orang suruh aku cakap pasal pakcik ayam dan kereta mini
cooper.
mula2 aku malas nak respon.
tapi rancak sangat kat newsfeed.
jadi kasilah aku cakap barang seminit.
kawan2,
kita makan kat tgif pun upload kat instagram.
kan?
nak gitau kat orang yang biasa makan nasi goreng belacan
betapa kita ada rezeki lebih nak makan mahal ini kali.
"bukan berlagak", kata hati.
saja nak gitau: "aku makan tgif hari ni".
tu baru sepinggan rm40++ kita dah nak canang kat orang.
rm40++ dari gaji kita yang setakat rm2200 (gaji normal kuala
lumpur).
itu PUN kita dah mengeladi nak gitau semua.
maka--
bayangkan kita ada duit yang mampu beli kereta sebijik--
dan beli untuk saja2 dibagi2 semata.
tak cukup tanah upload sini sana.
kan?
kawan2,
orang nak tunjuk.
itu memang silap dia la.
itu pun entah dia yang upload dekat facebook dia; entah
orang share dari entah mana sumber anak sedara yang satu sekolah dengan budak
tu.
memang.
memang silap.
memang bagi kad jemputan pada penyamun perompak bagai.
memang saja bakar hati rakyat jelata yang masih pening
kepala nak isi minyak seminggu sekali ini.
maka judgement yang paling senang--
kita cakap dia nak membongkak.
tapi nak buat cane.
duit dia, bro.
bukan pada kita dia mintak.
maka bior je le.
sekarang baru terfikir kerja hanyir ayam lagi mahal dari
wangi kubikal berpenghawa-dingin?
haha.
sempat lagi, der.
sempat lagi nak tukar kerja.
jangan panas hati sangat.
kita pun up macam2 kat laman2 kita.
muka kita travel gi zimbabwe.
orang yang tak pernah keluar malaysia pun rasa palat gek
pada kita.
muka kita beli beg designer sebijik dua ribu inggit.
orang yang pakai uncang pun rasa pantek gek pada kita.
muka kita meleset dengan laki.
orang yang solo dah bertahun pun rasa panas gek pada kita.
kita semua sama2.
dont get me wrong.
aku faham sentimen kita.
tapi...
kasar sangat la aku baca status korang.
macam tak best.
direct sangat ke dia.
ke anak2 dia.
dia bukan pakai duit kita..
kan..?
aku tak tau la korang--
tapi kalau aku kaya-raya--
memang yang muai--
anak aku.
sedangkan bulan bintang pun aku nak bagi.
apa lagi benda yang mampu beli.
kita tak suka orang bising cara kita besarkan anak;
maka aku rasa adillah kalau aku tanya kenapa kita seranah
cara dia pulak.
tipikal working class parents memang begini.
benda yang kita nak masa kecik tapi tak dapat--
akan kita curah pada anak2 kita bila sampai masa kita.
sebab kita tak nak anak kita rasa apa kita rasa.
okay, kawan?
hari ni hari jumaat.
sudah2 la tu.
No comments:
Post a Comment