Monday, October 10, 2011

mata baru

lain rasanya.

setiap apa yang pernah,
setiap satunya-- sudah berubah;
tidak sama.

subhanallah.

tersujud jiwa aku yang di dalam ini --kerana aku sedari tidak semua dipeluangkan dengan apa yang aku tersempatkan. tuah ini dibagi pada aku. peluang ini dikasi pada aku. sempat ini dihadiah pada aku.

gila.
memang gila.
subhanallah.
memang sungguh gila.

*menung sambil menonton ombak dada tri yang sedang nyenyak di katil sana*

seperti mana yang pernah sesetengah tahu, ini bukan pertama kali aku di sini. beberapa lama dahulu, aku terhumban ke sini sendiri-- terjauh dari cinta sang suami. untuk beberapa tempoh, yang aku reti cuma menangis mahu padanya kembali. dan secara seluruh di tiap2 tempoh itu, yang aku punya cuma benci.

makan pahit.
muzik bingit.
tubuh sakit.
jalan perit.

semua sulit.

benci aku pada apa juga nikmat yang aku dapat di sini aku luap2kan-- biar terbaja dengan subur. biar semua memori dikubur. bersumpah mati takkan lagi ke mari. takkan lagi. takkan lagi.

namun tuhan itu terbijaksana. manusia pencerita seperti aku memang seperti disaja2 dibagi pelbagai rasa-- kerana aku ini seorang pencerita; yang akan mencerita setiap jenis cerita supaya kebermacaman cerita2 itu diperguna manusia.

aku kembali.
dan bersamaku-- sang suami.

*senyum*

lain rasanya.

setiap apa yang pernah,
setiap satunya-- sudah berubah;
tidak sama.

subhanallah.

makan nikmat.
muzik lazat.
tubuh kuat.
jalan hebat.

semua sarat.

maasya-allah.
tersujud lagi aku.

betapa dunia ini dalam sekelipan mata menjadi suatu dunia baru; hanya semata2 kerana cinta. tergamam aku bagaimana bulyon yang dahulu aku geli untuk cecahkan ke lidahku kini jadi antara yang paling aku suka. terkesima aku bagaimana bourzhan yang menjengkelkan dulu kini jadi keluarga yang paling aku harga. terdiam aku bagaimana bishpalmak yang mampu memualkan pangkal usus aku itu kini jadi hidangan yang paling aku tanya.

semua kerana cinta.

*terdiam*

kalaulah dalam dunia ini SEMUA orang bercinta. bukan cinta2 pavillion. bukan cinta sex-and-burn. bukan cintamati bertubi2 kemudian putus dimati2. bukan cinta kerana cinta. tapi cinta kerana dicinta. dan dunia akan jadi terlalu cantik untuk didiami.

*diam lagi*

bila manusia berhenti mengejar, manusia akan aman.
dunia ini terlalu jahat sekarang-- berbunuh2, berperang2.
semua kerana cinta juga. maka bagaimana boleh dikata akan tenang?

kerana cinta yang ramai kita pegang adalah cinta kerana cinta.
cinta kerana kita yang suka.
cinta wang.
cinta barang.
cinta orang.

mana boleh senang?

kita yang kejar. dan benda yang dikejar akan setiasa di depan. kerana itu namanya dikejar.
dan menjadi manusia biasa yang tidak reti bersyukur apa yang ada, kita takkan mahu benda yang ada di depan mata. kerana nikmat berborak hebat cuma ada bila kita bercerita kita ada benda yang susah didapat.

orang tak ternganga kalau kita cerita kita beli nasi.
orang tak terpana kalau kita cerita kita ada kerusi.
tapi kalau lamborghini--

*potong ayat sendiri*

cinta kerana dicintai itu bagi aku adalah sebaiknya. cinta yang tak perlu dikejar. cinta yang mengetuk muka pintu dengan comot wajahnya, bersedia dimaki tak sedar diri. cinta yang jujur "aku ini apa yang terlihatkan dan itu saja". cinta yang jenisnya ada namun tak terpedulikan siapa2 kerana sentiasa ada.

*diam*

terlalu banyak perkara dalam dunia ini yang indah dan mampu mengindahkan.
namun di setiap masa kita tidak perasankan sehingga ia sudah tidak ada.

kalau kau tanya aku; harta yang paling aku punya pada jam 11:51 pagi di bandar kecil ini, di uralsk, kazakhstan-- negeri di sempadan russia ini-- cuma satu;
lelaki itu yang sedang bergolek2 di antara selimutnya sambil merengek2 tidak boleh tidur.

lelaki itu--
suami aku itu--
yang tidak aku kejar itu;
yang mengetuk muka pintu dengan comot wajahnya,
bersedia dimaki tak sedar diri;
yang jujur "aku ini apa yang terlihatkan dan itu saja".

kerana aku adalah tipikal manusia tamak yang jiwanya terlalu liar dan gemar memburu.
yang selalu lupa gunanya kaki sehingga nanti terlumpuh berdiri.
yang selalu alpa ada jari sehingga nanti terhilang kendiri.

dunia-- seperti aku-- perlu bersyukur dengan apa yang ada;
bukan berkeras untuk mengejar apa yang disuka.

