Monday, February 22, 2010

kongsi

mimpi itu menakutkan. begitu jelas, maka terasa seperti benar2 mampu membunuh aku yang ada mungkin mati dalam mimpi itu sendiri. seolah aku tak akan ada lagi kudrat untuk bangun di pagi hari.

aku sedang memasak di dapur. bila aku tiba2 merasakan ada seperti awan hitam menusuk hati aku. aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. apa? aku tidak tahu.

tiba2 ada perempuan muncul di pintu dapur. senyum bersimpul di bibir.
dari mana dia hadir?

aku bual2 sama dia yang entah dari mana. kenapa dia di dapur aku, tuhan saja yang tahu.
untuk aku, dapur adalah milik aku. cuma aku.

perempuan itu tidak langsung tidak mempedulikan setiap soalan2 yang aku hamburkan. setiapnya, dia jawab dengan teratur dan perlahan. ada sesuatu tentang dia. ada yang hendak dia kata. tapi apa?

tiba2 kekasih terjembul dari sudut perempuan itu mari. dia senyum.

"berbaik2lah" kata sang suami.
"dia siapa?" aku semakin teliti.
"kekasih dahulu. madu"

aku terlalu ingat perasaan aku ketika itu. kerana aku sungguh tahu itu sememangnya aku kalau jadinya dalam realiti ini. aku cuma diam dan menanti. apa lagi. apa yang mungkin lagi dikhabarkan pada aku ini.

kalaulah aku seorang aku yang dulu2, mahu aku terus memarang betina di sisi aku itu.
kalaulah aku seorang aku yang dulu2, pasti sudah mati aku cekik dan pijak sampai biru.
namun ini suami. bukan cuma teman lelaki.
dan telah aku sumpahkan pada diri sendiri untuk sentiasa menjadi isteri.

bahagia rumahtangga adalah pada isteri, bagi aku.
kerana setiap hubungan yang dulu2, semuanya jahanam kerana jiwa aku.
tersalah alir ke emosi tak bertempat.
tersilap tuju maka sentiasanya ralat.

entah kenapa, aku redha dan terima.

sakit, sebenarnya.
perasaan dikongsikan.
melihat apa yang milik kita, terpaksa kita relakan diambil separuhnya.

aku bukan antara yang membenci poligami.
aku aman dengannya. kerana aku tahu itu suci.
tapi aku tidak tahu kenapa, betapa besarnya batu yang memberat dada ini.

aku lihatkan kekasih dipegang jarinya dek dia.
jari itu asal dulu memuja hodoh aku.
aku lihatkan kekasih dikucup ubun2nya dek dia.
ubun2 itu asal dulu menyaman mimpi2 ngeri aku.

sedikit2, aku jadi sayu.
aku lebih mahu untuk membenci, tapi tidak wujud pada aku mampu.
kalau sudah aku bencikan satu2nya kekasih aku, apa lagi yang ada untuk aku.

terlalu jelas mimpi itu, sehingga aku masih ingat dengan tidak langsung kabur betapa gagah aku senyum dan mengangguk2 kecil menggantikan ketawa melihat mereka. ah. apakah begini juga dimarkahkan sebagai cinta?

aku bangkit tanpa ada setitis pun air di mata.
mengenali aku yang biasa,
sedikit sedih dalam mimpi pun sudah mampu mengejutkan tidur aku dengan esak ngongoi segala.
tapi tidak tadi malamnya.

mungkin sebegitu sekali aku redha, sehingga ruh aku dalam mimpi aku pun ikut memahami setiapnya.

aku cuma bermenung. tidak aku ubahkan susuk yang masih mengiring dari mimpi malam tadi. skrin komputer dengan gambar aku dan kekasih sedang berpelukan melihat aku tepat pada mata. mereka begitu riang ketawa dengan gurau dan senda berdua.

aku pejam mata sedikit lama.
aku buka kembali.
aku capai telefon dan ketikkan setiap satu huruf2 untuk tri.

