Sunday, February 24, 2008

tentang memasak soto

cara2 saya memasak kuah soto:

1) bawang besar, bawang putih, halia, serai dan garam dikisar halus.
2) lumurkan sama ayam, perap dalam beberapa ketika.
3) rebus terus sehingga daging ayam nampak putih.
4) masukkan air sebanyak mana kamu seimbang.
5) bila sudah keluar minyak, masuk serbuk soto/ rempah sup / apa sahaja.
6) tos ayam yang sudah masak, carik2 untuk dimakan ketika dihidang.

untuk kuah kicapnya:

1) bawang putih dan cili padi yang dinisbah 1:7 dikisar bersama gula dan kicap
2) perahkan limau kasturi ikut suka

bergedil pula begini:

1) kentang digoreng / direbus
2) tumbukkan sehingga menjadi doh
3) masuk sedikit daging cincang, garam, daun sup dan bawang goreng.
4) bulat2kan dan celup dalam telur.
5) goreng

dan jangan lupa malam sebelum soto dimasak, nasi himpit direbus dahulu, jika tidak, akan pecah2 dan tidak cantik.

apa relevan entri ini?
tiada.

cumanya, kenapa ada orang seperti aku sanggup bersusah2 dan berlenguh badan untuk memasak makanan komplikasi seperti soto ini?

mudah. kerana sayang.
kesanggupan untuk melihat keseronokan kawan2 makan apa yang kita hasilkan.
kebahagiaan.

seronok menjadi seorang bonda, kan? mampu melayar kasih melalui perkara2 kecil di rumah: memasak, mengemas, membasuh, segala.

padanlah sedih sangat hatinya bila setiap perkara yang sang anak lakukan tidak menepati jiwanya.
patutlah mudah berkecil hati bilamana sang anak tidak mempeduli dirinya.

maka janganlah bising bila mereka sedang sensitif.

konsep keibuan yang aku belum boleh miliki telah saya aplikasi pada persahabatan aku.
silap besarlah.

1) aku bukan ibu mereka
2) mereka peduli apa
3) mereka ada banyak hal lain mau dipantau
4) mungkin aku keterlaluan emosinya

andaikan, aku sedang di kuala lumpur, dan kamu di melaka rosak keretanya, tanpa sesiapa untuk tolong; aku datang.
kalau, kamu sedang hendak beli jajan semata teringin, sedang aku cuma ada 50sen di dalam kocek, dan itu wang terakhir aku minggu itu; aku beli.
jika, aku tahu bakal teman hidup kamu itu akan menghancurkan kamu, dan setelah aku pertahan dan perkukuh jiwa halus kamu aku dibenci seluruh dunia; aku sanggup.

mungkin, bagi engkau aku sekadar menjaja harap sahaja.
tapi cuba kau cuba.

dan aku tahu setengah dari anda pernah merasa kasih aku itu.
maka kamu faham apa yang aku sedang cuba katakan.

kerana aku ini pecinta tegar, pengasih tegar, pemberi tegar.
Berserabut juga tegar.

ha-ha.

tapi sedih pula, bila datang susah aku, habis dikira2.
kenapa ya?

"alah, benda kecil dibesar2kanlah fynn ni"
"apa dikecoh2kan? orang lain boleh buat biasa, kenapa kamu berlebih2?"

kalaulah aku ada jawapan soalan2 itu.

cumanya mungkin kerana aku tidak peduli untuk bersusah demi orang lain melainkan kawan2 sendiri, aku menggantungharap pada kamu2 semata utnuk menopang aku pada masa aku perlu.

dari hal sekecil makan sekali, hinggalah ke perkara sebesar langit.

haih.

siapa mau makan soto aku, mari sini meh.
aku sunyi.

Saturday, February 23, 2008

ini kisah badut

Ada lima enam orang keluar panggung dengan bebelan tanpa henti. Mengkritik tanpa lesen sah, mereka sibuk membanding2 kehebatan filem2nya yang dulu2.

