Friday, July 12, 2013

kita adalah apa yang kita pakai, katanya.

situasi:
anak di rumah asuhan / taska dibanting penjaga. patah. dipaksa berjalan. mungkin kerana baru menyedari nanti kalau dijemput ibubapanya dia tak mampu berjalan, si penjaga akan pecah tembelangnya.

masalah:
penjaga rumah asuhan / taska itu bertudung labuh.

konflik:
komen2 terbahagi dua. satu-- yang menyelar "betapa hina sifat-- bertudung labuh tapi kelakuan keji". dua-- yang mempertahan "tudung labuh bukan isu"

sesuatu untuk difikirkan:
lelaki berserban dan berjubah ditangkap sedang di rumah pelacuran.

layakkah dialasankan--
jangan pandang serban jubahnya?
maka apakah begitu murah sehingga dipakainya semata disaja2?

sekarang.
beritahu aku.
bagaimana mampu aku hadam semua ini?

siapa ada mesin memadam memori atas dasar sesalnya aku tertonton video dera anak kecil itu tadi?
yang diheret paksa berjalan walau telah jelas patah kaki anak sehalus 4 atau 5 tahun itu?
yang jelas suara laung bondanya yang menonton cctv membuktikan anaknya dikejami bertalu?

beritahu aku--
apakah tuhan berdusta ketika dia cakap pakaian yang tersempurna akan menjadi empang pada kejahatan?

beritau aku--
kerana aku tidak faham.

"kita adalah apa yang kita pakai" bila kita nak cakap orang2 tak sempurna aurat itu memang bacin hatinya.
tapi bila orang elok pakainya berbuat jahat, kita kata "jangan dihukum bajunya".

macammana?

anak,
moga lekas sihat seperti semula.

maafkan kami para orang tua.

Saturday, June 29, 2013

sudu dan kuah

menemui semua sudu2 dalam malaysia.

elok2 hari ini.
mana2 pun pasukan yang disorakkan,
baik2.
cakap molek2.

sukan adalah menyihatkan selagi ia tidak menyakitkan.

tak menyakitkan fizikal kita dan orang.
tak menyakitkan mental kita dan orang.
bahasa sila jaga.
budi biar sentiasa.

kalau tidak, bukan sukan namanya.
tapi syaitan.

selalu--
yang sumbing berdarah tertikam berdarah--
cuma sudunya.

kuah2nya?
habis main terus balik, lepak rumah dua tiga tingkat mereka.
lepak mamak macam tak ada apa2.
kita?

sudu2 semua barai.
bergaduh.
mermasam muka.
hilang agama.

kuah2 semua tak terusik apa.
minggu depan bulan depan tetap mereka gigih main jua.
bukan dia datang melawat pun kalau kepala kita berkecai.
bukan dia bagi shafa'at pun kalau nilai murni tergadai.

maka buat apa?
rilek2 sahaja.

ingat, sudu2 sekalian.

jangan lebih awak dari kuah.

Wednesday, May 22, 2013

mulut

mungkin ramai yang baru singgah ke sini.
maka ramai yang tidak tahu.
maka aku ulangkan lagi.

aku menulis kerana aku menulis.
dan antara perkara yang aku pegang adalah:
benci dosanya.
tidak pelakunya.

bila aku menulis--
aku sengaja tidak membubuh nama.
bukan kerana aku niatkan untuk menjadi keji dan mengguna kaedah perli.
bukan juga kerana hendak kelihatan superior dan membongkak "i am holier than thee".

aku tidak membubuh nama--
kerana tertulis dalam kitab2 kita--
"takkan mati umatku selagi dia tidak melakukan dosa yang dihinakan orang atas dosa mereka".

dalam bahasa mudah--
risaulah di bila mana kita mengata2 orang.
kerana di kebiasaannya--
KITA akan melakukan benda2 yang kita pernah kata kita benci geli itu semua.

aku tidak perlu membubuh nama.
kerana aku tahu,
kita semua ada sedikit sebanyak melakukan semua benda yang kita kata.

abah pernah cakap--
hanya pencuri kenal pencuri.

maka aku minta jasabaik kalian.
untuk kali ke berapa juta.
bila aku menulis--
kalau sungguh perlu memberi pendapat dua--
cukup dengan bincangan komen.

wallahi aku tidak berkenan jenis2 komen yang membubuh nama.
yang memberitahu orang yang tidak tahu.
juga komen2 yang "siapa? siapa? siapa? aku nak tau"

mari sama2 bubuh empang di keliling kita.
ajar diri kita untuk sama2 menjaga.
benar-- perlu kita tahu perihal dunia untuk dijarikan pengajaran.
tapi cukup dengan kisah2 dan tauladan.
tidak ada wajibnya kita tau siapa2, bukan..?

kalau sudah tahu--
sudah.
jangan panjang2kan cerita.

ya..?

aku selalu pesan:
jaga mulut tu.
aku juga perasan.
semua setuju.

tapi dalam setuju2 itu--
tersulam kata keji dan hina.
macammana..?
tak ada beza dosa orang dengan dosa kita.
cuma jenisnya.

diminta sama2 kita jaga.
kalau awak semua tak jaga mulut--
saya akan baca--
bukan awak sahaja kena catit.
saya juga.

sama2 kita jaga kita.
kita sayang sama2 kita.
kan..?


Thursday, May 16, 2013

golek ke kubur

"selamat hari bapa"
"ala hari2 pun hari bapa"

"selamat hari ibu"
"hari ni je sayang ibu?"

"syukur alhamdulillah untuk rezeki kali ini"
"kali ini je? nafas kau hari2. jantung berdegup tiap saat? x syukur sekali?"

malaysian.

hanya di malaysia perlu kita cakap ayat penuh kerana macammana kita selalu lafaz "niat cuma tuhan yang tau"-- kita tak cukup kalau CUMA tuhan tau.

kena ucap.
sebab bagi mereka selagi kau tak buktikan PADA MEREKA yang kau layak untuk tuhan--
kau perlu pandai2 "golek sendiri masuk dalam kubur".

astaghfirullah.

ngeri aku.
sebab aku tak tau pulak memang haknya begitu.
sebab apa yang aku tau,
asal namanya saudara kita dalam agama--
MACAMMANA PUN hina nampaknya dia di mata dunia--
kifayah kita menguruskannya.

kita dok buruk2kan sistem kasta dalam agama hindu.
kita sendiri--
kadang2 sama.

berkasta juga.

kepada semua,
lepas ini nak tulis apa2--
sila tulis penuh2 jangan tergantung2.
malaikat atas bahu kiri kanan tak penting mana rupanya.

kebaikan--
PERLU diberitahu sesama manusia.

kalau tidak--

pandai2lah kau golek masuk liang lahat menunggu akhirat.

Thursday, May 9, 2013

fitnah on the go. aib on the move.

berapa sering kita dengar tuan penasihat cakap "aku cakap je. aku nak buat macammana kalau orang macam kau tak terbuka hati berlapang dada"

namun bila kita counter nasihat dengan nasihat yang lebih kukuh hujahnya--
tukang penasihat ITULAH jua yang paling tidak terbuka hati berlapang dada.

hish.
seram aku baca forum2 dan page2 tabloid yang menghalalkan segala jenis komen.

fitnah on the go.
aib on the move.

hish.
masa tekan enter utk komen (tentang apa sahajalah topiknya itu)--
rasanya orang kiri kanan atas bahu tengah runner pergi 7Eleven ke?

rabbi.
jauhkanlah aku dari semua ini.

dosa menjawab kasar dalam hati SAHAJA dah berbukit.
tak berani aku kasi black and white secara tulisan ke verbal ke.

ngeri.
cukuplah aku berdosa dengn tuhan.
itu pun makan beribu tahun untuk aku lunaskan.

nak cari satu alam setiap manusia yang terfitnah teraib?
pergh.
berapa lama lagi agaknya?


cari member yang batt fon kong dalam satu midvalley pun tahap emo gaban.