Thursday, January 24, 2008

borak kosong di tengah hari

pok arm dapat berita ini dari teman di utusan:
ada mayat budak kecil dijumpai.
syarliniekah?
*edit dari khilaf semalam. selagi tiada konformasi, tidak mahu aku sebar dahulu. takut tersalah info*

pembunuhan dan penyiksaan anak kecil.
kenapalah aku tak terkejut.

dan celakalah mereka2 yang menyiksa anak2 itu. babi. anjing. bangsat. laknat. ah, kalu bergunung makian pun sekadar memberi dia pahala. percuma mau diberi pahala untuk syaitan seperti itu.

anak kecil, tuan2 dan puan2... punyalah ramai betina jalang di luar, anak2 remaja yang suka mengangkang, budak2 yang belum ada pubis itu yang mereka mau. apalah yang ada di fikir mereka. aku tak mampu fikirkan.

tapi itulah, bila benda murah, siapa yang mau. betul tak? perempuan2 kita sana sini (termasuk aku) dengan tidak menjaga 'aurah dan muru'ah, memberi geram pada lelaki2 lapar di sana. mangsanya anak2 kita.

aduh...
sedikit sebanyak aku menyalahkan diri.

kawan2, apa kita mampu buat haa? apa kerja kita? sehari2, main internet, lepak mamak, bergelak hilai, melawak2. apa yang kita bikin sudah?

salah dvd lucah kah? salah konversasi tanpa segan kitakah? salah ibu bapa yang tidak mengajar pendidikan seks dari awalkah?

mangsa rogol selalunya yang orang2 biasa. anak kecil. yang debab. bertudung. tidak berapa cantik (maka tidaklah berapa menarik). jadi kenapa yang itu jadi mangsa? kalau mengikut logik akal, mereka tidak ada silap.

entahlah.
yang terkedek2 meliur ghairah tidak pula jadi mangsa.

bukan aku meminta, tapi kenapa mereka. dan sang babi2 itu, takkan tidak ada langsung 20 ringgit dalam dompet? langgan sajalah pelacur. memang itu kerja mereka! menjaja pantat. mereka tidak marah kalau kau mau menggentelnya.

argh!!
aku sedang marah!!

tuhan, selindungkanlah adindaku yang 9 tahun itu. semoga terpelihara. semoga kau jaga. semoga sentiasa teraman.

------------

malam tadi ke konsert percuma nidji.

terima kasih youth 2008 yang memberi tiket percuma pada ramai manusia. Ruums mlm tadi begitu sesak dan menyerabutkan. sesungguhnya, ia membuktikan betapa manusia malaysia kedekut wang untuk menonton konsert.

*batuk*
kedekut seperti aku.

entahlah. aku rasa mahu membayar ratusan / puluhan ringgit semata mahu mendengar lagu yang hari2 aku dengar di radio mmg membazir. tapi aku gila sokong gigs. satu: sebab mereka kawan2 aku. dua: aku tak beli cd mereka. jadi layan di gig sajalah. :) (masih berbicara tentang kedekut) tiga: tiket gig walaupun ada yang mahal, memuaskan. lagi bagus kalau tidak ramai orang.

aku suka mosh dan let go keserabutan di lantai gig.

tapi ternyata nidji punya showmanship yang hebat. frontman yang energetik, sporting, kelakar dan crowd yang terkawal. kombinasi yang lazat.

yang membuat ia lebih indah adalah teman2 kecy dan kawan2 rantai. itu saja.
lagu2 nidji? okay lah. cumanya aku lihat fesyen topman yang dipakai sudah terlalu membosankan.

semalam, semua orang pakai kain serban di leher, skinny jeans berwarna warni, topi santai, cermin mata besar, semua sudah sepesen. tidak boleh marah, kerana ini namanya trend. seharusnya ramai pengikut.

berkata tentang trend, aku baca bulletin anna tentang fenomena t-shirt DIY / indie clothing sejak dua menjak ini. terkena kepala sendiri juga, sebab aku ada tee bertulis iheartKL. anna bentangkan statement dgn bernas sekali. jawapan dari anak2 iheartKL tidak kurang cerdiknya. aku banggamenyaksikan debat yang tidak murahan seperti itu.

pidato dengan begitu ilmiah. siapa kata anak2 art bodoh dan bangang?

maaf anna, kerana saya bukan insan visual art, jadi saya neutral dan tak berpihak. tapi, kata aku sendiri, aku dan kawan2 beli t-shirt sedemikian kerana tulisan yang sepintas lalu bila dipakai itu sangat witty dan bernas. satu ice-breaker yang bijak. seperti iklan 2 saat tentang si pemakai.

dan sejujurnya, aku memang cintakan Kuala berLumpur ini meskipun darah bunda aku tertumpah di kota tinggi, johor. aku sudah di sini lebih dari 7 tahun. matang aku di sini, perkenalan sama dunia, di sini.

yang kelakarnya adalah manusia2 tengah yang sibuk membangkitkan perkara yang sudah habis. anna dan art clothing sudah senyap, ada lagi yang mau membingarkan cerita. dasar melayu. kaki gaduh, kaki sibuk. diamlah!

kau orang sama saja dengan kak tipah dan kak bedah di universiti aku itu.

sabtu ini akan ada sesi fotografi dan kejutan sambutan hari jadi didi di KLPac. aku suka temanya. garden dan hi-tea. pasti cantik teman2 kecy berpakaianm polos dan serba putih. ah, memang indah.

salam siang dari saya.

6 comments:

[siti] said...

huh.
*sudah memaki di ptg hari meski saye resminya tidak pandai memaki*

takziah buat semua rakyat Malaysia kerna masih ada manusia sebinatang itu di tanah tumpah darah tercinta ini. Hanya Tuhan yang tahu azab yang paling sesuai utk si celaka.

p/s : itu hari kata mahu bertanya. marilah bertanya.

Nadiah Azli said...

Innalillahiwainnailahiraji'un.
Al-fatihah kepada anak itu.

Rasa mcm baru saja tadi lihat gambar org mencarinya dia blogtv.

Teringatkan adik dirumah, mintak simpang malaikat 44.

Geh.
Malaysia yg sudah korupt.

*Slamat bergumbira d partee hi-tea.

fynn jamal said...

siti dan niealex:

semoga anak2 kita jauh dari smua itu.
haih..

-icha03- said...

betol kah berite itu ?? :(

ermm...sangat cemburu pd fynn dpt lihat nidji .. :( sangat sangat sangat jeles... :(

fynn jamal said...

hahaha. nidji itu okay lah..
sy cuma akan gila jika menonton iwan fals dan padi.

lain, biasa2 aja. hehehe.
(padahal spt org gila juga)

Hanafiah Ghazali said...

assalamualaikum,

bukan memaksa, memujuk jauh sekali. namun berpolitiklah jika kamu sangat sangat inginkan negara aman damai. berpolitik dengan pendirian kukuh bukan kerana untung diri. berpolitik dengan landasan agama.

semoga Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Pelindung sentiasa melindungi diri kita dan ahli keluarga kita dari segala kecelakaan. Amin.