*menung*

dan sehingga dunia yang seperti aku ini berhenti mencari,
tempat ini takkan berhenti memati.

*diam*

we can make this a better place.
percayalah.
all you need is love;
beetles pernah cakap.

:)

terima kasih tuhan kerana kesempatan ini. kerana dibagikan aku nikmat merasa cinta sebegini.
kerana dikasikan aku berkat dan syukur memenuh hati. terima kasih dipulangkan aku ke sini, di tempat penuh sederhana dan jauh dari materi, di tempat jenuh sesiapa yang mahu mencari.

terima kasih tuhan kau izin aku kembali,
diteman suami yang mencinta aku sepenuh hati;
cukup-- aku tak perlu apa2 lagi.

*senyum*

aku kini hidup. berbekal mata baru lewat mata suamiku. seperti sang rabun yang dulunya memandang dengan sekadar persepsi dan teka2-- aku kini jelas lihatnya.

*senyum lagi*

tuhan,
izinkanlah setiap manusia merasa apa yang aku rasa.

27 comments:

mimiey said...

nice !!!!

Wanita Mutalib said...

dah ikut fynn lama.
seronok rasanya bila fynn bahagia.

pernah dulu membaca zaman jatuhnya fynn. namun tetap fynn gagah kerana cinta disisi.

dan kini fynn bertambah kuat, juga dengan cinta disisi.

kuat fynn, kuat..kami bersama kamu.

kueh bakar said...

haha.

bila dijauh.aktif pula.

jalan2 jumpa anak najib nanti.kehkeh

nuridrin said...

amin. semoga dipanjangkan doa awak kak fynn.

*rindu*

Anonymous said...

pergh..
love it very much..
terasa ke'sincere'an dalam nukilan ni..

alhamdulillah, aku dapat rasa ape yang kau rasa..
dan insya-Allah, aku doakan kau terus bahagia..

fatimah said...

indah. sungguh bermakna :)

Nafisah Ruslan said...

indahnya :D

NA said...

tuhan,
izinkanlah setiap manusia merasa apa yang aku rasa :)

Atiqa Arazmi said...

terbaik~

Anonymous said...

=)
tulisan akak kali ini terasa lain.

-icha03- said...

selamat bahagia :)

EpoLįƒ¦Kekunangpelangi said...

Aku rindu jiwa Fynn Jamal.

Johan 'Champ' Radzi said...

aku senyum tidak henti membaca ini. Nice one :)

Nadia said...

syg kak fynn

amalina sahaja said...

dan insyaAllah kami semua akan merasa.

dan bagi yg merasa, insyaAllah akan berpanjangan.

Anonymous said...

melihat and mengikut jatuh bangun kau kerana cinta.walau hanya melihat dari jauh.tak pernah sekali pun aku komen apa2.walau kadang2 aku menyampah.walau kita bermasam muka. deep down in me,i feel proud of u. gud luck in uralsk. :)

saly

fynn jamal said...

saly mano pulak ni ha..?
edek tak ado kawan namo saly.
:)
anyhow, terima kasih.

honestly, dear friend, thank you.

Atiqah.Idrus said...

indahnya kak fynn berbahasa :D

teringin nya nak rsa seperti itu

deem said...

best baca entry ni.rasa...rasa...adalah rasa itu.hehe

~Eim~ said...

''kalau kau tanya aku; harta yang paling aku punya pada jam 11:51 pagi di bandar kecil ini, di uralsk, kazakhstan-- negeri di sempadan russia ini-- cuma satu;
lelaki itu yang sedang bergolek2 di antara selimutnya sambil merengek2 tidak boleh tidur.''

so sweet... :'')

summer said...

you at your best.. :) i love ..

jaa said...

akak.sy juga tergolong dari golongan luar normaliti.yg tak berhijab.yg solat kerana nak kembali bersujud padanya.cuma..."jangan harap tuhan nak terima solat org xtutup aurat macam kau.lainlah berhijab berbogel seperti aku".orang pun pandang alim.~

jaa said...

akak.sy juga tergolong dari golongan luar normaliti.yg tak berhijab.yg solat kerana nak kembali bersujud padanya.cuma..."jangan harap tuhan nak terima solat org xtutup aurat macam kau.lainlah berhijab berbogel seperti aku".orang pun pandang alim.~

Anonymous said...

you at your best.. i love.. :* mua mua mua

EZAN IDMA said...

ya tuhan Izinkanlah.

Anonymous said...

bertuah badan la fynn jamal.=)
jealous.
tapi saya tak bertuah.. dicintai orang yang dicinta atau mencintai orang yang mencinta.
tapi walau sakit,tetaplah saya rasa ada bahagianya walau cuma mampu terus mencintai. bahagia yang sakit.sakit yang bahagia. whatever

Nina said...

nangis bace ni. siyesli. biaselah baru putus cinta. hepi dengan kehidupan bahagia k.fynn. semoga bahagia sampai bila2. amin :)