"saya dapat mimpi jahat. awak ada perempuan lain. awak sayang dia macam awak sayang saya"
"tak logik. saya nak kawan dengan perempuan lain pun saya takut"

tepat pada perkataan takut, aku terus menangis.
bukan kerana bayangan dimadukan.
bukan kerana mimpi berkongsikan.

kerana kekasih aku takut.
pada aku.

aku adukan pada tri hiba aku. aku khabarkan aku takut dimarah tuhan bila suami aku takutkan aku. aku ceritakan aku tidak ada ingin pada mana2 lelaki dalam dunia ini bukan kerana takutkan dia, tapi kerana aku terlalu cintakan dia. aku mintakan ampun dari dia kalau selama yang ada, dia takut pada aku.

aku beriya2 menangis.
sadih.
sayu.
pedih.

aku tidak mahu ditakutkan.
aku mahu disayangkan.

dan pendek, dia jawab:
"bukan. saya takut awak tak sayang saya. nanti saya takde kawan macam sekarang"

aku senyum. pejam mata dan tidur.

sebagaimana selalu bila dia pujuk aku di malam2 yang aku terbangkit dek mimpi ngeri, yang akan dia kucup ubun2 kepala aku dan dibisikkan "syy.. saya ada sini. syyy" dalam suara separuh tidurnya. sepertinya dia ada malam tadi.

*diam*

aku tidak mampu untuk luahkan hormat pada perempuan2 besi di luar sana yang benar2 hidup berkongsi. bagaimana mampu mereka hidup dengan senyum dan airmata berganti bersilih.

hanya tuhan sahaja yang mengerti.

aku yang cuma hidup beberapa waktu dalam realiti itu pun serasa mahu bercerai nyawa, apa lagi pada mereka yang hari2 menghadap sang suami, yang secara halus atau kasar, mencincang jiwa mereka.

ah. betapa mulia hati para wanita di luar sana. betapa murni.

teringat aku pada entri tini beberapa minggu lalu.
sesuatu yang dia dapatkan dari tanah suci dulu.

seorang ustaz meluahkan:
"kalaulah tahu dek perempuan2 betapa indahnya habuan memberikan suaminya bernikah lagi,
nescaya diparangkan leher suami dan disuruh menambah bini."

serentak,
lelaki2 sekelilingnya ketawa bersama2.

disambung dek ustaz itu pula:
"dan kalaulah tahu dek lelaki2 betapa payah dan susahnya punya berbilang isteri,
nescaya diparangkan leher isteri dan dijerkah 'kenapa diizin aku bernikah lagi?'"

dan serentak juga,
lelaki2 sekelilingnya terdiam bersama2.

*senyum*

entahlah.
semua ini takdir.
ada yang untung dalam perkahwinan.
ada yang rugi.
ada yang sibuk bernikah sana sini untuk zuriat.
ada yang tak peduli.
ada yang sarat keluarganya tapi tak cukup makan.
ada yang kaya makan sendiri.

*diam lagi*

hidup ini mungkin nampak mudah dari cerita orang,
tapi fikirlah jauh2.
itu cuma apa yang dibiarkan terang.

usah dibanding bahagia orang,
untung tenggelam, kita tak tahu.
usah dipuji dicaci sembarang,
hati yang busuk, bau sebatu.

hidup dengan hati mati,
penat.

9 comments:

Anonymous said...

untung kakak ada tri.
=)

zhrhtoodem said...

takutnye bila baca nih
memang tabah la sape yang madu.
respek!

Rina Alwi said...

semua orang dah kahwin.
aku bila lagi? haihh -,-

Anonymous said...

kak , saya berada disisi seseorang yang berkongsi kasih . dia senyum tapi saya tahu , hati dia menangis . tapi dia kuat , demi kami :)

Anonymous said...

kak ,
saya bersama dengan seseorang yang berkongsi kasih . nampak senyuman tu tapi saya tau dalam hati , dia meraung . dia bertahan kerana kami ..

hatifragile said...

nangeh.

susumanis said...

banjir mata dan hati aku fynn

susumanis said...

banjir mata dan hati aku fynn

susumanis said...

banjir mata dan hati aku fynn