Sunday, February 5, 2012

hari hitam di maulid rasul aku

bermulanya dengan status ini:


-----------------------------

part of the tour tadi adalah lawatan ke russian orthodox church. pertama kali aku jejak kaki dlm gereja. dan ini bukan christian church biasa. ini orthodox. stok cuak gila.

gloomy. dark. tak ada warmth. semua org berdiri tegak menghadap priest bertugas yg menjadi ketua lagu ketuhanan mereka. semua org ikut berlagu. the beautiful church choir songs yg kita tgk dlm tv tu-- semua tak ada. ni jenis lagu yg mcm dlm ceria hantu2 poltergeist ke excorcism tu ke. sumpah takut. dgn lilin dia. dgn nenek2 muka morbid dia. pergh.

lepas tu, dgn sengajanya, aku dalam hati mengucap kalimah shahadah. aku selawat atas nabi. aku bersyukur kerana lahir menjadi islam-- walau jauh aku ini lagi dari landas sebenar-- aku masih berterima kasih kerana masih berpeluang hidup setiap hari untuk mencari tuhan aku kembali.

selesai sahaja doa dlm hati aku,
tiba2,
seorg lelaki tua yg berdiri tegak kaku di depan aku dari tadi,
toleh dgn matanya tepat pada aku,
dan berkata dalam bahasanya--
"keluar. buat apa engkau di sini."

*pause*
beb, x kelakar.
serius.

salam maulid nabi dari jauh.
semoga kita menjadi antara umatnya yg dirindui--
umat yg lebih mulia dari para sahabat--
kerana merindui rasulullah yg tak pernah bersua muka walau sekali.

insyaallah.
jauh mana tersimpang kita--
semoga kita disempatkan.

-----------------------------

selesai perkongsian pengalaman aku itu, aku pulang ke taldykorgan yang jaraknya 3 jam perjalanan kereta. tanpa ada perasaan yang diniatkan untuk menghina, aku sejujurnya membubuh apa yang aku kira bualan2 biasa aku dan adik2 tepijalan yang aku anggap keluarga.

ternyata tidak.

penceritaan aku diseleweng menjadi satu isu yang membelah-pecah pembacanya. bermula dari seorang bukan islam yang menuduh aku memperlekeh agama, diturut orang islam yang menjadi tulang belakang kerana memahami tulisan aku tidak beragenda, diikuti belaan orang islam yang juga menuduh aku tidak mengikuti kehendak agama kerana menghina agama lainnya.

aku terpana.

aku tidak marah pada orang bukan islam itu. kerana pastilah-- budaya kita yang tidak sama-- konteks perbualan kita ada mungkin jauh berbeza. tapi yang muslim itu. yang berborak megah mempertahan orang bukan islam itu-- maasyaAllah.

kalau dibagi dalil halus dan molek-- tidak terasa pedihnya. tapi yang berdiri tegak itu, aduhai-- atas nama rights, atas perisai hak. wah... tepuk tangan penuh galak aku tatkala membacanya.

tahniah.
tahniah untuk kalian semua.

sampai hati kau membandingkan gereja mereka sama rumah sujud kita? tergamak kau menyama tarafkan rumah tuhan mereka dengan masjid kita? tak terasa apakah waktu kau sama2 membantu dia membeza imam dan muazzin kita sama priests and nuns mereka?

ya allah, beri aku kekuatan, wahai rabbi!!

3 jam aku tinggalkan wall. terus penuh dengan kebencian dan nista.
sedih!
kerana aku ini antara manusia yang percaya pada cinta dan bukan benci.
ini yang kalian bagi?

haih¬¬

dan seperti mana biasa-- aku tersedar semula dari silap yang tercipta.
aku lupa manusia kita tak suka membaca.
mengambil apa yang mereka kira mahu diambil sahaja2.
serap CUMA yang mahu diserap.
literal.
verbal.

aku sayu.
dan dengan sayu itu--
aku lekas2 memberi penerangan sehabis jelas.
aku tulis dengan deras.

dengan harapan tinggi
orang akan memahami
yang aku mengerti pesanan tuhan--

jangan engkau menghina sembah mereka,
atau mereka akan menghina tuhan kamu.


-----------------------------


ok. yang pertamanya. russian orthodox or the eastern orthodox is one of the branches of christianity. please understand although they call themselves christians, there are a lot of differences in terms of theology and dogma with catholic, protestant, mormons, etc.

sebagai contoh; 1) mormons tidak sentuh arak, kopi, teh etc atas alasan bible tidak bersetuju dgn apa2 sahaja yang melalaikan / memabukkan. 2) protestants menjadi satu cabang kerana mereka adalah kumpulan yang memprotes catholic church.

seumpamanya.

russian orthodox juga berbeza dgn amalan christianity yang biasa kita pandang baik di tv, filem, internet atau masyarakat. rata2 kita sudah dibiasakan dgn catholic, protestant dan methodist-- tidak russian orthodox.