"sudah tak best lah dia ni"
"kick dah takde"
"bosan aa. harapan aku tinggi sgt kot pada dia"

kesian stephen chow.

sampai mati kah impresi orang pada kita akan kekal?
kalau aku suka berlawak, sampai bila2 kah aku dilabel badut?
dan apa badut tidak boleh tunjuk sifatnya selain mengetok kepala lalu terjatuh ke tahi sambil ketawa?

ye, aku badut.

dari sekolah rendah, hingga menengah, sampai universiti, hatta la ni, aku si badut.
tukang buat lawak.

jangan salah anggap. aku sudah terlalu biasa dengan gelaran itu (selain gemok, montek, gajah, perempuan pelik, perempuan mulut neraka, dll), yang aku kira aku sudah selesa dengannya.

lagi pula, tiada rasa yang lebih indah selain melihat kawan2 bercangkung2 bergelak ketawa dengan jenaka yang aku hembuskan. rasa perhatian pada aku. rasa orang mahu.

"lagi, fyn. lagi!", sambil ditunggu-tunggu quote / imitasi kelakar yang lain.

baiklah begini dari dibuli. mood mereka baik, dan mereka mahu mendengar. aku suka waktu2 ini.

tapi kan, si badut ini bukan hanya punya sensor ketawa. si badut ini juga mengerti rasa kecil hati. rasa marah, rasa terhina diri.

jadi, masihkan orang seperti aku ini sembunyi apa yang aku rasa demi untuk memuaskan kehausan jenaka orang?

ketika di sekolah, hampir setiap hari di waktu prep, kawan2 kelas akan panggil aku ke depan.
"buat la lawak. kitorang boring ni"

seperti beruk bertopi kecil di hadapan tuan yang mengajarnya berjoget di depan orang ramai, aku persembah. apa sahaja.

untung jadi aku, mata kritis. jadi aku bisa ajuk ramai orang. bisa menjadi karektor berbilang manusia. dan bagi mereka, itu kelakar. sebab apa yang lain itu, yang mencipta kamu.

contoh, kamu yang selalu terkebil2 jika ketakutan, atau kamu yang suka menggentel hujung tshirt, juga kamu yang takkan melihat mata aku bila aku berbicara. setiap manusia punya karektor berbeza. dan aku cam semua itu.

seronok di mata orang.
rasa penting bila diberi sedetik masa itu untuk mempengaruh orang.

tapinya, bila masa itu berlalu, kamu harus pulang ke tempat duduk kamu.

orang akan mula buat kerja masing2. dan jenaka kamu sudah mula basi. maka kamu semakin terus mencari idea, supaya esok dipanggil lagi.
kerana kamu ingin diperhati lagi.
didengari lagi.

seperti kamu melihat dan mempelajari orang.
"apa ada orang yang memerhati aku?"

kenapa stephen chow tidak lagi berlawak seperti dulu, kamu kata?
kerana dia sudah penat menjadi orang yang bukan dirinya.
kerana dia mau dipandang serius.

kalau kamu perasan, ramai badut hidupnya pathetic. susah. dipijak. dibuli. susah. gocah.

kasihan sama badut.
orang cuma mahu jenakanya.

Wednesday, February 20, 2008

oh perempuan kusut.

bagai sudah hilang pati sendiri.
aku dah tak mampu bercerita hal2 picisan tepi jalan.

entah. mungkin atas kesibukan yang sengaja aku selam, untuk lupakan kusut serabut hidup di metropolitan. ah, cliche.

ahad lalu aku tekad untuk semuka sama anak2 kecy. bukan atas kehendak jiwa, pada mulanya. arm berkali-kali bising kenapa aku mahu lari dari adik-beradik. habis dipujuk, dimarah. habis dimarah, dibiar.

aku kan degil.

ira pun ada memberi kata2 sayu meminta aku ada. lain, katanya, jika aku hilang. sebak juga. tapi entahlah. aku kira, berjauhan akan membuatkan mereka lebih bahagia. argh! kuat, fynn. kuat!!

fatin ym aku memujuk suruh pergi. dia terlibat dalam program anak angkat apa tah, di sepang. diceritakan pada aku, sebaik dia mengkhabarkan pada ira, project manager aktiviti kali ini, ira kedengarannya sangat hampa. fatin bisikkan pada aku, takkan sekali dua orang tenggelam?

aduh.

menjadi seorang aku yang tinggi empatinya, aku yang sedang tidak punya semangat ini menggagahkan diri juga ke sentul park.

hanya untuk menemui semua ada.
termasuk fatin.

ka-ni-ne.

sebakul dimaki, si fatin itu. pembohong penipu penyamun segala. sekali sama ira yang sama2 bersekongkol mengenakan aku. kata mereka, jika tidak, takkan aku mahu datang.

