Monday, April 25, 2011

entri tentang manusia dan alasan yang tidak ketat perbahasannya, but wutever.

bukan aku tak mahu menulis.
bukan.
tapi semua benda akan jadi redundant sebab dewasa ini SEMUA orang menulis.

apa yang sedang panas, akan dibincangriuh di status2 fesbuk dan twitter.
bahasan yang lebih kurang sama;
atau sebijik seiras --cuma dialih bahasa.

eleh.
jangan fikir aku tidak perasan.

minah tulis fikirannya dalam bahasa melayu.
bernas.
lidia baca dan rasa "wah, hebat".
lidia tulis semula dalam bahasa orang putih, dan dilebihsolekkan dengan prosa lebih bijaksana.
gayah baca dan rasa "pergh. betul juga. aku pun dah tergerak mahu tulis tempoh hari".
gayah tulis semula dalam bahasa melayu yang lebih hip dan rapat dengan slanga dak2-die.

notakaki: dak2-die = budak indie.

lama2, penulisan jadi bosan.
dapat pula, sudah beberapa kali aku ditanya / dikomen / dipandang / ditegur kedekut.
"kau ni kedekut, sebenarnya, fynn"
"apa salahnya orang tulis lebih kurang sama?"

adui~
orang tak faham point aku.
tak faham maksud aku.
yang aku bisingkan bukan semata2 itulah!!
tapi tentang beratnya isu tekap dan tampal dalam tulisan / fikiran yang kita megah2.

"but copy pasting is not a big deal", kata ramai.
"kau berfikir macam orang kemut pelokek" bilang seorang lelaki muda.

aku penat hendak sahut.
kalau boleh, aku hendak jawab:
aku cikgu.
dan pantang seorang pendidik untuk bertoleransi pada plagiarism.

*terdiam dan terfikir*

kecuali pada pendidik pemalas yang hanya menanda secara holistik--
malas menyemak,
malas membaca,
malas mencari bukti "eh, aku pernah baca thesis ini".

entah.

kewajipan seorang penulis menjadi original sudah hilang relevan.
kerana semua orang menulis.
kerana ini zaman 2011.
susah untuk jadi perintis.
sebab semua sudah diterbitpakai.
sebab shakespeare pun peniru.
sebab semua kod mudah sudah dimainkan beatles sejak azali dulu.

*geleng kepala*

kalau hendak begitu, baik kita duduk dan mati.
sebab buku ilmu paling sempurna sudah tersiap dari terselesainya pengumpulan al-quran.
maka untuk apa berfikir?
semua sudah tertulis.
buat apa kita sibuk2 lagi?

*hela nafas berat*

manusia dan alasan.
lantak engkaulah.

kenapa kita masih gemar jadi pengikut dan tidak pemula, aku pun tidak terfahamkan.
sukahati engkaulah.

penat.

maka, atas dasar itulah aku kurang menulis.
bosan dengan redundancy yang keterlaluan dek kebebasan penulisan tanpa batas.
kita masih di takuk lama --mengangguktunduk dan terliuklentok dengan majoriti.
atau minoriti yang hip dan kool dalam definisi tersendiri.

masih di takuk lama--
cuma kini kita ada blog, fesbuk, twitter, seumpamanya.
kita tetap:
di takuk lama.


tak percaya?
aku bagi satu contoh.
hal jajan di kantin.

dan-dan ketika pengharaman jajan di kantin,
SIBUK semua menghegeh2 rebuttal point yang sama.
"budak2 obese makin ramai di malaysia" la.
"nasi lemak memang mengiblis tubuh" la.
itu la.
ini la.

dan bila ada yang bangkit menyelar penudingan jari membabi buta itu
(mungkin speerti aku --yang majoriti pernah ada pengalaman / atau melihan pengalaman ibubapa / kawan2 menjadi penjaja murah),
tiba2 terus seperti ada reformasi orang2 kebanyakan.
sampai terus pakar nutrisi bagi kenyataan yang peniaga2 tak patut dipersalahkan.

budaya penulis bermusim.

yang mana agak mengecewakan, kerana sepatutnya, dengan 10 cetusan fikiran, seharusnya ada 10 sudut pandangan.

oh tidak, tidak.
tidak semestinya bercanggahan semata2.
atau bersetuju buta2.
perbincangan tidak sewajibnya cuma memberi 3 kemungkinan jawapan: ya, tidak atau mungkin ya mungkin tidak.
perbincangan seharusnya membuka ribut yang pada akhirnya akan menyelongkar celah2 tanah akal yang selama ini tak terperasankan.

tidak faham?

begini.
aku ambil satu perkara:
incest. atau dalam bahasa melayunya: sumbang mahram.
dari yang paling asas, hujah2 biasa--
salah secara total. dan hukuman terus pada sang haruan.

