Saturday, March 1, 2008

sedang melawan sepi.

aku ke rumah fatin semalam. arm mula2 janji mahu teman aku memandangkan aku tidak boleh sendiri, kata doktor. tapi tiba2 dia ada hal. lepak dulu di rumah fatin, sekurang2nya boleh tonton dvd across the universe.

tapikan, sejak dua tiga menjak ini, aku tak pernah boleh faham cerita apa2 yang aku tonton.
jadi aku macam patung yang dihadap ke televisyen. haha.

cerita tamat jam 6 petang. aku makan ubat yang diberi. aku sedar betul2 pun pagi tadi. malam tadi aku ingat ada satu dua sms dari pok arm, suruh aku tidur terus di rumah fatin. bahaya memandu bawah pengaruh dadah.

yelah.

pagi tadi, jam 7 pagi itu, ketika memandu pulang dari rumah fatin, aku susur jalan aku pernah redah dulu. ulang alik ke shah alam dari damansara, naik skuter yang cuma boleh cecah 40km sejam. bersejuk2 berdua melawan air hujan, memaksa enjin motor yang asyik mati.

gurau2 sesama berdua di atas motor cabuk.

sudah, sudah. mungkin dia sudah lama lupakan. apa lagi yang aku tangguk2 di harapan ini.

dia mahu kau bahagia, berilah fynn. kalau itu satu2nya yang bisa membuat dia kembali ke langit tersenyum. kasi saja.

baik, saya akan cuba ya...

terasa mahu kembali ke zaman itu, yang kita hidup dalam kosong, tiada mewah apa lagi bersenang. terasa mahu bekukan masa itu, yang kita bergelak tanpa mengingat apa, tiada masalah juga sengsara.

kerana itu adalah waktu yang paling saya bahagia.

haih. bagaimana mahu mencari rasa yang sama ya?
*senyum pahit*

hari ini ada performasi. mahu dipuisikan tentang apa? tidak biasa bermadah tanpa pandangan dia.

dia sudah pergi, fynn.
mesti dia ada sbb sendiri, kan...

Friday, February 29, 2008

terbanglah matahari

terbang

hey nyawa, jangan lepas tangan,
paut sini, aku sedang hulur jemari,
harus kuat, harus penuh semangat,
kencangkan nafas, kamu harus menari.

hey nyawa, jangan putus dari badan,
aku di sini, memangku bahu kamu,
mesti gagah, jangan kau goyah,
biarkan dia mencari si awan biru.

hey nyawa, jangan kamu rasa sunyi,
mari sini, aku popokkan dodoi cinta,
perlu tegap, dia sudah penat hinggap,
jangan kamu minta dia pergi dengan kata.

hey nyawa, menangislah engkau,
habis-habiskan meronyok jiwa,
tidur sekejap dan bangkit di dinihari,
depang tangan dan lambai pergi dia.

hey matahari, andai datang gerhana,
datang sini, tetap engkau aku pujukkan,
tidak akan meminta-minta sinar lagi,
cuma dari atas itu, lihat-lihatkan.

kisah cinta di hati itu.

untuk kali pertama, aku berbual sama didi secara berlama2. mulanya aku batukan saja diri, aku tidak mahu mengganggu.

tapi hati aku goyah bila lihat didi sanggup mengalirkan airmata untuk aku, sambil berkata:
"kenapa sampai begini, fynn..."

*air mata meluncur terus*

prologue:
semalam aku berada di serabutan yang paling tinggi. habis segala mauduk aku ranapkan. robok, bilik, semua aku telangkupkan.

hati aku sudah tidak kalih untuk bernafas.

semalam juga aku kembali kepada sifat azali aku. yang destruktif. yang bodoh, yang dibenci orang.

ye, semalam aku bermain pisau.

bukan kerana amarah. bukan untuk meraih simpati. tapi kerana membuang pedih di dalam jiwa. kerana itu. untuk diri sendiri.

awalnya aku pengecut. dua kali telefon fatin, meraung melolong. tp dia jauh. apa dia bisa buat. dia cuma mampu untuk mengingatkn tuhan.

ye, aku ingat tuhan. aku takkan mati semata gores yang sedikit ini. cukup hanya untuk buat aku lupa pada sesak di jiwa. cukup itu.

dan aku harus katakan, pedihnya memang bisa.
tapi sekejapan saja.

kemudian hati aku kembali terasa hancurnya.

sudah hampir seminggu tidak makan pejal. minum air semata. bibir tidak berhenti berasap. berat sudah 48 dalam masa tiga minggu.

maka fizikal terlalu lemah.

sampai satu tahap yang aku tidak mampu tanggung. aku perlu dapatkan penenang saintifik di rumah ubat.

hendak tak hendak, aku telefon ira. terbiar dua kali. cuba pok arm. tidak berangkat. aku tahu pok arm sedang bersama ocham. telefon, juga tidak berangkat. talian diputuskan. kejam sekali, aku fikir.

kepala makin suntuk dengan pelbagai perkara.

malu tak malu, cuba lagi. kali ini pok arm angkat. bateri mati, katanya. "minta bantu ke klinik", saya bilang. dia setuju.

ira pula telefon, kata mahu turut pergi.
aku sudah terlalu serabut untuk memikir apa2.

tepat jam 11.20 mereka tiba. ira, takky, pok arm dan ocham ada.

aduh, jiwa. kuat!! kuat!!

di klinik, seperti biasa, aku akan terima suntikan di punggung. ubat penenang yang mampu menenangkan dalam masa 30 minit beserta pil yang katanya bisa menenteram bila dimakan kelak.

ira ternampak pergelangan tangan yang aku guna ketika menulis di kaunter pendaftaran. ditanya dengan keras terus. lalu ditunjuk pada pok arm, ditanya keras juga.

ye, aku sedar kalian risau.

di dalam hati aku bertanya pada jiwa hati sang lelaki yang aku rindu, jauh dari aku ketika itu:
wahai kamu, tidak kasihankah pada aku? apa sudah benci sekali sama aku? kenapa tegar sekali aku dibiar begini? di mana kamu?

tapi bicara sunyi aku itu berbunyi diam.
maka bagaimana bisa mendapat jawapnya?

aku tidak bohong bila aku khabarkan aku sakit. aku bukan suka2 mencari perhatian bila aku lemah dan tak mampu bangkit.

dan seingat aku kamu pernah khabarkan kamu suka menjaga aku.
sebak sekali, kerana seolah kamu sudah tidak ingat lagi.

selesai dicucuk, arm datang dan terus menarik wajah sembab aku ke bahunya. dia kata, "nangis, fynn. nangis!" aku semakin hanyut dalam airmata. dari suara, aku cam sayu hatinya. apa kerana aku kamu bersedih, kawan? terima kasih, hati aku sudah lama pedih. dengarkan sekejap ya? tolong kasihan?

aku mengongoi tidak peduli sesiapa. sedap benar rasanya punya manusia menopang kudrat demi untuk berkata "saya ada". lama benar saya hidup sendiri, lama benar rasa mati.

aku rindu pok arm yang itu. yang peduli tentang aku. yang pernah berkata aku penting dalam hidupnya.

ocham... kamu tidak mahu peluk akukah? aku mengharap pada kamu juga sebenarnya...

habis di situ, kereta diberhentikan di tepi jalan. satu2 perkara mereka bangkitkan, terus mahu diselesaikan. tentang sunyi aku. tantang sepi mereka.

dan tentang cinta saya itu, mereka minta saya lupakan.

*diam*

argh. mahu menaip ayat terakhir ini tadi mengambil masa hampir 15 minit. ya Allah, kenapa begini sekali sakitnya...

lebih sakit ketika mendengar yang cinta di hati itu sudah tiada. sudah habis pada aku. sudah tamat dari dulu. yang tinggal cuma aku.

kejamnya...

mudah sekalikah aku ini dibiarkan? dibenci2kan? tidak adakah ruang sedikit untuk memberi peluang aku membetulkan?

kenapa, kamu?

maka ini adalah entri untuk melepaskan kamu, matahari. atas nama kamu yang sememangnya diertikan untuk menjadi penyinar hidup aku.

aduh, payah sekali menaip kali ini dengan linang airmata mengaburi pandangan.

kamu, jika aja kamu baca, aku teringin sekali tahu, apa rasa yang kamu beri ini semata pada sesiapa sahaja? tiada beza? kamu, sayu sekali bila ditanya kawan "takkan fynn tak pernah putus cinta? lagi pula ini bukan cinta apa2. tidak dilafaz apa segala".

