Friday, November 8, 2013

nak rare sangat

kita terlalu taksub dengan hendak jadi rare--
sampai APA SAHAJA yang majoriti--
kita nak betah.

tak pedulilah betul atau salah.
sebab yang kita pegang--
jadi minoriti itu baru true.

jadi kita tak peduli apa jua fightnya,
apa jua ceritanya,
apa jua faktanya--
"asalkan semua orang suka--
aku benci"

this thing is just the same in anything.
dalam scene,
dalam politik,
dalam industri,
dalam persahabatan.

kita cuma nak jadi 'rare'.

kalau ramai orang suka minah--
kita saja2 nak menyampah.
kalau ramai cakap razip bagus--
kita saja2 nak hembus.

sebab kita nak stand out.

pelik.
kenapa nak stand out dengan negativiti?
bukankah lebih bagus kita fikir macammana nak jadi another minah and razip?
kenapa kita lebih suka memilih untuk benci?

sebab fitrah kita memang suka bertekakgaduh.
dari yang setelanjang2 orang sampai ke tudung labuh.
kita memang ketagih konflik.

haih.
dunia terlalu penuh dengan benci.

islam itu sallama.
peace.
cinta kasih dan seumpama.

haruk sangat nak jadi rare.
suka sangat nak membidas mencantas.
sebab saja2.

hah.
majoriti kata 2 + 2 = 4.
cuba kau pangkah benda tu.


nak jadi rare sangat.

No comments: