Friday, August 26, 2011

eleh--

benda yang paling ramai kita benci ketika kita demam atau selsema adalah apabila manusia sekeliling berlumba2 menjadi superdoktor dengan ubat di tangan kanan dengan air segelas di sebelah kirinya.

mereka, superdoctor tadi, dengan suara yang dilenturkan menepati desibel maksimum yang terlarat sang pesakit terima itu, akan menyuruh / memujuk / memaksa kita menelan setiap butirnya; seolah2 semua ubat2an di dunia ini berperisa aiskrim vanilla atau kentang goreng mcD yang dipercumakan rempah shaker. mungkin superdoktor tidak perasan, kalau aiskrim vanilla dan kentang goreng berperisa MSG itu sendiri terasa seperti lendir getah di tekak kita, apakan lagi ubat2an itu-- walau semesra mana pun warnanya.

tapi itu bukan fokus entri pagi ini, malangnya. itu terlalu cetek. tidak juga akan aku cecehkan tentang superdoktor2 yang tidak ada niat lain selain mahukan penyembuhan segera kita (harapnya). tulisan ini tentang aku.

*pause*

ye. tentang aku. tapi bukan aku sebagai satu persona. tentang aku sebagai konsep. shit. bukan. tentang apa ya?

*pause*
*baca semula dari pangkal*

tidak. ini bukan entri tentang sakit demam segala. tapi bertahanlah sebentar dengan tulisan tentang aku dalam metafora dan simbolism orang sakit, superdoktor dan ubat2an ini. i'm getting there. you'll see.

*pause*
*hirup nafas lama*
*hela*
*senyum senget*

ok. begini. perasan tidak-- apakah yang lebih menyakitkan selain disuruh / dipujuk / dipaksa menelan ubat? jawapan: "elah~ makan ubat je kot-- bukan suruh mati". padahal, bila manusia2 itu demam atau selsema-- dua kali lima.

"eleh".

tuan2 dan puan2,
superdoktor2 sekalian,
perkara yang paling faktap ketika kami sakit adalah apabila kami dikasi "eleh".


apakah itu "eleh"?

"eleh" adalah konotasi biasa sifat memperleceh. atau merendah2kan kemampuan / keupayaan orang; yang mana di banyak masanya, "eleh" itu berdaya untuk mencalar ego manusia yang direndah2kan tadi. atau secara mudahnya, "eleh" adalah cara halus yang digunakan untuk menggantikan perbuatan menganjing.


bagaimana terjadinya budaya "eleh"?

biasanya bermula dari rumah; dengan persekitaran adik-beradik yang terlalu competitive demi perhatian ibu bapa-- along hendak tunjuk jaya, angah hendak overshadow, uda rasa invisible, adik rasa tak ambil port. normaliti bersambung di sekolah apabila mereka bersaing demi pujian guru (yang mana bersangkut paut dengan report card untuk dibagi pada ibu bapa tadi).


cara2 menggunakan "bahasa eleh"

ayat2 dan frasa "eleh" boleh dibaca dgn intonasi yang vague-- sama ada secara langsung atau secara sarkastik-- mengikut kerapatan persahabatan pemberi ayat2 dan frasa tersebut. formulanya: lebih jauh jurangnya, lebih celakalah pedasnya.


1) dalam ayat cover line.

amirah lafazkan cinta pada ayob. ayob terkejut dan gerak tubuhnya mengatakan dia tidak ada hati pada amirah. amirah bertepuk sebelah tangan. amirah kata: "eleh~ perasan la tu. aku saje je test" sambil menumbuk bahu ayob dengan harapan akan kelihatan tomboi ala2 laila isabella.


2) dalam ayat perli.

amina demam. amina tidak suka makan ubat. tini, rakan serumahnya dalam selang tiga jam pasti akan memastikan amina telan ubat doktor, atau sekurang2nya panadol. amina yang benci ubat biasanya hanya akan makan selepas berminit2 dileter tini yang mengulang2 "demam kenalah makan ubat, bukannya mati pun". dan bila datang hari tini demam dan tini pula yang malas mengambil ubat, ina kata "eleh, demam kenalah makan ubat, bukannya mati pun".


3) dalam ayat menghina.

di kategori ini, biasanya perkataan "eleh" akan diikut dengan frasa "bukan aku tak tahu", disambung dengan kebenaran yang paling menghiris. contoh: "eleh, bukan aku tak tahu dia anak pungut", atau "eleh, bukan aku tak tahu dia yang perasan azri syokkan dia" atau "eleh, bukan aku tak tahu dia dah tak vejen. eww."