bagaimana bisa saya jawabkan pada mereka? kamu bukan orang biasa2, matahari. kamu berbeza. kita pernah bercerita tentang sunyi kita berdua, tentang dunia kosong kita, yang kita janjikan dulu untuk saling melengkapi. pernah juga kita bina bayang fantasi indah di kalangan kita. hanya berdua. cuma bersama.

mungkin bagi kamu cinta aku ini tidak punya uniknya. biasa sahaja. bisa didapat di mana2. tiada beza, apalagi makna. dan jika itu, tidak mengapa. aku harus terima...

benci kamu? tidak pernah. maka bagaimana mahu melupakan benda yang paling kita tidak boleh abai begitu sahaja? puas dipujuk2 orang "lupakan, fyn", "jangan dikenang, fynn", bagaimana?!

aku kelar tangan bukan untuk meraih kamu.
tapi kerana terlalu bodoh dan terlalu buta, yang membuat kamu pergi.

kerana aku bencikan aku.

kamu ingat lagu laluna? lagu rahsia kita dulu, andai di satu hari kita terpaksa dipisah keadaan?
yang mana satu hari tu adalah malam tadi.

dalam lubuk hatiku
ku yakin kau pun sebenarnya
tak inginkan lepas dariku
tahukah kau kiniku terluka?

bantu aku membencimu
ku terlalu mencintaimu
dirimu begitu berarti untukku.

betapa benar. aku tak mampu membenci walau setitik. walau sudah begitu lama, tak mampu untuk aku lupa kamu, matahari!!

kamu, terima kasih atas segala kata dan imajinasi yang disuap pada aku. terima kasih kerana pernah sudi menopang bahu aku. terima kasih kerana mahu menjadi pendengar setia keluh hidup aku. terima kasih kerana mahu bercerita tentang kamu.

kamu tetap indah.
tetap candu.

"aku bukan milik kamu", kata kamu.
aku kata: "tapi aku sanggup tinggalkan dunia semua!!".
sebak sekali, kamu kata tak perlu.

maaf kerana menjadi kekusutan semata. maaf kerana tidak reti mendifinisi cinta.

benar, sampai bila?

aku sedang cuba ini. sedang memenuhi janji aku pada kamu, untuk mencari bahagia.
cumanya, bahagia itu tercipta hanya dengan kamu di sebelah saya.

selamat tinggal, papa.
nanti kita jumpa, kita berbual seperti biasa ya.
atas dasar sahabat, atas dasar gelak jenaka.

aku sedang dengarkan kisah cinta di tempat itu, puisi aku di mcpa. terasa sayu. terasa begitu pedih.

mau bicara tentang apa, ya?
tentang hati yang sudah hancur?
mungkin tentang kejauhan yang aku rasakan dalam diri ini.

mau bilang tentang apa, ya?
mungkin tentang cinta yang tak kesampaian.

sayang, dulu kau pernah janjikan bulan itu kau akan beri pada aku
dan pernah juga aku gantungkan bulan itu di dalam bilik
setiap malam ku pandang
setiap malam ku lihatkan
setiap malam ku raungkan
setiap malam ku ceritakan
setiap malam ku katakan:

"hey, bulan,
cintaku hanyalah kepadanya"

*sayu*

baik, di sini akan aku tunaikan janji aku untuk tidak lagi menagis cinta kamu.
tapi andai bisa aku pinjam kata2 kamu, ingin aku beri kembali pada wajah itu:
yang bersih itu, yang suci itu, yang cantik itu, yang bermata jernih itu, yang bersenyum manis itu, yang pernah berkata mencinta aku.

"jika kamu terus mahu pergi, maka pergi.
tapi ini jiwa saya, biarkan saja saya tanggung rasanya.
maka jangan diminta ia dari saya. ia hak saya.
dan saya mahu terus untuk memuja kamu"

kelakar, kan? saya tak mampu benci kamu.
kamu sudah tidak suka sama saya, saya terima, sayang.
tidak mengapa.
meski pun kamu bilang kamu tidak bisa nampak bahagia bersama saya.
pun tidak apa.

kerana saya sentiasa bahagia bersama dunia kecil kita.

tuhan, kuatkan aku.
selamat malam, sayang.
syam saya.

saya tak akan tanya kenapa.

Wednesday, February 27, 2008

berbual bersama hamster baru.

hello, nini.
hello, samat.

*diam*

kamu tau aku sedang apa sekarang?

*diam*

betullah. mana kau tau? nampak sangatkah? aku sudah pakai cermin mata menutup separuh muka, mana kau orang nampak? curi tengok ye?