dalam hati aku berbunga2 juga. begitu dimahukan juga.
indah rasa ini.
dan dengan tiba2 lenyap semua rasa gelap yang aku cipta.

manis sekali apa yang aku sedang kecap ini.

tidak ada lafaz maaf, minta ampun, atau apa2 tipikal senario di dalam televisyen, yang mana bila kita mahu kembali ke pangkal jalan pasti ada gesekan biola dan strumming gitar yang menyiat hati.

setakat "cantik baju kamu!!"
dan "datang pun!!"

semua sudah selesai tanpa diungkai.
kalau tak selesai pun, tangguhkan dulu untuk serabut fasa seterusnya: yang bila2 masa aku mula menjadi perempuan gila itu.

temanya whitelove. aku beri nama itu pada pok arm ketika dia tanya. kenapa? sebab warnanya putih. dan kami ini cinta.

di sentul park, pakcik sekuriti meminta kami pergi dari kawasan persendirian itu. privasi, katanya.

terus, kami ke metropolitan park (kot) di kepong. aku panggil tempat itu bukit layang2. cantik sangat bila datang petang berangin. anak2 kecil yang dibawa sang ibubapa berlari2 dengan layang2 4ringgit berwarna warni. ada juga pecinta2 yang bermain tali layang2 dengan rasa romantis berdua. kekeh2 kecil berlawak antara mereka. macam tak kelakar, tapi biasalah, tengah panas, semua best.

bergambar seperti manusia gila. makan seperti tak pernah disuap. cerita jenaka tanpa henti.
haih, fynn.
apa kau tak sayu hilang mereka2 ini?

tuhan... jangan biasakan saya...
nanti saya jatuh ke tanah, saya akan hancur.

*diam*

maghrib datang, dan kami cabut ke rumah aku. sambung riuh. jam 12 baru seorang2 pulang meninggalkan aku di rumah kosong.

kembali ke square one.

seindah mana yang aku rasa, sebanyak itu juga aku tiba2 rasa fobia.
jangan, fynn.

untuk sekejap ini biarlah kamu bahagia sebntar.
hisap madu ini dan berlingkarlah di bawah langit kuning.
seperti gambar2 yang kamu tangkap bersama setiap seorangnya.

kamu tiada orang lain.
berbahagialah.

Sunday, February 17, 2008

politikus mondok

dengan umur yang mahu mencecah 26, saya masih buta politik negara.

bukan saya suka2 menjadi ignoran. tapi saya kira saya tidak punya relevan untuk mencampur diri. bagi saya, politik itu leceh.

kalau ada pun yang saya libat, sekadar politik kampus.
(itu pun atas peras ugut keputusan final yang tidak akan dilepaskan pada mereka yang tidak mengundi)

kejam.

apa yang saya tahu selama ini, setiap tahun, yang saya pedulikan hanyalah cuti2 yang dianugerah untuk kami pelajar2 yang haus masa lapang. ataunya, wang kompensasi yang mudah2 didapatkan dengan hanya mengikut beberapa prosedur.

siapa tak mahu makan percuma?

seorang teman yang agak rapat bicara sama saya semalam, setelah hampir tiga hari saya memilih untuk tidak menulis. kerana apa yang saya bisa buat adalah duduk di hadapan skrin, klik berjuta link, diam dan berserabutan.

saya hilang arah untuk menulis dua tiga menjak ini.

saya tanyakan padanya (memandangkan patriotisme beliau sgt membuai minda provokatif saya): "bagaimana ya, jika memang saya cintakan kapal umno, tapi tidak nakhodanya?"

futnot: sejujurnya, takut saya untuk klik "enter", 1) takut habis semua disoal selidik, dinama pembangkang, ditarik nikmat rakyat kerajaan, 2) putus pula persahabatan, seperti bapa saya yang hilang seorang sahabat kerana bapa saya tidak mahu bersama2 menyokong parti yang atas angin itu.

tapi dengan manis dia pujukkan: "cintalah sama sang perjuangan, bukan sama tuannya. manusia itu sifatnya akan mati. tapi fikirannya hidup sentiasa."

