Tuesday, February 5, 2008

tentang perempuan yang menangis di sinki

rumah kosong. kucing2 sudah berada lebih 300km jauhnya. didi tidak lagi pulang. arm dan ocham bersama ezane sdg berjimba menonton wayang. fatin tiada mood.

aku di rumah kosong.

lewat ini lebih lima org teman2 punya masalah bapa yang gatal. bertahun, berdekad mengharung badai, menongkah dugaan, tapi tewas juga pada gadis muda alias janda alias perempuan miang (pilihlah mana2)

kenapa?

kecurangan itu memang sgt keji. tapi pernah ada yang tanya, setakat teman bualan di internet itu curangkah? sekadar bual2 kosong tentang awan dan telur goreng di sms itu curangkah? bagaimana pembahagian meritnya?

jangan tak tahu, lelaki2 ganyut sekarang ramai yang celik IT.

dan di banyak kes itu, sang perempuan yang menangis di sinki, mencari silap diri. sang perempuan juga mengunci diri di belakang pintu, tak mahu anak tahu, tak mahu dirisau kerisauan hati yang dikira cukup untuk membeban dirinya seorang.

ah sang perempuan.

bajingan sekali lelaki2 sebegitu, yang sudah dilumrahkan dengan penjualan diri secara murahan. tak pernah, tidak sekali pun, lelaki2 sebegitu dipersalah terang2an.

"perempuan kalau peramah adalah hampir kepada sundal"
"lelaki kalau peramah itu lelaki manis"
"biasalah lelaki ramah, saja mengusik"
"perempuan peramah itu begitu murah, semua disapanya"

seksis.

"stok bini" berbeza dgn "stok awek"

dasar kejam.

kenapa lelaki2 berperangai seperti itu tidak peduli dipandang jijik? ye benar, ada perempuan laknat dan curang di luar sana. tapi bahana yang diterima jauh lebih dahsyat dari respon kepada sang suami miang.

perempuan2 curang dihambat keluar, dimaki jiran, dicaci saudara.
lelaki2 dayus sekadar digeleng kepala dan tetap, sang isteri pula dipujuk, "sabarlah, piah..."

sikap lelaki2 miang ini aku berani katakan takkan luput. kalau dari muda sudah mula, tak usah haraplah mahu diubah.

haih..

aku bertuah kerana punya abah yang begitu tinggi fahaman cintanya. seperti dia meminta pencen awal semata untuk tidur hari2 di sebelah katil arwah mak yang sudah berbulan tidak bisa bangkit. seperti dia dengan ibu sekarang yang tak pernah mahu berjauhan walau sehari. makan di luar pun dia tidak suka, semuanya "mana ibu, ngah?"

cantik. padahal abah jauh lebih kacak dari bunda yang biasa2 saja. tapi asalkan ada masa lapang, dia suka melepak di makmal hospital bunda, berborak tentang kayu jati, tentang kebun cili, tentang perkara2 bodoh yang tidak relevan.

masih aku ingat, ketika kecil dahulu, ketika arwah mak masih ada, selalu mereka hilang. pakcik2 sentiasa tanya, "mak abah awak mana, ngah?" terpaksalah kami cari, dan biasanya jumpa mereka di belakang pokok sedang gurau2, di dapur, sedang main2 simbah air.

definasi cinta abah itu jelas.
cinta itu memberi kasih, berkongsi sayang.

*diam*

siapa kata aku baik? aku rapat dgn ocham dan arm. bila pada haknya aku harus memberi fokus pada amy. malangnya dia tiada, sibuk dengan kerja. kelakar, aku pula disuruh terus menyibukkan diri dengan kawan2. mungkin dia kasihan aku sunyi.

umur sudah mahu masuk 26. cepatlah jodoh, aku sudah malas hidup begini. aku mahu si kenit berlari2 di dalam rumah. menjerit2 bila bergaduh adik-beradik. memanggil "mummy, he's bullying me!" atau "mummy, tengok la abang!"

ah, indah.

aku ada satu rahsia mahu khabarkan. yang aku kira, bila sudah tertulis di sini, tak mungkin ia jadi satu bicara tersimpan lagi. sukatilah.

