ini adalah biasa:
"kak, kami minta jasa baik kakak bantu promosi
perjuangan kami"
fitrahnya, aku tanya:
"ok. tentang apa?"
biasanya segala macam fight luas terbentang yang aku terima.
isi tempat kosong di sini:
palestine
mangsa taufan
apa saja
selalunya:
1) sekumpulan anak2 memiliki produk (t shirt, beg, etc)
2) sekumpulan anak2 mahu aku iklankan
3) sekumpulan anak2 minta aku cakapkan yang hasil jualan
produk mereka ini akan disalurkan kepada perjuangan mereka
"bagus", aku kata.
"berapa, biasanya?" aku sambung tanya.
"seringgit".
jual produk hampir tujuh puluh ringgit. yang disalur cuma
seringgit dua. hmmm.
no.
aku tidak bodoh ekonomi. aku faham konsep harga kos dan
harga jual. overhead yang termasuk sewa kedai dan sebagainya.
maka aku tidak pertikaikan berapa mampu mereka sedekahbagi.
aku juga tidak bongok dalam konsep ikhlas. memberi apa
adanya. kalau pun seposen dua-- jadilah-- asal luhur setiap yang ada.
maka aku tidak persoal berapa banyak yang dihulur dari baki2
tadi.
hendak untung--
cakap sahaja hendak untung.
perniagaan itu kalau dibuat elok2 memang halal.
barang yang cuma kos siap2 dalam rm12, dijual sampai
berpuluh ringgit atas nama kebajikan--
that is disgusting.
kalau mau fund,
cakap terus.
kita tak perlu tshirt, tak perlu lencana dan sebagainya.
bagi nombor akaun.
bubuh sini.
kita tengok betapa ramai saudara2 kita bergabung bahu dan
bersatu deminya.
what you guys are doing--
is a new version of low.
No comments:
Post a Comment