Friday, August 20, 2010

perempuan yang jiwanya buas

balik dari keynote,
aku tahu aku seperti sudah lain.
aku tahu orang tahu aku seperti sudah lain.

tak ada apa yang aku mampu justifikasikan.

keberlainan aku itu aku tahu menyinggung ramai pihak. mempengaruhkan (kalau pun tidak menjadikan) mereka untuk merasa singgung dan canggung bila berada dalam relung berdekatan aku.

aku tahu.
tapi entahlah.
aku pun tidak tahu.

untuk yang tidak kenal aku, yang baru tiba2 berjinak2 dengan ilusi seorang fynnjamal yang didapatkan hanya dari laman2 maya, mereka suka. mereka rasa aku ceria. gembira. sentosa. cuma mereka.

kamu2 yang tahu aku lebih tahu,
aku bukan aku.

*diam*

masih, aku tidak mampu menyulam jawapan pada persoalan ke mana perginya aku yang dulu. yang membesar dan mengecil secara karektornya di depan mata kamu. terlalu banyak aku cari, walhal tidak pun aku ketahui apa. ini bukan kes2 tipikal mencari cermin mata yang tidak tahu dibubuh mana. ini lebih seperti mencari lagu untuk dikaraoke selepas 2 jam bernyanyi lagu2 wajib. begitu umpamanya.

mencari dalam kosong.

dan pasti,
bila mana ada perkataan kosong dalam apa2,
yang ada tetap kosong.

bahananya, aku terlalai dalam banyak benda. menulis sudah hilang mampu. memuisi sudah hilang punca. aku parah. jahanam yang tak berdarah.

*diam lagi*

maka, kerana aku mahu paksakan diri kembali pada asalnya,
izinkan aku bertatih semula dalam mengejar aku yang semakin aku nyaris lupa.

aku sungguh kasihkan setiap kamu. terutama yang masih teguh di sisi aku. suami yang sentiasa menerima. kawan2 kiri kanan yang tidak berhenti menjaga. kamu2 yang masih ada di sini membaca.

terima kasih kerana bersabar dengan aku.
dan jujur terus mencinta.

*sebak dan kesat airmata*

aku paling kasihan pada yang kekasih yang aku rasa terluluh dgn diam aku. tekunnya dia untuk terus senyum pada sunyi aku. pada komplikasi2 aku yang aku sengaja terbiar bisu. tapi aduhai~ apa yang mampu aku kisahkan kalau aku sendiri tidak tahu apa rupa isi hati aku..?

betapa mulia dia yang memberi ruang untuk aku bernafas sendiri buat sementara.
aku rasa sungguh bertuah dalam hidup aku yang penuh celaka.
kerana dia.
semua kerana dia.

*senyum sedikit*

aku kisahkan pada wani, beberapa tempoh lalu.
dan satu baris katanya yang bikin aku tersenyap sejenak.

"dia sayang awak, dia bagi awak terbang"

*diam*

betul.
aku ini layang2.
ditarik usah keras.
dilonggar jangan lepas.

dia sememangnya tahu bagaimana memegang aku.

*diam*
janganlah tidak kenal untung, wahai aku.

dan untuk semua,
semoga kalian ketemu arjuna raga kamu.
sebagaimana aku.

dan sejahanam mana kamu disampahkan,
ingatlah aku.
di mana aku dulu.

dan sebaik mana tuhan balaskan aku.

walau aku bukan orang paling kaya,
tapi aku ada dia.

cepatlah jiwa.
cepat pulih.
berhenti terlalu buas.

*senyum pahit*

aku tahu ramai perempuan di luar sana yang seperti aku. yang tidak tahu apa yang dia mahu. tapi mahukan segala kecuali semua. yang hendakkan dunia tapi berseorang semata2. terlalu ramai perempuan hidup dalam kontradiksi, sejujurnya.

atau lelaki, dalam sesetengah cerita.

satu contoh mudah, kalau sang lelaki tanyakan "hendak makan apa", percayalah jawabnya si perempuan adalah "tidak kisah di mana2". dan ke lima kedai sekali pun, si perempuan akan tetap buat muka.

apa kita hendak, sebenarnya?

semoga hati2 buas ini terjinakkan, wahai tuhan.
sebelum lari satu2nya manusia yang sudikan kami.

28 comments:

Banana said...

syukur pada tuhan kerana melembutkan hati kita pada dia

dan semoga jauh mana hati kita menyimpang
kita akan tetap sedar mengapa dia yang terpilih untuk pimpin kita

:))

TheBentPencil said...

women are complicated.

we have phases.

we laugh full-heartedly.

we cry full-heartedly.

our mouth may not tell everything, but our eyes says it all.

men,

you should live through it.

NeemoNeemo™ said...

Ya, saya juga selalu doakan sama. jiwa sy juga amat sukar dipuaskan.

dill said...

Kak Fynn, you will be fine. I mean back to your old self. Maybe you just need some more time for yourself. Your Arjuna will understand. Trust me. He will.



Because he loves you.

tqa said...

i loike!
betul3, pompuan x pernah tahu apa mereka mahu.

=.="

Anonymous said...

betul pin aku rindu kau yg dulu byk kali pun ckp, aku rindu.

takpa. aku tunggu. -na

Unknown said...

huhu...gwa setuju nan lu...

kata xkesah...tp maseh cerewet...kesian ngan laki... T.T

Anonymous said...

kita-kita masih di sini kan kak?



nur hakim~

mahfuedzha said...

saya terduduk membaca yg ini... tepat masanya ayat2 hujung itu menampar muka. thanks sis!

doa saya, kakak ttp terus kuat utk menjadi sorg fynn jamal.

luv u!

sHe said...

perfect entry, for a perfect time. setidak2nya untuk seorang saya.
*tahan airmata*
:]

Sofiya said...

we're always here for you, kak fynn.walaupun sama xkenal.walaupun setakat sebagai pembaca.tapi we'll be here,always :)

Unknown said...

(^_^)

ringo said...

memang ketara juga perubahan.

tapi tak mengapa.

fynn akan tetap menjadi fynn tak kira apa.

haja said...

bila rusuhnya jiwa,
diam itu penawarnya..
kerana apa jua dikata,
tidak akan sama dengan yang dirasa..

mencari diri..
mencari satu jawapan pasti..
tidak kenal hati sendiri..
terasa mati..

sayu.. diam.. tunduk.. tangis..

Stan & Cat said...

Back to where u belong, suckerrr!!!
Anda bermimpi untuk menjana revolusi pada muzik hahaha

fynn jamal said...

Stan & Cat:

betul2. kau betul, beb. cayalah!
*high 5*

susudalambotol said...

Lelaki selalunya amat memahami. Perempuan memang banyak pe'elnya.

:)

Anonymous said...

sori. i saw u & rina macam ok. tapi seorang lagi perempuan keding tu nmpk x suka u? ye?

drp gosipsampaimati

fynn jamal said...

gossipsampaimati:

ternyata mmg benar2 gossip sahaja. haha. shana kawan beronjing saya kot~ hahaah

jawapannya! said...

I tahu apa perempuan mahu. Tapi sebab kemahuan itu agak sukar diterima oleh lelaki maka perempuan yang bijak buat diam2 je..

First thing perempuan suka seks..hehe no surprise kan.

First thing perempuan suka attention.. the more the merrier..

First thing perempuan suka lelaki yang kacak..dan hensem.

Anonymous said...

kak pin~kami tahu kakak tidak berubah cuma terkhayal seketika dalam dunia lain~~

minbachok said...

kakak. jangan buas sgt. semua akan jadi baik.

yang penting, balik kampung. pegi paso bumbung. :D

nadd. said...

sangat betul kakak!
saya pun mcm tu .

teh azra said...

puisi yg jujur tp ada indahnya

mmg perempuan itu jiwanya buas tp ia mudah terdidik dgn kelembutan dan kesabaran..

manusia itu pasti berubah kerna masa itu akan mengubah pikiran..

mollyjinxed said...

kakfynn
miss reading ur blogs
been busy with work. tiring
take care. hope u have a blessed ramadhan with ur loved ones!

Anonymous said...

kak fynn terjemahkan apa yg sya rasa dgn tepat skali..setiap perkataan.terima kasih kerana buat sya rasa sya tidak keseorangan.

|.a.r.i.e.z.a.| said...

u & tri are a damn sweet couple. beri masa. tolak sana tolak sini. biar. tapi jangan lepas :)

jannahshahab said...

sbb itu selalunya, jodoh kite yg sudah Tuhan tentukan, itulah yg terbaik...mmg sifatnye manusia, xkn puas apa yg ada...jgn sedih2 ye syg...