setiap kali aku baca artikel artis mahu berkongsi rahsia
kecantikan--
aku mesti sengih sumbing.
mesti.
sebab rahsia cuma satu.
make up artist.
toksah le nak membohong.
kalau ye pun nak jual produk--
jangan le jual angin.
kesian rakyat2 marhaen ni nyimpan duit nak beli segala bagai
tu demi nak cantik similar macam artis tu tadi.
percayalah.
produk mahal berserbuk emas platinum lagu mana sekali pun--
kalau takde makhluk belakang tabir yang terrer mengekjas
muka artis itu--
tak ke mana jugak.
ada sebab namanya make up artist.
artist.
orang seni.
artis2 nampak cantik--
adalah atas bakat make up artist di belakangnya.
produk mmg ada main peranan.
dont read me wrong, people.
dan hopkos.
genetik.
tapi entahlah.
ha iyelah.
paham2 je lah.
orang macam aku ni,
kalau baca artikel artis yang mmg genetiknya cantik dan
perfect, pastu tengok dia cakap something like "ikut cara saya, anda pasti
kelihatan jelita seperti saya"--
aku rasa nak pergi rumah dia,
bawak majalah tadi,
siap dengan produk2 yang dia cadang;
pastu cakap kat muka dia:
"haaa. cuba try test tengok".
aku SERIUS nak tengok acaner dia bikin muka aku.
cakap bolehlah.
macam akak2 kat pasar malam jenis tarik tangan orang macam
aku pastu cakap kuat2: "dik, beli krim ni dik. insya allah seminggu, nampak
putihnya, hilang semua jeragat2nya".
kak.
sebelum cakap,
akak pakai la dulu.
bila akak dah putih xde jerawat,
akak sambung berniaga.
haih.
berhenti jual angin.
baik artis malaysia dan artis luar negara.
xbaik buat manusia2 working class macam tu.
kesian.
kita pun, yang golongan2 pertengahan ni--
dah2 la.
xpe la kita lahir genetik terbojol tersompek terhakis
terjuih.
yang penting hepi.
3 comments:
make up artist satu hal. photographer edit gambar high class pun satu hal jugak.
sokong kak fynn...
#bilakokpingreview
Post a Comment