Friday, February 19, 2010

entri berperasaan campur aduk

lagi perkara2 ringkas yang hendak aku kepilkan bilamana sempat.
tentang hidup di sini.

barang siapa yang merasakan hidup di negara bersalji ini indah, fikir kembali. berikut adalah antara perkara2 yang normal pada budak2 paya dan selut seperti aku apabila beralih ke cuaca beku:

1) rambutmu yang lembut dan haus dialus angin nan damai akan secara total menjadi mahkota singa jantan sebaik sahaja melapah rusa. ya. seperti singa iklan shampoo itu. bukan sahaja salji dingin di kepalamu, malah salji seperti emping juga akan wujud andai kamu tidak shampoo setiap hari.

2) mandi adalah satu situasi love-hate. ada hari kamu rasa kelakar. ada hari seperti celaka. ada hari rasa mahu mengaruk. ada hari seperti hendak gila. bayangkan: air dari paip panas yang dikumpul bila penuh ditakung tidak pun suam. sejuk. dingin. senyaman air terjun yang menyegarkan. malangnya, di sini, kamu tidak mahu segar. kamu mahu dihangatkan. demmit.

3) kulitmu yang mulus akan mula dipenuhi jerawat2 kejam yang dari dahulu mahu keluar ke permukaan. cuaca basah kering hangat beku bersilih ganti amat jahat pada epidermis kamu. tidak ketinggalan, pada yang sensitif, kulitmu akan dilawat encik gegata dan puan miang keladi.

4) andai tiba2 hidungmu berdarah, batukmu berkahak merah, jangan risau. kamu tidak pun memiliki kanser otak atau leukemia. itu biasa. kepada drama queen di luar sana yang inginkan perhatian, anda boleh aplikasikan hypothesis saya ini dengan memasuki peti pembeku daging di mana2 kedai berdekatan. tidak perlu makan pil tidur lagi. eleh. kalau setakat makan 4 biji, baik tak payah.

5) sehebat mana kamu rasakan kamu gempak rabak dengan skill pemanduan drift, usahlah kamu bandingkan diri kamu dengan pakcik2 di sini. andaikata kamu mahu cabar mereka, alamatnya sayurlah kamu. di sini, hari2 perjalanan adalah seperti drifting kerana jalanraya licin dengan ais nipis. seminggu pertama, setiap kali aku berada di dalam kereta, aku telah membuktikan betapa ayamnya aku dengan menjerit seperti fasha sandha. ketakutan. *terdiam* not a great sight. *fikir sekejap* no.

6) tubuh badan kamu seperti mempermainkan akalmu. refleks kamu tidak begitu pantas kerana di separuh masa, receptor kamu kebas dan tak berasa. sebagai contoh; minyak masak yang tertempias di tangan kamu akan mengambil masa dalam seminit untuk memberitahu betapa pedihnya bahana letupan kecil itu.

---------

kelakar, kan?
semua benda akan melintas dan bergentayangan di kepala bila mana semua benda itu sudah bukan lagi di tangan kita.

panas sikit, mencarut.
bahang sikit, mengarut.

menghargakan sesuatu bila sudah tiada.
itu biasa.
kita.

macam bergaduh dengan mak.
bertekak dengan bapak.
benci kawan2.
hina rakan taulan.

itu biasa.
kita.

mati mak bapak kawan2 rakan taulan,
baru terdiam.

:)
takut, tak?

*senyum*
itu biasa.
kita.

tapi, aku rasa, selagi kita masih ada secebis perasaan "aku ni boleh tahan bangsat", walau pun dalam diam2, senyumlah. kerana selagi ada itu, kita semua masih berkesempatan.

sempat untuk diri sendiri.
sempat untuk meminta maaf untuk diri sendiri
pada diri sendiri.

sempat untuk meminta sempat pada yang lain2,
itu lain cerita.
itu pandai2 kita menjawabnya.

