Tuesday, February 9, 2010

pri viet, sobat.

perkara yang peru diketahui tentang uralsk, kazakhstan.

1) ini BUKAN lokasi penggambaran borat. dia bohong. filem itu dibikin di romania. tapi aku tetap sukakan borat. tidak azamat bagatov.

2) 90 % manusia di sini berbahasa russia. uralsk adalah seperti sempadan thailand untuk kita. uralsk berada benar2 di garisan russia selatan.

3) di sini, untuk melihat SATU perkataan bahasa inggeris di mana2 adalah hampir kepada mustahil. setiapnya adalah dalam bahasa kazakh atau russia. maka, aku sekarang fasih bahasa russia kerana terpaksa. *diam* ok, aku tipu. aku lebih fasih berbahasa isyarat sama semua.

4) makanan kegemaran semua di sini adalah kuda. memandangkan aku gemar mengunggang kuda, aku tidak menjamah apa2 jenis daging di sini. terasa seperti makan kucing pula. satu hari nanti, bila aku kaya raya wang berjuta2, aku hendak bela kuda arab. bila satu hari itu, aku tidak kisah bila. sebab suami aku selalu kata "dah order sama lokman". lokman mana, aku tidak tahu. yang aku pasti, suami aku bohong seperi ibu2 suka kata "ok ok" pada anak yang meraung hentak2 kaki hendak permainan.

5) di sini tidak ada cili. aku ulang. tidak ada. aku huruf-besarkan. TIDAK ADA. hari2 aku kebah saja apa yang ada. paling pedas di sini adalah sos tomato hot and spicy (atau seumpamanya; aku teka kerana itu sahaja botol dengan iklan tomato berapi), yang mana aku rasa dia cuma bubuh sebutir cili dalam setiap 500 tomatonya. hadoi. tapi takpe.

6) oleh kerana aku tidak menyentuh daging, aku cuma makan ayam. hari2. bayangkan. hari2. ya tuhan. nasiblah juga ada ayam untuk aku goreng sama serbuk kunyit adabi dan serbuk cili baba's. terima kasih adabi dan baba's. saya setia bersama kamu. dari zaman ke zaman.

7) di sini, pelbagai laman web tidak dapat aku capai. cuma dari masa ke semasa. internet mereka di sini begitu terhadang. tidak tahu dek apa. meski pun mereka menggunakan broadband, aku percaya, mereka borak kosong sahaja. maka, aku tidak tahu entah bila tulisan ini ada nasibnya boleh dipublish.

8) keyboard di sini akan menukarkan tulisan roman ke tulisan russia secara automatik. kamu tidak akan percaya berapa kali aku mahu menghempaskan komputer ini kerana terlalu penat meng-undo-kan ia. maka abaikanlah apa2 salah eja. aku pancit sama keyboard ini.

9) kalau2 ada komen2, yang lambat di-approve, sabarlah bila aku ada kesempatan masuk ke blogspot. jangan risau. setiap cacian dan makian, apa lagi kata rindu dan kasih sayang kalian, akan dikemukakan juga.

10) sepanjang aku pergi ke sini, tetap, ada juga bangsat yang rogol anak sendiri di negara kita. bayi baru berapa bulan. tetap, manusia sebegitu, macam celaka. dan tahniah. satu dunia tahu betapa kita suka lapah anak sendiri. tahniah, orang kita. syabas. (kutuklah aku. kutuklah. nyenyenyenyenye. hahaha)

11) seberapa kali pun diluahkan, takkan jelak aku untuk aku laungkan pada alam: aku rindu kekasih aku. siapa2 yang ternampak dia, tolong tengok2kan untuk aku. usah tegur, dia pemalu. :)

12) aku belum tahu bila aku akan pulang. maka doakan semoga segalanya dipermudahkan. semoga jauh ini dihikmahkan.