"we fear you are not able to conceive"

satu frasa yang sampai kini takkan mungkin aku seka airmata tiap kali dingiangkan di telinga.

tuhan, kenapa yang kita paling mahu takkan kita dapat? kenapa aku? tak cukupkah aku diambil hak merasa kasih sang bunda? kenapa aku tidak diizin merasa menjadi satu?

itu di masa mendatang, mungkin ada rezeki. telahan sang doktor mana pernah seratus peratus tepat, bukan?

positif, fynn. optimis!

aku harus kuat, kerana tidak ada hidup yang sempurna. ini dugaan tuhan, dan dia hanya menduga mereka yang mampu memikulnya. jgn respon dengan kata pujukan, kerana aku tak perlu itu. aku mahu kamu yakin, aku pasti akan gagah menghadap kesunyian yang aku sedang biasakan ini.

mungkin... di masa depan nanti, yang mana aku menangis di sinki bukan langsung kerana kecurangan suami,

tapi mungkin sekadar kerana sunyi.

Sunday, February 3, 2008

aku mahu bertanya.

arwah loloq adalah pemuisi yang hebat. katalah apa saja, tapi lirik lagu adalah puisi, jadi diamkan segala bantahan.

satu) dia sudah pun kembali kepada tuhan.
dua) memang tulisannya bagus.

aku masih boleh menitikkan airmata setiap kali aku fokuskan fikiran mendengar lagu awan yang terpilu.

siapa yang tak sayu hati melayan jiwa lagu itu.

satu hari nanti, aku mahu puisi aku dibaca anak2 kecil, diceritakan pada generasi baru tentang aku: penulis yang menghembus nyawa pada tulisan. memang aku belum tiba pada tahap itu, maka azam aku adalah ini: AKU MAHU JADI SEPERTI ITU.

teringin. sangat mahu melihat tulisan2 picisan aku dicetak dirujuk. diumpamakan seperti penulis2 hebat seperti otai2 di rumah gapena, di event2 spoken words, di luar sana, di sejarah dulu.

erm, malam tadi buat pertama kali berkumpul bersama kawan2 junior musisi. Chapit (adik yg terlalu banyak menolong aku), ubenn, ajoi, aizat, GG bersama aku, ira dan ocham bertemu di pandan. rasa teruja pula. mereka adalah antara yang giat mahu menaikkan lagu2 puisi aku. yang pernah mengiring aku dlm freestyle puisi.

begitu terharu.

semuanya bermula dari apexx e.g.o art, yang menjemput aku mempersembah puisi bulan 4 ini. aku ceritakan pada chapit, yang mana dicadangkan aku sediakan line-up pengiring musik terus. seperti kumpulan tongkat yang hebat itu.

yang lain2 pun sangat beriya mahu membantu.
kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.

tak sangka, mereka sangat suka sama puisi aku, mahu membantu aku juanglawankan hak puisi. ah. membahagiakan. dicadangkan puisi2 aku yang difreestyle dulu dibuat dan disusunsemula menjadi lebih mantap.

ah. ada juga yang mahu membantu.
soalannya, ada kah sesiapa di luar sana yang mahu mendengar lagi?

takut pula.

ketika jammin mlm tadi pun, sibuk diminta satu dua puisi freestyle. tidak sebagus mana. aku tidak berpuas hati. ocham pun memberi nasihat bijak semalam: aku sudah terlalu rapat sama puisi bunda dan lagu cinta buat ayahanda tempoh hari, segalanya sekarang berkisar itu. aku harus jadi lebih mantap dan terkembang. terima kasih ocham.

*senyum*
puisi aku sudah mendapat tempat di hati ramai.
ini semua kerana kalian, kawan2 blog, yang sibuk meniup semangat pada aku.

terima kasih, terima kasih.

satu hari nanti, nur affina yanti akan dikisahkan sebagai perempuan gila yang memberi makna baru pada suara jiwa puisi.

aku punya satu soalan pada anda2: ada cadangan nama kumpulan puisi aku?

