Friday, February 15, 2013

hashtag paling aku benci dalam dunia


membubuh hashtag 'just saying' di hujung ayat2 yang sengaja diniat offensif dan morally destruktif adalah suatu tindakan keji.

sama keji dengan "eh, muhsin tu memang perangai macam anjing, kan? jenis mak bapak tak reti didik punya. komfem neraka la". kemudian disambung "tapi dia bagus.."

atau "jailani tu bini dia dulu bohsia kau tau. selalu nampakmkat bus stand muor. member aku cerita aa". diikuti dengan "tapi orang cerita aaa..."

mari aku bagi contoh.

salam. nak cakap sikit aa.
awak sepatutnya (insert nasihat di sini)
sebab (insert teguran di sini).
ingat allah tu (insert kata pedas pedih tahap tak relevan).
mak bapak awak (insert segala jenis kiasan menghina).

ditutup dengan: "just saying".

macam hashtag itu pengampun segala apa yang dilafaz / ditulis awal2 tadi. it's like SEMUA ORANG boleh cakap APA SAJA atas alasan "just saying" yakni "saja cakap aa".

muka kau tak cantik, sial.
just saying.

bapak kau miang, doh, kawen dua.
just saying.

kau gaji kecik jgn aa berangan shopping macam aku.
just saying.

*geleng kepala*

bapak bangang konsep just saying korang hipster ni semua, doh!! macam pantek.
#just saying.

*senyum*

ok. skarang--
tengok ayat aku tadi sound orang.
halal ke ayat itu semata2 niat aku nak tegur orang berkenaan teguran "just saying" tu tadi?
tak, kan...?

fakta sekali pun, apa yang kau nak sampaikan--
budi bahasa jangan buang.
jaga aib orang.

tuhan dah janji--
kau jaga aib orang,
tuhan jaga aib kau.

jangan bukak pekung orang.
tuhan selindung pekung kita.

niat nak menegur pun-- ada adabnya.
selalulah beradab. tak rugi pun. orang suka.
punya indah sesuatu yang bernama adab ini--
kalau beradab--
murah rezeki.

kalau aku--
apa2 servis aku dapat layanan elok, senyuman manis--
MEMANG dengan lapang hati aku cakap "keep the change".

ya. mmg aku upah orang berbudi. makcik nasik lemak ke, pakcik teksi ke, akak surat khabar ke.
bukan niat apa2.
semata2 kerana keikhlasan dan kemanisan senyum manusia adalah komoditi yang makin pupus wujudnya.

siap aku secara diam2 doakan pada tuhan--
wahai allah, bagilah dia hari ini berkat dalam rezeki dia.
minta diganda apa yang dia bakal terima.

jangan lupa.
antara doa yang PALING mustajab adalah doa tidak diketahui penerimanya.

kalau orang tak beradab,
jangan harap aku bayar sambil tengok muka.

adab--
jaga.

dosa sama tuhan--
selagi disempatkan, selagi bernyawa--
ada ruangnya.

dosa sama manusia?
kau sempurna paling sempurna selepas rasul sekali pun--
terpaksa kau tunggu terserempak di akhirat sana untuk diampunkan.

dan pada yang teraib juga. tadah dan senyumlah sahaja. hendak buat macammana. kita semua pendosa. kalau digali, memang semua orang boleh jumpa dosa setiap kita semua. dah ada orang rajin mencari-- pastinya akan terjumpa.

maafkan sahaja.
buat apa ditunggu sampai kiamat?
kita sudahlah banyak dosa.
tunggu turn masuk pintu punyalah lama.
takkan nak dinanti orang mencari kita demi kemaafan kita?
yang rugi bukan dia saja.
dengan kita2.

tuhan pesan dalam al-a'raaf. 199.

huzil 'afwa
berilah maaf

wa'mur bil 'urfi
dan serulah orang akan kebaikan

wa a'ridh 'anil jaahiliin
dan berpalinglah dari orang2 yang bodoh

ok?
sebelum tidur malam ini--
cakap setakat telinga sendiri mendengarkan:
aku maafkan semua--
dengan penuh pengharapan--
mereka semua itu juga memaafkan aku semula.

ok?
:)

ingat.
berpaling dari orang2 yang bodoh tau.
zaman ni ramai orang2 bodo kuwajaq taktau nak habaq lagu mana.

#just saying.

hihihihihihihi.
selamat malam.
:)

1 comment:

FH in space said...

Am a newbie, and now imma fan yu. Just saying... :)