tapi sejak tersiapnya lagu ini,
tak ada langsung bunyi apa yang mahu singgah dalam kepala.
lagu ini,
bersekali dgn perkataan2nya,
terlalu menghantui aku.
entah kenapa.
entah.
entah.
habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.
seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.
seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.
dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.
takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.
takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.
30 comments:
ia suatu 'estasy'..
adakah ianya rasa yang tidak terfikir seraya beterbangan terus di awangan..aku musykil..
atau patut membiarkan kepala menghayati seperti 'paranoid android' dari radiohead?
termagu..
kelu..
diam terus membisu..
rambut akak tu stail habis! heh
bisik hati kepada cinta : "maafkan aku sayang.. terleburhancur hatimu kerana aku.."
kata ungkapan yang keluar dari hati : "kutinggalkan mu kerana sebab yang tak mampu diungkap.."
p/s: asal punca kerana kesukaran untuk melafaskan perasaan dengan kata-kata, niatnya supaya hati itu tidak terguris, tapi akhirnya baru sedar bahawa ..... .....dan perpisahan itu terjadi dengan kehancuran yang lebih parah...
p/s: gua tak dapat sambung komen gua sebab gua tak pandai tulis pendapat gua dalam bentuk tulisan.
pernah!
asalamualaikum.
kak fynn,sy pnjmkn nama akak.
sy dah link kn sebnyk yg boleh ats nama akak.
maaf.
ramai tnya.sy harus jwb ;)
awesome!
seperti yang kakak cakap..."semua kita pernah ada suatu pernah".
ni kali ke 3 aku nak post komen.. ngahahah penat da type..
1. aku suke gamba luw sis.. carer..stylo
2.karya kau yang ni membuatkan hati perempuan aku tersentuh..woo.. terasa woo.. sentap kejap
3. izinkan aku tepek kat blog aku dan ulas sikit bole?
thanks.. u did a great job.. keep it up sis..
ps- hope kali ni komen aku lepas.. huuu
terbaik la lagu nie...
bila keluar debut.?
minta izin copy, this is how i feel rite now. fynn mcm baca otak saya.
suatu pernah :(
i like this.. teruskan berkarya... sy nak dengar.
terasa sampai ke tulang hitam sakitnya.
cinta.
Lirik memang best :)
style rambut kak Fynn
ohhh akhirnya fynn jamal muncul dgn update yang sungguh lama dinanti :)
Ku respect dan ku salute kak fynn..
The lyrics sink deep to my soul..
Suatu pernah mmg satu lagu yg brilliant!!!..
p/s : saya akan setia menunggu the next brilliant work frm kak fynn..
lirik cun.....n nie gambar waktu plore kat kuantan kan
saya benci bila akak keluarkan puisi2 yang mcm ni. sbb seolah-olah akak dpt luahkan setiap apa yang sedang terbuku dalam hati saya. dan akak olah jadi indah sekali..
saya benci. saya iri hati. akak tak pernah 'fail' buat saya jatuh hati! :)
cair2 besi lama2 ia akan beku balik.mgkin bentuk mgkin rupa kebarangkalian xsama tu tinggi.bayang2 jgn peluk guru ak kemas2 6t dia lemas.(hana husn)
adakah kamu menangis lagi??
kak, apa maksud frasa ini--
"dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah"
pnaz:
jujur tak terfitnah.
jujur tanpa apa2 elemen yang mengganggu suci.
<3 (tak terucap ni..) :')
Cinta bukan hanya pahit penuh dusta
Cinta perlu pengorbanan yang ikhlas
Ku lepaskan...
pernah terbaca.
saya pernah suatu pernah?
mcm sekarang! tapi saya okay ;)
* nangiskah dalam video ini?
@-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-
kenapa kata ungkapan yang keluar dari hati mesti begiu?
besi pernah tercairkan. benar beza ia kelak.
*sigh
saat-saat ini aku temui madah-madah begini untuk aku renungi diri tertinggalkan.
"niatnya supaya hati itu tidak terguris, tapi akhirnya baru sedar..."
fynn jamal, indah yang terungkai itu. walau dalam sayu, biar dalam tangis, meski dalam sendu...
best lah kaka!!!
bt0l2 mdlm mksd ea..
btw..ad kne mnge ngn sye...huhu
WOW!!!
HEBAT
SAYA BARU
LIHAT
KARYA ANDA
SAYA AUTOMATIK
INGIN LEBIH
MENGENALI SIAPA
KAMU!!
HEBAT!!
stylo la k.fynn...2,3 kali tgk pun xjemu :)
nk share blh?^^
stylo la k.fynn...mmg sentap abes :)
nk share blh?^^
Post a Comment