:)

lama tidak dapat buka blog.
aku mendapat update pun dari status kawan2, dari komen teman2 di facebook yang sebenarnya pun begitu terhadang. tidak perlu dikhabarkan, bila malam menjelma, tidak ada sambungan bandar ini sama dunia. internet hanya ada bila suria ada.

jadilah.
haha.

terlalu banyak perkara hendak aku bebelkan.
tentang bacul yang mengutuk anak ladynoe mungkin kerana dia tidak berkenan ladynoe dan bukan anaknya.
tentang bangsat yang mensedekahkan bayinya pada sebusut semut.
tentang orang mulia yang sebenarnya jahat hati.
tentang orang hina yang dikejam tanpa peduli.

banyak.
tapi itu semua nanti2.

terima kasih pada semua yang terlalu sudi meneman aku di sini lewat cerita2 di email dan status.
terima kasih pada semua yang terlalu comel bercerita tentang tanah kita yang bersilih panas dan pejus.

aku rindu menulis.
terlalu rindu.

*diam*

sekarang secara rasminya tri dan syafiq membujang.
aku 3 jam lebih awal.
wani 3 jam lebih lewat.

alhamdulillah.
mungkin nasib aku dan wani, sekali pun tidak ada terlintas rasa cemburu atau ngeri.
atau mungkin, kerana kami beruntung mendapatkan kekasih yang cuma kacak di mata sendiri.

*senyum*

kalau ada yang aku boeh bisikkan tentang cinta buat hari ini, inilah dia:

tak ada manusia sempurna.
maka tak ada cinta yang sempurna.
yang ada cuma redha dan percaya.

bila sesuatu itu diserahkan pada tuhan,
kita akan terima;
terus untuk kita,
atau ditulis jodoh tiada.

insyaAllah.
kekuatan dikasikan pada kita.

*senyum lagi*

sekarang,
sekali lagi,
aku dan suami mencari Peri Cendrawasih kami.

ada siapa2 yang tahu,
mana2 yang benci bayi perempuan mereka sendiri?
aku janji takkan diamkan yang dia bukan milik aku dari tubuh ini.

*diam*

demi allah yang maha kuasa,
aku tidak tahu apalah kebaikan yang pernah aku ada,
sehinggakan diberi suami sebegini indah budi hatinya.

disudikan aku yang tidak cukup.
ditolakkan yang lain yang lebih sanggup.

*diam*

sejujurnya, beberapa menjak ini aku begitu murung.
bukan untuk aku.
kerana terlalu kasihkan kekasih aku yang mungkin jauh di dalam lubuk hati ada ingin mendapat zuriat sendiri.

setiap kali aku suarakan,
pasti ditegur sampai terdiamkan.

"sayang jangan teralu tamak. saya sudah terlalu cukup bahagia"
"tapi bukankan sayang perlu anak?"
"tidak ada makna kalau ketawa sudah tidak ada"

terima kasih, wahai tuhan.
untuk hazrilfitri yang kau pinjamkan.

*diam*
*kesat airmata*

ah. tuhan kan adil?
aku kurang di sini, dilebihkan di sana.
aku lebih di sini, dikurangkan di sana.

*senyum sedikit*

berapa ramai yang boleh kata punya kekasih secomel suami aku.
kan?

ngeeeeee

26 comments:

nuRul saLoma said...

sayu:-(

Cik rame-rame said...
This comment has been removed by the author.
Nini teDDylicious said...

:)

kak fynn bl nk balek teman abg tri smula..??

tkah. said...

oh

tulisan tu benar2 buat hati ni terharu.

nadyakamil said...

sedey

bertuahnya anda mmg bertuah.

punya sang kekasih hati seperti suami anda =)

Fafa Rafa said...

alhamdulillah..
may Allah bless both of you..
:)

chenta said...

fynn..

Tak penah jumpa pun tapi masih..

Rindu kamu..xtau pasaipaa..

