Friday, August 13, 2010

berkejar

ali suka minah.
minah suka razip.
razip suka maimun.
maimun suka mamat.
mamat tak mau siapa2.

:)

berapa kali dalam hidup kau pernah berada dalam situasi ali, minah, razip, maimun atau mamat?
dan berapa kali dalam hidup kau berganti2 situasinya dari menjadi ali ke minah ke razip ke maimun ke mamat?

*gelak kecil*

pelik, kan, hati?
haha.

tiba2 aku mahu cakap tentang perbuatan mengejar.

pernah aku tonton sebuah filem yang didasarkan dari kisah benar; lakonan will smith, suatu masa dulu; pursuit of happyness.

aku tidak mahu cecehkan tentang sinopsisnya yang aku kira rata2 sudah tahu. aku cuma mahu timbulkan kembali soalannya; pertanyaan di tengah2 perjalanan cerita itu.
mengapa perkataan 'pursuit'?

perkataan itu membawa maksud mengejar.
proses mendapatkan.
maka frasa 'pursuit of happyness' (ejaan dibiarkan begitu) adalah satu proses tanpa henti dalam mengejar bahagia.

manis.

jelas, kebahagiaan itu adalah sesuatu yang perlu kita kejar2 dan dapatkan. kerana kebahagiaan tidak pegun. tidak duduk setempat dan tidak teguh berdiri di satu titik. kebahagiaan seperti ada satu sifat nakal yang gemar mengusik.

sebab bila mana kita rasa kita sudah berjaya mendapatnya, kita akan menyedari yang bahagia itu bukan pun di tangan kita; kontradiksinya, jasad bahagia itu berada di seberang sana, menunggu kita untuk kembali mengejarnya semula. dan kalau pun dicari semula bahagia yang di tangan tadi, tidaklah perlu diterkejutkan, ia sememangnya tidak pernah ada.

*sengih sumbing*

kelakar, kan,
cara bahagia yang dalam entri ini (aku lukiskan sebagai jisim berjasad seiras manusia) mengusik2 dan mengacau2 fikiran kita?

lebih kelakar,
kerana sebenarnya kita tahu, jauh dalam jiwa kita,
encik atau puan bahagia itu tidaklah jahat mana.
sekurang2nya tidak sejahat kita yang tamak haloba.

*gelak kecil*

berapa kali dalam hidup yang kita sedari betapa banyak perkara dalam hidup ini sendiri yang sebenarnya tiada org lain dalam hidup ini tadi yang boleh dipersalahkan;
kecuali kita sendiri?

dan berapa kali dalam berapa kali itu tadi yang kita sanggup berdiri dan akukan?

ah.
bangsat, kan, rasanya?
bila kita tahu tidak ada orang lain yang patut ditujalkepala kecuali kita?

terlalu bangsat, kerana apa yang mampu cumalah kita yang sedang bersendirian duduk di depan kaca yang penuh tulisan namun tak memberi makna apa.

dan tidak ada alasan apa pun dalam dunia yang mampu memujuk hati.
kerana kita tahu,
kita juga,
seperti manusia lain,
punya silap dan jahat.

bezanya;
kita tak mampu untuk bercerita.

17 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

dan...

bila kita mampu mengejar, kadangkala kita hanya akan mampu melihat tanpa berbuat apa2. (selalu terjadi pada diri)

maka, lihat saja. sambil diam2 utuskan doa.

jambancomel said...

mencari kebahagian tidak terhad pada dunia semata - mata bahkan akhirat jua..

shahirahkhairudin said...

hurm.. kadang-kadang kita duduk diam dan hanya lihat sebab kita fikir takdir akan memihak kepada kita andai bahagia tu benar-benar milik kita..

tapi, kalau tak kejar, mane nak tahu kita dapat ke tidak kan? takde sape boleh baca takdir kan.. hurm.. *tongkat dagu*

squesha said...

pursuit,bukan persuit.

kadang-kadang sampai satu tahap,kita sudah tidak larat untuk mengejar.yang dikejar tak dapat-lebih baik kita mengalah atau kejar arah yang lain.

Ayu Mahayu said...

what a meaningful entry fren.

buat aku tersedar. mungkin aku bahagia sekarang tapi aku perlu berusaha mencari untuk jadi lebih bahagia.

something to ponder. hmmm....

Unknown said...

ya Allah!

kak, sangat setuju.

pelik kan?kak ada cita-cita untuk selamatkan mereka?

biELa said...

suka entri. mengingatkan saya tentang saya. :)

Lady Dyla said...

kejar dan terus kejar.
kerna 1 hari nnti tak terkejar.
Bahagia itu ada..
Hanya perlu dicari..

Para Jamaludin said...

ouh. saya sangat berada dalam situasi.

SNA said...

ohh..

pursuit of happyness..

quote:
there's no 'y' in [happiness]..

ayat yg diucapkn mse last part of the movie smpai skrg pn sy igt lg :)

fynn jamal said...

squesha:

thanx!
:)

wanita mutalib said...

like..this..

Arief Arf said...

kadang2, terlalu mengejar kebahagiaan akan membawa kepada kesengsaraan.

tak tengok lagi pun cite pursuit of happyness tu, macam best la pulak

tanpanama said...

jelas, kebahagiaan itu adalah sesuatu yang perlu kita kejar2 dan dapatkan. kerana kebahagiaan tidak pegun. *setuju, terima kasih buat sy yakin apa yang patut sy percaya

. said...

:D trimas kak,

NAJ HEBAT said...

ayah aku yg bernama Jamal menangis bila tengok citer persuit of happiness tu. Aku yg duduk sebelah. agak tacing ngan beliau.

sedih jugak.

jom kejar?

Mario said...

setuju...