*senyum*
betapa benar.

iyalah, sedangkan saya pernah membebel2 sama abah kerana tidak berkenan sama caranya yang ketenteraan atas nama pendidikan anak2. abah, seperti ayah2 kamu, peduli apa. itu cara dia.

pokoknya di sini adalah: penerimaan kita.

abang saya lari dari rumah pada usia 16 tahun. adik perempuan yang muda setahun dari saya pernah cabut sebentar pada usianya 17 tahun. itu cara mereka respon pada ayahanda. lari dan bersembunyi.

abah saya, meski dipujuk rayu ibu tiri saya, haram tak hingin mencari. dia kata: "dia fikir dunia di luar itu indah? biarkan. nanti dia mesti balik"

dan setelah hampir setahun, abang saya pulang dengan muka seperti tembok.

saya pernah juga menghancurkan hati abah. putus cinta sama high school sweetheart yang 6 tahun tidak mudah untuk si dia. dia mahu saya terima 1) dia pernah mempunyai wanita sulit, 2) dia tidak gemar keluarga saya yang tidak tipikal melayu (anak beranak berbual seperti geng sekolah), 3) macam2 lagi yang tak perlu saya cerita. dia datang ke kuala lumpur, ambil gambar saya persis pengecut, dari jauh, buat fotokopi dan terus dilayang pada abah.

maka setelah 23 tahun hidup secara hipokrasi, akhirnya beliau tahu saya di sini tidak bertudung dan berpakaian seksi.

masih saya ingat gema suara abah di hujung talian, ketika itu saya di dalam kelas, menengking memerintah saya untuk pulang ke kampung. dia mahu hambat aku, katanya.

tanpa berlengah aku tempah tiket dan pulang.
untuk disebat selama 3 malam.

abah adalah segala2nya bagi aku, kalau aku lari, aku sama seperti mati.

penerimaan. satu cara didikan yang sama. tiga cara ditelan.
ah. siapa kata ini perkara terima ini enteng?

ini melibatkan ego, tuan2 dan puan2.

syaitan dilempar ke neraka kerana tidak mahu menerima Adam.
firaun diberi bala kerana tidak mahu menerima dia bukan tuhan.
Rasulullah SAW dibaling najis kerana kaumnya tidak mahu menerima ajarannya.

berlambak kisah2 seumpama. patinya satu: tidak menerima kerana bodoh/ dengki/ sombong/ dengar kata orang/ blur.

haih.

apa yang aku mau untuk hari ini?
tidaklah sebanyak yang aku mau untuk anak2 aku satu hari nanti.

apa pun jua, aku mahukan satu gagasan yang kuat, yang mampu. siapa pun di atas sana, tun kah, pak lah kah, najib kah, sammy vellu kah, yang penting aku setia pada yang telah setia pada keluarga tok nenek aku selama ini.

undi perjuangan.
bukan personaliti.

ini bukan realiti tv, yang kau sms semata kerana kau rasa mawi itu manusia alim ulama'. bukan juga dayang nur faizah semata kerana bakatnya yang unik dan hebat. bukan faizal tahir kerana dia ada tulisan 'S' di perut boroinya (perasan superman. kasi 6-pack dulu la baru kau tunjuk, tongong)

lalu mau undi yang bagaimana ha?
ini masa depan, kawan2.

maka, ini adalah entri untuk kita2, yang mampu memanjat menara gading bukan dengan wang ayahbunda yang hanya memandu bas sekolah, atau berniaga kedai runcit.

ini adalah entri untuk kita2, yang mampu meminjam ringgit tanpa cagaran, dan secara buta2 percuma semata kita bumiputera.

ini adalah entri untuk kita2, supaya lahir rasa malu. kerana kita manusia alpa dan pelupa.

politikus.

ini Malaysia.
golden khersones kita.

Thursday, February 14, 2008

cinta yang tidak ditepuk langsung

saya nak pakai tudung.

tapi bila org sibuk2 nak berkhutbah kat saya, saya jd menyampah. awak bukan abah saya. awak tahu tak, abah saya, walaupun geng2 rakan masjid, dia sangat halus dalam dakwahnya: buat saya jatuh cinta pada konsep bercinta sama Sang Pencipta.

bukan macam awak. sibuk nak bangga dengan diri bertudung, padahal saya tahu awak selalu dating peluk2 mcm janda jual nasi lemak jumpa pelanggan kacak. macam tadi, ye lah, awak sambut valentine, ye?