*diam*

mana ada. aku ok la.

*diam*

malas beli. buat membazir duit aku saja. bukan kau orang main pun. setakat nak main jalan2, aku beli tisu jamban, ambil kadbod dalam tu. terowong juga. kasi kau lalu2 situ, mahu tak?

*diam*

jangan la tanya kenapa. aku mcm ni pon kau org mintak macam2 ke. kalau aku sedih, takkan kau sampai hati nak bergembira. duduk jelah kat situ. aku kasi makan dah kan?

*diam*

ni? mata aku masuk abuk kayu kau. tu yg mcm ni.

*diam*

alah. dah biasa. dulu pon aku sorang2. jgn la kau bohong aku. kalau aku keluarkan kau orang, kau lari2. bukan nak main dengan aku, kan? dok la situ. kongsi la sedih aku.

*diam*

mana ada sedih... aku saja je ckp.

*diam*

sikit la... kau orang sibuk ke? sori aku ambik masa ajak berbual. aku sunyi la. kau orang sesuai ke berdua? ye la. nini, kau putih. samat, kau itam. baka lain2. nak kawan ke korang?

*diam*

manusia lainlah.

*diam*

sori2. aku hembus tempat lain. ok dah? kenapa? kau lemas ke?

*diam*

tah. sedap tu tidak. tapi layan. aku harap aku mati kering. haha.

*diam*

biarlah. ingat mata masuk abuk sekejap je ke? apa peliknya. aku tengah borak ni kan. mesti la aku ok.

*diam*

kau jgn baik sangat dgn aku. sebab bila kau besar aku nak kasi kau orang pada bobby. kalau bukan kau orang, anak2 kau orang kot.

*diam*

buat apa kesian. kau bukan kawan aku. aku beli kau orang mahal. biasalah. aku memang dari dulu beli kawan2 aku. pastu aku jual. tak pun aku bagi kat orang.

*diam*

bangsa2 lain selain orang la. kucing. ular.

*diam*

kadang2 kot... manusia sekarang kena beli. kalau bukan pakai duit, pakai status, pakai barang, pakai apa2 kepentingan.

*diam*

tu gambar kawan2 aku.

*diam*

bodoh!! pandai2 je. dia org tak boleh dibeli. dia orang kawan baik aku dalam dunia. sentiasa ada bila aku minta. selalu setiap masa bersama.

*diam*

hari ni... dia org banyak hal kot...

*diam*

kau baru 3 hari kat sini, jangan nak sakitkan hati aku ek!!

*diam*

kau orang kalau berbual ckp pasal apa aa?

*diam*

jgn rapat sgt... nanti kau orang akan aku pisah2kan juga satu hari nanti. ye la, bila nini dah nak ada anak, kau akan makan anak kau orang.

*diam*

sekarang boleh la cakap...

*diam*

saja. aku malas kemas. rumah kau orang ok, dah la. kau orang sibuk rumah aku kenapa?

*diam*

kalau aku kemas, siapa ada. kalau aku masak, siapa makan. kalau aku nak baring, aku masuk bilik.

*diam*

tanak aku. kalau masuk sekarang, mcm biasa aku tak bisa tidur juga.

*diam*

adalah...

*diam*

ha ah. main abuk kat dlm bilik.

*diam*

kuat sgt ke?

*diam*

sori... aku dari kecil memang selalu terjaga tgh malam. sebab aku selalu mimpi mati.

*diam*

tengoklah. kadang2 mak aku dulu. kadang2 bayang bapak aku. byk masa, aku sendiri.

*diam*

tak tau. aku rasa aku gila kot...

*diam*

haha. tapi orang ingat aku saja cari perhatian jek.

*diam*

tau. mestilah aku tau apa aku nak.

*diam*

aku nak hidup berdua. aku nak merasa cinta mak abah aku.

*diam*

sebab nampak sangat indah.

*diam*

dia dah takde. tinggal abah. tp dia dah kawin lagi.

*diam*

baik sgt. aku harap dia masuk syurga. mana ada mak tiri macam dia dalam dunia.

*diam*

bukan aku cari sebijik macam dia orang. cukuplah untuk aku seorang.

*diam*

susah.

*diam*

sebab dia orang semua kata benda yang sama. aku ni tak stabil.

*diam*

duit cukup... tak stabil otak. garang. posesif. tak sporting. tak kool.