=/

hidup baik-baik ok.

cokelatcelup said...

membaca tulisan anda betulbetul buat aku duduk diam memikir. dan bersyukur. dan berharap punya jodoh seperti kamu juga. ;)

susudalambotol said...

fynn, awak dan wani sedang berjuang. sabarlah kat sana ok :)

Nourelwardatulnisa' said...

btol, Allah itu maha Adil, di dunia je dah nampak keadilanNya.. syukur dapat suami yang penyayang...
hidup di dunia sementara, apa yang penting rasa syukur kita hambaNya yang berpanjangan, kerana cintaNya kita bisa bernafas

Cik Puan Drunbella said...

kak fynn.

mak member saya memang mengambil anak-anak terbuang.mulia sungguh hati beliau.beliau sanggup membeli baby berapa pun harga drpd membiarkan baby tu dibuang atau dijual kpd org bukan islam.beliau selalu berurusan dengan hospital swasta utk dapatkan baby2 comel neh.kalau kak fynn mau baby utk dijaga,nanti saya try tanyakan pada member saya.

AyaN said...

kak fynn,aku sebak bila baca yang ini.

"semua benda akan melintas dan bergentayangan di kepala bila mana semua benda itu sudah bukan lagi di tangan kita.

menghargakan sesuatu bila tiada.itu biasa.kita.

ah. tuhan kan adil?
aku kurang di sini, dilebihkan di sana.
aku lebih di sini, dikurangkan di sana."

betapa kita kurang sedar yang kita sudah ada beberapa benda yang kita benar2 perlu.yang cenderawasih itu,aku du'aa kak fynn jumpa secepatnya.

tak apa.Allah ada :)

LORD ZARA 札拉 said...

kak.

bila membaca, aku berterima kasih kerana aku kenal dengan seseorang yang bernama Fynn Jamal - walaupun mungkin hanya sekadar penulisan.

kamu buat aku tunduk, tepat lihat hati.
adakah aku mungkin dapat kuat seperti ini?


tabahlah di sana kak~
kirimkan aku sedikit salji, boleh?

SADIS said...

ase nak buat cerita je kisah fynn jamal nih.

huhu.

amalina sahaja said...

sangat sayu baca tulisan itu.
harap tabah dan kuat kakak (:

dill said...

untung kak fynn, punya kekasih yang abadi. menyokong tanpa jemu, tiada lelah dan jemu.

saya cemburu.

rObOt said...

sayu sgt hati.
sentiasa mendoakan yg terbaik utk kalian berdua ;)

dobot said...

aku menangis kak!
:(

Ain Sharafuddin said...
This comment has been removed by the author.
MERAH said...

k.fynn..

suka bila baca tiap entri kamu.
senyum bila baca tiap entri kamu.
saya seolah dapat rasa betapa rindu kakak pada sang kekasih kakak.

bertabah di negara orang ok??
:))

Seyn said...

indahnya memiliki isteri berjiwa seperti ini...

nurnuha said...

mengaruk - i love that word.
lama tak guna.:P

Anonymous said...

aku baca entri ini 2 kali,
& kali yg ke-2 pun ttp ada air yang mengalir...

betul fynn,
kau cukup bertuah,
dikasih suami & allah..

aku cemburu,
aku punya apa yg kau tiada,
& aku tiada apa yang kau ada...
benarlah allah itu adil,
manusia & bahagian masing2...

nEeYa_dEeyA said...

fynn..

sama juga aku..
pernah aku bisik pada kekasih
andai terlalu ingin dia pada zuriat
maka aku sudi, walau apa saja perlu aku korbankan..

namun jawab dia
"bermati-mati saya cuba mendapat awak
kenapa perlu dipisah semata untuk kesempurnaan saya
bukankah ada saya, ada awak kita sudah terlalu sempurna"

dan di balik peluk dia
aku senyum
walau basah di mata, di hati

betul kan fynn
perempuan yang kuat
pasti dianugerahkan cinta yang lebih kuat dari si suami..

Anonymous said...

zuriat adalah kurniaan allah. Sesungguhnya allah mengetahui yang terbaik untuk hambanya...bersabar dan berdoalah.semoga kalian mendapat zuriat.Diriku jua seperti kamu,kepingin anak kecil yang comel yang lahir dr tubuh badan ini. Seandainya allah memberi kesempatan untuk diri ini bergelar seorang ibu...alangkah indahnya hidup ini...nikmat yang x ternlai...

pari-pari senyuman said...

hahaha yang nie comel..