Friday, February 1, 2008

tentang hidup semata kerana kawan2.

maaf, tolong ceritakan bagaimana mahu menjadi pelakon terhebat, bila jiwa kamu sudah terlalu transparen dan tidak mampu menutupnya.

tidak lagi ada sekuriti dalam emosi. sedih akan memancar, sayu akan terpinar, kasih akan mewarna, cinta akan bernyawa.

tidak ada lagi privasi dalam hidup aku.

aku perlu jadi pelakon terbaik, yang menampal senyum pada setiap kehancuran. tapi bagaimana? bila diri aku ini seorang yang begitu ekpessiv. telus. tidak sembunyi?

aku tidak reti bermuka2. jadi jgn ada di sekeliling aku, kerana aku tidak bisa menjabat tangan dengan seringai ketawa. rasa yang aku ada ini amat kejam, kerana ia tetap mahu keluar bilamana di waktu sama semua orang mahu aku berbohong.

tiada yang mengenali aku.
tiada yang boleh tahu.

"fynn, kamu jaga sikit emosi kamu boleh?"
"fynn, kenapa kamu ini suka marah2?"
"fynn, kamu serabut, semua org serabut"

fynn itu. fynn ini.
sikit2 fynn.
sikit2 fynn.

aku rasa aku mahu bersembunyi di belakang pintu.

aku bencilah begini.

aku mahu pulang pada Mohd Dzul Helmy bin Ismail. pada kisah dahulu. kerana di sana aku tidak dikotak-kotakkan. aku dibenarkan menjadi aku. aku mendapat izin menjadi si gila itu.

hanya dia yang tahu bagaimana mahu menopang aku di kala begini.

kawan2, aku jadi gila hidup sendiri begini. berdekat yang sebenarnya semakin jauh. hingar kita yang semakin sayup. biar saja aku berlari dan terbang seorang. sebentar. mencari masa untuk aku tegak semula.

hilang aku yang satu ini pun bukan luak.

aku benci dipaksa memasang senyum, bila di dalam jiwa bernanah segala.
aku benci dilayan seperti aku punya makna, tapi bila ku tuntut haknya aku dibaling ke tepi tangga.
aku benci diri aku dijual seperti orang meminta2. aku benci bila jiwa aku ini dijaja2.

aku ada harga. walaupun sedikit, sekurangnya ada.

maka jangan mainkan aku seperti patung murahan yang dijual di kedai RM5.

Thursday, January 31, 2008

peringatan buat aku

menemui diriku sendiri,
assalamualaikum.

aku sudah tidak ingat siapa aku lagi mungkin. maka kerana itu tersimpang sekali-sekala meluncur laju dan bergoyahan.

maka entri ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri.

nama aku nur affina yanti, dari kecil dipanggil angah. di sekolah nama tertukar menjadi yanti. di universiti aku menukar nama sendiri menjadi fynn. puas dikutuk dicaci kerana konon2 mahu menjadi lebih glamour. bisa glamerkah kalu semata menukar nama? tolol.

yanti. arwah bunda yang mahukan nama indonesia itu, kerana terlalu berkenan dengan anak temannya yang manja dan keletah.

dia mahukan anak gadis pertamanya manja dan menggantungharap padanya.
*sigh*

aku mula menulis puisi setelah terjumpa sajak arwah bunda di mejanya yang ada mesin taip pembelian ayahanda buatnya. tajuknya tak akan aku lupa, "usah di tanya kenapa". takkan mungkin aku lupa, kerana itu jugalah puisi aku yang pertama.

puisi yang ditulis untuk semua, atas kematiannya yang hanya beberapa tempoh. tidak diberi kami ini menyoal dia meski pun tuhan, yang sememangnya ia satu hak yang memang terpotret untuknya.

tapi, bunda.. pernah kau fikir qada' qadr kamu itu memberi influansi pada kami2 yang ditinggalkan ini?

aku pagi ini telah cuba tidur, namun tewas. setiap decing keriut alam akan membuka mata aku yang aku paksa untuk pejam. aneh, jika selama ini para dinding dan bumbung sentiasa memekik, mlm tadi aku tertinggal sunyi dengan dengung satu pitch di telinga.

untuk kali pertama aku rindu hingar kegilaan kepala aku.