*diam*

abih, kalau dah dipandang orang lain, ajak keluar, borak2 mcm dia borak dengan kita, takkan aku tak boleh cemburu?

*diam*

sumpah aku tak macam tu!!

*diam*

orang cap aku sombong kau tau tak. perasan cantik. konon best. aku 'duli apa. sebab bagi aku, siapa pun orang yang nak kat aku, aku nak kat seorang saja.

*diam*

buat apa aku layan orang lain... kepala aku ingat dia sahaja...

*diam*

susah la nini... aku memang macam ini.

*diam*

ramai. dari semangat nak kat aku, sampai berserah. tahap fed up.

*diam*

memang la sayu. tapi buat apa aku siksa orang.

*diam*

ni tadi aku potong sengkuang kau.

*diam*

pernah? banyak kali. fikir, la tapinya. semua orang selalu fikir camtu. tapi tah la. aku dah serik kot.

*diam*

sampai bila? sabar, mmg la benda bagus. tak senang tau.

*diam*

aku rasa, aku ni tak cukup bagus kot...

*diam*

kalau camtu, kenapa orang tak pernah cukup dengan aku? aku tak pandai jaga orang ke? aku tak cukup elok ke...

*diam*

ye lah ye lah aku ngaku. bukan pasal abuk. puas?!!

*diam*

memang saja siksa diri. apalah sangat sakit badan itu nak dibanding dengan hati aku.

*diam*

sekarang bolehlah kau orang nak jadi kawan aku. kau orang takut aku kasi bobby masuk kandang kau, kan?

*diam*

aku fikirkanlah nanti2. kalau aku rasa tak peduli, aku kasi. kalau aku rasa tak sampai hati, aku beli burung.

*diam*

terima kasih.

*diam*

sekurang2nya kau orang nak berbual.

*diam*

orang dah takde. semua ingat aku sibuk. bila aku telefon, mereka dah banyak perkara.

*diam*

nak... tapi tanak dia orang rasa terpaksa. aku nak dia orang yang mahu.

*diam*

dulu boleh..?

*diam*

aku tak kool kot. haha.

*diam*

oh, sori2. ok aku lap. ala, apa salah gelak sambil2. buruk ke?

*diam*

nampak sgt ye aku tukar topik?

*diam*

sakit la... susah sgt. rasa nafas berat. mata asik basah. setiap inci pandang mesti nampak memori.

*diam*

aku doa aku tak pernah pergi pantai tu. jadi aku tak kenal sapa2. aku tak tahu apa makna hidup bahagia itu.

*diam*

sayang. sangat sayang.

*diam*

kita takkan rindu benda yang kita tak pernah miliki, kan?

*diam*

ok. sori kacau kau orang. aku nak baring kat dalam.

*diam*

tengoklah macammana.

*diam*

kau peluk aku, kata kau ada dekat sini, tepuk2 aku kasi aku rasa kau ada dekat aku. boleh?

*diam*

kalau tak boleh, biar aja aku begitu. ye?

*diam*

selamat malam. aku harap kau orang mati esok.

*diam*

sebab dunia ni kejam. *senyum* aku sayang kau orang sudah. tak sanggup aku biar kau siksa macam aku.

*diam*

ye lah. aku cuba. selamat mlm.

**tutup lampu kalimantang**

defensi si gila

semalam sebelum sampai rumah, aku singgah tesco. beli sengkuang.
semata2 nak beli sengkuang.

ahad lepas aku beli dua ekor hamster. aku rasa kalau aku ada binatang, aku ada tujuan hidup sikit. sebab aku kesian kalau binatang mati di bawah jagaan aku. mcm marisol dan spooky, kucing aku dulu.

jack, salah seorang anak aku yang dihantar kampung mati. aku baru tahu tadi. sebabnya, depresi. rindu aku, mereka kata.

hamster yang aku baru beli itu pun adalah sebenarnya yang ketiga dan keempat. hari yang sama, aku beli dua ekor. mati dalam kereta ketika aku naik pejabat sekejap. bukan lama pun. tapi malaikat maut saja nak buat aku rasa kelakar macam ni.

terima kasih. aku ada banyak lagi anak. bunuhlah.
memang best rasa hilang benda kita suka.

kau ambil dari aku, aku beli lain lah.
apa masalah.