4) dalam ayat menjawab.

"eleh" di sini hanya akan relevan bila mana point yang digunabalas adalah tepat. sila pastikan hujah benar2 sahih sebelum menggunakan "eleh" dalam ayat kategori ini-- atau anda hanya akan memalukan diri sendiri. dan sila pastikan juga hujah balasan adalah LEBIH HEBAT dari tuduhan.

contoh gagal:
ammar: "kau ni rosli-- kaki mabuk!!"
rosli: "eleh~~ kau tu tak pernah ponteng kelas. loser!"

--tidak berjaya.

contoh gagal teruk:
ammar: "kau ni rosli-- kaki mabuk!!"
rosli: "eleh~~ kau tu jeles"

--watdefak.

contoh betul:
ammar: "kau ni rosli-- kaki mabuk!!"
rosli: "eleh~~ kau tu gay, pastu kau lak tu yang bayar kau nye partner, pastu kau tu tak pernah ponteng kelas, pastu kau STILL fail, pastu kau jeles sebab aku pass"

--10 markah.




*senyum*
seumpamanya-lah.
*senyum lagi*

entah macammana, kita sudah terbiasa dengan budaya eleh. setiap peringatan (tentang apa sekali pun juga) pada normanya akan terjahit sebaris "eleh". bahasa eleh sudah menjadi slanga kita manusia. sudah jadi tidak pelik. sudah diterima masyarakat. kita lebih toleransi pada ayat2 eleh dari ayat2 carut. kita lebih okay dgn "eleh" berbanding gurau "babi lu mana hilang lama aku tak nampak".

kita sudah lali dengan meng"eleh".

*pause*

mungkin kerana itu kita selalu "eleh" dalam semua perkara. sebab kalau kita perasan, keempat2 penggunaan "eleh" itu adalah contoh2 situasi kita sehari2 yang memang secara autopilotnya defensif.

kita nampak orang minta sedekah di kedai makan, kita tak mahu kasi seringgit. untuk menyedapkan hati, kita kata "eleh~ sindiket". kita tengok orang hodoh dapat kekasih superhot, kita kata "eleh, mesti banyak duit berbukit2". kita dengar orang nasihat kita ke arah kebaikan, kita tak terima, kita kata "eleh, dia lagi teruk dari aku-- sekurang2nya mental aku tak sakit".

*pause*

macammana aku nak cakap ek.
ini bukan pointnya jugak.
aku bukan nak cerita pasal "eleh".
ah! mangkok aa kau, fynn!!

*pause*

dari dulu, dan masih ada berbaki sampai sekarang, bila datang hal hijab, aku cepat2 akan meng"eleh". kiri kanan aku perempuan berhijab. macam2 pesen. yang bercangkuk. yang berbungkus. yang berkelip2. yang macam berjalan dgn gelap. macam2. tapi dalam beratus perempuan berhijab itu, sekor2 tak solat. yang bolos2 boleh kira. yang sempurna-- bilang dengan jari.

aku tak pernah tanya. soalan ini, seperasan aku, seolah2nya taboo. seperti haram diutarakan; melainkan mahu perbalahan tak bersudah. lihat saja di status2 fesbuk. yang feminis menjawab dari aspek hak. yang ortodok menjawab dengan petikan surah dan hadith. yang bertudung tapi tak solat menjawab dengan "eleh~~ sekurang2nya aku berhijab". yang tak solat tapi tak bertudung menjawab dengan "eleh~~ sekurang2nya aku tak hipokrit".

yang menang? yang tak berhijab dan tak solat.
mereka menjawab dengan "bila la metallica punya tiket nak keluar ni?"

ini bukan isu siapa betul atau salah.
*pause*
ok. obviously statement itu salah-- kita memang tahu apa yang betul apa yang salah.

entri ini.
entri ini bukan aku niatkan untuk menuduh betul atau salah.
sebab yang terang tak perlu disuluh cerah.
kita tahu itu.

buah yang meranum, kalau tak dibungkus, memang menunggu dihurung perosak.
buah busuk yang berbungkus, luarnya cantik, dalamnya haprak.
lambat laun disedar tuan, silap2 ditakik terus dilempar dihentak.

dua2 jahanam.
tak ada beza mana lebih bagus sedikit, mana lebih hancur nak dihumban ke parit.