*diam*

mari balik ke masa2 kecil itu, berkayuh basikal setiap jam 5 petang. melintang angin bersama layang2 terbina dari kanji nasi, memanjat turun longkang besar depan rumah menjerat ikan lampu, berkejar2 dengan arnab dan ayam abah, sambil menjerit2 bau tahi ayam di pintu reban.

mari ingat semula patung kertas 20sen yang boleh disalin2 baju, main tikam2 yang sememangnya hanya memberi jajan bodoh dan bukan pistol meletup berpeluru kertas merah, atau ayuh bertembak2 senapang puluru pipit hasil tangan abah yang digergaji semata dari kayu rumah.

mari lupakan kedewasaan dan alam komplikasi ini.
terasa tidak mahu berzuriat, takut keterlaluan untuk mereka hadapkan dunia kejam ini.

tuhan, aku begitu destruktif di akhir-akhir hari.

abah, angah rindu bersandar pada bahu kamu. membilang tahi lalat ketika memicit tubuh tuamu. bual2 kosong sampai tertidur dalam bilik kamu, bercerita tentang hidup, apa terbaru.

dalam dunia ini, jika ada perkara yang mampu mematahkan nyawa, hanyalah ayahanda aku itu. manisnya dia, gagahnya dia, teristimewa. mampukah ada lelaki yang bisa merentap jantung seperti dia?

jika diambil dia terdahulu dari aku, tuhan aku tidak mungkin larat bernafas. jika aku pula yang pergi sebelumnya, sudah pasti terseksa seperti dia dahulu merindu bonda.

entri ini masih untuk mengingatkan aku.
untuk melengkapkan solat, mengurangkan kejahilan.

tuan2 dan puan2,
nampakkah gerabak insaf?
di dalamnya ada Tuhan saya, apa Dia sudah pergi dan berlalu pada aku yg terleka di stesen sunyi ini?

kawan2, jika aku nazak bergelut kematian, mahu melawatkah dan ceritakan tentang konda-kondi belakang rumah, layang2 di tepi jalan dan ikan lampu di kolam besar itu?

supaya aku mati sambil beringat, saat termanis adalah ketika di rumah, sepahit mana kenangan yang ada.

Wednesday, January 30, 2008

tentang penjelasan si pecemburu.

Dabikan aku tentang kegagahan diri memedang sunyi harus aku tarik semula dengan wajah malu dan tewas.

aku tidak sekuat itu.

di rumah kosong, dengan didi yang hanya pulang selepas malam menjatuhkan sauh, suara2 datang kembali. bunyi2 yang menyonsang dan memaksa aku merengkot di hujung katil ketakutan. bicara yang kabur2 kedengaran seperti radio rosak cuba aku jelaskan, mahu aku tangkapkan apa mesejnya.

ternyata aku jatuh dari kewarasan.

aku perlu sesuatu untuk memenuhi fikiran yang santai. rumah ini sudah mula memberi aku mimpi2 mengerikan, menunjuk bayang2 yang menyeramkan.

akal aku sudah kembali bermain2 sama jiwa aku.

bulan feb aku mau hantar semua anak2 ke kampung. tak mampu lagi menjaga. sudah berkali2 aku katakan itu. haih. kasihan diri sendiri. kembalilah aku sepi, seperti dulu. satu ketika dulu.

pernah, selama sebulan terus, aku tidur di dalam kereta yang diparkir di stesen minyak. mandi, makan, segala di situ. universiti sudah tutup untuk cuti semester, tapi aku yang bekerja mengajar tuition tak bisa bercuti. mahu duduk terus di kolej, mesti dibayar.

akhirnya, di projet sajalah aku menumpang tidur.

rutin hari2, jam 4-6.30 kelas tuition pertama. mlm, jam 8-10 kelas ke dua. begitulah setiap hari. hari sabtu ahad adalah yang terpaling bosan. tiada sesiapa yang ada untuk meneman.

gilanya hidup aku satu masa dulu.

nasib baiklah aku sudah terbiasa tidur di stesen minyak, arakian teman baik aku dahulu (mmg tidak punya teman lain) selalu ada pasang surutnya. serasa mahu aku di bilik, aku ada. jika rasa agak tidak punya mood, dimintanya: "fynn, saya mahu ruang sendiri buat sementara"

mati.
aku yang tidak ada bilik lain terpaksa senyum dan biarkan aja.

maaf. entri hari ini tidak relevan lagi, seperti beberapa enri dahulu. entah. dunia aku semakin membosankan, bukan?

jika kau tanya apa yang aku mahukan, di saat ini: 6:11pm 30hb Januari ini, aku akan katakan;

1) aku mahu menangis sekuat2nya. kerana hidup aku selalu diguna untuk membahagia orang. kerana aku selalu dilihat sebagai yang kejam. kerana aku selalu ditegur terlalu keras.

2) aku ingin bertanya pada Tuhan kenapa terlalu banyak duga dan halang untuk aku dari dahulu, yg membikin tulangku jauh lebih padu dari org lain, suaraku lebih halilintar dari yang lain, fikiranku lebih pedang dari yang lain. kerana tiada yang mengerti aku.

3) aku mahu pergi dari semua, membina kaabah kecil untuk aku sendiri, seperti bahagia aku di waktu kecil2 dulu, tiada siapa yang tahu adanya aku.

...

kecy makin lama makin ditambah. aku makin rimas. semua orang berminat, mahu dibawa. dulu berapa kerat, sekarang satu malaysia. aku tidak biasa beramai. aku belengas!

cukuplah yang berapa belas ini. sudah. kalau mahu ditambah, seeloknya dibuatgabung seperti ran-tai art. buat membership. terus! senang!

aku belum habis kenali engkau, takky! apa makanan kegemaran kamu, lynn? fatin suka daging atau ayam? apa mimpi paling ngeri engkau, pok cham? siapa penyanyi kegemaran anda, pok arm? masihkah kau sayang aku, Ira, seperti 12 tahun dulu? lihat, ini baru separuh kecy! sudah meleret perenggannya.

argh! kualiti kualiti kualiti!

benarlah, aku harus jauhkan diri dari semua ini. kenapa aku tidak mahu biarkan saja bersahabat dengan satu antero dunia? mengapa aku bingar tentang tumbuhnya sayap2 baru? apa aku runsingkan? apa aku serabutkan?

...

*diam dan memandang langit dengan mata yang bertakungan*

aku takut dilupakan.
aku takut hilang, seperti dahulu.

kewujudan yang tidak kau tahu.
keberadaan yang dikelambu.

tuhan, padamkan cinta aku pada manusia, kerana ia menyiksa aku.
tuhan, yakinkan aku, dzat aku ini tak sepenting yang ku kononkan pada jiwaku.

Tuesday, January 29, 2008

tentang pencabul hak.

jumaat malam lepas aku meneman ira dan dian berfutsal. ada perlawanan. alah, kalangan perempuan sahaja. layan juga.

lama tidak berpeluh. sayangnya malam itu aku sudah mula merasa agak tidak enak. tekak sakit dan pijar. badan rasa berbahang. aku kira futsal ini bisa mengurangkan demam aku.

perlawanan yang ada cuma dua pusingan, lima minit setiapnya. eleh. bencinya. menunggu saja lebih. baik aku ajak kecy berfutsal. lagi seronok. cara markah pula dikira dari mata. pusingan pertama menang. 1-0. kedua, seri, 0-0. maka kami satu saja. kalau begitu tidak acilah kami tidak berjumpa satu team yang lemah itu, yang mana kumpulan lagi satu telah menitik 4-0 padanya. haih.