13) tahniah pada semua mak2 buyung yang sudah mendapat cahaya mata, pada yang masih menanggungnya, pada yang sudah kehilangan dalam perjuangannya. hanya tuhan tahu betapa beruntungnya kalian. aku? anak2 dalam dunia ini perlukan aku, nampaknya. balik nanti, aku hendak cari anak. siapa2 yang rasa hendak humban anak dalam jamban, buang anak di tepi lori, semoga kau tahu, aku lebih dari sudi. daripada ditamatkan hayatnya, hulurlah pada aku.

14) untuk semua, yang dari dulu menopang dagu aku, meminjam bahu aku, semoga tetap diingat aku. kalau lupa pun tidak ada apa. cuma ingat dari dulu pesan aku; tuhan itu baik, dan kau lebih tahu itu. seberapa bangsat kita rasa hari ini, selagi dibangunkan esok pagi, kita belum lagi mati.

entri ini,
yang hari ini,
adalah untuk budak2 ronyok ranap yang biasa2;
untuk kalian lihatkan pada aku,
yang ronyok ranap yang biasa2 itu,
rupa2nya ada juga cerita kita.

*senyum*

dalam beku salji yang bagaimana pun,
dalam seketika, ada suria meminjam cahaya.

dan dalam sekejapan itu,
semua beku dingin yang kau rasa,
hilang buat sementara.

jadilah.
kan?

:)

parshiba.
dasvidania.

salam sayang dari orang jauh.
fynn jamal.

31 comments:

maira said...

masa kt workshop dulu ingt lagi kak fynn ckp kt husband nk tgk kuda..


mmg kak fynn suka kuda..hehe~

salam rindu..
-amera-

Anonymous said...

semoga kak fynn baek2 saja disana..

:)

fara rasep said...

kak fynn,

kak fynn saya kan sentiasa kuat!sikit je masa lagi. tapikan, kak fynn ke sana atas urusan apa ya?maaf jika bertanya ataupun baru nak bertanya..;))

fynn jamal said...

kerja.
jadi cikgu.

:)

joegrimjow said...

serius tak berapa faham
tapi tak mengapa
ambil yang anak sudah

sHEmA_sHImoT:D said...

tapi daging kuda sedap tau kak...;)manis je...

salam rindu dari mesia juge..;)

alhariesz said...

aku dah kenal ko lama, tapi aku tak pnah bersembang ngan ko...

rugi...sebab ko sgt berbakat... aku rase tulisan ko hebat.... bukan cuma aksara kosong, sebab kata-kata ko buat aku banyak berfikir....luar kotak, luar lingkaran...

hey, anak itu rezeki dari Tuhan...ada lingkaran perak di langit lebar yang mengatakan rezeki tu belum tertulis..bila satu hari ko di kurnia-Nya...aku yakin ko boleh jadik ibu yg lebih baik dari mana-mana mereka yg membuang anak di jamban...

aku doakan... rezeki itu datang...

Sara Musfira said...

KAKAK, MISS YOU DAMN MUCH!!!

mollyjinxed said...

entri ini,
yang hari ini,
adalah untuk budak2 ronyok ranap yang biasa2;
untuk kalian lihatkan pada aku,
yang ronyok ranap yang biasa2 itu,
rupa2nya ada juga cerita kita.

entah kenapa.. bile baca part ini..rasa sebak?

walaupon saya rasa sekodi mana pon.. ttiba.. bila saya ronyok ranap kan kakfynn.. puisi kakfynn yg menenangkan jiwa saya..

thanks for sharing it with the world..
may Allah bless u always

hatifragile said...

ark!rendu jugak!

Along said...

rinddddddddunya kat fynn :(

pasni kalau along pening tatau nak makan ape, along akan teringat kat fynn yang kena makan ayam hari-hari.

hee.

okeh, along nak gi makan kuey teow special dengan udang besau besau letak cili api.

heh!


MISS YOU,FYNN OH YES I DO!