*pause*

ini masih bukan point aku dalam entri ini.
ah. bangsat.
apa kena dengan aku, sialan!

*pause*

beberapa hari lalu, seorang lelaki meninggalkan sesuatu di ruang komentar.
dia kata sesuatu tentang kalau aku, dengan peneman tepi jalan yang beramai ini, menyeru pada kebaikan dan beramai2 itu mengikutnya-- dunia akan jadi lebih indah untuk aku; seterusnya membikin aku mahu terus memperindah diri aku.

*diam*

pada umur aku yang esok hari akan menjadi 29, aku-- perempuan penuh cela dan hina ini, yang masih belum ada daya untuk menyempurnakan aurat aku ini, meminta cuma dua perkara ini:

pertama.
ayuh. sama2. solat.
wallahi. tidak mungkin aku bohongkan yang ini.

dengan beribu2 soalan yang sama setiap hari aku terima, tentang soal2 tentang cinta dan lelaki dan perempuan dan dunia, tentang bagaimana aku bernafas kembali setelah lebur ranap ke tulang-temulangnya; ini jawab aku.

solat.
solat.
solat.

kalau tak termampu sendirian, ajakkan teman2. kalau belum kuat setiap waktu sempurna rakaat, cubakan yang terlarat. kalau cuma engkau yang mahu berubah, buangkan mereka dan biar tuhan bawakan engkau ke arus yang dia mahu. kerana kalau cuma engkau yang mahu berubah, perubahan akan mencelakakan engkau itu.

solat. tak kiralah bagaimana sudah usia kita lewat. selagi sempat. solat. kembali pada dia. dan mengadu. kalau bahu manusia yang kita tumpang mampu menanggung airmata kita, bayangkan luasnya tuhan yang memang bersumpah mengasih dan mencinta kita.

kedua.
hijab. ayuh. tanamkan janji dalam hati untuk bersegera berhijab.

namun, aduhai adinda2 sekalian, kalau tudungmu itu nanti semata2 penyamaran dan pakainya cuma untuk mengabur mata dunia, tanggalkanlah sahaja.

ini suara hati aku, dan bukan semua jelata.
apa yang aku rasa ini, milik aku, dan minta jangan ada siapa2 merasakan ia dikhusus buat saudari2 secara sengaja.

kerana bagi aku, apalah hijabmu kalau bertelanjang, kalau tutupnya rambut semata, kalau buatnya tanpa solat pengepung dosa? kerana sesungguhnya, ciri2 seperti itulah yang menjadikan aku zalim pada diri sendiri dan agama aku. kerana benci aku pada normaliti memuji luaran tapi tidak dalaman, normaliti berhijab tak solat itu lebih bagus dari bersolat tak hijab-- aku jadi sang bodoh yang menolak hijab.

*pause*

ya hayyu ya qayyum
birahmatika astagheethu
aslihni sya'ni kullaha
wa laa takiluni ila nafsi
turfata 'ainin.

*pause*

ye.
aku dapat dengar sayup2 dari komputer engkau.

"eleh".

32 comments:

Myera Nyera said...

eleh. :) hehe

Wadi AR said...

kak, sy demam. bukan eleh kan?

weed something out said...

hahahah. sangat suka. Elehh.. hahah

Pesona Algebra said...

Mendalam ,

**Elehhh

Akue Achik said...

eleh, kau fikir kau ketua kelas, dunia kau punya?

ザイダツアズニ said...

bestnya entry nie..

deem said...

selamat hari jadi Kak Fynn. teruskan perjuangan yang hendak dijuangkan. jadi lah diri sendiri walaupun org kira itu pelik.tapi bagi saya kamu best la.hehehehe....teruskan berkarya cara kamu :)

shahirahkhairudin said...

melodi yang bermacam dalam satu tulisan.

*panggung dagu*
*merenung*

puteri cahaya said...

setelah sekian lama, ini entry yang tenang. ^^

aku ada link tentang hijab yang aku mahu sharekan kak.

http://peliks.blogspot.com/2011/08/tentang-hijab.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+GreekHelen+%28Greek+Helen%29re

sHEmA_sHImoT:D said...

dan esok aku 23:) hb fynn..

Nafisah Ruslan said...

eleh yang pakai tudung tu x kompem dia solat lagi, aku yang xpkai ni pun xpernah tinggal solat.. agak2 berapa markah dapat? hehe

Anem arnamee said...

Solat3..

itu sangat betul, kan..

"eleh"- mcm direndah2kan.