sebagaimana catholic menolak dakwaan penganut mormon adalah kristian, orthodox juga menolak catholic. (untuk para muslim, kita boleh bandingkan dgn perbezaan mazhab. tapi ini lebih ekstrim sedikit. kiranya, boleh sedikit kita kata seperti “islam menolak cara shi’ah”). para orthodox percaya kepada original scriptures. meaning, they do not recognize any alteration from the actual book. catholism holds on doctrinal development which makes orthodox refuse to recognize. kerana itu catholic dan orthodox tidak mengamalkan cara anutan yang sama.

tapi jangan salah faham.
semua mereka memegang fahaman yang jesus tetap tuhan mereka.
no doubt about that.

jadi, maaf kerana kak fynn expect semua orang faham bezanya christian ideologies—sehingga lupa ketika menulis status tadi—sampaikan penerangan yang pada asalanya diniatkan utk bercerita sudah jadi lain pula.

to my defense, i am somewhat opinionated sampaikan tak perasan kadang2 ketika menulis ada sedikit stereotypical traits. for that, allow me to offer my sincere apologies. i was just describing the moment. and what started as an honest experience, entah macammana dah tercampur dgn scene2 dalam movies. in which, i think, was an honest mistake.

i was not lying when i told you about gloomy and dark. it WAS gloomy and dark. what i learned from a local, winter is not a friend to people here. setiap kali datangnya musim salji, ramai rakyat yang mati kerana serba tidak cukup. jurang kaya miskin terlalu jauh. gereja adalah tempat mereka mencari sanctuary. but to say they come here solely for god is not 100% accurate too. according to my local friend, many of believers stopped believing. they became atheist. but they keep on coming for food and shelter.

jadi kenapa hendak bandingkan dengan masjid? dan kalau mmg ada yang bercerita tentang masjid kita yang suram dan gelap-- percayalah-- memang banyak di malaysia. dgn lampu tidak cukup watt. dgn makmun sekadar tiga orang. jgnkan org bukan islam-- kita yang islam pun setuju mmg ada masjid begitu.

jadi kenapa hendak tersinggung dgn pedapat kak fynn ttg gloomy and and dark church tadi, ya...?

i have no intention of mocking any religion. i didn’t badmouth any priest, definitely the god they belief. i merely describe the church. there WAS a morbid looking babushka. there WAS a creepy old man. i made no lies in my description. so perhaps it was you who want to think i mock your religion.

dear friends, when pictures of a non muslim doing the finger right in front of the name of my allah, where were your religious rights defenders? when pig heads were being put at our mosques, where were your religious rights defenders? when you mock us in the face saying we have no rights to make our sons and daughters choose islam as our religion, where were your religious rights defenders?

funny.

jangankan religious rights defenders kami—kami pulak yang kena minta maaf pada those religious rights. sedih. lebih sedih, sebab ada anak2 islam yang siap tolong these religious rights defenders. again. ketika semua ini jadi—mana dia our religious rights defenders?

penat nak jaga hati semua orang. just because you are minorities, doesn’t mean you are the victims. ever wonder—sometimes, you just play the victim card? i’d like to quote a line from a movie: “nigga, it was you who are racist”. danzel washington said the line. i loved that line.

still do.
it’s true.
kan?

again. i am sorry to create a stir. it was not intentional. adik2 yang lain kat atas tu mungkin bergurau. yang cakap pasal keturunan iblis itu pun tadi telah kak fynn tegur. maka soalan kak fynn-- tidakkah itu accountable sebagai islam tidak menggalakkan kita menghina orang...?

atau mungkin...
sengaja utk tidak dinampakkan..?

rasanya tak ada niat pun hendak mempermain agama. kalau tersalah, maafkan kami. cuma minta tolong—jangan selitkan apa2 balasan yang melampau tentang tuhan dan rasul kami sebab saya tak ada langsung sebut tentang tuhan kalian.

what you see and what you read,
i think,
is what you want to see and what you want to read.

sebelum kak fynn tutup rebuttal point yang terpulang kalian hendak terima atau tidak ini-- izinkan kak fynn pesan pada anak2 yang islam yang tahu siapa mereka:
tahniah-lah.

kak fynn ada SEDIKIT sedih dan sayu.
tapi takpe.

tahniah.


-----------------------------


aku sudahkan maulid rasulku dengan sayu.
akhir zaman, fynn.
baik kau lekas2.

2 comments:

aina syaqilah said...

kak, rindu :)
tak semua orang benar2 paham apa yang kita tulis. maafkan saja sebab fitrah manusia begitu

Jasmine said...

im sorry kak fynn if mengganggu.
banyak yang salah faham bahawa kristian menyembah jesus sebagai TUHAN tetapi sebenarnya JESUS adalah anak kepada TUHAN di dalam keprcayaan kristian kerana TUHAN hanya satu. Mungkin ada sedikit kekeliruan di dalam versi bible indonesia di mana LORD JESUS ditulis sebagai TUHAN JESUS. sebenarnya di dalam english GOD and LORD tidak sama.saya memohon maaf sekiranya saya tersilap kata dan juga memohon maaf atas kesalahan saudara saudari kristian yang pernah membuat salah.saya juga buknlah seorang yang alim dan biasa2 sahaja. harap maaf sekiraya tersilap tutur bicara. ;) no offence. Kak fynn still the best writer. Peace be upon you. :)