*diam*
ish, apa ni. nak mati murtad ke kau ni fynn!

lepas ke tesco, aku pergi ikea. beli dua biji meja kecil berharga rm45 satu. sampai rumah, tiga jam aku renung saja kayu2 yang perlu dipasang. bukan susah pun. tapi aku cuma sebak.

kan best kalau ada yang sama2 pasangkan.

macam dalam cerita windstruck tu. bertukang2 dengan skarf kecil di kepala, sambil mengemas2, bikin lawak sedikit2. jenaka yang hanya berdua tau.

aku rasa aku memang macam perempuan2 dalam cerita begitu. ye, mungkin bukan dari segi kecantikannya, tapi seperti karektor mereka, aku ini garang nak mati. emosi serabutan. jiwa terkacaukan.

tapi kenapa dalam dvd, perempuan2 itu nampak sangat comel dan manja?
kenapa bila di dunia kita, aku dipanggil perempuan merimaskan pula?
kenapa dalam dvd, perempuan2 yang destruktif itu dikasihankan.
kenapa di sini, aku digelar melampau dan keterlaluan?

ye, semua itu dalam dvd.

orang hidup tanpa aku rasa biasa saja. tidak luak bila aku tidak ada.
kenapa aku tidak bisa sombong begitu? tidak kisah? tidak kalih?
seperti dulu?

kenapa aku menjaja2 diri dan menangis sendiri?
aku tahu kamu benci.

"tak habis2 pessimistik" kata sipolan.
"tak berhenti2 merengek" kata sipolan.

incek sipolan, silalah pergi dari hidup saya.
sesiapa saja anda.

siapa tak mahu gembira?

ye saya tahu ramai lagi yang bergundah gulana di luar sana. salah aku kah jika aku lebih vokal? bukan aku ketuk pintu rumah kamu pun, dan bercerita. kamu yang sibuk datang dan membaca. kalau berjumpa, kamu juga yang bertanya. begitu umpamanya.

salah aku kah yang terlalu membayangkan dunia ini penuh arnab dan matahari berwajah bayi? tidak bolehkah aku rasa hancur melihat semua itu sekadar satu poster besar, yang menutup wajah dunia sebenar?

jika kamu bahagia, tahniah. kecaplah dan terus berdamai. jangan dimarahkan kami2 yang melayan sugul.

apa tidak kamu tahu, hanya orang merana bisa mengisah suara jiwa?

kamu pilih untuk mengabai rasa di dalam hati, itu kamu. jangan pernah persoal kenapa aku begini. yang gila dan tidak marah satu angkasa tahu kecacatan akalnya. inilah aku, hadirin dan hadirat sekalian.

aku yang sunyi di dalam bingar.
kau fikir aku suka diberi tuhan fikiran sebegini?

yang terlalu kritis dan abstrak?
yang boleh membaca cerita hidup mendatang tanpa perlu melaluinya; yang mana masa depan itu memberinya kusut, dan masa lepas dulu memberinya serabut?

*tekap muka pada telapak tangan yang sudah kenal airmata itu*

tadi di universiti, ketika menanda kertas periksa, anak2 murid bukan sekadar lulus, ramai berjaya mendapat markah penuh. bangga sekali.

ada guna juga aku ini.

benarlah, aku ini lilin.
hidup semata orang.

kelakar, sebab ramai yang datang dan memberitahu betapa aku menghembus semangat dan kudrat. yang aku mampu, cuma senyum.

kalaulah kau tahu aku ini tidak tahu langsung bagaimana untuk melakukan semua itu pada diri sendiri.

malam ini akan balik ke rumah, cuba pasang meja seorang2. dengan televisyen yang dipasang kuat, akan aku siapkan.

malam ini akan balik ke rumah, borak dengan hamster yang aku beri nama nini dan samat. tidak mungkin mereka faham dan peduli. dah la bau hancing.

malam ini akan balik ke rumah, baring di tilam sultan yang empuk tapi takkan mampu memberi tidur.

ini fynn jamal, dan dia sedang hilang bertebaran ke kabus.

