situasi:
anak di rumah asuhan / taska dibanting penjaga. patah.
dipaksa berjalan. mungkin kerana baru menyedari nanti kalau dijemput ibubapanya
dia tak mampu berjalan, si penjaga akan pecah tembelangnya.
masalah:
penjaga rumah asuhan / taska itu bertudung labuh.
konflik:
komen2 terbahagi dua. satu-- yang menyelar "betapa hina
sifat-- bertudung labuh tapi kelakuan keji". dua-- yang mempertahan
"tudung labuh bukan isu"
sesuatu untuk difikirkan:
lelaki berserban dan berjubah ditangkap sedang di rumah
pelacuran.
layakkah dialasankan--
jangan pandang serban jubahnya?
maka apakah begitu murah sehingga dipakainya semata disaja2?
sekarang.
beritahu aku.
bagaimana mampu aku hadam semua ini?
siapa ada mesin memadam memori atas dasar sesalnya aku
tertonton video dera anak kecil itu tadi?
yang diheret paksa berjalan walau telah jelas patah kaki
anak sehalus 4 atau 5 tahun itu?
yang jelas suara laung bondanya yang menonton cctv
membuktikan anaknya dikejami bertalu?
beritahu aku--
apakah tuhan berdusta ketika dia cakap pakaian yang
tersempurna akan menjadi empang pada kejahatan?
beritau aku--
kerana aku tidak faham.
"kita adalah apa yang kita pakai" bila kita nak cakap orang2 tak sempurna aurat itu memang bacin hatinya.
tapi bila orang elok pakainya berbuat jahat, kita kata "jangan dihukum bajunya".
macammana?
anak,
moga lekas sihat seperti semula.
maafkan kami para orang tua.
No comments:
Post a Comment