Thursday, October 29, 2009

ai gedik dan ai comel yau yau

sesiapa yang pernah menjadi anak murid aku akan tahu;
aku samseng.

duduk atas meja.
berdiri atas kerusi.
lompat ke belakang.
keras macam besi.
sepak kerusi pelajar.
carut macam haram.
persetan peraturan.
bebel sampai malam.

namun,
sesiapa yang pernah jadi anak murid aku juga akan tahu;
aku hampeh.

usik budak ini.
kacau budak itu.
puji sampai segan.
melatah sampai malu.
majal kasi merah.
selalu kasi chan.
cepat kesian budak.
rajin aku melayan.

siapa yang tidak pernah masuk kelas aku tidak akan faham, mungkin akan mengeji. aku keluar dari universiti paling islamik itu pun pasal aku tidak ada kertas membuktikan aku layak bergelar cikgu. jadi semua benda aku buat, tidak betul.

aku bukan cikgu bertauliah.
aku cuma seseorang yang berminat jadi cikgu.
bukan pelajar tesl.
jadi aku tak pernah belajar cara2 mendatangi akal pelajar.
atau mungkin kerana aku tidak ada bukti bertulis yang aku tahu cara2 mendatangi akal pelajar.

pegilamam.
baik aku beram.

aku boleh bagi 10 nama (kawan yang belajar tesl) yang ke laut.
aku boleh bagi 5 (daripada 10 itu) yang ilmunya ke laut.

apa obsesnya dengan kertas bodoh ini pun, aku tak tahu. sepanjang aku hidup berkerjaya, tak ada sekali pun kredential aku dipeduli kecuali untuk hari temuduga. tidak pernah ditanya siapa edgar allan poe. tidak pernah diambil tahu markah aku paling tinggi dalam malaysia-singapore literature. tidak pernah disoal apa itu labiodental dan aplikasinya.

tapi aku selalu bising sama budak2 yang kadang2 dalam hidup ini kita perlukan sesuatu yang kita tak perlu untuk jadi seseorang yang diperlukan.

macam duit jugak.

apa pun, jauh dalam hati, aku pasti anak2 murid aku seronok walau pun kelas aku haruk. dalam 3 jam, aku cuma gunakan 2 jam. dalam 2 jam itu, cuma sejam (atau lebih kurang) yang aku guna untuk mengajar. lebihnya semua aku bercerita, bergurau, berapa saja.

syarat aku mudah.
dalam satu jam itu, semua diam.
letak pen. letak pensel.
jangan ke mana2.
duduk dan pandang.
sekejap itu sahaja.

i dont give a damn about your marks. u should.
i dont give a fuck if you fail. u should.
but if u want this thing, tell me, so i'll protect u.
and i will make sure those who have the guts to even laugh at u
get the taste of their nose blood in their lungs, i promise u.

semua biasanya sunyi.
maka biasanya aku akan habiskan ucapan di atas dengan;

you do NOT want to fuck with me.

sambil senyum sedikit.
dan angkat2 kening.

biasanya mereka akan ketawa.
dan aku akan ketawa sekali.

semua lega.
:)

aku memang badot.
aku suka bergurau.
bagi aku, ketawa itu orgasmik.

aku tidak tahu secara total, tapi aku rasa anak2 murid aku hormat aku.
gelak2 juga. ketawa2 juga.
tapi hormat tetap mahu.
atau sekurang2nya depan aku.

jadilah.

hormat bukan sesuatu yang kau boleh minta. ia adalah sesuatu yang kau perlu usahakan. dan dapatkan dengan satu cara, dan hanya satu cara iaitu dengan cara terhormat.

hormat.
antara perkataan pertama kita belajar ketika kita kenal ahmad, ah seng dan raju.
sekali dengan nilai2 murni lain seperti toleransi dan bantu-membantu.

entri hari ini, aku hendak kecilkan perbincangan tentang etika hormat ini dalam skop komunikasi hari2. lebih spesifik:

konsep hormat dalam melawak;
lima larangan paling asas perlu kau tahu;
bagaimana untuk tidak kedengaran dan kelihatan seperti babi.


--------------------

satu)
jangan melawak tentang mak bapak orang

--- kecuali kau benar2 rapat sama anak si mak bapak yang kau guraukan
--- kecuali memang anak mak bapak yang kau guraukan itu pun biasa gurau tentang mak bapak kau.

contoh:

--- ikan flowerhorn ni jendol. macam mak kau. kepala dongga. hahaha.
--- bapak kau hensem, aku pun sanggup jadi pompuan simpanan dia. hahaha.

bahana:

1) diamalkan pada kawan baik:
dia hanya terpana dan berdiam beberapa minit. cuma memahami apa yang baru sahaja jadi.

