Thursday, January 31, 2008

peringatan buat aku

menemui diriku sendiri,
assalamualaikum.

aku sudah tidak ingat siapa aku lagi mungkin. maka kerana itu tersimpang sekali-sekala meluncur laju dan bergoyahan.

maka entri ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri.

nama aku nur affina yanti, dari kecil dipanggil angah. di sekolah nama tertukar menjadi yanti. di universiti aku menukar nama sendiri menjadi fynn. puas dikutuk dicaci kerana konon2 mahu menjadi lebih glamour. bisa glamerkah kalu semata menukar nama? tolol.

yanti. arwah bunda yang mahukan nama indonesia itu, kerana terlalu berkenan dengan anak temannya yang manja dan keletah.

dia mahukan anak gadis pertamanya manja dan menggantungharap padanya.
*sigh*

aku mula menulis puisi setelah terjumpa sajak arwah bunda di mejanya yang ada mesin taip pembelian ayahanda buatnya. tajuknya tak akan aku lupa, "usah di tanya kenapa". takkan mungkin aku lupa, kerana itu jugalah puisi aku yang pertama.

puisi yang ditulis untuk semua, atas kematiannya yang hanya beberapa tempoh. tidak diberi kami ini menyoal dia meski pun tuhan, yang sememangnya ia satu hak yang memang terpotret untuknya.

tapi, bunda.. pernah kau fikir qada' qadr kamu itu memberi influansi pada kami2 yang ditinggalkan ini?

aku pagi ini telah cuba tidur, namun tewas. setiap decing keriut alam akan membuka mata aku yang aku paksa untuk pejam. aneh, jika selama ini para dinding dan bumbung sentiasa memekik, mlm tadi aku tertinggal sunyi dengan dengung satu pitch di telinga.

untuk kali pertama aku rindu hingar kegilaan kepala aku.

*diam*

mari balik ke masa2 kecil itu, berkayuh basikal setiap jam 5 petang. melintang angin bersama layang2 terbina dari kanji nasi, memanjat turun longkang besar depan rumah menjerat ikan lampu, berkejar2 dengan arnab dan ayam abah, sambil menjerit2 bau tahi ayam di pintu reban.

mari ingat semula patung kertas 20sen yang boleh disalin2 baju, main tikam2 yang sememangnya hanya memberi jajan bodoh dan bukan pistol meletup berpeluru kertas merah, atau ayuh bertembak2 senapang puluru pipit hasil tangan abah yang digergaji semata dari kayu rumah.

mari lupakan kedewasaan dan alam komplikasi ini.
terasa tidak mahu berzuriat, takut keterlaluan untuk mereka hadapkan dunia kejam ini.

tuhan, aku begitu destruktif di akhir-akhir hari.

abah, angah rindu bersandar pada bahu kamu. membilang tahi lalat ketika memicit tubuh tuamu. bual2 kosong sampai tertidur dalam bilik kamu, bercerita tentang hidup, apa terbaru.

dalam dunia ini, jika ada perkara yang mampu mematahkan nyawa, hanyalah ayahanda aku itu. manisnya dia, gagahnya dia, teristimewa. mampukah ada lelaki yang bisa merentap jantung seperti dia?

jika diambil dia terdahulu dari aku, tuhan aku tidak mungkin larat bernafas. jika aku pula yang pergi sebelumnya, sudah pasti terseksa seperti dia dahulu merindu bonda.

entri ini masih untuk mengingatkan aku.
untuk melengkapkan solat, mengurangkan kejahilan.

tuan2 dan puan2,
nampakkah gerabak insaf?
di dalamnya ada Tuhan saya, apa Dia sudah pergi dan berlalu pada aku yg terleka di stesen sunyi ini?

kawan2, jika aku nazak bergelut kematian, mahu melawatkah dan ceritakan tentang konda-kondi belakang rumah, layang2 di tepi jalan dan ikan lampu di kolam besar itu?

supaya aku mati sambil beringat, saat termanis adalah ketika di rumah, sepahit mana kenangan yang ada.

6 comments:

[siti] said...

sejadah itu masih belum terlempar jauh bukan?

Kitab suci itu masih belum terlalu berdebu ditinggalkan di rak bukan?

Mungkin masa yang paling sesuai untuk gapai mereka semula..

Anda kembali ke mode destruktif.. saya pula sedang belajar erti permasaalahan org dewasa. Perkara yang waktu kecil kita harapkan ianya bagai dongeng. Tidak kita tahu bahawa hidup bukan fairy tale, sehinggalah kita melaluinya.

Seperti aku.. pada saat ini..

Juga seperti kamu.. pada saat2 kamu hampir hilang raga.

Jangan terus hilang dan hanyut affina.. Tuhan itu masih sayangkan kita.. sentiasa mahu kita kembali ke dakapanNya..

hanee said...

syukur fynn. kamu nampak jalur itu.
saya tetap di sebelah maya kamu fynn.
sebagai kawan, entah.
sebagai insan, entah.
sebagai pendengar rintihanmu, entah.
sebagai cikgu, entah.
sebagai orang yang pernah berperasaan seperti kamu, entah.
tapi saya ada untuk kamu
walaupun kamu rasa kamu tidak perlu.

kuat fynn.

-hanee.

cha said...

haaiihh fynn...
entah kenapa...sejak akhir2 ini.. entry kamu begitu menyentuh..

hanafiah said...

manusia diberi tiga waktu;

waktu lepas
dibuat pedoman
bagi menghadap waktu hadapan

waktu hadapan
dibuat janji
agar diri waktu kini punya tujuan

waktu kini
penentu diri
apa yang sudah dilepas
apa yang akan dihadap

QaSiyh said...

kak fynn...
sedey je baCe entri kakak...
r u ok..???
damaikan perasaan,,carilah ketenangan....

Diana Nuzuin said...

nur affina yanti, kau paling istimewa.