Dulu anem suka sebut "hek eleh"- konon mcm rockers, lepas kena tampar dengan abah, sekarang tak sebut dah.

#truestory :P

ainur said...

tak apa, sayang.
solat kan tiang agama.
maka, dirikan tiang dulu.

bila dah kukuh tiangnya,
pasti takkan bekecai rumahnya :)

sinchiro said...

bila kita memandang yg terbaik dalam diri seseorang..kita akan nampak yg terbaik dalam diri kita

dengan cara tu fami rasa 'eleh' mungkin x digunakan :)

se'creep' mana pun, se'wierdo' mana pun kita,
fami rasa kalau manusia melihat pada jiwa indah sesama kita..ah, dunia mesti berjuta kali lebih indah..err, mungkin berbilion kali lebih sempurna? :)

-snchiro ini pami ye akak :)

cristiano ronaldo said...

eleh, ko ingat ko bagus? muahaha

sinchiro said...

eh, selamat hari lahir akak!
moga dgn lanjutan usia esok,
akan digunakan utk kejayaan dunia dan akhirat :)

Johan 'Champ' Radzi said...

Eleh, baru sekarang nak update blog. Lama benar kita tunggu.

hihii jkjk :P

mitchelle nur alya said...

eleh. eleh je kod ! elehhh. hahahahahha :DD

Acha. said...

Eleh, this is the best. Heh.

Pia.Sufiah said...

eleh. :) kak. terima kasih untuk entry ini.

Dale said...

eleh eleh eleh eleh eleh eleh eleh eleh :)

hadzrinaqmal said...

ailokieee

tujuhbelas said...

Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar (al-Ankabut: 45)
andai solat kita benar-benar sempurna ,kak fynn , aku percaya , wanita takkan membuka auratnya dengan sewenang-wenang , kerana sesungguhnya dengan solat, dia ingat tuhan dan kewajipannya untuk menutup aurat .

Aien said...

"solat itu pengepong dosa"

kan? sangat betul. secamping buruk mana pun kita. yg satu tu mmg ada kuasa utk kepong dari yg lain2. i'allah :)

akula said...

namun, hakikatnya, mana mungkin kita menilai dalaman orang, tidak termampu pandangan mata melihat yang batin.
apa2 pun niat mereka yang berhijab, jangan menilai itu 'semata2 penyamaran dan pakainya cuma untuk mengabur mata dunia,'
jangan disuruh 'tanggalkanlah sahaja.'

sama seperti yang tidak berhijab, kita tidak menilai isi hatinya. apatah lagi mereka yang dah usaha tunaikan kewajipan.

bukan bagimu menilai hijabku

dan bukan bagimu menyalahkan hijabku menjadikan kau 'zalim pada diri sendiri dan agama' mu.
jangan kau 'jadi sang bodoh yang menolak hijab'

sama seperti kamu yang tak mahu dinilai dari luaran mu..kerana dalaman tak siapa yang tahu.

nuridrin said...

*bergenang air mata*
semoga dibantu mahu kita menjadi lebih elok di sisi dia.
semoga dibuka hati kita menjadi lebih baik.

cikkaaranatasha said...

love this :)

Makwe Kintan Pakwe Kintan said...

fynn...cerita sadis kah yang kau karang?...aku dihentak rasa suka diriku akan entry mu ini...teruskan wahai sang pengkarya...

Banana said...

salam kak. aku dulu jadi perempuan tunggal dalam kelas yang tak bertudung. tapi tuhan maha besar, setiap kali test agama mesti markah aku paling tinggi. "eleh.." tu yang orang selalu lemparkan.

sekrang alhamdulillah aku dah berhijab. tapi eleh, hijab aku buat aku confuse tentang maksud tutup aurat.

take ur time kak. harap nanti bila kau dapat hidayah, kau tak confuse macam aku.

p/s: berhijab itu indah. aku sikit pon tak regret..:D

shazwanazizan / wanblur said...

sinis disitu..

Aqeel said...

yep. entry yang santai dan padat.

*elehhhhh

cik Bubble.. said...

Alhamdulillah.. ske bce entry nie..


n, wanna share bout, hijab nie ngan akak..

http://ixoramerah.wordpress.com/2011/03/14/di-sebalik-hijab-muslimah/

n smoge hidayah i2 menjadi milikmu kak fynn sayang.. btw, hidayah takkan turun dari langit andai kita tak cuba menggapainya.. ^^"
sayang kak fynn kerana Allah..