2) diamalkan pada kawan biasa:
dia akan berhenti bertemu kau, mula menjauh dan akan pura2 tidak ingat nama kau bila terserempak.

3) diamalkan pada orang tidak dikenali:
dia hayun kerusi pada muka kau.


--------------------

dua)
jangan melawak tentang orang mati

--- jangan langsung. tidak pernah kelakar.
--- kecuali kau sendiri akan mati atas sebab yang sama. mungkin itu okay.

contoh:

--- mesti masa abang kau mati eksiden tu, dia sempat cakap kat malaikat maut, "wasapmainiger". hahaha.
--- semalam nenek kau datang umah aku. dia kirim salam, dia suruh kau belanja aku makan. *nenek dia baru meninggal bulan lepas*

bahana:

1) diamalkan pada kawan baik:
dia cuma mampu mengalirkan airmata. tahniah. kau buat dia kembali rindu pada nenek dia.

2) diamalkan pada kawan biasa:
dia jawab, "ada tak dia tegur muka kau macam langsuir? sebab nenek aku mulut laser"

3) diamalkan pada orang tidak dikenali:
dia tampar kau.


--------------------

tiga)
jangan melawak tentang fizikal yang tuhan sudah beri

--- terutamanya bila itu sesuatu yang bukan sang empunya diri suka
--- kecuali yang dilawakkan itu jenisnya memang suka menganjing diri sendiri

contoh:

--- kau ni macam kucing la. comel. ada misai. hahaha. *dia perempuan*
--- jahanam tayar keter aku tadi lalu kat jalan tu. berlapis2. macam gigi kau. hahaha.

bahana:

1) diamalkan pada kawan baik:
dia sengih sambil berkata "hampeh tol". kau perhati lama2. kejap lagi dia termenung dan menangis.

2) diamalkan pada kawan biasa:
dia sengih juga sambil berkata, "sekurang2nya aku dah nak kawen hujun tahun ni"

3) diamalkan pada orang tidak dikenali:
dia sengih lagi banyak sambil berkata, "mesti tuhan bagi kau nikmat kow2 kat dunia ni. sebab dia nak bagi kau habis2an kat akhirat. kan?"


--------------------

empat)
jangan buat lawak tentang harapan palsu

--- dapat pula itu adalah sesuatu yang begitu dimahukan. keterlaluan dimahukan.
--- kecuali dengan kadar sedikit. demi untuk menenangkan keadaan. CUMA sedikit. sebaiknya tidak perlu.

contoh:

--- tahniah encik radhi! anda tidak ada kanser testis. *diam lima saat* acah mak enon!!! hahaha.
--- zura kata dia setuju nak tengok wayang dengan kau. *tunggu dia habis melompat2 dan berseronokan* aku bohong je. perasan. hahaha.

bahana:

1) diamalkan pada kawan baik:
dia sama2 ketawa, untuk menjaga airmuka yang sudah macam orang gila tadi. padahal dalam hatinya, dia begitu sayu.

2) diamalkan pada kawan biasa:
dia panggil kau pukimak.

3) diamalkan pada orang tidak dikenali:
dia bantai kau.


--------------------

lima)
jangan buat lawak tentang sesuatu yang boleh bunyi macam doa

--- walau macammana tidak langsung ada niat kau doakan sekali pun. jangan.
--- kecuali itu cara kau untuk katakan apa yang dia hendak itu sebenarnya tidak elok. itu kes lain.

contoh:

--- kau kan hati mulia. mesti anak kau stok sindrom down. hahaha.
--- rilek la. jangan kalut nak kerja cepat. kau bukan hidup lama pun. esok mesti kau mati. hahaha.

bahana:

1) diamalkan pada kawan baik:
dia ketawa sama. cuma dia kata, "tak baik siyot"

2) diamalkan pada kawan biasa:
dia ketawa sama. dia renung kau dan kata, "mak ai mulut kau..."

3) diamalkan pada orang tidak dikenali:
dia tengok kau sambil membayangkan perasaan menghenyak kau bertubi2.