kenapa tidak kita pandang dari sudut lain, sekali sekala?
ada banyak yang akan kita jumpa.
1) emak yang hilang mampu memuaskan batin sang ayah.
2) anak perempuan yang tidak malu berkemban dalam rumah.
3) emak bapak terlalu mengongkong sehingga nafsu jadi terlalu membuak.
4) tikar solat tidak pernah dipaksa untuk diselak.
5) autosearch komputer bapak penuh sesawang porno.
6) pergaulan sesama keluarga yang terlalu terbuka dan sembrono.

dalam seminit aku datang dengan 6 provokasi.
kalau sepuluh kepala?
kalau dikupas2 lagi?

originaliti tidak logik kalau diambil maknanya secara literal.
kalau ikutkan, setiap huruf dan perkataan yang kita guna ini pun, memang kita pinjam.
setiap nombor dan formula datang dari didikan dari dulu yang terhadam.

originaliti dari pembahasan.
itu maksud aku.

haih.
itu pun perlu diterangkan.

manusia dan alasan.
hendak seribu daya.
tak hendak, dalihnya macam2 gaya.

macam seorang perempuan, kalau sudah suka, disepakterajang sampai bengkok rusuknya, ada sahaja cara dia jawab relevannya.

haih...
kan..?

*diam*

maka aku jadi malas menulis.
dan bila aku mula, bahasa aku yang keras akan menyinggung.
mulalah ada yang mahu terasa.

leceh.
baik aku duduk bersandar dan sekadar lihat dari jauh -diam tak mau menceceh.
masalahnya yang jadi mangsa, orang keliling; tak fasal2 tahi telinganya berbuih.
haha.

susahlah~

janganlah terlalu merasakan setiap tulisan orang itu dialamatkan pada kita. kerana di banyak masa, penulis2 bodoh seperti aku ini menulis untuk diri sendiri juga. cuma mungkin kerana kurang jelas dalam penggunaan kata ganti nama, ada yang fikir tulisan2 seumpamanya memang dikhusus untuk yang tertentu2 di luar sana.

apa kalian tak pernah bercakap sama diri sendiri dengan menggunakan perkataan "kau" dan "engkau"?
macam "kau ni dah kenapa, *letak nama sendiri*?"
atau "kamon. kau boleh, *letak nama sendiri*!"

berhenti cari diri sendiri dalam tulisan orang.
terutama orang2 yang kau kenal.
sebab kau akan jumpa.
sebab manusia semua lebih kurang sahaja perangainya.
tunjuk atau tidak, sahaja.

*diam*
*termenung lama*

asalnya tadi aku hendak bebel tentang berita utama yang melaporkan misi malaysia mengimport guru bahasa inggeris dari luar negara untuk menaikkan kualiti bahasa itu pada anak2 kita. maaf tertangguh sedikit dengan mukadimah yang mungkin tidak serelevan mana, namun entah bagaimana boleh memotong kobar aku yang hendak berhujah tentangnya.

maka aku pendekkan.

kera di hutan disusukan.
anak di rumah mati kelaparan.

dengan beribu graduan bahasa inggeris yang bagus2, yang tidak dipandang walau dengan cgpa hebat kelas satu kerana tidak setanding dengan subjek2 kejuruteraan dll, MENGAPA kita masih beriya hendak mendulang emas di lombong orang?

habis, nanti2, bila orang kita sendiri tak mampu membayar pinjaman pendidikan --kau marah? orang putih yang tidak pun punya kelayakan di negara mereka untuk mendidik (kerana untuk menjadi guru di luar sana perlu ada lesen pendidikan) sanggup dibayar tiga ke empat kali ganda; orang kita nak digaji rm2500 pun habis dikedekut, habis dibising mahal lampaunya. walhal kajian tahun 2010 mengatakan penduduk kuala lumpur dengan gaji rm3ooo ke bawah adalah kategori miskin?

kalau sungguh orang kita tidak layak, aku contohkan aku dahulu --sampai ke kazakh russia dipanggil menjadi guru bahasa itu? apa benar anak2 kita tidak ada layaknya atau kita memang lebih bangga membeli reputasi dari kualiti?

tapi mungkin juga salah kita2.
kalau maskot pendidik adalah cikgu syidah yang macam perempuan meroyan itu membuatkan sistem pendidikan kita dipersoalkan--
memang salah kita.

maaf peminat cikgu syidah. aku cuma merasakan there's a very, very thin line between being a joker and being THE joke. aku tidak benci dia secara individu, aku cuma rasa tersinggung kerana dia menjadikan profession guru yang mahu mendidik anak2 muridnya tentang self-confidence sebagai alasan.

you dont do that for that.
you do it for fame.
and until you realize you are just a fad for malaysia,
you wont stop doing things you are doing now.

tolonglah.
kalau hendak sangat,
be original.

anwarhadi bukan buat benda baru pun. tiru juga.
yuna bukan buat bunyi baru pun. pernah ada.
hujan bukan cipta genre baru pun. banyak aja.

tapi they made things THEM.

maka berhenti dengan alasan2 bangangmu,
wahai manusia.

sekian sahaja.
tulisan saya hari ini, tuan2 dan puan2.
entri tentang manusia dan alasan yang tidak ketat perbahasannya,

but wutever.







notakaki: "but wutever" itu alasan untuk entri yang tidak ketat.

