Saturday, January 21, 2012

rindu

tiba2 rindu tanah malaya.

rindunya... kalau masa cuti begini, mesti riuh kampung sialang kat tangkak dgn bingit aku menganjing moksu dan atok yang pekat telor muor daratnya, dgn kecoh aku menyakat adik2 saudara, main curi2 picit bontot sambil jerit "eeee dah boleh kawen dah awak ni".

esoknya untuk sarapan mesti moksu masak nasi lemak. aku mesti brok brek sebab moksu suka sambal masin. achik akan backing. sebab dia pun suka masin. atok mesti naik darat, amikkan ubi lemak. ibu mesti sibuk rebuskan lepas tu goreng ubi utk dicicah dgn sambal kicap perah limau yang sedap tu. abah mesti ke sana ke mari carikan sepat dgn nenas, sebab dia tau angah dia ni gila makan masak lemak cili api. nak2 sepat kering dgn nenas. kalau aku balik kampung, memang macam puteri raja-- semua dapat.

sebab angah jarang balik, kan, bah..
sebab angah dari zaman sekolah, ada je ke sana ke mari.
kalau tak aktiviti, kerja.

sedihnya...

abah... tadi angah masak udang kari hijau.
resepi hentam-- main tawakal je masak--
macam biasa la. rasa sekali, lepas tu buat sampai jadi.
:)
fitri makan licin.

tapi...
tak tau kenapa...
nak kasi abah rasa.

abah...
angah rindu nak picit kaki abah...

orang kata...
kalau tiba2 kita boleh ternangis sebab rindu seseorang;
orang tu asyik menyebut nama kita.

abah sekarang kat kampung...
abah tengah cerita dgn ibu dgn atok moksu semua pasal angah, ke...?
abah... angah nak abah...

3 comments:

puteri rimba said...

saya pun angah...saya pun rindu abah...hukkkk....

ayiehulk said...

hmmmm... rindu kat ayah jugak... padahal baru sebulan x jumpa... :"(

azu yusoff said...

First time saya jumpa di alam maya org sebut kampung sialang tangkak selain saudara mara saya....kampung mama saya di kg sialang dalam...