Tuesday, March 27, 2012

biadap

biadap ni berjangkit. tak caya, cuba sorang mulakan. tak sampai sesaat, nescaya bersambung2 biadabnya. tak kira siapa: apa darjat, apa jantina.

kalau terbiadab orang depan kita,
terbiadab jugalah kita nantinya.

dan macam demam yang datang melanda, biadap datang dengan petanda. tidak ia dengan selesema, tapi hingus bahasa merimas. tidak ia berpedih mata, tapi dedar hati yang panas.

tak ada orang membiadap tiba2.
semua datang dengan tertibnya.
tak percaya--
perhati.

akak pejabat yang mulut celaka--
tidak dia membusuk tak semena.
kawan sekelas yang bibir neraka--
tidak dia membangkai tak disangka.

berbahaya sekali--
biadap ini.
hati2.

tak ada siapa imun darinya.
sebelum terjangkit--
lari.

1 comment:

Natasya Naslin said...

semalam dia terbiadap .. terjerit melolong marah aku , mcm hilang akal .

aku takut trjangkit biadap tu , aku diam. aku blah ... tapi ada yg kata kenapa kau biarkan ?? aku jawab , takut jiwa jadi gila mcam dia .. -_-"

sedar x sedar aku dah komen bnyk entri .. sori la. situasi kebetulan hmpir sama .. jari laju je nak taip. huhu