---

ada beribu2 cara lagi untuk jadi kurang ajar dalam melawak. ada berjuta2 cara utk membuktikan pada seluruh dunia tentang betapa kau tidak faham konsep hormat secara betul2. aku cuma beri lima contoh. dan aku tahu kalian masing2 ada berapa banyak lagi sampel2 kes seharian.

apa pun jua, tema pusatnya adalah ini:
kalau kau tidak kelakar,
JANGAN buat kelakar.

teruslah dengan status anda si tukang ketawa.
tiada keistimewaan pun jadi badut.
tiada kelebihan pun.
tiada.

fikir dahulu sebelum buka mulut.

aku selalu bagi amaran ini dalam kelas2 pertama aku, sebaik sahaja aku biarkan anak2 murid aku bergelak ketawa dengan senyuman post-statement "u do not want to fuck with me" tadi:

there's a very thin line between being rude and being funny.

sesungguhnya.
ini adalah masalah kita.
dengan role model seperti apek senario dan amir raja lawak, kita rasa lawak itu adalah mudah.

boleh melawak begitu.
tapi jangan marah kalau kau dipanggil bodoh.
sebab lawak kau memang bodoh.

kalau kau datang pada suami orang,
dan kau tulis "boleh tak aku nak kawin dengan kau?",
aku rasa tidak semua orang rasa benda itu kelakar.

dan kalau bila tidak ada orang tegur lawak kau tak kelakar,
kerana mereka cuma cuba sebaiknya untuk jadi sopan,
aku rasa kau tidak patut fikir mereka mahu lagi dan terus tegar.

aku tidak pernah menulis untuk cari peminat.
aku tidak pernah buat apa2 untuk mendapat tempat.
aku tidak paksa sesiapa datang pada aku untuk menyembah aku.
jadi aku tidak takut untuk luahkan hal yang berikut,
dengan mengetahui kau akan mula benci pada aku atau apa jua yang akan aku sebut.

kerana aku rasa kau benar2 perlu diajar sedikit tentang konsep membuat penyataan kelakar.

kau datang ke mukasurat suami aku, dengan penyataan:
"boleh tak aku nak kawen dengan kau?"
mungkin sebab kau baru 19 tahun, jadi kau rasa benda itu kelakar.

suami aku jawab pendek:
"tak"
mungkin sebab kau tidak kenal suami aku jenisnya benci orang, jadi kau fikir jawapan dia kelakar.

kau jawabkan jawapan pendek suami aku dengan smiley sebagai pangkalnya:
"ala bolehlah"
mungkin sebab kau rasa frasa di atas begitu comel atau manja, jadi kau rasa ini sekadar buat kelakar.

aku terbaca dan aku jawab mudah:
"HOI!"
mungkin sebab perkataan hoi boleh diaplikasikan dengan tona suara seloroh, jadi kau rasa aku sedang buat kelakar.


kau:
sori2. saje je tgh bosan.

aku:
gi main congkak.

kau:
*senyap lama*

tri:
*menganjing*
cuak.

kau:
bosan.
*tolong jelas sikit. apa yang bosan? kau?
kami yang tidak faham lawak kau yang membosankan?*

tri:
*sudah jelak*
palancau.


kan dah kena.
dik, silap orang la.
seryes.

silap orang.
silap DUA orang.

maaflah tidak dapat quote habis2an. kamu dah delete thread itu, nak buat macammana.

dan dik, minta maaf biar ada adab. bukan tiba2 tanya resepi.
itu namanya tukar topik.

*diam*

mungkin aku dan tri saja yang kolot.
orang biasanya memang buat lawak ajak kawen ke pada orang tidak dikenali?

shit.
selama ni aku ingat menjadi gedik itu bangsat.
rupanya comel.

tengok mulut aku.

ha.
ha.
fuckin ha.

*dah satu hari aku kena buat lawak kat laki aku tau tak? dia benci orang gedik. tolong la faham. aku yang kena bebel nanti. dah lah susah aku nak yakinkan dia manusia ni indah*

argh.

edited:
kau baru block aku dari page. siap kata pada aku "kun fa ya kun".
wow.
19 tahun dan begitu tinggi sifat percaya diri.
oh ai suka perempuan penuh keyakinan macam yu.

suka gile.

46 comments:

Mami Naufal said...

Hye Fynn,

did read the post n3 kt wall hubby u..and i was like ---- terdiam jap..i ingatkan dia kengkwn u n mayb da biasa berlawak..but then i realised that there's something wrong..if i'm in your shoes, probally i'll do the same~

Azureen Azlan said...

