Saturday, February 12, 2011

orang pentas duit tak ada

ini bukan bohong.
baca.
dan kau akan nampak jujur benar ini.
akan terbayang tergambar dalam kepala.



---------------


saya berasa amat terharu, dan bangga, kerana dijemput ke sini dan mempunyai peluang untuk berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu saya, dengan anda semua, anak2 melayu harapan bangsa.

kalau dijemput sekali lagi di masa depan, tentu tak akan menolak, insyaAllah.

tetapi, buat diri saya, memang susah sikit hendak ke mari. saya perlu naik teksi, dan tak boleh naik bas, sebab universiti ini jauh dari rumah saya. lagi pun takkan pula untuk majlis sebegini saya naik bas. tak cantik begitu.

hidup saya teramat susah sekarang. kalau boleh, bila hantar jemputan itu lain kali, tolonglah kepilkan sedikit wang tambang teksi. malu saya nak bagitau hal ini, tapi inilah realiti hidup saya sekarang ini.








---------------

p ramlee.
sampai hati dibikin sebegini sekali.

*diam*

itulah. kadang2 orang nampak gah kita sahaja.
nampak yang meriah.
konon kita bertuah.

orang tak perasan.
itu semua topeng semata.

al-fatihah.




ps:
ini bukan cakap2 aku, tuan2 dan puan2. itu suara p ramlee. maasyaAllah.
tolong jangan disalahbaca.
dengan aku, selagi mampu, aku tak pernah rasanya berkira.
:)

23 comments:

Anonymous said...

saya rasa kak fynn ni memang tabah orangnya.

sabar.sinar nanti akan bersinar juga.tengah tunggu masa nak download.lambat.connection sekarang semua nak bayar..

keep it up kak fynn

ziela salih

Unknown said...

salam kak fynn. rasa nak nangis..tp dunia memang begitu kan. masa ada-pandang sebelah mata,dikritik semahunya. bila dah tiada-barulah pergimu tiada ganti,mutiara tak ternilai,dgn segala macam gelaran agung..

rybe said...

rasa hiba.
alfatihah.

APi said...

owh..
realiti yang memeritkan..

Unknown said...

hidup dia amat menyedihkan di hujung usia. hanya selepas dia pergi, baru kita sedar kehilangan bintang paling indah yang pernah ada. teringat kata² afdlin shauki dalam dokumentari p ramlee dulu, di Malaysia ini perlu pergi tak kembali untuk dihargai.
al-fatihah

cz said...

kenapa nak malu pula minta kepilkan wang tambang.wlhal memag itu yg sepatutnya. Kepilkan wang tdo hotel juga sekiranya perjalanan berradius lebih 15km yg perlukan overnight stay. :)

sendiri mau ingatla penganjur

cz said...

kenapa nak malu pula bila minta dikepilkan wang tambang?.walhal memang itu yang sepatutnya. Malah, sekiranya perjalanan melebihi 15km dn perlu overnight stay, wajar pula pengajur sediakan penginapan sekali.

Haih- sendiri mau ingtla penganjur

Kak Long said...

Kdng2 kita lupa apa yg org sprti mereka mungkin alami apa yg kita jugak alami.. Walau napak gah di mata org,mereka juagk biasa2..

AL-FATIHAH....

Aku Seorang Insan said...

besar maksud di zaman kejatuhan die kang? hum...pape pun dia yg terbaik .

Tieah Madian said...

Sadis giler..
Takpo2..
Kang ko buat show tempat aku dgn tiket kapal terbang sekali aku kepilkan..
Tapi untuk pergi je, balik pandai2 kau lah ek..
Hahahahahahahahahahaha..

Anonymous said...

biasa lah, bila kita demand. kita akan di banned.

saya merasakannya selama 4 tahun kebelakangan ini.

semuanya, "kawan2".

melayu? memang begini. bukan melayu? saya tabik 100% dalam aspek "apa yang memerlukan bayaran"

ada melayu nak marah? sila berubah dulu kalaupun tanak tengok cermin.

farah wahidah said...

omaigod . sungguh rase sedih kak sye bace sebab tu universiti saye n sye akui mmg jauh . erm cmne eh ? nanti sye tanye kawan saye yang buat event tu eh . please dtg kak . (:

fynn jamal said...

farah wahidah:

eh tak tak. tulisan atas adalah kata2 p ramlee, sayang.
dgn kakak, jgn risau. selagi kakak mampu, kakak boleh. kalau tidak, kakak cakap.

:)

Akulah Aqilah Itu said...

hmm.
Sedihnya..

Baru tahu tentang ni. =(

Anonymous said...

seolahnya p.ramlee hanya minta ruang mahu berkarya...

Lily Cartina said...

kalau ikhlas berkarya memang begitu.
duit tidak pernah nombor satu.
sebab itu karya dia menjadi.
sebab itu kita ingat dia sampai mati.
sebab dia ikhlas bila berseni.

Al said...

oh p ramlee
btapa besar pengorbananmu..

Sesalan said...

P Ramlee satu fenomenon Melayu. Ketika masyarakat Melayu begitu miskin sebelum dan selepas merdeka dia mampu berkarya dan membuat alam fantasi untuk masyarakat dgn kualiti yang tinggi.

Sekarang Melayu dah kaya sikit dah ramai kelas menengah, konsert Wings di IB pun ada tiket rm450.

Malang betul P Ramlee. Yang memujanya sekarang adalah mereka yang remaja dizaman filem dan lagunya. Sekarang mereka ini telah kaya mereka cuba membayar balek.. walau p ramlee sendiri tak dapat merasakannya.

Sesalan ke atas ke dhaifan masyarakat Melayu itu sendiri.

Unknown said...

Semoga Allah Murahkan rezeki kak Fynn :)

ishiko said...

sabarlah ye............
realiti selalu pahit..

Syahid Ishak said...

ingin kongsi sumbernya?

fynn jamal said...

syahid ishak:

sumber adalah terus dari pasukan yang membikin dokumentari p ramlee untuk astro history channel itu. berarkib banyaknya kisah2 yang tak terceritakan.

haih~

Suri said...

suri tengok edisi khas p.ramlee kat history channel tu and menangis sesama dengan Abah. sebak sungguh dengar cerita dia, tak sangka seniman yang kita agung2kan, sebegitu rupa akhir hidup dia.

and once again, i cant help but cried while reading this entry ;'(