Monday, February 4, 2013

dodoi


seorang kawan bertanyakan apakah dodoi kegemaran juna.
alang2 telah aku jawabkan pada dia,
izinkan aku kongsi2kan pada kalian semua.

mana tau ada yang mahu juga.
:)

namun sebelum aku kepilkan ia,
aku ada sebuah cerita.
tidak ada kesahihah asal kisah ini dari sejarah—
tapi marilah mengangkat ia sebagai kisah teladan semata2.

di suatu masa dahulu,
ada seorang perempuan tua dijanjikan teduhan atas bahtera sebelum ribut besar datang.

atas taqdir dan atas ketentuan tuhan,
terlupakanlah orang2 atas bahtera akan dia.
tertinggallah dia menunggu diselamatkan berseorang.

sendirian--
menghadap ribut yang menjelang.

dan apabila tersedar akan tiadanya perempuan tua itu tadi, berlekas2lah mereka berpatah semula bagi mendapatkannya.
tapi yelah. berapalah pantas pun lekas2nya.
zaman itu bukan macam kita ada segala peralatan enjin semua.

kesima.
di tempat perempuan tua itu dijanjikanlah teguh duduknya.
ada di situ.
tak berusik.
tak ada walau cela sejentik.

bibirnya basah dengan zikir ini:

hasbi rabbi jallallah
maa fi qalbi ghayrullah
nur muhammad sallallah

cukuplah tuhanku sebagai allahku
tiada dalam hatiku selain allahku
cahaya muhammad-- selawat atasnya.

laisalaha mindunillahi kaasyifah
laisalaha mindunillahi kaasyifah

tiada baginya selain allah yang maha melindungi
tiada baginya selain allah yang maha melindungi

laailaaha illallah
al maliqul haqqul mubiin
muhammadur rasuulullah
saadiqul wa'dil aamin

tiada tuhan selain allah
raja aku, yang paling benar, yang paling telus
muhammad itu rasul allah
manusia benar dan adil dan jujur

astaghfirullaha
innallaah kaana tawwaaba.
ampuni aku wahai allah
sesungguhnya allah itu maha menerima taubat

*pause*

sayu, kan?
:)

maka percayalah.
atas setiap apa yang kurang dalam dunia kalian--
atas setiap apa yang kalian rasakan tidak mencukupi--

hasbi rabbi.
cukup tuhanku.

insyaAllah.
hati akan puas mencari segala apa yang kalau pun didapatkan takkan terpuaskan.
hati akan merasa sudah.
berhenti, malah.

dan merasa tenang--
dengan apa adanya.

:)

2 comments:

Sophia Ahmad said...

Assalamualaikum Fynn..

Hasbunallah wani'mal waqil, ni'mal maula wani'mal naseer..

Lillahita'ala air mata aku keluar baca entry kau ni. Betapa aku manusia yg selalu terlupa akan 'Hasbi Rabbi'..Astaghfirullahaladzim..

Fynn,
terima kasih mengingatkan aku. Selama mana aku berupaya mengingati akan Hasbi Rabbi, pahalanya aku jariahkan pd kau dan Bakti Arjuna Fitri.

Salam Alaik

Unknown said...

just knowing u from instagram for last 2 weeks. Tapi bila baca tulisan akak rasa mcm 'terkesan' ke hati. dgn bahasa indah dan bersahaja. Rasa ikhlas dari diri penulis:) Glad to know u sis.. May Allah bless u.