Tuesday, February 26, 2008

hijau membunuh.

semalam balik kerja jam 9.30.
bukan mensyarah. itu, jam 4 lebih sudah tamat.
aku skarang kerja di pwtc, penulis sambilan.

semalam balik kerja jam 9.30.
saja balik lambat2. rumah aku kosong. aku takut hantu. aku takut dengar suara aku sendiri. aku rasa aku dah makin gila.

mcm dalam cerita butterfly effect, aku kena tulis apa yang lalu kat kepala otak, sebab kadang2 aku terus lupa apa jadi semalamnya.

sepatutnya aku tak menulis. sebab makin ditulis, makin dibaca, makin diingat, makin serabut.

semalam balik kerja jam 9.30.
bawak kereta tapi melayang. jalan klcc yang penuh dengan kereta, tiba2 aku rempuh tiang2 oren dengan sengaja. aku harap kena langgar.

tapi dua abang naik motor yang terkejut dengan aku yang buang tebiat itu; terbang, terjatuh depan mata aku.
aku berhentikan kelisa tengah jalan.

dari jauh aku dengar abang tu maki2 aku. aku datang dekat, tengok takde darah. motor calar sikit.

derang pulak yang tanya, "adik ok?"
derang nampak mata bengkak aku yang tak berhenti menangis tiap kali takde orang itu.

aku ckp sori.
derang pulak risau.
ajak minum dulu, tenang fikiran.
aku kata takpa.

baju mereka ada chop syarikat.
kesian. balik kerja juga ke?

kereta penyibuk makin ramai. aku kabut. parking ke tepi, harap sekor2 pergi. abang motor sudah gerak semula.

tuhan, orang kata kalau mati muda, tuhan sayang lebih.
kau tak sayang aku ke?

semalam balik kerja jam 9.30.
aku tanak balik rumah.
aku nak balik pada apa?

kamu, kenapa biasakan saya dengan cinta hijau kamu,
kenapa tidak beri ketika saya mahu lari?
kenapa tidak pergi ketika saya sembunyi?
sekarang sudah terlewat.

hati saya sudah mengukir kamu.

saya renangkan ribut taufan.
saya pekakkan cerca kawan.
saya senyumkan maki dunia.
saya tegak dirodok hina.

tapi kamu tidak tahu itu. atau sengaja kamu membatu.
berapa lama dunia ini mahu kejam pada aku.

mencinta kamu yang menggilakan:
hijau pokok
hijau baju
hijau kereta
hijau kodok
hijau topi
hijau tiang
hijau rokok

kamu dimana2,
menghiris hati saya.

Monday, February 25, 2008

konsep cinta yang mahu disempurnakan.

hari ini kita bualkan konsep cinta sempurna yang tipikal. jgn risau, tidak ada kena-mengena sama kamu, dia, aku juga mereka.

hidup aku kan indah. mana ada masalah.
*chuckles*

--------------------------------------

minah dan abu datang dari dua dunia berbeza. minah perempuan joget. abu penoreh getah.
berjuta suka bermatian pada minah. tapi minah sepenuhnya sukakan abu. namun abu cuma suka sedikit tentang minah.

bukan sebab minah perempuan joget.
tapi sebab minah mcm perempuan bongkak, mungkin kerana selama hidupnya senang: sekadar bergelek minah sudah dapat wang.

yang dia tidak tahu, minah tidak tahu apa makna sayang.

dia dimiliki tokey chua sejak dijual oleh tokey lim dengan harga lima ringgit. bagi minah, itu cinta. kerana ada yang sanggup membelinya.

tapi masa hari itu yang minah terserempak sama abu, hatinya terpaut sangkut bertaut. abu bukan lelaki lain yang cuma mahu tubuhnya. memang minah pernah melihat abu memandang sedikit2 pada liuknya, tapi pandangan abu luhur.

diketahui minah akan si abu itu orangnya sendiri, tiada siapa, bersunyi-sunyi. minah sayu. minah mahu. "aku juga sama, abu. ramai di kakiku, tapi di malam, aku berseorang: celaru"

minah yang selama ini dikejar-kejar orang kampung dan digila-gila orang seberang, kini rasa longlai direnung abu. maka dia memberi senyum.

abu tahu minah sudah suka padanya. abu rela. dan abu pun suka.

di permatang hijau mereka ciptakan langit ke sebelas yang berwarna perak dan putih.
di belakang reban mereka pegang tangan dan sangkutkan cinta di ampai.
di hujung hujan mereka berlari mandi air awan sambil terkekeh dan bahagia.
di mana-mana.
di banyak masa.

sayangnya, tidak pula si minah ini tunjuk pada dunia akan kasih disimpan pada abu. tokey chua tuannya. tali barut ramai, bagaimana nantinya?

habis bulan2 penuh madu, minah minta abu kabut. sebelum terlewat, madahnya. sebelum terlambat. abu dengan sedu bicarakan tentang hatinya itu haknya sendiri, minta dibiarkan. minah semakin takut.

tuhan, jangan sampai seluruh nyawa aku gadai...

maka minah cuba membenci abu. dicipta segala untuk dibenci pula. setiap satu-persatu menjadi berbuku. maka biar abu angkat kakinya.

tapi semakin dipaksa diri, semakin bertatih rasa cinta.
semakin disuruh pergi, semakin banyak curahnya.

minah tewas, tapi dia diam. dia sudah ada tokey...

mungkin abu sudah penat tidak memahami minahnya; mungkin minah yang perempuan joget itu ada khilafnya sepanjang bercinta; mungkin juga terlalu banyak jiwa difikirkan, abu pening kepala; mungkin itu dan ini, dicipta semua segala; semua kemungkinan itu, abu mula berjauh pula.

apa silap aku? tangis minah.
sedikit. kerana sifat kamu. kata abu.

minah yang sudah jatuh ke gaung sayang berserah. malam itu dia nekad dan dikemas bagasi kecil. dia mau lari dari rumah joget itu. dia mahu bersama abu, menoreh getah, menebas lalang, memasak sayur tumbuh di tepi rumah.

tapi abu pegang tangannya dan memaksanya pulang.

minah sayu. apa terlambatkah dia mengemas beg hitamnya itu. yang abu sudah tak mahu lagi melewatkan rajuk dan menundanya nanti2?

"sudah habiskah cinta abu pada minah?"
"belum"
"sudah ada gadis anak ustazkah, abu?"
"tidak"

minah tetap tegak di depan mata abu, menharap simpati, kalaupun bukan cinta.

"baliklah berjoget, minah"
"tak mahu"
"aku tidak punya apa"
"dari dulu"
"sampai bila, dik?"
minah diam.

tidak cukup tinggikah cinta abu padanya? "belilah aku, abu..." desir minah dalam hati. "...dan aku jadi hamba kamu di setiap hari". tapi dia teka abu tidak akan mahu.

kalaulah minah bisa luahkan pada abu.

abu beredar sebentar ke dalam rumah. minah masih di tangga pintu menunggu dilawa. dalam beberapa detik, abu turun pada minah.

hati minah berbunga.

tapi abu cuma menghulur dua kepal tangan.
dipusing, dibuka telapaknya. diperlihatkan pada minah.

tangan kanan racun tikus,
tangan kiri cuka getah.
pilih.

diberi kata dua yang bermakna satu. pisah. putus. jauh. mati.
kejam.

kasihan minah. cintanya ditolak sudah. padan muka juga, kerana lewat meluah.
kasihan abu. menolak cinta yang dimahu. padan muka juga, kerana tidak memberitahu.

dan sejak itu, malam tidak pernah ada suara cengkerik dan suluhan bulan.
minah melarat dan mati.
abu pun sudah pergi.

mungkin sudah disurat minah itu lahir menjadi perempuan joget.
kasihan dia.
sangat kasihan.

--------------------------------------

mencari lelaki sempurna itu macam mencari kuku mati yang baru dipotong di selirat permaidani 3 inci. hampir mustahil.

cerita ala2 hindi ini sangat menjengkelkan, kerana di setiap kali, kita akan tegak di depan tv menjerit2 "argh!!! bodohnya!!! dia tu depan matalah!!!!" atau "tertekanlah tengok hero yang bodoh2 ini!!!!"

tapi kamu bukan dalam cerita itu, kan?

entahlah. adakah lelaki sempurna di luar sana? kalau wang melimpah, hati sengsara, bahagiakah? jika paras indah, jiwa tersiksa, sentosakah?

tidak cukupkah cinta?
memang tidak.

tidak mahukah usaha?
takkan mampu.

oh, lelaki sempurna, celakalah engkau kerana menjadi tiang standard hidup yang normal.

aku mahu lelaki biasa2. yang tidak punya sesiapa. yang tidak mahu apa2.
selain cinta saya.
selain memandang saya.
selain mendengar saya.

aku mahu cinta seperti abah dan mak.
yang bermain simbah2 di dapur.
yang berkejar2 bersembunyi di belakang anak.
yang bertengkar lalu berpeluk.

aku mahu kamu.
kenapa mahu kau buang aku.

selamat malam, bulan.
hari ini malam terakhir aku dapat sinar yang kamu pinjam dari matahari.
dengar2 dia sudah minta kau pulangkan.

kasihan kau bulan.