Kak Fynn,
kalau sy d tempat akak pun akan rasa marah juga. sesetengah org xfaham apa yg mereka lawak kan tu x bertempat. sabar ye kak Fynn.

saya link kan blog akak dlm blog sy, suka baca tulisan akak :)

Anonymous said...

takde sivik ke melawak ttg itu..??

dia begok.

sHEmA_sHImoT:D said...

baru paham,tadi tak tahu..
perempuan tu ingat kakak sama abang sempoi agaknya...
tapi kalau die kate begitu pada laki saya
sy akan cakap

'laki saya mandul!kamu nak?'

hihihi...

cik bata merah said...

kak fynn.
aiyo.
ape brg ar budak kecik tu.
tak tahu malu betol.

shit.

p/s: sy ttp sokong kak fynn walau d mn jua kak fynn berada. :)

Dahlia Mazelan said...

perempuan kadang2 terlalu gedik dan mengada..kalau org tulis begitu dekat BF aku..aku pun maki dia..lagi2 dah jadi suami, aku cari dia sampai lubang cacing..:)

.:nani:. said...

saya jiran kamu. saya nampak riak muka kamu.

jiran2 depan, tepi belakang kita semua setuju.

ini memang tak kelakar.

adik saya pun baya dia. tapi tade la perangai cam dia.

buat si budak kecik.. kalau2 kau baca kan komen nih.

1) kau memang tak kelakar

2) lawak kau memang tak kelakar

3) kalau motif kau motif kelakar, mmg tak kelakar..

4) kami orang kampung kot, sebab tu kami tak paham lawak kelakar kau dik. kau kan dah pegi sini sana. jadi kami ni tak kelakar.

5) pergi la masuk show raja lawak, kau tanya nabil raja lawak, kau ni kelakar ke tak?

6) awat hang dok bagi malu orang utara ni dik? hang memang tak kelakar

sekian,

dr aku : maskot adam western yg kadang2 kelakar kadang2 tak kelakar =D

kell said...

garang yau yau!

jangan peduli sama orang seperti itu..
buang masa..

p/s :
but i like the intro of this post..
semalam baru nonton dead poet's society..
tho that movie dah berkurun lama..
can i be in your class?
heee..

vidadarisakura said...

haha.ok paham suda.hee

BABUJIE said...

teens nowadays memang gedik mcm tu ke? or dia sorang je yang meng`over'kan dirinya untuk jadi gedik? oh sangat susah perempuan zaman sekarang. .

Ayyman Rahim said...

Haha tak betul punya perempuan. Kak Fynn kena buat puisi untuk dia tajuk "Perempuan Gila Itu". Hehe

Anonymous said...

opppsss hanya dia okeyh
sy adalah teens yg tidak gedik.
gila trkejut sy baca mcm tuhhh
spatutnya, dia minta maaf proper.
duhhh

kak, aummm aumm
:D

gadishebat. said...

pelik2 la.
gedik sgt jelek.tolonglah jd normal dik.

cik puan kerjaya berjaya said...

hahaha
ambek ko kne mrh.
d ke kaco laki owg.
cari nahas betol.
hahaha
bgus k.fyn.
maki je trus ptt ye.hahahaha

joegrimjow said...

kena bagi link ni kat hot fm

PAP said...

dalam dunia memang banyak jenis manusia.
salah satunya species manusia yang 'spe-sial' macam ni.
mungkin dia patut lekat di dahi kertas bertulis "sila tumbuk dan sepak muka saya sebab saya memang suka buat lawak cam cilakak!"

apa-apa pun post kak fynn kali ni memang banyak nasihat untuk sekalian manusia.
muhasabah diri seketika.insaf.

Unknown said...

klu kene kat sy memang bdak 2 kene abis2..attention seeker..cari perhatian cara murahan..

Unknown said...

untuk menulis begitu dekat org yg dah kawen mmg tak berapa nak senonoh.

gedik boleh, sikit sikit dah la. kalau banyak, dari manis jadi pahit. itu yang jadi.

Beautiful Disaster said...

baru nak baca dah tak ada. cet. melepas nak tengok dia kena sound dengan kak fynn. hehe.

kalau saya pun, saya buat macam tu.