semata kami perempuan, cara bermain pun didiskriminasikan ke. "alah, perempuan. main2 sajalah" bencilah.

teringat dahulu masa sekolah menengah, aku wakil pidato parlimen negeri. dalam bahasa inggeris. selama dua tahun. pada tahun terakhir aku di sekolah (di tingkatan 5), sekolah sains berasrama penuh dibuka. dengan begitu professional aku tidak sabar menanti pertandingan yang lebih keras.

pada hari pertandingan, yang mana secara clichenya diadakan di sekolah baru itu, pusingan final peringkat negeri adalah di antara mereka dan kami. secara terang2an aku yang bermulut pijar dan sentiasa membidas membuat mereka terdiam berkali2. itu tanda markah wajib ditolak. aku berjaya memaku bibir2 mereka setiap kali. itu juga harus ditolak.

tapi bila waktu keputusan diumum, sekolah menengah sains bandar penawar dinobat juara.
aku terasa macam babi.

jurulatih negeri yang dua tahun itu siap ke belakang pentas, mahu melihat pemarkahan. ternyata, kami yang harus menang.

kau mau tau apa dibilang? aku takkan lupa.

"cuba kamu bayangkan jika sekolah sains dikalahkan sekolah agama. kami asrama penuh. kamu asrama biasa. kementerian tidak akan suka"

secara dasarnya, kementerian tidak akan percaya melihat anak2 sekolah biasa bijakkah? kecewa. sungguh kecewa.

seperti pengalaman aku di tingkatan dua, ketika mewakili johor untuk pertandingan nasyeed anak2 yatim. pertandingan di serawak. pemenang akan diterbangkan ke singapura untuk peringkat asia.

ketika pengunguman, sewaktu hadirin menjerit2 "johor!" "johor!" sebagai juara, serawak disebut sebagai pemenang. kelakar, kerana semua terdiam. tidak ada tepuk tangan, terkesima. kamilah yang dari johor itu yang mulakan tepukan tangan. peserta serawak juga tidak mahu ke pentas.

guru musik kami terus meneman ketua kontinjen ke belakang. kami juga turut sama.

kau mau tau apa kata mereka?
"kami tersilap baca. biarlah. takkan mau diambil semula"

guru kami katakan: ini tidak adil. haa. dengarkan jawapan ini, terbaik, sampai mati aku takkan lupa.

"alah. biarlah. ini bukan betul2. pertanding anak yatim. seronok2 saja. bukan apa2"

semata kami anak yatim,
semata kami budak sekolah biasa,
semata kami perempuan.

pergi mampos kau, cibai2 pendiskriminasi.

habis futsal itu, aku dan ira bernyanyi karaoke di kedai belakang. jijiknya kerana ramai orang2 tua tidak sedar diri berdangdut di depan orang. lebih tua dari abah. kejinya. seorang dua berkaraoke di atas pentas, yang lagi sepuluh berdangdut joget dengan indon2 yang dibayar. indon2 gemuk tapi bersendat pakainya.

geli!!!

kau tak reti sedar kah!!! liuk engkau itu, apa kau tidak ingat anak isteri di rumahkah? kau mencari buktikah yang kemaluan engkau masih berfungsi? aku benci manusia persis engkau. laknat. gelilah!!!

maaf. aku memang agak anti dengan org tua ganyut tak sedar diri.

erm esoknya ada perjumpaan kecy.

tapi begitu malang sekali, pada pagi sambutan hari jadi didi itu, yang temanya putih dan pastel polos itu, nenda takky (abang besar kecy) meninggal dunia.

serabutan menelefon sana sini. risau dan saling menyampaikan pesanan kecy ke sana sini.

aku teringat ira kata malam itu: takky beri sebab padanya kenapa dia mahukan persahabatan seperti kecy, kenapa ditubuhkan keluarga kecil kami, kerana kami semua orang merantau. dia tidak mahu susah sendiri. dia mahu ada adik beradik di sini, saling menjaga. saling melihat. saling bersama.

tabah ya abang besar. kami sayang anda.

hari itu, ramai tidak hadir, kebetulan acha kerja, syed tiada, wok juga. ramailah yang sibuk tanpa perancangan. kami yang ada pun tidak ada mood sangat. benarlah, kami seharusnya sama2 duduk diam dan hormatkan keluarga takky.

al-fatihah.