*batuk* awak tau tak hari ini, beratus2 tahun dulu, panglima2 agama kita bermatian berperang dengan sang kuffar.

awak masih mau beli bunga? dan bangga dengan tudung yang awak pakai?

di hujung sana, gadis pakai tudung molek, baju ketat menayang leher dan separuh dada.
di belah sinun, gadis molek bertudung makan di restoran "Hari2 Jumaat" yang terang2 ada arak dan margarita, atas alasan "bukan minum pun".
yang tang sini, pakai tudung, tapi dari zuhur tadi di sini. sekarang dah maghrib. tak sembahyang pon. takkan semua ahli geng uzur serentak?
yang situ pula, sambil bertudung, cantik meleset di bahu sang arjuna, sambil jemari berlari2 di celah kangkang jeans jejaka itu.

apa ini. kau lelong tudung kau atas nama cinta kah?

betul lah kot... sekurang2nya mereka pakai tudung.. awak tu fynn? seksi pakainya, entah bila mau berubah. asik mau kata orang saja. asik marah orang saja. cuba banyak istighfar.

tahlah. aku nak pakai.. tapi aku nak pakai betul2 terus. bukan semata fesyen2. bukan pasal rambut aku tak cantik. bukan pasal takut ada cik joyah mengadu pada abah.

tapi pasal takut otak menggelegak, pasal rambut jadi tali untuk menggantung tubuh saya yang gemuk ini.

ish.
hati aku mesti dah tak ada permukaan yang jernih lagi, kan..
tuhan pun mesti sudah terlalu marah pada aku.
kan?

*diam*
pasal inikah tuhan duga aku banyak sgt?

*tiba2 teringat*
valentine.
*gelak kecil*
gula2 duniawi.

cakap pasal cinta lagi lah.

orang kata, cintailah orang yang sayang engkau,
jangan kejar orang yang kau sayang tapi tak sayang kau balik,
sbb org yg sayang kau akan layan kau elok,
yang kau sayang tak semestinya sayang kau balik.

soalan saya: siapa orang tu?
sesiapa pun dia, pasti dia dasar pembohong.

tak percaya?

ada kisah cinta, yang manusia itu sanggup disepak terajang dihalau caci, tapi masih menunggu di tepi pintu, mencari harap untuk diterima. dan dia bahagia. biarpun cinta itu hanya dia yang rasa. biarlah ada berjuta lain yang menagih cintanya.

disayang orang itu tak seindah menyayang kisah cinta terlarang.
tak setulus.
tak sehebat.

biarlah dibodoh2, dimaki2 singkatnya sang akal. tapi bagi mereka cukuplah.
benar, ada manusia yang puas begitu.

ada kisah lain, yang manusia itu sanggup menunggu kosong di setiap penjuru semata untuk memandang dari jauh. mengharap pd sesekali tertembung pandang. merah jambunya langit hanya dia yang merasa ertinya.

disayang orang itu tak sesuci menyayang insan yang langsung tidak sadar wujud dirinya.
tak sekuat.
tak segagah.

juga ada lagi satu kisah, yang manusia itu sudah menadah2 muka, tapi tetap tidak dimahukan. kerana muka ditadah pada manusia yang menunggu cinta jasad lain. sanggup menanti (sang manusia tak malu itu), akan satu hari yang diterima cintanya setelah penat manusia idaman itu menunggu jasad yang satu lagi.

ada masa penantian itu berbaloi, tapi lebih banyak kesnya cinta itu sekejapan saja. alasan? orang yang dinanti manusia-yang-dia-suka itu sudah mula melayan, maka penanti pertama tadi ditinggal begitu saja dengan alasan yang direka2 seperti alasan kanak2 kecil pada bunda yang menangkap sang anak curi2 makan di bulan ramadhan.

disayang orang itu tak seseronok menyayang fantasi yang kita cipta untuk kita dan dia.
tak sebahagia.
tak semanis.

banyak lagi kes seumpama. natijahnya, cenderung cinta agung adalah pada yang menyiksa jiwa. menoreh rasa. menikam akal. meronyok rasa.

kerana berapa orang yang akan ingat kisah2 filem yang berakhir dengan bahagia?
kerana kita akan ingat akhiran yang heronya mati, atau heroinnya bernikah dengan musuh keluarga, yang cintanya sampai mati takkan berpegangan.

cinta itu tak bisa dipaksa2.

kau bawalah pedang bilah tajam mencincang kilat sekali pun, kalau sudah namanya rasa di dalam diri, takkan bisa dibuang2.

kau tampallah notis2 bertulis "bodoh" atau "bingai" pada kepala sang pencinta itu, kalau sudah namanya cinta yang tertanam, takkan mampu kau siat2kan dan diamkan.

dan rasa itu akn terpancar, semata untuk memalukan sang pencinta bodoh itu juga.

kasihan.
sangat kasihan.

