiiii!!

just because everyone is saying it--
doesn't make it the ultimate truth.

bertanggungjawablah.
jangan masa hari perhitungan, malaikat bawak top 10 status jahat kita buat bukti kat tuhan sambil tanya:


"hah, ni apa citer"

No comments: