Thursday, February 3, 2011

gadis yang datang membawa matahari

siang tadi, seorang gadis di awal usia 20 menyoaljawab aku untuk kertas kerja yang perlu disiap dalam usaha ijazahnya. seperti biasa, bila mana aku termampu, aku cuba untuk bantu.

dia datang membawa matahari.
dengan segobos baju labuh,
dengan polos tudung agak penuh.
di bawah teduh tertutup bangunan besar itu--
dia datang membawa matahari.

aku selalu ada senyum-tergeleng-sedikit pada mereka2 seumpama itu;
mereka yang santun dalam kurungan tertib agama--
bagaimana begitu menerima aku yang sememangnya cacat dalam pemanifestasian akidah dan iman di dalam aku punya dada?
bagaimana begitu terbuka dan bersahaja tanpa membuat aku rasa terhina?

*senyum tergeleng sedikit*

cantik sungguh agama ini.
sejuk sekali.
aman tak terdefinisi.

*senyum*
*tunduk*
*menung sedikit*
*geleng lagi*

tiba2 aku rindukan sang purdah yang jauh di mata.
ah.
rindu sungguh melihat cantik agama pada tulus mereka.
rindu mengutip sayu memandang refleksi aku yang masih jauh dari sempurna.
rindu dipanggil tanpa suara.
rindu merasa jujur dikasih apa adanya.

*senyum lagi*

kalaulah semua da'ie begini.

*diam*

gadis yang dalam usia 20-nya tadi datang bersedia. penuh dicanting dengan dakwat biru buku notanya akan soalan2 yang hendak diaju pada aku. dia masih tersenyum memenuhi paksi hadapan bujur wajahnya. kami bersalam2 sambil bersedikit pelukan.

notakaki: aku memang ada tabiat gemar memeluk pembaca tegar puisitepijalan;
jangan tanya kenapa.
aku perlu.

di tengah2 ramai, kami duduk di meja kosong yang ada. di tengah2 antara aku dan dia, ada telefon bimbitnya yang dijadikan perakam suara. bingit keliling seolah2 tidak memberi kesan dan makna. bila mana terbuka soalan dia, seperti hilang seluruh penuh manusia kotaraya.

mungkin kerana matanya.

sang gadis itu memiliki sesuatu yang sudah hampir mati dewasa ini. terima kasih kepada teknologi yang makanannya cuma kemanusiaan; kita semua hidup dua-tiga menjak ini seperti android. sejak internet mengevolusi hubungan sosial, kita berdikit2 telah meracun bahasa tubuh ke nafas terakhir.

kita sudah kurang body language.
sudah tidak suka body contact.
sudah pelik tegur "apa kahabar" secara live.
sudah bergantung penuh pada internet untuk keep track.

sedih.

tapi sang gadis ini begitu banyak suara dari matanya. setiap respon aku diiyakan dan ditidakkan dari gerakan korneanya. tergegar2 dagu dan pipinya dihayun memberi balas pada setiap butir yang aku hulur pada dia.
begitu hadir.
begitu ada.

sungguh.
dia datang dengan matahari bersamanya.

:)

entri ini bukan untuk aku kongsikan isi bincang kami tadi. tulisan hari ini adalah omelan kosong seorang ole skool bila datang hal ehwal komunikasi sosial.

ya. aku risau kita lebih membudayakan poke dan komen di wall fb berbanding peluk yang hangat.
ya. aku risau kita lebih membiasakan mencari jodoh berdasarkan gambar profile berbanding real live mengurat.
ya. aku risau kita lebih menyelesakan email dalam meluah perit berbanding menerima tepukan jujur di bahu yang terhinjut2 dgn airmata.
ya aku risau kita lebih menyelalukan ketik jari di komputer berbanding membincang ilmu di meja bulat sambil beramai2 berkira2.

ya. aku paranoid.
aku paranoid kita semua menjadi android.

termasuk aku--
kita semua sebenarnya sudah tidak punya kawan baik bertubuh anggota manusia.

bangkit pagi,
yang dicari,
pengomen status fb kita malam tadi.



haih.
betapa bahaya.
kita hamba pada ciptaan kita.

satu latihan sosial telah dicuba oleh remaja di luar sana; di mana social networking ditutup sementara selama seminggu. mereka gantikan perhubungan maya dengan panggilan telefon sebenar. mereka dail nombor2 teman mereka dan bercakap kosong PERSIS yang biasa dibual di laman2 normal mereka.

"apa khabar?"
"sedang apa?"

jawapan yang hampir sama diterima mereka.
"ada apa sebenarnya ya?"

seolah2 perhubungan realistik antara manusia sudah tidak lagi relevan; kalau pun wujud, hanya untuk sesuatu perkara penting dan bersebab khusus. bila tanpanya, panggilan akan jadi pelik --awkward and somewhat retarded.

gila. kini perlu sebab untuk berbicara biasa2.
seperti terlalu mahal sesuatu yang bernama persahabatan;
walhal setiap perhubungan sentiasa kita titikkan tentang keihlasan tanpa meminta apa2.

bagaimana sudahnya kita?
bagaimana akhirnya kaum manusia?

suatu masa dahulu, kira2 dalam 2 ke 3 tahun lepas, ketika aku tonton Gamer di panggung, lakonan gerard butler, dan filem Surrogates dari dvd, lakonan bruce willis, aku pernah ditanyakan tri tentang kemungkinan manusia hanya menetap di dalam kubikel rumah untuk segala2nya; setiap perkara mampu diurus dgn jari dan kekunci magikal.

aku bilang:
"mungkin. tapi bukan dalam masa terdekat ini"

haih~

itu dulu.
jawapan aku di 2 ke 3 tahun dulu.
kalau hari ini ditanya aku,
aku jawab:
"tak lama lagi".

*diam*
tak lama saja lagi.

*keluh*

aku tidak menidakkan bagusnya teknologi. tidak. membuang kemodenan adalah buta2 bodoh dan tak berakal. cuma untuk aku, kita perlu ada had2nya. perlu tahu garis berhentinya. kita perlu tahu bila untuk kata "op. terlangkau dari yang patutnya".

teknologi begitu penting. internet adalah terlalu perlu. walau majoriti kita cuma mengait hasil dari tiga ini: fb, youtube dan email (sekali sekala menggoogle), haram kita sebagai manusia kurun ini untuk melongkangkannya.

betul. banyak yang buruk. seperti masalah seksual; mahu tidaknya --dengan porno pelbagai jenis, dengan info percuma mangsa2 berpotensi, dengan penjualan2 terus-ke-rumah alat permainan seks; apa tak dijana jahatnya? atau contoh lain, jenayah cyber jadi berleluasa --dengan sekadar copy paste, dengan hanya hacking, dengan cuma menyeleweng maklumat, semua harta benda boleh lupus dalam sekelip mata.

tapi, tuan2 dan puan2, kalau dicari, berjuta juga yang elok. paling jelas; semua jawapan ada. dari 'how to play basic guitar' ke 'how to make home made bomb' hinggalah 'define: hippopotomonstrosesquipedaliophobia'. semua ada.

malangnya,
balik2,
fesbuk fesbuk fesbuk.
youtube youtube youtube.
email pun belum tentu serajin mana.

sampai bila?

kalau dahulu, di meja kopilah tempat kita berbual dan berkongsi cerita. kita memang masyhur dengan bangsa malas membaca. hanya dengan bertukar pengetahuan secara verbal --ilmu kita terganda. habis? kalau budaya ini pun hampir mati? entah 'gimanalah nanti kita? teknologi semakin membunuh kemanusiaan kita. ilmu2 kita akhirnya di masa hadapan cuma terkumpul di arkib dan tempat koleksi2 berjilid satu ke seribu juta; tidak di kepala.

haih~

ampunkan entri kesal ini.
salahkan gadis yang datang dengan matahari itu.
marahkan dia.

dia;
menyedarkan wujudnya risau aku--
gadis yang datang membawa matahari bersamanya itu.

32 comments:

Farhan Zulhusmi said...

tertarik dengan kata-kata ini...menarik....kalau tidak dibaca berulang kali mungkin kita tidak paham....
kita semakin leka dengan dunia....amalan kita macam mana??kita taw bila kita mati??kenap kita tidak sedar dengan semua nie??

a n o n said...

=') terkesan dengan entri ini.

Kak Long said...

memang menakutkan..

Tieah Madian said...

Perghhh..
Pagi2 tulisan kau buat mata layu aku menjadi segar..
Otak yang mereng menjadi cergas..
Benar kata kau!
Macam lagu Aliff ft Joanna..
Risau.. Risau.. Risau..
Semua hanyut dengan gelombang arus kemodenan internet..
Internet yang membawa manusia maju tapi internet jugak yang bisa buat manusia alpa pada akhirat!

Anem Arnamee said...

Salam sis fynn :)

sama rasa kita!

pernah memerli rakan sepengajian dahulu :

"jika semua keluh kesah ditulis di status facebookmu, adakah diriku masih berfungsi sebagai sahabat kongsi suka duka kamu??"

Dia terus menghubungiku selepas itu- bicara terus tanpa ada lain yang klik 'like':)

along nordin said...

rasa nak peluk fynn jugak tp belum kesampaian.

terima kasih utk entri penuh makna ni.

agaknya kalau kita dpt berbual secara live,mesti lbh seronok drpd bertanya melalui FS je :)

kekatu said...

setuju . sangat setuju .
=,=
tap jgn lupa pada blog ! dulu atas buku , sekarang atas pad keyboard .

jari | jemari said...

paranoid semua jadi android.


memang semua akan jadi android kalau tak ada paranoid ni.

Akulah Aqilah Itu said...

hmm. ada sesuatu tersetik di dalam hati selesai membaca entry ni.

Apa ya?

Si Forever Alone said...

mendalam :')

ardzmarn said...

lalu kau pun bentuk kan matahari itu sebagai entry.. lalu aku pun terpadang sekeliling setelah cahaya itu tersuluh..


dah lama sungguh rasanya gua tak bertanya khabar secara live kat member member..

Eima Jer said...

ya. tak keluar ke mana asalkan internet berjalan laju sudah memadai..
lapar ke dapur, korek apa yg buleh disumbat ke perut
kembali hadap skrin teknologi
HAHAHAHA

ini realiti hidup
haishhh!
dah terbaca entry kau ini, mula terpikir aku ini di mana?
*rimbul rasa risau

Arm_mj said...

k.fynn..sangat suka karya kamu..sangat suka pemikiran kamu..sangat suka akan kamu..harap suatu hari nanti, kamu bisa menjadi seperti gadis yang membawa matahari itu..menghayati juga bertapa indahnya agama ini =)

Anonymous said...

kan..

Anonymous said...

kebimbangan yang jelas berasas. gadis yang datang dengan matahari tu terbitkan kesedaran. harap dia mampu bangkitkan rasa yang sama pada yang lain.

Unknown said...

yess..kak fynn right...semua tu makin hilang...jgn la kita semua menjadi android nnti..

fatan fzee said...

aku pun hari hari bukak pesbuk.balik kelas rushing nak online.bodoh apa.
sampai bosan,sering refresh new feed bagai.alahai.

kutak jinggong said...

Dulu aku bisa hafal paling kurang 10 no. tel teman2 tapi sekarang no. tel aku sendiri pun tidak begitu ingat. Dulu aku bole ingat paling kurang 10 tarikh lahir kawan2 tapi sekarang satu pun aku tidak ingat kerana terlalu bergantung pada fb untuk tolong ingatkan. Haih...

Anonymous said...

sangat setuju :-)))
tapi kalau dikira zaman kakak2 kita dahulu, tiada laman sosial ini lagi mudah ghaib hubungan (lost contact). ada baiknya, ada buruknya. bila mana ada, hubungan nampak pura-pura kerana bila langkah ke realiti, oh, tidaklah semesra mana. tapi aku percaya, pada sahabat yang betul2 akrab, mesra di dunia maya, peluk cium juga di dunia luar :-)))

KuDuX said...

kak fynn
apa yang kamu katakan betul semuanya

KuDuX said...

kak fynn
apa yang kamu katakan betul semuanya

ekin kacak is not punk rockers said...

ye itu juga laah yang aku risaukan
dan sebab itu jugalaah aku buat reunion tadi untuk bertanya khabar secara live dan bukan sekadar di alam maya sahaja. boleh peluk-peluk lagi. :)

APi said...

alam fantasi dijadikan realiti..
hakikatnya realiti mati..

asha shaha said...

betul lah kak fynn..dunia maya ni buat aku khayal banyak, mengarut tak tentu pasal. kadang2 aku nak je jadi seorang yg tak heran akan dunia maya ni, tak heran nak berfesbuk, tak heran nak terhegeh add org, tak heran nak terhegeh baca blog2 yg buat aku byk berangan. mcm2 lagi lah.

sekarang ni kawan2 aku tengah berperang status kat fesbuk, padahal kitorang satu rumah, satu kelas, satu department dan satu fakulti. masa borak2 dalam rumah, duduk depan2 sama2. ketawa mcm takde masalah, tak de dendam, takde iri hati, takde sakit hati. tapi bila cuti dan masing2 ada kat kampung masing2. mulalah mengeluarkan status fesbuk mengutuk sesama sendiri, perli, menghanjeng. aku menyampah situasi mcm ni sebab aku ni berada ditengah2. nak sebelahkan yg kanan tak, nak sebelahkan yg kiri tak. aku ni berkawan dengan semua kak. tapi bila aku ke kiri, yg kanan perli : kawan baik nampak. bila aku ke kanan, yg kiri perli : eh knp xdgn yg kanan. aku jagi menyampah dengan keadaan mcm ni kak. semua tu sampah bagi aku. jadi aku ni kak mcm dah tak reti nak berkawan dasn jadi mcm selfish. aku rasa mcm bodoh semua benda ni. masing2 dah besar kot, dah peringkat universiti dah pun. xpayahlah nak gadoh mcm budak2.

Oh Kaamar' said...

kak fynn,peluk saya! :D

ash sahaja said...

alngkah bertuah jk sy juga kmpa gadis membwa matahari ni.. x perlu sbb sy bca en3 ini pun sy suda rsa ksedran..
internet mmg mnyeronokn ttpi.. em
suda lma tidak bgraw scre live dgn rkan2..
touchink cgt en3 nyh kk fyn..

*mula sedar

ash sahaja said...

alngkah bertuah jk sy juga jmpa gadis membwa matahari ni.. x perlu sbb sy bca en3 ini pun sy suda rsa ksedran..
internet mmg mnyeronokn ttpi.. em
suda lma tidak bgraw scre live dgn rkan2..
touchink cgt en3 nyh kk fyn..

*mula sedar

no name. i'm sorry said...

salam semua. setiap kali aku masuk sini, aku rasa diri ni kecil je. rasa bodoh je..taktahu nape. damn, tulisan yang betul-betul bijak. haish...aku salu menginginkan menulis sehebat ini. tapi itulah, macam kak fyn pernah ckp, mana ada manusia keluar tgk dunia terus berlari kan...huhh..
'aku ngeluh'

Azizi Afiq said...

Sangat hebat penulisan anda. Benar belaka apa yang diujarkan.

Ezan Nur Ayub said...

saya mahu ambil sedikit ayatnya. saya suka. sbb saya rasa itu semua kena pada batang hidung saya.

izin yah!

A wisher said...

sangat kak fynn,saya jugak remaja yag tak suka kalau saya addicted dengan social networking,rindu suara sahabat,sekarang semua FB.kadang kadang rasa nak deactivate,tapi kalau deactivate jadi outdated,tak tahu perkemabnagn sahabat. haih.anyhoo,thanks kak fynn.*peluk*

noni said...

really from deep of the heart..perasaan yang sama..