Thursday, January 24, 2008

kebodohan natasha hudson, satu entry yang relevan tentang plagiarisme.

entri ini aku kreditkan pada Jannah Raffali dan linkung blog beliau. Aku yang tengah muak dgn plagiarisme yang teraplikasi pada aku, dengan sengaja google "natasha hudson + poetry". link jannah adalah teratas, maka dengan gelojohnya aku suap minda aku dgn humor picisan ini.

betapa blonde engkau ini, natasha.

sebelum aku selitkan puisi2 tiruan tanpa MSG ini, kamu bacalah respon manusia ini, berkenaan penulisannya yang dikatakan kebetulan.

punggung kau lah.
ingat kami kayu?

NATASHA HUDSON said...

hi there..a blogger got me to check out some serious allegations here written in your site n honestly i have never heard of tht mcgough writer or read any of his poems..maybe it so happen to be wht i wrote is similar to wht he had written.n let me explain/define once more my childrens book in malay is written as short stories in so called poetic form,so they are not hundread percent poetry..its more of storytelling..only my english book is pure poetry..what i write is in a humourous & fun way..its not like im trying to educate children in an educational way..& for them to feel entertained & thts why there is illustration..tq

yang aku paling tidak dapat tangkap: "its not like im trying to educate children in an educational way"

wadefak yang kau cuba katakan ini?

aku benci peniru2 karya, pencuri idea minda, perompak jati rasa. noktah.

----------------------------------------------------------

Kek Coklat by Natasha Hudson




Saya mahu satu kehidupan,
Kamu mahu sesuatu yang lain,
Kita tidak dapat makan kek coklat,
Jadi kita makan sesama diri.


Cake by Roger McGough


i wanted one life
you wanted another
we couldn't have our cake
so we ate each other.


-------


Si Kura-Kura Kecil by Natasha Hudson

Ada seekor kura2 kecil
tinggal di dalam kotak
berenang di tepi tasik
memanjat di atas batu

dia cuba menggigit nyamuk
dia cuba mengigit kutu
dia cuba menggigit berudu
dia cuba menggigit aku

dia berjaya menangkap nyamuk
dia berjaya menangkap kutu
dia berjaya menangkap berudu
tetapi dia tidak berjaya menangkap aku

The Little Turtle by Vachel Lindsay

There was a little turtle.
He lived in a box.
He swam in a puddle.
He climbed on the rocks.

He snapped at a mosquito.
He snapped at a flea.
He snapped at a minnow.
And he snapped at me.

He caught the mosquito.
He caught the flea.
He caught the minnow.
But he didn't catch me.

-------

Mentega kuning, jelly ungu, jam merah, roti hitam by Natasha Hudson

Mentega kuning, jelly ungu, jam merah, roti hitamratakan tebal
katakan cepat
ratakan tebal

katakan cepat
sekarang ulang

sambil kamu makan
sekarang ulang

sambil kamu makan
janganlah bercakap
bila mulut kamu penuh

Things We Like to Eat by Mary Ann Hoberman

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread.
Spread it thick,
Say it quick.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Spread it thicker,
Say it quicker.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Now repeat it,
While you eat it.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Don’t talk
With your mouth full!

----------------------------------------------------------

apa dia yakin kami percaya perkara ini satu kebetulan?
haih. silap haribulanlah.

cumanya aku ada satu soalan: bagaimana bisa aku pelihara tulisan aku, yang mana jika diambil dicentong dicedok, boleh aku tegur dan gerunkan. tidaklah puisi aku sebagus mana, tapi itu milik aku. anak aku.

kawan2, jika terjumpa tulisanku di tepi jalan, tanpa kreditasi, pohon aku pada kamu, khabarkan.
salam cinta;

fynn.