Hazerin said...

wooo.. kakak fynn sudah marah.


hei, klu dia pkir umor 19 tahun boleh dimaafkan dgn pkara2 mcm tu, biar dia tggu umor dia 27 dan ada budak 19 tahun yg lain pulak buat mcm tu kt laki dia. biar dia rasa.



cukup tak pandai.
umor 19 tahun, patutnya pegi sekolah la, budak.


haishhh...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Mahu ketawa sekejap.
Eh Lahabau~

Mahu berlawak tak kena tempat.
Jangan diterang sehingga gigi hilang empat.
Nasib baik cuma di alam berbentuk segi empat.
Kalau tidak sudah lama dia terpaksa merempat.

Orang begitu perlu di ajar lagi.
Diajar menghormati.
Kalau tidak pasti akan memakan diri~

Kak Fynn~
Ku sudah officially mulakan kerjaya sebagai guru~
Mohon doa dari kamu =]

Tini Rahim said...

adeh.... gelak sampai hampir terkucil baca post yg ni...

mintak resepi? bwahahahahaha !!

memang cuak la tu....

apa motif "kun fa ya kun" tu?

bekam said...

tu lawak bangsat namanya

WNA said...

erk lawk bosan apa ni.

betul kata akak,pegy main congkak.

neem said...

lidah itu tajam.

mon2 said...

ngeee..pompuan tu..gedik btl..umo baru 19..x hormat org pulak..ingat bole main2 ke??neyway sis..nice post..;)

ringo said...

urat kelakar dan urat hormatnya mungkin sudah berselirat barangkali.

Pisey said...

ketawa itu orgasmik.
=)

oh.
minah itu tertinggal otak dia time bangun tidur mungkin.
aha.

safuan said...

tak sampai sehari tak jenguk sini tup2 dah 25 comments. geram btol.

simple gile ayat guna nak counter attack- "palancau" haha

Wani Ardy said...

dia tak faham pun makna kun fa ya kun yang sebenar-benarnya.

i'd bet.

Azzam?? said...

ni khas untuk Tri;

weihh... jom kawen dowhh...

hahahahahha

liyanaKim said...

kak fynn bila baca komen.
bru itew faham.
bg pelempang aje.
baru budak kecik paham.hhaha,


=) sukew penulisan kak fynn.!!

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

oh..ni yg k.fynn wrote on fb wall..
isk,,ada rupanya makhluk Tuhan macam tu..memalukan saje..
budak2 xmatang mcm tu la..
hope k.fynn n tri kuat.
~cinta tiada akhirnya~

atn.yusry said...

wahhh fans lagi sakit hati nampaknya. bahaya ini. relax dulu. makan ice cream vanilla dulu.y

Para Jamaludin said...

oh kak fynn, tu jugakla benda yang saya fikir skrg.

ben ni semua nak pandang sibet. yang tudung2 labuh lagi nak cakap ben western berlebih.

saya pun belum nampak kertas yang keras dgn relevan kerjaya yang semakin banyak org berlumba2.

yang pasal orang yang nak kawen dgn tri tu, pegi kasi dia mnum juz bab.

mesti dia rs haram smpai bila2.

F U S S Y said...

aik! nie kes smlm kt fb...
mmg patut pon kena hoi..
2 bkn lawak 2 gedik namenye ajk kawen kn kn kn

njam said...

thx..sangat bagus entri ini untuk saya yang gemar berjenaka...sangat2 berguna sebagai panduan dan skema sblm berjenaka..hehe

KhaledaHijazy said...

uhm...wow.

Anonymous said...

haha.
end of d post bru aku paham asal usul entri ko tu.

mcm biasa, i like it haha

tp mmg slalu ada makhluk yg mcm tu, buat lawak tp wrong place, wrong person or wrong timing.

watever fynn, u rock!!!

.o r k e d. said...

da tuka url.sila update ya (:

nazreena nadia said...

hahha saya teringin jadi student kakfynn!

-nadia

(da lama ta on9. ta smpat btaw kfynn. ini nadia)

baiti said...

ni bdk yg kaco tri~
da la hodoh~
ade hati nak kaco org punya laki!

http://www.facebook.com/profile.php?id=1435942391

her royal highness said...

ahahahah.. baiti siap bagi link.

*dianne terpaksa klik sebab terlalu curious dgn budak kecik yg sungguh berani x kena tempat*

sa'diyah said...

kak fynn nie kte, sa'diyah.. hehe kak fynn ingt lg tk.. kte syg kak fynn taw! ;)

Ophe said...

aku tahu aku bukan seorang yang kelakar.. sebab itulah aku tidak pernah mahu buat kelakar...

~Ati_Hime~ said...

gile ape bdk nih..maki jek..habis cerite..hish..