Anonymous said...

rasanya sprt kata2 akak sentuh hati sy yg plg dalam. heh, gelilah. tapi betul. insyaallah, semua akan dipermudahkan

Anonymous said...

jepun france italy swiss german taiwan hampir semua totok bahasanya dalam bahasa makbapaknya. kalau ditanya, nampak ikhlas atau tak dari riak muka.paling fedap nak melihat riak muka dgn suspen

owh suatu masa segelintir kanak-kanak di sini suka main kuda berbentuk mesin. sekarang beralih ke pil kuda.mungkin penangan kuda kepang

cuma nak tanye.maybe ada pendapat berbeza, mungkin ade golongan islam minoriti di sana dan sorry sebab tanye.aku bukan tuhan untuk menghukum. sekadar berkongsi pengalaman.ayam sembelih?

kentang telur ikan sayur udang tiada?

-tidak mahu menjadi anonymous-
tidak ada pilihan

violet turns grey said...

dear kak fynn.
i have always been your biggest fan. even tho i can't always be there for your shows. but i do spend some time reading your blog and latest poems. most of your poems really teach me a lot about life and reality. thanks a lot.

semoga puisi kak fynn dapat membuka mata mereka semua. semoga niat baik kak fynn akan tercapai. amin.

saya sayang kak fynn dan saya tak tahu kenapa. semoga kak fynn baik-baik aja di sana. khabarkan kami tentang saudara-saudara dan adik-adik di sana.

salaam.

gdsjht said...

i miss you doh

lisz. said...

yeay!
ada khabar dari kazakhstan!!!

hope you are doing good there..
though banyak kekurangan..
terus gagah ye kakak sayang..

may Allah bless..
lotsa love..
hugsss!!


kell.

nuridrin said...

rindu gila babi.

nnt balik sini, datang perlis.
naik kuda freeeee~

rahiza said...

Rindu Rindu Rindu

aivimivi said...

akak! thanks for the magic word!


<3

Suri said...

hidup takde CILI memang tak adventurous langsung, betul tak Fynn? takde boh (cili boh), takde umpph.. haha.

tak sangka internet connection kt sana sama standard ngan India, India pun serupa jugak. maka, tolong jangan mintak pegi mengajar kat India ya.

makcik, rindu kekasih je ke? kekasih gelapmu ini tak rindu eh? ;p take a good care of urself babe <3

el. Q said...

kuda? yikes.
uralsk.the only thing yg aku tahu ttg uralsk ialah menerusi Pushkin dan al farabi yg mukanya distamp atas note tenge..
sabar dan tabah fynn,keyword disini;perseverance .hari hari mkn ayam kari babas pun boleh jalan apa.
kau boleh diversify,hari ni masak kari babas dgn santan, besok kau ganti santan dgn ayran,lusa kari babas terbabas,sampai apabila kau balik msia nnti kau bersumpah takkan makan kari seumur hidup lg.
udachi!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

salam kak fynn~

jaga diri.

jaga diri.

kak, aku mahu kirim salji.

boleh?

dill said...

rindu dengan tulisan kak fynn.

fynn jamal said...

anon:

ini negara islam. kazakhstan dahulu russia, tapi kerana mahu jadi negeri islam, dia dimerdekakan. maka negeri kazakh terus menjadi negara.

:)

along nordin said...

rasa sebak baca entri fyyn kali ni,take care fynn

Farah Rosni said...

subahanallah, rindu kamu kak fnn. :(

Anonymous said...

:-) am sure you are going to paint kazakh sky red...no, make that purple with a tinge of sunny vermillion...nah...the whole kaleidoscope, myriad of wonderful colours. ^^/
anyway...the scenery is going to be richer with u there.
all the best fynn...ganbate!

~yah (who can't get enough of your verses)

nurnuha said...

hello kak fynn..hope dunia baru akan mendatangkan sesuatu yang lebih baik.:) i love your posts..sangat inspiring.

annees said...

kuatkan iman mu kak fynn..

luv u!!

Banana said...

apa rasanya bila jauh dari nyawa kita?

aku sedang tunggu saatnya..

Syahaneez A.J said...
This comment has been removed by the author.