menemui semua sudu2 dalam malaysia.
elok2 hari ini.
mana2 pun pasukan yang disorakkan,
baik2.
cakap molek2.
sukan adalah menyihatkan selagi ia tidak menyakitkan.
tak menyakitkan fizikal kita dan orang.
tak menyakitkan mental kita dan orang.
bahasa sila jaga.
budi biar sentiasa.
kalau tidak, bukan sukan namanya.
tapi syaitan.
selalu--
yang sumbing berdarah tertikam berdarah--
cuma sudunya.
kuah2nya?
habis main terus balik, lepak rumah dua tiga tingkat mereka.
lepak mamak macam tak ada apa2.
kita?
sudu2 semua barai.
bergaduh.
mermasam muka.
hilang agama.
kuah2 semua tak terusik apa.
minggu depan bulan depan tetap mereka gigih main jua.
bukan dia datang melawat pun kalau kepala kita berkecai.
bukan dia bagi shafa'at pun kalau nilai murni tergadai.
maka buat apa?
rilek2 sahaja.
ingat, sudu2 sekalian.
jangan lebih awak dari kuah.
No comments:
Post a Comment