26 comments:

Wadi said...

yes! i like it..go akk!

Johan "Champ" Radzi said...

Plagiarisme memang tak boleh diberi muka Fynn.

teruskan menulis. idea kau tajam. ramai yang memerlukan sesuatu untuk pencernaan otak.

Karya kau misalan.

Asidah said...

wutever!.heheh.nice one fynn!

darkflipper said...

terime atas ajarmu kak
aku tidak akan berhenti mencipta cap jari dalam karya aku kak

NajwaZin said...

Penulisan akak sangat menepati citarasa saya ;) Adore you

najwazin.blogspot

Rafidah Bakri said...

'kenapa kita masih gemar jadi pengikut dan tidak pemula, aku pun tidak terfahamkan'... sy suka & setuju dgn yang ini. btw, teruskan menulis, kak fynn.

Nabil Fizri said...

Kembali tulis diatas kertas.
Itu titik semua bermula.

Anem arnamee said...

Baca juga ke sudahnya. Saya suka:D

Masam, kelat, manis,masin ,pedas satu hidangan cukup rasa dari kakak kacak kali ni:)

Oh Fynn jamal bukan pelontar baru pun. Pernah lihat juga.

Tapi dia lain. Dia cuma tak macam kita. Haha.

#Gagal lah ayat bahasa melayu saya :P

Kiteww nak copy pastee entrii niee mulehh ? *gurau* .Hihi.

Apapun semoga terus menekan papan kekunci dan berjuang dalam dunia seni ya.Selamat! Jaga diri akak dan suami ! Salam:D

Anonymous said...

jadi kakak,tak salah lah kalau saya berfikir lain dari majoriti atau lain daripada cara orang2 tua atau orang yg dianggap matang berfikir ye dan dari apa2 angle pun?

ziela salih said...

kak fynn- sabar jerla. memang ramai sangat yang jadi pengikut sekarang.

and now, xpasal-pasal semua nak berpuisi tengah jalan sambil pegang gitar kapok.

gara gara tengok video fynn jamal.

haih.

Diyana Aziz said...

I agree with everything you wrote. Sekarang ni orang menulis for fame. No quality at all. Kadang-kadang rasa menyampah baca tulisan mereka. Macam orang tak sekolah.

ziela salih said...

and now ramai sekarang nak cipta puisi gara gara terikut

haih.

ada yang main copy dan tampal lak tu.

ceit

Fyqa said...

sis. luv it. :D

weed something out said...

saya setuju dengan setiap plot plot yang anda taip di atas.

see, setuju tang komen pun sebenarnya boleh menimbulkan tanda tanya.

trend? bodek? oh, wutever. hehe

kekatu said...

good artist copy great artist steal, picasso. :D

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Di tempat saya menuntut ilmu, ada seorang pendidik cukup cekap menangkap pelajar2 yang plagiat dan copypaste - . "Ini sampah. I know where u get this. From this journal, this artikel, page no this, writer this, is it?"

Bila terhebah kehebatan pendidik tersebut, student jadi takut. Natijahnya takda satupun student yang berani berada dibawah seliaan beliau - untuk FYP.

Dan, seorang pendidik lain yang bila menyemak hasil tulisan student dan berkata "Ok dah ni, ok. Good job. Banyak idea awak. Boleh proceed next chapter." - tanpa usul periksa mana sumber - dapat deretan student dibawah seliaan. Senang nak dapat A katanya.

Tahi!

Teori "siapa yang buat thesis tebal dia bagus, siapa yang buat thesis nipis, dia malas", sentiasa diguna pakai di institusi pendidikan tinggi kita, kak.

lysa said...

Oo em gee, i am sooo agree with u about that syida, x tergamak nak panggil cikgu.. haihhh

nobita said...

akak dalam kekeliruan ke?

shy_syaz said...

seronok baca tulisan akak..
teruskan menulis kak.. :)

madumerahjambu said...

like banyak2 kali.
rindu tulisan kak fynn.
terus menulis ya.
saya suka baca.
;)

Meloreyta said...

aku copy paste fakta tp diolah ikut bahasa sendiri,pemahaman aku.

puisi itu aku gelar bahasa jiwa aku.aku tulis je apa aku rasa.kalau itu bukan puisi,ya aku terima.

and again,wutever.

Aien said...

sebab ramai yang malas. bila satu isu naik, semua pakat cakap benda sama. tapi sayangnya tulis/cakap/ulas dari satu sudut shj.

stereotype. semua benda. semua perkara.

nis humairah said...

like :)

Anonymous said...

Kita perlukan lebih ramai orang macam Kak Fynn. Berfikir meluas. Saya suka. Setiap entri Kak Fynn buat saya terfikir benda benda yang saya tak pernah terfikir =)

gadisSETAN said...

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............

Orang Jalanan said...

sebtulnya biar si gila menjerit di depan YB.. 'salam utk YB moga cepat sembuh!!'