Wednesday, January 23, 2008

halo kawan2, topik hari ini adalah kejahatan internet

untuk kesekian kalinya: aku tak peduli jika gambar bogel itu milik anju atau tidak.
haih. penat aku menjawabnya.

satu: sukatilah jika gambar itu persis gambar wajahnya. yang loketnya itu mungkin initiasi pangkal eja namanya. yang jendul dahi itu seolah rupanya. sebab aku tak peduli belakang cerita pelakon utama aku itu.

dua: tidak ada masa, dan tidak mungkin meluang masa untuk menelefon dia semata bertanya, "eh, engkaukah perempuan laknat bertelanjang di internet itu?"

maka, cukup ya. apa diperlakukan, biar dia jawab sendiri.

apa yang penting:

1) saya tidak pernah dan tidak mungkin minum arak (noktah)

2) saya tidak berminat sosial keterlaluan (kecuali bergila2 sama teman2 perempuan dan biasanya dalam kumpulan kecy saya yang mmg dikenal isi luar dalam sebelum saya dikenal lagi)
3) saya tidak mungkin akan melibatkan diri dalam kebangangan dadah dalam apa jenis sekalipun (harapnya shisha tidak tergolong)

tidaklah pula aku ini memoyo (asal perkataan: poyo); tapi aku rasa mual dengan perkara2 sebegini. tempiasnya aku rasakan juga sedikit sebanyak. ayahanda sibuk telefon "awak ada terlibatkah?" "awak kawan sama perempuan itukah?" "kisah gambar itu memang diakah?" argh. serabutlah mahu menjawab.

tolonglah manusia2 di luar sana. lebih menarik dan sensual jika kamu tanyakan tentang kes mahkamah Tun. celakalah mereka yang masih mahu mengorek kubur persaraan sang pahlawan itu. sudah2lah. apa juga, sudah tamat. biarkan dia. tidak cukupkah segala kepenatan memikul tanah lumpur kita selama lebih dua dekad?

atau jika mau sesuatu yang agak hilarius, mari sembangkan tentang menteri2 yang menikus dan berkonon menyokong menteri lucah, ops... menteri kesihatan kita. semata tidak mahu lubang sendiri terpecah. maaf, saya berbicara tanpa asas dan bukti, sekadar rumours dan hearsay dari penyibuk2 politik.

persis kak bedah kak tipah yang sibuk bercerita tentang kejahanaman rumahtangga siti nuhaliza yang padan dengan statusnya sebagai perampas suami orang, yang topengnya sebagai perempuan baik2 dan santun sudah terkuak, menampak karat hati dan jiwanya -kerana tergamak mahukan kaki perempuan seperti si tua itu.

well, semua itu contoh sekadar borakan kosong yang tidak terbukti benar atau bohong.

*pause*
ahahahahahaha.
sinis sekali mood aku malam ini.

aku buka2 page orang dua tiga menjak ini. cuba google puisi sendiri. kecewa sekali, ada beberapa puisi aku ditampal bulat2 oleh beberapa manusia tanpa mengkredit pada fynnjamal. tidak ada masalah jika terlupa atau sengaja dilupakan. tapi siap diedit dan ditambah satu dua perenggan, menjadikan puisi itu milik mereka.

kejam.
sangat kejam.

jika ada perkara yang kamu mahu curi, tolonglah: bukan itu. bukan tulisan saya.

beribu2 wang saya dicuri. harta benda saya dirembat. saya redha. jangan air jiwa saya. bukan yang itu. saya pohon pada kamu, kasihanlah. tulisan saya adalah satu2nya perkara yang buatkan saya rasa hidup. pohon dengan penuh rasa rendah diri dan meminta2.

aku rasa mcm haram pun ada juga. karya diciplak begitu sahaja. satu hari nanti, kalau orang percaya tulisan itu milik mereka, apa bukti aku yang segalanya milik si penulis gila ini? sudah diedit2, dipotong2, ditokok2. apa dalil memberi saksi itu2 semua hak aku?

maka, yang mudahnya: lantak kau oranglah.

masih ada lagi manusia2 yang mengacau aku di internet, meracau2 tentang kepincangan gaya lakonan aku. ye, aku tahu aku tidak berapa hebat sepertinya fasha sandha mahupun fazura *batuk sedikit* juga ada satu gelintir yang mencarut2 kejahanam suara aku dalam performasi.
ye, aku juga sedar aku bukan elyana atau faizal tahir.

feedback aku adalah seperti berikut:
1) memangnya, aku ini orang puisi. aku tak mampu kisahkan sangat pada pitching dan susunan skor musik. aku harus lebih nilaikan jiwa sang karya aku. maka tolonglah faham. silalah mengerti.

2) kalau benar2 tidak suka lakonan amatur saya itu, usah bimbang. anak pontianak sudah tamat. yeay! beruntunglah. andai benci suara saya, jangan hadirkan dirimu ke platform2 performasi saya. atau pergi saja ke tandas selama 15 minit. saya tidak lama atas pentas. atau mungkin kamu terdengar suara saya melalui internet, tamparkan saja sesiapa yang klik pada url itu.

hari ini mungkin antara hari yang paling tidak enak. maaf. aku tidak sepatutnya menulis dalam keadaan begini. aku harus lebih positif, kan? aku harus yakin maka aura aku lebih terang dan terpancar.

((kerana aku tahu ada sahaja yang akan merujuk pada blog aku bila mereka mahu berselindung
di sebalik nama aku))

ada yang menggunakan blog ini untuk dilaga2kan aku dan insan lain. perhatian: jika aku mahu bertengkar, aku lebih gemar berdebat berdepan2. kadang2 rasa geram pula kerana aku yang tak tahu hujung pangkal tiba2 dimarah di set / lokasi / antara kawan2. bila ditanya tiada siapa yang mahu terangkan apa situasi sebenar. serabut, kan?

haih. entah apa sajalah, internet.

sudah jam 1:20 pagi. mata sudah mengantuk. rumah sunyi dan kosong. tidak ada beza sejak dua tiga minggu ini.

selamat mendakap awan kekabu, fynn.

13 comments:

hanee said...

negara kita maju.
ada pelakon hebat
ada penyanyi hebat
dan ada pelakon-plagiat hebat.

tapi fynn.
yang penting kita asli.

fynnjamal said...

tergerak.
terharu.

QaSiyh said...

kakak....
mintak maaf yer...
dat thing won't happen again...
sumpah saya xde niat nak clarify puisi akak sbg hak milik saya...
saya cuma obsessi kepada fynnjamal..

hanafiah said...

mereka punya mulut; bersuara ngilu
punya jari; mengetik kekunci neraka
biarkan mereka
mencari tawa hambar
ubati sakit jiwa mereka

kamu punya telinga; dengar itu
punya mata; lihat usah dekat
gerakkan akal kamu
nista mereka punyai semangat
ambil ia buat kamu maju

fynnjamal said...

qasiyh:
kamu bukan pertama yang begitu.
itu kamu harus tahu.

tapinya, kamu adalah manusia pertama yang bangkit dan berkali2 meminta maaf segala. dan sudah dikatakan, kamu sudah pun dimaafkan.

blog ini, kegeraman ini adalah pada mereka2 yang degil, tidak peduli tentang rasa kakak. maka jgn risaulah!! :P

kamu obses pada kakak? hahah. jgn. kakak org biasa. jiwa kita terlalu sama, mungkin, yang terkadang serasa kita adalah insan yang sama, suara jiwa yg sama. agaknya kan?

[siti] said...

*di opis mereka gelar 'dia' porn king*

hahahahaha

^dada^ said...

tp fynn...dgn intenet la...saye kenal kamu...

qasiyh said...

terima kaSih kak fynn~

siapabetul said...

ku knal anda melalui intenet jugak. sgt terima kaseh kpd intenet utk ini.

:)

"kerana aku tahu ada sahaja yang akan merujuk pada blog aku bila mereka mahu berselindung
di sebalik nama aku"

"ada yang menggunakan blog ini untuk dilaga2kan aku dan insan lain. "

bukan aku.
aku baca kerna anda adalah fynn jamal.
:)

fynnjamal said...

oh kawan2. maaf jika ada yang tersinggung dengan bahasa saya kali ini.

entri ini untuk mereka yang kejam.
harapnya bukan kamu2.

kalian pembakar semangat saya.
jiwa saya.

Shaira Amira said...

kakak..kak fynn, siapa saja yg baca tulisan kak fynn mesti inspired. bila kak fynn mjawab di ms "inspirational is too high,sayang".. haih. tapi betul. dan siapa juga yang tak teringatkan kak fynn masa berpuisi sndiri. Kak fynn, bagaimanapun, jgn dipeduli hal org, kalau kita sndiri xwat. Kak fynn tulis saja yg cantik2 dan puitis. Kerna kita semua sayang sama kak fynn dan puisinya. salam.

fynnjamal said...

terima kasih sgt kerana membuatkan kakak rasa begitu terhargai.

memberi insan lain rasa adalah sesuatu yang akak harapkan dari dulu.

tulisan akak, jika ada ideanya, adalah. jika tiada, maka terputuslah rasa yang ada.

terima kasih lagi dan lagi.
:)

datin zinnia said...

kakak..
salah kah kalau saya melahirkan rasa jiwa saya yg menanti kan seseorang melalui puisi?

itu blog saya kan?

sy tak mtk sesiapa untuk jadi musuh.
sy hanya mahu lahirkan rasa hati pada blog kesayangan saya.
bukan mahu mereka membaca dan menghina.

sakitkan kak?

itu privasi kita.
mereka hanya perlu baca.
dan cuba faham.
bukan menghina.
kan kak?