Thursday, February 14, 2013

menambat suami dengan kaedah lebih power dari nasi kangkang


seorang kawan membuat aku teringat untuk berkongsikan doa yang dipesan mama mertuaku untuk diamalkan setiap masa dan waktu.

mama cakap,
"untuk melembut hati. biar suami selalu manis. biar anak mudah dipujuk".
mama cakap di dapur sempit rumah kami masa dia datang tempoh hari.

kemudian mama sambung:
"masak-- baca. basuh baju-- baca. habis smayang-- baca. tiup kat makanan kita masak. tiup kat ubun2 anak. baca. tiup".

"lagi power dari nasi kangkang ke ma?"
hahahahahha.
tak perlu diteka--
memang sakan la aku dan mama gelak berdua.

:)
mama memang comel.

ps: WALLAHI kami melawak sahaja pasal nasi kangkang. haih. kena terangkan. kang ADA PULAK yang memikir aku memang mengangkang nasi suami.

CHOYYYYY!!

anyhow.
doa pelembut hati.

wallahi SETIAP KALI aku bacakan ayat ini pada juna--
dia akan tenung mata aku--
senyum dan tunggu aku habis baca doa ini--
demi menanti ditipu pada ubun2nya.

EVERY TIME.
never fails.

kemudian bila selesai aku tiupkan ubun2nya, dengan terpejam2 mata dia ketawa. mungkin dia suka tiupan pada ubun2 dia. mungkin juga kerana dia merasakan sebutan makhraj aku asing pada dia.

apa pun.
tapi memang dia suka.

aku tidaklah ada apa2 bukti menunjukkan anak dan suami aku menurut kata. wallahi aku tidak pernah ada keinginan menjadi diktator dalam rumahtangga. bagi aku-- seorang isteri adalah penyedia suaminya; dan seorang bonda adalah pemberi segala untuk anaknya.

jadi kalau siapa2 menggunakan ayat ini demi sesuatu yang buruk hendaknya-- tidaklah aku berani kata kemujarabannya.

apa aku tahu--
alhamdulillah.
setakat hidup kami bertiga--
tak ada apa selain aman bahagia dan sentosa.

in a way,
aku rasa--
ayat ini melembutkan hati aku juga.
:)

------------

yaa ayyuhallaziina aamanu
wahai orang2 yang beiman

asbiru
bersabarlah

wasobiru
dan kuatkanlah kesabaran itu

warobitu
dan bersedialah

wattaqullaaha
dan bertaqwalah kepada allah

la'allakum
agar setiapnya kamu

tuflihuun
mencapai kemenangan.

al-'imraan 200.

---------------

suka tak?
maka apa lagi?
gi masak.

hihihihihi.

2 comments:

Anonymous said...

Fynnn....tqvm for sharing...Semoga Allah memberkati kamu sekeluarga...Aamin....Kali akhir blog ini dibaca rasanya kamu masih pengantin baru......Alhamdulillah....sudah dikurniakan anugerah permata hati...penyejuk mata ayah bonda.....maaf....ingin berkongsi ilmu juga dengan kamu.....sudi2kanlah mendengar radio ikim fm.....byk ilmu di sana yg mungkin kamu boleh berkongsi rasa di maya ini dengan hambaNya yang lain.......

Sara said...

rasanya waktu pi kursus kawin haritu ada ustat bagi ayat ni gak ^_^