Wednesday, March 28, 2012

cakap

cakap senang. memang. cakap. dan siap. tak perlu dikederat tulang, tak perlu digerak pinggang.

cakap.
dan selesai.
macam perlu sangat cakap--
macam terlalu perlu membuktikan pandai.

tuan penasihat tak berjemput--
aku panggil golongan begini.
so uncalled for.

aku ada sebab kenapa aku tak suka berkawan rapat sangat.
bila kita ada kawan rapat, kita vulnarable.
kita izinkan dinding besi perisai tubuh kita dibawahkan.
kita bukakan jantung kita untuk diacu tepat dek lembing beracun lipan.

memiliki orang yang berada di kerapatan begitu,
bukan sesuatu yang aku percaya aku perlu.

call it whatever you want.
trust issues.
inferior.
what have you.

tapi aku adalah pahlawan aku sendiri,
di mana aku adalah kerajaan yang aku payungi,
dan aku jualah puteri yang paling mahu dibunuh mati.
aku adalah segalanya.
dan aku terdahulu sebelum apa jua.

kerana memberi awan pada serigala2 tamak takkan memberi apa,
kecuali meminta pelangi pula.

aku begitu selalu lekas2 mahu lari dari tuan2 penasihat tak berjemput begini. kau takkan jumpa manusia tak kau kenal melukut di tepi bertiba2 memberi cakap2 dan nasihat berguni2.

itu orang gila.

hanya orang yang seolah2 mengenali engkau akan sibuk2 memberi kata2 seperti dia lebih tahu segalanya. dan orang2 sebegitu akan lekas singgungnya bila tidak kau turut dan angguk padanya.

itu;
menjadikan kita gila.

cakap memang senang.
cakap.
dan siap.

itu dasarnya sifat manusia biasa, agaknya.
manusia2 yang perlu hidup simbiosis kononnya atas nama komuniti atau masyarakat bersama.
aku nasihat kau, kau nasihat aku.

yang kelakarnya:
asyik dia yang nasihat kita.
kita?
baru bukak mulut dah dipengkes sampai hilang kata.

cakap main taram--
cakap pakai hentam--
kata orang kampung.

aku ingat lagi ketika usia aku belum pun cecah 11. malam tadinya arwah bonda aku nazak. namun ajalnya masih belum sampai, maka esoknya aku ke sekolah tanpa menyiapkan kerja sekolahan yang diamanahkan.

merah pipi aku dilempang guru aku. dia tanya kenapa.
aku bilang: emak nazak.
dia senyap. mungkin tersedar tamparan tadi sebenarnya agak keji. dia balas: habis? kalau sebelah tangan emak, tangan sebelah lagi tak boleh tulis?

cakap senanglah, setan.
kau cakap mudahlah!

aku juga ingat ketika sepanjang tahun aku dipulaukan seluruh tingkatan kerana mereka memikirkan aku yang menjadi balaci cikgu memberitahu tempat2 persembunyian-- semata2 antara alasan aku dinaikkan pangkat dari murid nakal sekolah ke jawatan pengawas tertinggi adalah kerana aku akan jadi anjing.

bertahun aku tanggung senyum mati. ambil wudu' disalak2. mau solat, sejadah aku disepak2. selesai sekolah, bila nama sudah naik, mereka cuma sengih2 dan kata: alah.. kita semua budak2. memaafkan lebih mulia. melupakan lebih indah. seumpamanya.

cakap senanglah.

"macammana nak buang hasad saya pada kawan baik saya sendiri?"
"kenapa saya masih tak boleh buang marah saya pada makcik saya yang memfitnah keluarga saya?
"sampai bila saya nak menangis mengenang kekasih yang sudah lari?"
"kenapa dari dulu sampai sekarang saya tanggung semua benda atas kepala saya?"

MEMANGLAH jawapannya ada dalam buku.
semua ADA.
apa jua jawapan yang baik2 dan mulia--
ITULAH jawapannya.

atau, kalau mau bagi jawapan yang terus potong SEMUA soalan--
jawab dengan respon agama.
solat.
sedeqah.
amal jariah.
puasa.

selesai.

cakap senang la.
itu sebab kadang2 seronok pulang paku buah keras pada tuan2 penasihat tak berjemput ini.
bila dia pulak memberi soalan yang sama--
ikutkan hati, rasa nak terus pegang bahu2 mereka dan kata sambil melihat tepat pada matanya:
solatlah.

haha.
tapi tak sampai pulak hati.
maka kita diam.
dan biarkan dia bercerita.

sebab sesungguhnya--
ada benda,
kita TAK PERLU pun beri respon apa.

mereka cuma nak bercerita.

cakap--
memang senang.
mendengar sambil diam--
ITU yang mustahil.

6 comments:

Nadhirah said...

hati mula tersenyum apabila hati ingin memulakan bicara..setiap bait kata ada jiwa...jiwa halus yang mendamaikan...ahh hanya cakap..tapi dari cakap dengan lidah kelu inilah hati ini sangat girang tanpa rasa gundah...chill it up fynn jamal..saya sangat suka baca penulisan awak...yes just being 'jujur' :)thumbs up..good!

Anonymous said...

ga

Unknown said...

follow sini..nice blog,nice entry
sangat puitis =)
untukkalikeseratuslimapuluhjuta
-MKS-

Anonymous said...

dan memaafkan lagi senang dari melupakan . -_-"
memang, cakap senanglah........

kueh bakar said...

tulis--
memang senang.
membaca suatu yang best sambil diam--
ITU yang mustahil

Anonymous said...

fynn, terima kasih. cantik tulisan ini. sekarang aku faham kenapa aku selalu sendiri

nur