Wednesday, February 13, 2008

tuhan, matikan karektor aku di skrip dunia ini. aku tak relevan.

lain kali, tanya SAYA, nur affina yanti jamalludin, jika kamu ada masalah dgn perangai saya.
lain kali, pastikan saya tidak akan tahu jika kamu merunding orang tentang saya.
lain kali, jika tak suka dengan saya, laungkan saja depan muka saya.

ye, saya akan menangis, hati saya akan hancur.

tapi tak serobek sekarang, selepas mengetahui kamu berbincang tentang saya.
tentang jiwa saya.
tentang fikiran saya.

begini sajalah, maaf kerana kamu tidak selesa dgn perempuan ini. mungkin lebih senang hidup kalian tanpa aku memincangkan. maaf kerana jiwa poetik aku melalang perspektif kamu. maaf kerana aku tak mungkin menjadi sehebat teman2 lain kamu.

cananglah pada orang tentang kegilaan aku, yang sememangnya kamu tahu dari awal dulu. kabarkan pada semua hal2 saikotik aku, yang tidak kamu mahu tahu tapi dipaksa dan disuap ke mulut kamu.

oleh aku.

maaf, aku bukan orang biasa2 yang kamu jumpa. aku si pelik yang memusnah.

kelakar, sebab sehingga kini, yang aku bisa ingat cuma gelak tawa bersama kamu2. maaf, andai yang kamu ingat tentang aku cuma kejahanaman dan rasa buntu.

mungkin tidak ada dalam surat hidup aku untuk punya hingar. cuma sepi. cuma sunyi.

dan aku fikir, seharusnya aku diamkan. pada haknya segala kisah aku dibongkarcerita tanpa belas. tanpa balas. bagus, perikan pada semua. dan biar aku kisahkan suara hati pada langit, kerana yang semua yang tahu itu, tidak pernah bertanya aku semula.

entri ini tentang kecewa untuk kali ke berapa juta, kecewa kerana masih tidak dimengerti.
kecewa kerana masih begini.

terima kasih kerana ada niat untuk menjaga hati ini. tapi itulah, kuasa internet dan telefon bimbit sgt besar. benarkan, aku kata di entri2 dulu? teknologi ini lebih byk membawa celaka.

betapa bodoh aku kerana fikir mahu berubah untuk menyenangkan kita, untuk membuang amarah, menghilang rasa yang kalian bencikan.

kerana di akhir malam, memang aku yang kau tak suka.
yang lain, alasan semata.

tuhan, kenapa aku sedang menangis di sini? ini kan entri kebencian? hentikan rasa kasih ini, tuhan.. aku harus kuat seperti dulu. menjadi awan. menjadi kabus.

kerana itu mmg aku.
manusia sendiri.

Tuesday, February 12, 2008

cerita pensel tekan2 jumpa di tepi jalan

jumpa pensel tepi jalan. kau berkenan. kau tengok takde pon yang cari pensel tekan2 tu. kau ambik. tapi satu hari pensel tu hilang.

macammana kau boleh rasa sayang kat pensel tekan2 tu, sedangkan pensel bodoh tu bukan kau punya? bukan duit engkau. bukan milik kau pun dari awal. cuma kau ada nasib pegang mende alah tu selama beberapa ketika.

*diam*

aku benci internet. sebab banyak benda yang kita buleh jumpa. contohnya, tulisan kebencian orang pada kita. gambar orang tengah keseronokan bersandar2 bermanja2, di belakang kita. tanpa kita. komen2 bangang yang tak relevan tapi dicandu orang. yang katanya sekadar untuk kelakar2 saja.

aku benci internet sebab aku tau aku tak patut klik dan memakan diri, tapi aku buat juga. sebab aku suka siksa diri sendiri.

pensel tekan2 tu bukan milik aku. biarlah orang jumpa dia dan pakai.
aku pun dah ada pen dakwat basah.

apa aku sebok?

apa punya entri ni? sungguh takde makna. haha.

kalau dulu kan, serabut mcm ni aku telan berpapan pain killer yang doktor kasi untuk buat jiwa aku tenang. telan berpapan2 pastu tidur. wah sedap betul tidur lepas tu. (tak termasuk kesiksaan muntah dan bengkok tulang tak bisa berdiri lepas tu la)

tapi aku sekarang dah besar. selain dari aku dah nekad tak mau mati kafir.

