Tuesday, April 2, 2013

buli

BAGAIMANA yang namanya layak dipanggil 'buli'?

benar.
yang jenisnya ditolak ke dinding tepi,
dipukul talu,
dibantai biru.

namun jangan dilupakan yang buli itu--
tidaklah perlu didarahkan.
tidak juga perlu disompekkan.
tidak ia sesuatu yang kelihatan.

merasa menjadi mangsa.
seperti ditindas keadaan.

buli.

asal namanya terganggu akal dan badan--
itu namanya buli.
menekan orang yang lebih gemuk, buruk, pendek.
itu namanya buli.
menghina orang yang lebih kaya, berjaya, cantik.
itu juga namanya buli.

verbal. tulisan. sentuhan.
apa pun cara yang digunakan.
buli tetap buli.

raikan perbezaan.
kita sudah di fasa ketiga hidup kita.
fasa berkeluarga.
fasa fikiran mula berguna.
fasa marah dah habis.
fasa dah puas nangis.

ajar anak2 kita menerima DIRI MEREKA.
ajar anak2 kita yang mereka MEMANG tidak sempurna--
begitu juga manusia2 di keliling mereka.
ajar anak2 kita yang kita TETAP kasihkan mereka--
bagaimana tidak sempurna.

manusia2 yang membuli adalah manusia2 yang tidak tercukup cinta dari keluarga mereka.
merasakan cinta dan kasih itu sesuatu yang perlu dilayakkan--
maka mereka membenci mereka2 di luar sana yang mereka FIKIR tidak layak untuk dilayakkan.

dan dari kebencian itu, mereka2 ini memperkukuh temulangnya. menjadikan mereka gergasi2 yang tujuan dalam jiwa cuma mau menjadi intimidator dan pembuli abadi.

pembuli tidak tahu mereka pembuli.
mereka membuli atas apa yang mereka FIKIR mereka perjuangkan.

agama tidak pernah mengajar penganutnya membuli.
ilmu tidak pernah menyuruh penuntutnya membuli.

atas apa pun alasannya--
sebenarnya--
seorang pembuli membuli kerana DIA sendiri.

selamatkan anak2 kita.
sayangi anak2 kita.


selamatkan mereka dari menjadi iblis di kalangan manusia sendiri.

No comments: