sebenarnya,
jauh dalam hati aku,
aku takut.
benar.
niat aku molek.
niat aku cantik.
tapi niat tetap niat.
niat dan hasil bukan dua perkara yang sama.
jarang linear dan sehala.
niat tidak menghalalkan cara.
aku tahu.
selantang mana aku jerit, aku akukan yang aku menikus di dalam.
di lubuk hati, aku tak berhenti minta tuhan faham air jiwa aku.
benar, tuhan adalah yang paling segala.
mengerti setiap cerita.
tapi kita siapa untuk mangharapkan apa hukum untuk kita.
*diam*
aku tidak peduli apa yang orang luar sana anjingkan aku.
kalau masih tidak diperasankan, yang menyalak bukan aku.
entah mana popularitinya dengan mencanang sudi membantu bayi2 yang tak dimahu itu; aku pun tidak tahu.
aku anggapkan itu siulan bodoh manusia2 yang terlebih awal memilih untuk berbusuk hati sama aku.
kalau sudah tidak suka, cara aku bersin pun nampak macam celaka.
haih.
mungkin aku tidak islamik bila mana aku merendahkan diri aku ke tahap syubhah dengan fenomena2 bayi tak dimahu ini. tapi, apakah kita tahu setiap cerita2 sang ibu2 begini?
sebagaimana bangsatnya gamak mereka membinasa sesuatu yang mereka usung berbulan2, kita tidak patut menolak adanya mereka2 yang diduga dengan sesuatu yang bukan apa yang kita tuduh itu.
seperti anjing2 yang menyalak2 pada aku tadi,
kadang2 orang seperti kau dan aku tak terfikir yang ada kemungkinan;
walau pun cuma kemungkinan kecil;
yang ibu2 sedemikian juga adalah mangsa.
mangsa apa, tak perlulah kita sibukkan untuk meneka.
mangsa rogol.
mangsa wang.
mangsa janji.
mangsa cinta.
apa pun ceritanya,
kenapa yang sibuk dipedulikan adalah ibunya?
satu masalah kita dalam masyarakat, tidak kiralah bangsa apa,
kita suka terjun pada yang lebih sensasi.
3 kereta bertembung, semua mati. yang popular adalah kempunan si pemandu yang bakal bernikah esok paginya.
2000 graduan mendapat ijazah sarjana kepujian. yang popular adalah cicit mahsuri yang berbahasa inggeris pun tidak reti.
*diam*
kan?
kalau kau pandangkan aku sedang sibuk menjadi hero ibu2 (yang pada kamu ini penuh dosa), aku minta jasa baik setiap kamu untuk kelip mata dan pandang sekali lagi. kerana kita sibukkan dosa ibu2 terlajak ini, kita cuma nampak gelumangnya, lendir2 hitamnya.
alihkan mata pada anak2 kecil itu.
itu kita punya tuju.
bayi2 sakti itu.
percayalah, ada ramai yang mahu.
ayahbonda yang tak mampu.
seperti aku.
perempuan lelaki yang terlalu sunyi.
mahukan penyeri.
terlalu ramai.
dan dosa.
ah.
tak usahlah marah aku bila kau rasa tersinggung di lantang aku mencerita apa yang sebenarnya memang sedang terjadi dewasa ini.
kamonlah.
potong jarilah kalau kau tak ada kawan yang memang fuck around tapi tak sangkut.
kalau bukan kawan sendiri pun, mesti ada kawan atas kawan, cuma kita tak mau sebut.
kita semua ada dosa. besar kecil, yang beza cuma balasan di neraka.
apa kalau kau sekadar punya dosa ambil barang sahabat tanpa izin hanya akan di balas di kaunter tiga di syurga?
apa kalau kau sekadar menanggung siksa 4 hari, kau lebih mulia dari mereka yang menanggung 5 ribu harinya?
haih.
aku tidak minta kau sokong aku. tidak.
aku cuma minta kalian berhenti memberi lampu suluh pada yang salah.
kita sibuk kata lapisan veteran kita kolot.
sedangkan kita pun sama.
aku berani kata, orang2 seperti inilah yang akan buat bayi2 sakti ini bila besar, jadi merana.
"boboi jangan kawan dengan budak tu. kita tak tau mak bapak dia sapa"
"kau nak kahwin dengan anak haram macam tu, kau dah gila?"
sebab itu banyak masalah dalam dunia.
mak bapak angkat yang sudah mulia hati sudi ambil, terpaksa ubah bin dan binti.
sebab tak sampai hati.
anak2 kahwin lari, terpaksa kerana malu nak mengaku tak ada wali, sebab tahu famili tak terima mereka nanti.
sibuk nak tanya siapa mak bapaknya, kita pun bukannya seratus peratus mak bapak kita.
ada bapak rogol anak. apa anaknya nanti akan rogol anaknya?
ada bapak tonggang-tonggek solat, anaknya nak mengaji pun tak ada kuasa.
suka sangat penaakulan mantik.
aku rasa macam nak lupuskan bab itu dalam matematik.
sebab tak semua benda boleh ikut logik.
nak gaduh pasal syubhah?
aku bagi kau satu situasi.
hari2 tak boleh tidak mesti buka internet.
kau tahu kau ketagih.
ketagihan itu suatu yang mudarat.
haram hukumnya sesuatu itu yang mudarat.
kenapa tak mahu bincangkan layak atau tidak internet diharamkan?
makan mesti manis. wajib bubuh gula.
keterlaluan gula adalah diabetes.
gula yang keterlaluan adalah memudaratkan.
kenapa tak mahu cuba cadangkan gula diharamkan?
oh, sebab dalam kuantiti sedikit, tidak ada salahnya?
habis, kalau hisap dadah / minum arak cuma sedikit tak memberi kesan,
kenapa haram pula?
oh, kalau adat yang tidak kacau iman kita tak apa,
macam konsep berinai dan bersanding.
lainlah macam yoga, walau pun tak perlu membaca mantra,
itu semua dosa, haram hukumnya.
pulak.
tapi betul, kan, aku kata, yang kita suka nampak apa yang kita MAHU nampak sahaja?
*senyum*
susah, kan, jadi aku?
banyak menjawab.
dangerous to one extend.
aku tahu.
tapi sekurang2nya aku tahu apa aku cakap.
dan aku bukan main tembak, main sebut.
sekurang2nya aku angkat tangan, berdiri, dan lafazkan dengan nama aku.
bertanggungjawab.
maka berhentilah benci niat aku demi kerana kau benci aku.
dalam hal ini, biarlah apa yang aku bikin ini antara aku dan tuhan. semoga ada nanti satu hari yang salah satu dari bayi2 ini yang sudi menjadi saksi pada yang maha mengasihani dan memujuk dia untuk memaafkan aku.
aku bukan orang yang terpaling suci.
setiap hari, aku masih mencuba.
setiap hari.
12 comments:
kak fynn..
walau xdisebut hal ini..
kak fynn pun sudah tahu..
namun tetap mahu katakan juga..
biarkan sahaja mereka yang merasa apa dihati n fikir kak fynn itu salah..
perihal niat...
itukan hal tuhan kita..
maka biar sahja mereka menilai niat kak fynn kerana penilaian mereka tidak bermakna..
asalkan tuhan itu tahu maksud sebenar niat kak fynn..
maka teruskan sahaja..
fuh terbaik. tak boleh setuju lebih lagi. tapi mmg betullah. orang kita majoriti mentaliti still third world. advancement dah first world. dgn blackberry nye, dgn iphone nye. bab2 tu semua tak nak tertinggal. bile part isu2 pulak, lebih nak sensasi n bukan afdal. entah bile la nak smpai thp membanggakan. sedih ah. papehal pon, masa tu akan tiba bile suratkhabar metro and kosmo da tak laku. haha.
tak dapat tangkap isi utama
komen yang syubhah je la
menjaga iman adalah dengan meninggalkan perkara syubhah
sayang tak ramai yang boleh tinggalkan
pasal gula
ahakss
terasa
;-)
kes maksiat ni takkan dapat kita satelkan kalau mentaliti tak di satelkan dulu
entri ni buat saya banyak terfikir kak..
sebab hidup hari2 pon kita selalu buat apa yang kita rasa betul..
bukan hukum yang kita dahulukan..
jadi saya rasa ujar nya sama..
yang selalu sibuk2 itu bukan apa2..
kakak kuat, saya tahu
kakak tak goyang dengan kutuk orang..
yg penting mcm ustad kite slalu pesan.
>---as-sobaru minal iman..
lgpun,what goes around comes around.
yg penting KITA tahu ape kita uat n lakukan.
fenomena ini membuatkan manusia semakin hilang pedoman.
betul.
apa yang ayahanda aku berkata.
dunia ini sudah tua untuk menampung keghairahan dan ketelanjuran manusia.
mata hati mereka sudah buta.
mereka sanggup melakukan benda yang berdosa.
fenomena ini juga membuat manusia itu seperti burung yang terbang tanpa arah.
landasan agama telah hilang dalam kaca mata mereka.
yang mereka mahu ialah.
kepuasan,kehinaan.di pandang jijik masyarakat.
aku tidak setanding dengan siapasiapa yang beriman.
tp
aku mempunyai iman yang kukuh melawan semua ini.
Ramai orang suka salahkan bayi yang tidak mahu itu. Yang salah ibu bapa nya. Bukan itu sahaja, masyarakat juga salah. Sebab itu kita rugi, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasihati supaya menetapi kesabaran" Allah lagi ketahui apa, sebab apa, bila,dimana hambanya kerjakan sesuatu. Oleh itu, usahlah risau jika telah lakukan perkara kebaikan. Redha Allah adalah segalanya. Pedulikan orang nak rasa apa. Biar dia fikir apa yang telah dia buat untuk cegah perkara buruk itu untuk terjadi? Moga-moga kita sentiasa diberikan petunjuk.
HE knows evrything
tulisan k. fynn sgt hebat.
penulisan kak fynn membuatkan saya berfikir,saya setuju komen diatass diatas,saya ingin menunggu masa dimana metro dan kosmo menurun kadar penjualanya.
blog terbaik yang pernah ku temui..walaupun baru separuh coretan..kerana lagi separuh akan ku sambung esok..tatkala mata kian layu..katil memanggil-manggil..~☺
awak, pulangla malaysia cepat. saya tak sabar nak tgk gambar2 awak tika di sana.
awak, tgk sini kejap: http://myrasahaja.blogspot.com/2010/03/awak-saya-suka-awak.html
Post a Comment