sembahyang pon bolos, ada hati nak bunuh diri. tapi aku bukan niat nak mati pun, cukup masuk drip UV, doktor kasi penenang mcm pentadine ke. sbb aku rindu tidur aman mcm tu. kadang2 rasa nak je ketagih dadah, tapi aku takde duit nak beli. kredit card pun ada satu dua yang sangkut. nak start beli dadah pertama pun belum tentu lepas.

apa aku ckp ni!!

layan juga tak siksa fizikal. kalau dulu penat cari iodin, keringkan luka badan. takpun cari balm surutkan lebam hentak kepala. sekarang siksa mental lagi best. lebih seronok. sebab aku buleh rasa lebih jahanam, maka tulisan puisi lebih dalam.

pasal itu kot ramai poet yang destruktif. tapi malangnya aku tak segila mereka yang minum arak untuk hilangkan kacau. sebab dosa jadi darah daging ni aku tak berani.

ubat kat johor. balik la, fynn... minda kau dah tak buleh tahan dah... kesian la sikit kat diri engkau. kau tak jemu ke hidup mcm takde tuhan ni...

nak tulis kat blog, tiba2 takut. nanti terkecil hati kawan2 yang baca. nanti terasa pula. sebab aku bukan selalu betul pun. hidup mengejar bayang2 hitam. mencari salah orang, itu memang aku. semuanya salah orang. tak mahu pun salahkan diri sendiri. semua, orang yang salah. tak reti pandang cermin ke aku ini?

aku perlu buat sesuatu.
tapi apa?

darah bugis terlalu pekat, sifat baran menjalar bagai raksa dlm tubuh. ah, mula mau salahkan keturunan lah tu. tulisan pun terlalu kasar, sampai ditegur kawan pembaca. "babi" itu dah jadi biasa dlm perbualan. mcm sebut "apa kabar". tak manis, fynn.

haih...
apa nak jadi.

kebebasan menulis buah fikiran harus dicantas. suara hati harus didiam.

aku tanya pada amy, "kenapa masih mau ditunggu saya ini? perempuan gila yang tak habis2 memberi dajal dalam jiwa anda? sedang teman2 pun ada masa tidak tahan, kenapa terpacak lagi?"

dia cuma kata "sebab saya tahu satu hari nanti kamu akan ubah"
siap dikata lagi "balik pada kawan2 kamu itu. mereka kawan2 yang benar"

celakalah kejadian2 dari kecilku, yang memaksa aku hidup dalam kebencian.

kalian tanya, "bagaimana cik fynn berjaya tulis puisi yang begitu mendalam, ya?". jawapan amat senang, kawan2, sebab aku tidak hidup dalam satu hidup. aku punya dua.

satu) hidup yang kau hidup bersama.
dua) hidup yang aku hidup sendiri. dalam mimpi ketika mata terbuka.

aku di dunia khayal, mungkin. mencari bunga matahari di atas bangunan2, menjejak arnab2 putih berlari2 di tepi jalan.

hello, fynn. kenapa menangis? kau dikejamikah? atau kau masih mahu menyendiri?

aku nampak segala yang negatif saja, kan? padahal terang2, kau suakan keindahan di depan mata, kenapa gagal juga sang mata menafsir yang cantik2?

aku patut optimis mcm mrs lovett, tapi aku pilih untuk jadi sweeney tod. sang pendendam.
affina: nama saja cahaya pemaaf, tapi perangai mcm separuh iblis. hati penuh api.

yang kelakarnya, yang aku pedulikan itu bukan keluarga sendiri pun. bukan abah ibu emak along achik adik pun. sekadar kawan2. yang punya hidup sendiri. yang sepatutnya aku sorakkan kebahagiaannya.

aku patut biar kau terbang. kan aku sudah ada potret kita2. cukuplah. apa lagi yang aku pinta?

kurangkan amarah kamu, fynn. kawan biasa2 saja. kamu tidak patut kejam begini. kamu kan sudah biasa berbiasa2? kamu pun sibuk, fynn. mereka ada hak untuk bahagia fynn.

ada hak untuk hidup.
dan hidup mereka bukan semestinya melingkar sekeliling kamu.

*diam*

aku suka pensel tekan2 yang ni. sebab dia ada pemadam kaler hijau. tapi kau bukan aku punya, wahai pensel.

jadi jangan siksa aku lagi boleh tak...