Saturday, November 5, 2011

muzik tak salah, dik.

muzik tidak haram.
selagi ia tidak membuat kita hanyut dan meninggalkan yang wajib,
ia tidak haram.

tapi kita manusia.
kita selalu lalai.

tapi itu cerita lain.

namun muzik tidak salah.
macam gula tidak patut dipersalahkan penghidap diabetes.
tamak manis yang salah.
bukan gula.

garam tidak salah.
kambing tidak salah.
makanan laut tidak salah.

tapi manusia yang salah.

kereta tidak salah. tapi ramai mati dilanggarnya.
kaki tidak salah. tapi ramai pergi berzina dengannya geraknya.
zakar tidak salah.
vagina tidak salah.
kita yang salah menggunanya.

dik,

kalau muzik itu salah, bagaimana berani kita gendangkan kompang menyambut kelahiran rasul kita?
kalau muzik itu salah, bagaimana tegarnya kita bertaranum membaca ayat2 suci-nya?

muzik tidak salah.

dan bermuzik itu bukan un-islamic.
al-kindi adalah ahli saintis dan matematika yang mendedikasikan ilmunya disulam muzika.
al-farabi telah menulis tentang terapi muzik dan kaitannya sama jiwa dalam buku2 falsafahnya.
mereka ahli muzik.
bersamanya, mereka mencari tuhan.
melaluinya, mereka menyebar ilmu tuhan.
ahli muzik yang juga ahli ilmu.

itu muzik yang kita perlu.

dik,
tuhan suka benda2 cantik.
tuhan suka perkara2 asyik.
kerana itu syair arab zaman terdahulu begitu molek.
kerana itu literatur kitabullah itu begitu rapi tak terusik.

tuhan suka puisi. dan beribu tahun selepas turunnya surah terakhir, kajian literatur membuktikan elemen2 termahal dalam puisi ada sarat dalam al-quran. dan yang paling jelas adalah lyrical ballad atau dalam bahasa kita balada berlirik; satu elemen di mana setiap hujung baris adalah berlagu sama-- atau rhythmic.

itu muzik, dik.
gula, garam, kambing, makanan laut dan sebagainya dalam sukatan yang betul.
muzik;
seperti gula, garam, kambing, makanan laut dan sebagainya itu tadi tidak salah.

yang salahnya--
adalah manusia.

zikirlah dalam bunyian termanis.
lagukanlah bacaan ayat2 sucinya dalam suara yang paling mendayu dan menghiris.

kerana di kemudian harinya,
it's never about the music you shout,
but what you are actually singing about.

21 comments:

Pendekar Berkuda said...

muzik itu tidak pernah salah...

bunyi-bunyian adalah anugerah terindah dari ALLAH buat kita.

Masakan bisa kita bilang bunyian itu salah?

rentak gemalai desir air di pergunungan itu muzik...

rentak irama siulan unggas itu muzik...

rentak alunan irama bacaan ayat suci itu muzik...

siapa kita untuk menafikannya??

Ya...karena kita yang salah dalam menggunakannya...

dewi cenderawasih said...

Betul. =)

ENCIK TIKUS said...

nais kak... =)

Amira said...

*hug kakak! <3

Johan 'Champ' Radzi said...

Sometimes, orang ingat musik salah dan terus mengharamkannya. Tetapi musik adalah jiwa manusia. Mustahil untuk dipisahkan antara keduanya.

Zaiya said...

betul kak.

KURARIMMBA said...

ok i love you haha. suka cara kak berfikir tentang muzik.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

muzik tidak pernah salah
dan yang berlebihan itu akan buatkan kita lalai,jadi bersederhanalah.

saya suka muzik bawaan kak fynn =)

junaidi ahmad said...

setuju dengan akak! :)

junaidi ahmad said...

setuju dengan akak!! =)

Anem arnamee said...

Salahkan yang lain sebelum salahkan diri, tu memang sikap adik2 ,kak.

"Mak, tengok along"

Sedangkan dia yang usik along dulu :P

Afiq Ah said...

aku tenang membaca ini

aku rindu puisi kau, fynn

Shahreel Basfary Al-Fayyumy said...

teringat saya pada pesan guru saya.. kata beliau: "anak,HIBURAN umpama GARAM dalam makanan..Tidak perlu terlalu banyak, tetapi CUKUP SEKADAR KEPERLUAN untuk memberi RASA yang ENAK.."

Makwe Kintan said...

Terbaik dari ladang fynn...^__^

Syamira Ismail said...

betul betul! muzik itu tidak pernah salah, kita manusia yang penyebab muzik kelihatan salah. solat, azan, puasa semua ditinggal hanya kerana muzik. manusia itu yg lalai!

astaghfirullah.

love you kak fynn!

yui92 said...

saya suka muzik fynn jamal.. dan saya setuju muzik tiada haramnya.. tapi yang paling ketara menjadikan muzik itu haram ialah perbuatan mendedahkan aurat terutamanya penyanyi wanita..

saya suka muzik fynn jamal.. buatlah sedikit perubahan..

saya suka muzik fynn jamal

http://sesedaporen.blogspot.com/2011/11/muzik-memang-tak-salah-kak.html

y u z said...

Fynn sayang,

You should be part of this too :-

http://documentist.wordpress.com/2011/11/07/thirty-eight-and-counting/

paling tidak, hantarkan saja tulisan yang ini. yakin sekali mereka akan terus setuju.

saya mahu lihat nama kamu sebagai antara kontributor, kerana ada Hezry Hafidz.

dan juga, ada saya. :)

ctpayong said...

Bismillahirrahamanirrahim.

it's never about the music you shout,
but what you are actually singing about.

tepat sekali.

f said...

:)
muzik itu jiwa,
jiwa aku.

Anonymous said...

Ayuh bawa muzik dlm hati kpd Allah Rabbul Jalil.. sampai bila harus tunggu? iman, bila kau mau teguh??

SelokaSeniIramaLagu said...

ALHAMDULILLOH buat kasih rasa ini.. Engkau memahami agenda dunia ini,agenda semata2 utk bersandiwara dalam dunia smtara ini.. Salahkah Musik itu dikala Hati yg merindu akan nama MUSIK itu? tapi benar kata Si pemuisi jalanan itu.. Musik itu kata Indah suara hati yg dirindui,sentiasa ada alunan dlm dirinya yg ada Seni dalam Jiwa itu.. hidup ini penuh dgn Seni,pnuh dgn bunyi yg melahirkan sebuah irama dalam diri,lalu dijadikan melodi utk kita sama2 bersuara mengalunkan rasa Suka&Duka itu.. jadikan ia sebuah ceritera hidupmu agar lebih memahami akn dunia seni itu,bahkan ia jadikan kamu lebih cantik bagaikan cenderawasih yg dilangitan itu.. JADIKAN IA TEMAN DALAM DUNIA UMPAMA NERAKA INI,UMPAMA PENYELAMAT HATI MU YG DIRINDUI OLEH SANG PERINDU YG MERINDUKAN ESAKAN HATI SEMUA UMATNYA... AMIN..salam kasih seloka jiwa yg aku guriskan dalam dinding dunia ini,agar dipahatkan utk ceritera kita bersama.. SALAM ALAIK!